Showing posts with label massive earthquake srikes Japan. Show all posts
Showing posts with label massive earthquake srikes Japan. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Jepun sebelum dan selepas tsunami. Bersyukur lah kita di sini.

Harini bukak tv, tengok berita. Jepun digegarkan lagi dengan gempa 6.8 skala ritcher pukul 9.26 pagi tadi. Aku rasa, situasi macam ni memang biasa terjadi lepas gempa bumi yang besar. Contoh macam gempa kat Acheh dulu. Lepas gempa bumi yang besar camtu, pasti ada lagi gempa susulan. Dan aku rasa, lepas ni akan ada lagi gempa susulan, tapi mungkin tak sebesar gempa yang 8.9 tu. *ceh, tak payah berlagak macam pakar sangat. ok.

Oh ya, tadi dalam berita dilaporkan gempa 8.9 skala ritcher sebenarnnya berukuran 9.0 skala ritcher! Yang terburuk setakat ini. Nuclear plant kat Fukushima plak meletup sebab sistem penyejuk (betol tak nih?) tak berfungsi. Penduduk sekitar 20 kilometer dari nuclear plant tu dah pun dipindahkan. Yang ni lagi bahaya, sebab kalo kena radiasi, boleh membahayakan kesihatan sehingga ke generasi seterusnya, dan boleh membawa maut.

Mangsa2 yang terjejas plak terputus bekalan elektrik, takde bekalan air, bekalan makanan. Ada kawasan yang langsung terputus hubungan dan pihak berkuasa pun tak tahu apa nasib mangsa kat sana. Kesan dari gempa dan tsunami ni, 12,200 buah kediaman musnah. Dan dikhuatiri 10,000 orang maut.

Dan bila tengok gambar kawasan yang terjejas kena tsunami, rasa macam...masyaAllah...kuasa Allah...tak siapa yang boleh jangka. 

Ni gambar yang aku screen captured kat ABC News.


Click pictures for a larger image.

Sendai Airport. 
Before tsunami. 


Sendai Airport.
After tsunami. 
Dah jadi padang jarak. 


Nak tengok lagi gambar2 Jepun sebelum dan selepas tsunami, klik ke ABC News. Japan Earthquake : Japan Before and After.


Kuasa Allah yang Maha Agung. Semua yang ada dalam dunia ni hanyalah pinjaman semata2. Walau semaju mana pun kita, semua tu boleh ditarik balik sekelip mata. Bila tengok semua tu, rasa insaf pun ada jugak. Rasa bersyukur sangat2 sebab kita berada di Malaysia, negara yang aman dan jauh dari bencana alam yang dahsyat camtu. Walau ada bencana alam macam banjir, ribut, tanah runtuh dan macam2 lagi, tapi semua tu tak seteruk yang di alami negara lain.

Hari Jumaat, lepas client Jepun tu bercerita pasal kawan dia, ada staff yang cakap, patut la ramai yang beli rumah kat Malaysia,  kat sana banyak bencana alam. Gempa bumi, tsunami, puting beliung. Yer,  memang diorang banyak beli rumah kat sini. Under Malaysia My Second Home (MM2H) programme. Yang office aku handle pun banyak. Sekarang ni kat Molek Pine, kat Taman Molek. Johor Bahru. Bayangkan satu apartment yang diorang beli tu harga RM600K - 800K. Ada yang beli 10 buah apartment. Campur ngan legal fees, dan kos2 lain, dah berape? Pendek kata kalo takde berjuta2 ringgit, tak merasa lah nak apartment tu. Pehh~ memang jutawan diorang nih. Kebanyakannya tersangat muda plak tu. Heran aku diorang boleh kumpul duit banyak2 dalam usia yang sangat muda camtu. Ada yang berpendapatan RM1 juta sebulan! Huiiii~~ Jeles haku!

Eh2, dah ter-over plak cite pasal benda lain. ;p

Ada warga Jepun yang cakap, earthquake macam ni jenis yang akan melanda dalam tempoh 100 tahun sekali. Walaupun sekali dalam tempoh 100 tahun, tapi dah cukup untuk membuatkan semua mangsa sengsara, dan negara musnah dan kacau bilau.
Jepun negara yang maju. Tapi bila tengok kemusnahan yang disebabkan oleh tsunami tu, berapa lama Jepun boleh membangunkan balik kawasan yang musnah tu? Wallahualam.



*p/s : bersyukur lah kita duk kat negara yang aman ni.  bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang ni.

Saturday, March 12, 2011

gempa 8.9 skala ritcher kat Jepun. paling kuat dalam tempoh 140 tahun

Selamat pagi semua... 

Petang semalam baru aku tau pasal gempa bumi dan tsunami kat Jepun. Tu pun sebab staff2 kat office tu duk kecoh2 pasal tu. Aku ingatkan ape benda lah yang diorang kecoh2 tu kan. Masa tu rasa pelik jgak. Bila masa gempa bumi ni? Sebab pagi ngan tengahari tu masa on the way pegi Batu Pahat ngan masa on the way balik JB, memang aku pasang jer radio. Takde la plak dengar berita kat radio pasal tu. Pelik gak. Pastu baru la tau earthquake tu jadi lepas aku balik dari Batu pahat tu. Patot la takde dalam berita kat radio.

Kebetulan kat office tadi ada client Japanese. Dia pun sibuk jgak la bercerita pasal kawan dia (kot) yang duk kawasan tu. 

Semalam pun balik keje dah lambat. Sampai umah jer berita dah start. Tak dapat nak tengok berita pasal earthquake nih. Sempat tengok kejap jer. Takpe, pagi ni beli paper jer. Confirm berita ni kat muka depan.

Tapi aku confuse sket ngan skala ritcher. Ada berita cakap 8.8. Ada berita cakap 8.9. Mana satu yang betul? Tapi whatever skala ritcher pun, ini earthquake yang paling kuat pernah melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun nih.

Amaran tsunami pun dah dikeluarkan untuk beberapa negara : New Zealand, Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii dan beberapa negara lagi.


Click : BBC News




Kita ni dekat jer ngan Indonesia, lebih2 lagi kat Sabah dan Sarawak. Ade kesan ke tak?


MasyaAllah...dahsyatnyer tsunami ni. 
Seolah2 semua rumah, bangunan, kereta dan manusia tu kotoran yang dibasuh dan disapu macam tu jer. *washed away.


Kuasa Tuhan. Bersyukur lah kita berada di Malaysia.



*p/s : actually entri ni aku taip semalam lagi. tapi boleh la pulakkk takde letrik. terbantut hasrat aku nak berblogging.


.