Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Air Asia ke Maldives

Assalam dear readers! 

Genap sebulan sejak dari last update. Entah kenapa lah dalam sebulan dua nih memang takde mood langsung nak ber-blogging. Maybe haritu masih dalam mood raya? Hewheww~ 

Sejak dari keguguran haritu la takde masa nak update blog. Busy berpantang konon kan. Pastu balik Terengganu, pastu tak sihat sampai tak boleh bangun, pastu raya, pastu busy cari rumah sewa lain, pastu ..... ? Banyak betul pastu. -.-'

Pastu (ada lagi?) busy dengan kehidupan sebagai seorang isteri la. Sibuk menguruskan rumah tangga. Haha~ ok, dah dah la merepek tu.

Semalam ternampak ada orang share gambar ni kat Facebook :






 Aku macam....hah, serious? AirAsia ke Maldives??? 

Iols sangat excited. Dah lama duk teringin nak ke Maldives. Dulu kemain berangan nak honeymoon ke Maldives lepas kawen. Walaupun aku tahu angan-angan tu hanyalah akan tinggal angan2. Tapi tak salah berangan, kan. Huhuu~ 

Mau tak berangannyer. Kalau takde berpuluh ribu, jangan mimpi lah nak ke Maldives. Mahal kot kos nak ke sana. Ticket flight dah berapa. Hotel dah tentu beriban. Belum masuk makan minum, beli belah dan sebagainya.

So bila dapat tahu yang AirAsia dah tambah route ke Maldives, memang lah sangat excited. Terus aku bagitahu Encik Suami & terus klik ke website AirAsia. Saje jer nak cek berapa harga tiket. 



 Lebih kurang la ni. Erk.."boleh tahan" harga dia. Ni harga untuk seorang.
Kalau guna eCoupon Encik Suami, maybe few hundreds jer. 
Tapi semalam tak boleh cek plak berapa harga tiket kalau pakai eCoupon.
Flight Air Asia ke Maldives start 28 September 2013.



Kuala Lumpur ke Male. Tapi ada layover kat Colombo. 
Penerbangan dengan AirAsia X.



Takde lah aku nak pegi Maldives dalam masa terdekat nih. Tahun ni memang takde nak holiday bagai. Tahun depan pun tak pasti lagi. Ada matlamat lain untuk kami. Dua tahun lagi? Entah.

By the way baru aku sedar, agak banyak jugak entry yang tertangguh dan terhutang : 
  • - trip ke Vietnam 
  • - cuti2 di Koh Samui 
  • - entry raya! oh my. raya dah habis dah pun. 


Bila nak start taip entri2 tu, aku pun tak tahu. -.-

Oh ya. Header blog dah ditukar. Sebab heading tu dah agak lama. Tukar dari heading ini :-




Kepada ini :- 



Simple jer. Masih lagi gambar wedding. Kalau nak letak gambar bertiga, tak tahu la bila kan. Hehee~ 

Till then, thanks for reading. :) 




.

Sunday, March 18, 2012

unique visitor. =)

Salam malam Ahad!


Wooootttt~ What a tired weekend! *nanti aku cerita, ok. ;p


Ni nak cerita pasal visitor kat blog nih. First time unique visitor kat blog nih lebih dari 100. First time kot. ;)









Dah lama aku tak bukak Nuffnang. Semalam sesaje jer bukak Nuffnang. Check duet yang tak berapa nak bertambah, check visitor. Wahhh~ excited bila tengok UV lebih dari 100org. Walaupun satu hari jer, i.e. on Tuesday, 13.03.2012.


Ni first time UV lebih dari 100. Paparan lebih dari 200. Errr...first time ke? Ntah la. Yer kot. Sebab dah lama tak check. ;p


Nape aku excited jer nih? Blog orang lain UV beribu riban, tak kecoh pun kan. Yerlah, blog ni blog tak seberapa & ntah pape. Dulu takde orang masuk pun. Kadang2 UV tu 0. Wahhh~ hebat betol UV 0. Muahahaa~ ;DD


Actually blog ni just untuk suka2, just untuk simpan semua memori dalam hidup aku nih. Bukan blog untuk femes atau nak dikenali ramai. So, tak kisah la UV berapa pun. Tapi aku sangat berterima kasih & menghargai semua visitor yang masuk blog nih. Walaupun hanya masuk sahaja & tak baca pun entry2 aku.


Thanks a lot! ♥ ♥ ♥ =)




.

Saturday, February 18, 2012

Hello, 200th follower.

Hello my 200th follower!


Semalam bukak blog, follower dah jejak ke 200 org. Eh, tau tak blog n dah berusia 2tahun? Follower baru 200 orang. Haa...jangan tak tahu, aku ni memang malas nk promote blog. Nak blogwalking pun malas. Tapi sekarang dah rajin sikit kot nk blogwalking. Hehee~


Ok, berbalik pada tajuk.










So, here is my 200th follower :-



Miss Sunshine, ex-B2B







Sebenarnya dah lama kot aku follow blog Miss Sunshine nih. Sekarang baru tahu, sekampung rupanyer aku ngan Miss Sunshine nih. Huhuu~


Thanks for being my 200th follower.


And congratulations on your pregnancy! ;)





Andddddd....thanks to semua follower yang sudi follow blog nih. ;)


.

Monday, January 2, 2012

Benda yang percuma takkan selama-lamanya percuma. Kan?

Tak teringat langsung pasal ni. Padahal sebelum ni memang dah dengar khabar yang benda alah ni akan expired dan takkan dapat lagi digunakan secara percuma bermula tahun baru ni. Takde masa pulak tu nak tukar yang baru. 


Malam tadi bukak blog, baru perasan.







Senang2 kau nak pakai free forever and after ea?? Kirim salam jerlah.








Eh, i dont want to pay la. 


Ok, fine. Meh bertukar ke Cbox.







So, terus la aku create account Cbox ni malam tadi & terus paste code kat blog. 





Tapi rasanya kalo Cbox ni, kita hanya boleh post kat sini kalo kita ada account Cbox jugak & dah login account kita. Correct me if i'm wrong. 


Tak best la camtu kan. ShoutMix jugak yang best. Tapi nak buat camane, redha jerlah. 


Ok bye.




*P/S : Cbox ni free sampai bila plak yer?



.

Sunday, October 23, 2011

Header comot, tapi puas hati ngan hasil tangan sendiri. =)

Header blog telah ditukar. Sebab URL dah tukar, header pun kena la tukar. Lagipun header tu dah lama sangat kot. Gambar pun gambar lama. Dan yang paling penting, sebab nak pakai header gambor tunang. Kehkehh~ ;D 



 Header lama. Gambar time pegi dinner bulan 2 haritu. 





Header baru, macam yang sekarang ni la. Kat atas tu. 
Gambar masa tunang. Hihii~ 
Yang penting, ada cincin risik + tunang tuuu~ ;p 



Background pun aku dah tukar. Still pink polka dot. Tapi yang baru ni kaler lagi lembut. Background lama tu aku buat sendiri tau polka dot tu. Gigih betol. Yang baru ni aku search kat Google jer.


Semalam kemain gigih lagi aku duk try and error buat header ni, sampai ke pagi. Berjam-jam. Phewww~ Yerlah, aku bukannya pakai software canggih. Photoshop pun takde. So, kena la edit dengan apa yang ada jer. Lagipun aku ni bukannya pandai @ kreatif sangat nak edit-mengedit nih. Aku tau header tu buruk + comot + tak cantek. Tapi puas hati dapat buat sendiri. Hihii~ 


Ok bye~ 




*p/s : pink giler kan header baru tu. hahahh~ 



.

Tuesday, October 18, 2011

URL Changed.

I have changed my blog's URL. Again. 







I knew the consequences of changing URL. I will lose my readers. No body will visit my blog, until i do something to let them know my new URL, e.g. blogwalking, leave my new URL in other's blog, and whatever. Well i know people rarely came to my blog anyway, or even read it. Whatever la kan.


I have to change almost everything on my blog. From blog list, to Nuffnang, e.t.c.  -.-'


And a lot more bad consequence. 

Its okay. Never mind. I blog for my own satisfaction. Moreover, i finally use my own nick name for my blog. Can you tell how happy and satisfied i am? Hahaa~




Until then, 


lots of love, 
Nini Mohd



.

Wednesday, June 29, 2011

Helloooo~

Aku rasa macam dah lama giler tak update blog.


Bukan "rasa macam lama" lagi dah. Tapi memang dah lama giler.



Ke-busy-an, kesibukan, ketidakcukupan masa, kepenatan, kemalasan dan ketiadaan mood untuk berblogging. Ketiadaan idea pun iyer juga. Tapi sebenarnya kalo ada idea pun, tetap busy + takde masa nak update blog.

Seriously, dalam seminggu dua minggu ni memang busy tahap cipan. Busy dengan kerja, busy menguruskan hal2 lain. Tersangat penat + tak cukup tido.





Kadang2 bila bukak jer laptop & baru jer nak update blog + blogwalking, terus rasa mengantok giler. Kepala rasa melayang2. Sampaikan boleh terlelap depan laptop.



Most of the time, still boleh terlelap walaupun masa tengah duduk,
bukannya letak kepala atas meja/laptop macam ni.
Ish ishhh~ ape nak jadi.





Pada anda yang rajin blogwalking kat sini, mekasih banyak2. Nanti aku balas jejak korang tu, ok. InsyaAllah, secepat yang mungkin. ;)

Bye.


.

Sunday, May 1, 2011

Happy Labor Day Weekend! | Banyak sungguh entri yang tertangguh.

Hello everyone.

Fuhh fuuhhhh....Perghh~ dah berhabuk dah blog ni.

Setelah 10hari tak update blog (kecuali ENTRI NI yang aku buat auto-publish), so here i am. Minggu lepas bercuti 5hari (tambah MC 1 hari = 6hari ;p). Time cuti tu plak tak dapat internet connection. Perghh~ memang terseksa sungguh kalo takde internet. 

Lepas balik dari cuti, tersangat lah busy. Maklumlah, keje melambak2 kat office lepas cuti lama. Penat bersenang-lenang pun tak hilang lagi. Ceh..bercuti bersenang-lenang pun penat? Kehkehh~ 

Sekarang ni banyak kot entri yang tertangguh dalam kepala hotak nih. Gambar pun banyak dalam kamera, blom transfer ke laptop lagi. Lepas dah transfer gambar2 tu, boleh la meneruskan aktiviti meng-hupdate blog yang dah lama tertangguh nih. Tak senang duduk sebab dah lama tak hupdate blog. [x_O]

Tengah saket ati jer ngan kamera nih. Asal aku sambung ngan wayar jer, dia automatik cas bateri. Sedangkan bateri dah penuh. Laptop plak tak boleh read memory card. Rosak ke hape tak tau la. 

Grrrrr~~ hangin satu badan!!! 






Ape2 pun, kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja dan selamat berhujung minggu!






Nak pegi membeli belah kat Carrefour lak. Ceh, apehal shopping kat Carrefour. Huhuu~ sebenarnye just nak beli barang2 keperluan jer. 

Ok bye!



.

Saturday, April 2, 2011

header simple pun ok jer.

Tadi balik dari makan2 durian, terus bukak blog tersayang. *cewah~ 

Ingat nak update entri pasal pegi makan durian tu. Tapi laptop aku nih problem pulak. Tak boleh detect memory card. Sejak format 2 hari lepas, tak boleh detect memory card nih. Kalau nak transfer terus dari kamera, bateri kamera kena penuh. Kalau tak, kamera nih automatik charge bateri kat laptop dan tak boleh transfer gambar. Tak tau camane nak setting supaya boleh transfer gambar walaupun tengah charge bateri. T_T

Alamatnye, esok jerla aku update pasal tu. 

So, boring punyer pasal (walaupun tengah penat dan rasa macam nak tido jer), saje menggatal-kan tangan untuk edit header. Edit buruk2 jer. Sebab dah bosan ngan header gediks nih.




Header lama. 
Memang gediks giler. 


















B - E - R - T - U - K - A - R - !











Tadaaaa~~


It's just a simple header. 
Edit buruk jer. 
Nak buat yang comel, tak kreatif la pulak~ 
Lain kali la cuba untuk berkreatif kreatif nih.
Btw, it's a "PEACE". Bukan isyarat lucah. Jangan lah berfikiran sedemikian rupa. ;D
*nape la aku tak pakai baju kaler pink dalam gambar tu? haha~ memang giler pink.



Letak header baru sebab nak tepek gambar terbaru kat header tu. Header lama tu tersangat lah deceiving. Sebab gambar lama ketika muda mudi dan ketika masih agak kurus. *eh2, sekarang pun masih muda apeee~ tapi dah gemok tembam chubby bulat mulat.




* p/s : bertukar la sangat. kahkahkah~ 
* p/s lagi : kekenyangan dengan durian. dan agak pening juga. penangan terlebih melantak durian kot.


.

Monday, March 7, 2011

Bila blogger tak reti jaga manners dalam ber-blog

Meh nak cite. Tapi aku pon tak tau nak start camane cite nih. 

Aku tak paham la dengan sesetengah blogger nih. Ape yang diorang dapat ngan kutuk2 orang dalam blog dia? Puas hati? Kepuasan yang tak terhingga? Ntah. 

Contoh 1 : suka kutuk cara orang lain berpakaian. Memang la sakit mata bila tengok orang pakai camtu. Lebih2 lagi kalau kita bukan jenis yang suka pakai camtu. Pendek kata, memang bertentangan dengan prinsip hidup kita. Tapi macam tu ke caranya nak menyampaikan perasaan tak senang hati kita? Asal tengok jer orang camtu, terus dia buat entri kutuk kaw2 punye. Ingatlah, tak semua orang sempurna, termasuk kita yang mengutuk dia. Kita duk kutuk2 dia pun, nanti ada orang cakap : "eleh, macam la kau tu bagus sangat. tak payah la duk kutuk2 orang macam kau tu sopan sangat"




Bagi aku, kalo tak senang mata tengok orang camtu, tegur jer cara baik. Tak perlu jadi ustazah pon kalo nak nasihat orang. Dan tak perlu rasa segan kalo kita betul2 ikhlas nak tegur orang. Sampai ke apa yang nak disampaikan kalo kita duk kutuk2 jer dia dalam blog kita? Tapi kalo taknak orang cakap "jangan jadi ustazah", lebih baik biarkan jer si luncai terjun dengan labu2nya. Itu adalah lebih baik dari duk mengutuk2 orang dengan ayat tak sopan dalam blog kita. Ape bezanya kita dengan dia kalo kita duk kutuk2 dia camtu?

Contoh 2 : suka kutuk entri orang lain. Ape kesah orang tu nak post ape pon? Pendek kata (seperti yang selalu aku baca kat mana2 blog), "kalau tak suka ngan blog ni, sila klik [x]" 

Betol jugak kan ape yang diorang cakap? Kalo tak suke, buat ape lah kau baca blog tu. Cepat la blah dari blog tu, dari mata kau terus menerus berbulu tengok entri kat blog tu. Kita ber-blog ni ada macam2 cara, macam2 ragam. Dia dengan cara dia, kita dengan cara kita. Ada blogger yang blog pasal tutorial (macam2 tutorial), ada yang blog pasal gossip artis, ada yang blog pasal berita terkini. Ada blogger yang suka update pasal kehidupan dia, dia pegi mana, buat ape, pegi shopping, pegi makan2. Pastu upload gambar2 kehidupan seharian dia. Ada yang blog pasal pakwe makwe dia. Macam2 lah. Macam blog aku ni lah, merepek pasal kehidupan seharian aku jer.
Bagi aku, kalo blog dia, biar la dia. Kalo kita suka, kita baca. Kalo tak suka, tak payah baca. Tak payah singgah lepastu pon takpe. Memang la kita hidup bermasyarakat nih kena jugak jaga tepi kain orang. Tak boleh la biar "suka hati dia jer apa dia nak buat". Jaga tepi kain orang kat sini maksudnye kena tegur menegur, nasihat menasihati. Bukannye kutuk mengutuk.

 


Kalo yer pun tak suke, tak payah la kutuk2 blog orang lain. Kalo rasa nak tegur, tegur cara baik. Tak perlu lah wujudkan entri kutuk2 blogger tu. Macam yang aku cakap tadi, ada macam2 ragam orang ber-blog. Ada macam tu, ada macam ni. Ada suka blogger yang suka tolong naikkan blogger lain, ada jugak blogger yang suka kutuk2 blogger lain dalam blog dia. Kita duk kutuk2 entri & blog orang, kita ingat orang lain suka ke ngan entri kita yang asyik duk mengutuk2 dan mengata2 orang camtu?

Contoh 3 : kutuk2 gambar dalam entri blogger lain. Nape nak saket mata kalo orang tu letak gambar yang kau tak suke? Mungkin gambar tu sebagai contoh jer. Yerlah, tak semua orang akan faham dengan apa yang nak disampaikan oleh blogger tu. Jadi, dia letak gambar sebagai contoh, dan mungkin sebagai hiasan semata2. Dan mungkin untuk melengkapkan lagi entri tu, supaya pembaca semua tak perlu lagi susah payah nak Google sendiri gambar yang dimaksudkan. Apa gunanye baca entri tu kalo entri tu tak lengkap? Tak payah la kita nak kutuk2 gambar2 yang ada kat blog dia. Kalo rasa benda tu salah, tegur cara baik. Kalo taknak tegur, cepat2 klik [x]

Contoh 4 : blogger edit gambar pun nak kutuk. Aduh. Biar ler dia. Kalo dia hitam dan nak edit gambar untuk nampak putih pun, tu hak dia. Kalo tak suka dan rasa tak elok dia buat camtu, cuba la tegur dia. Contoh ayat yang boleh kita sampaikan : "tak elok la edit gambar melampau camni. menipu dan hipokrit namanya nih. Nanti orang terkejut tengok rupa awak yang sebenar". Ok, dah panjang plak contoh ayat nih. 


Putehnyer. Kau edit ke ape? Kau kan ber-kulit gelap.
*Ishh...tak lah. Lighting jer nih. plus mekap 14 inci. Sebab tu nampak fair and lovely.


Perlu ke kita buat entri untuk kutuk tindakan blogger lain edit gambar dan letak kat blog? Apa yang awak dapat dengan menge-post entri camtu?  

Contoh 5 : cara blogger snap gambar pun nak kutuk jgak. Nape sakit mata sangat kalo blogger tu ambik gambar dalam toilet ke, ambik gambar bajet cun ker, ambik gambar posing over melebih2 ker? Sungguh aku tak paham. 


Cun kan gambar ni.

Bagi aku, kalo apa yang blogger lain buat tu tak kacau hidup aku, biar ler dia. Bukannye berdosa pun yang dia buat tu. Kita jer yang sakit mata berbulu bijik mata tengok cara dia ambik gambar, kan.

Contoh 6 : panas hati pulak kalo ada blogger lain bagi comment yang meluahkan perasaan tak senang hati. Betol jgak comment tu. Ok lah. Itu hak semua orang lah nak betulkan balik apa yang blogger lain comment. Tapi tak fikir ke kenapa orang bagi comment camtu. Bagi aku, bila ada orang bagi comment, nasihat, kata2 or whatever, jangan cepat melatah. Cuba kita renung2kan dan fikir balik ape yang orang tu cakap. Dia cakap camtu mesti bersebab. Jangan selalu fikir, kita jer yang betul. Salah jugak pemikiran camtu.


Banyak lagi la contoh yang aku tak tau camane nak taip dan explain kat sini. 

Sebenarnye aku pon setuju jugak dengan sesetengah benda yang blogger camtu nak sampaikan. Cuma cara diorang jer yang tak sesuai, tak sopan dan tak...macam2 la kot. Untuk aku tegur blogger camni, tak la kot. Sape la aku ni untuk tegur dia, kan. Huahuaa~ Dah ada blogger lain yang tegur, tapi blogger camtu cepat melatah plak. Siap buat entri khas la pulakkk~ Itu la yang jadi bila kita rasa, kita jer yang betul.

Rupa dah sopan. Dah menutup aurat. Tapi sayang..apa gunanya nampak macam sopan kalau manners tak jaga dan penulisan banyak ayat yang tak sopan? Langsung tak mencerminkan apa yang patut di cerminkan. Dari ayat2 dan perkataan kita tu, nampak sangat hati kita tak bersih .


 Comel dan sopan jer kan. ;)


Walau penampilan kita se-sopan mana pun dan walau kita tak buat benda2 yang kita duk kutuk2 tu, itu tak memberikan kita apa2 hak untuk kutuk orang. Walaupun kita tak sebut pun nama orang yang kita kutuk tu, still aku rasa entri camtu tak...emm...tak ape ek. Tak bertamadun kot. Ke tak berilmu pengetahuan? Whatever la kan.


Waduh waduhh~ 

Ok, ni la first time aku comment blog orang (first ke?). Macam yang aku cakap tadi, aku bukannye jenis yang suka kutuk2 orang dan blog orang lain. Kalo aku suke, aku baca. Kalo menarik, aku tingalkan comment. Walaupun sebenarnye aku lebih suke jadik silent reader Kalo aku tak suke atau rasa blog tu ter-over, mengediks, rasa meluat menyampah berbulu bijik mata tengok blog dia, aku takde la nak kutuk dia. Kutuk dalam hati ade la kan. Tapi takde la sampai buat entri semata2 nak kutuk orang tu dan blog dia. 

Entri ni pun aku buat sebab aku rasa macam entri2 sesetengah blogger tu macam...ishhh....tak patot tak sopan takde manners lah post entri camtu. Bukan satu. Tapi hampir kesemua entri cenggitu. 

Sudah2 la tu. 


It's true.

 Ok, takde kena mengena. 
*tapi betol. ;)


Ingat lah, kalau kita tak suka blog orang, mungkin seribu orang lagi tak suka ngan entri dan blog kita.



Semua orang yang bermasalah ke atau kita sorang yang ada masalah ngan semua orang?

Ok bye!



*p/s : panjang la pulak entri nih. 


.

Thursday, March 3, 2011

penat tahap melampau.

Selamat pagi semua! 
 
Entri ringkas yang tak berapa ringkas sebelum berangkat ke tempat keje. 
 
 
 
 
Entah kenapa la sejak dua menjak ni terlalu berat melampau2 sangat (ok, ayat melampau) tangan aku nih nak menaip2 dan update blog. Mungkin sebab terlalu penat. Balik dari keje, online kejap. Lepastu terus rasa mengantok tahap gaban. Pastu terus kroihh kroihhh...Tertido depan tv, tertido depan laptop. 
 
Pastu terjaga tengah2 malam atau awal pagi. Tutup tv. Off laptop. Tak pun, sambung tengok tv atau sambung online. Tapi tetap tak larat nak taip entri. Pastu sambung tido...ZZzzzzz......
 
Macam tu la setiap hari.






Sampai nak update entry yang simple dan pendek pun rasa berat sangat. Entri pasal trip ke Universal Studio baru settle beberapa hari yang lepas, walaupun pegi sana dah sebulan lebih. Dah basi dah pun cerita tu, kan. 

Hajat hati nak update pasal cerita balik kampung haritu, nak buat PART2 macam entri USS tu jugak. Tapi sampai sekarang tak update lagi. Tak termampu nak update. Mungkin sebab gambar yang nak di upload pun banyak. Kena edit2 dulu, letak watermark semua. 

Pastu, minggu lepas ada dinner ngan BSN dan Johore Bar Annual Dinner and Dance. Pun masih blom update. Tak termampu jugak nak update. Tapi insyaAllah akan update dalam masa terdekat nih.

Haiihhhh~ ape nak jadi nih. Apa guna ada blog kalo tak update? Orang lain pun busy jugak, tapi tetap update blog, kan. huuu~~ sedeyy. [x_O] 

Bila dah busy dan penat tahap melampau nih, rasa macam hidup pun dah tak terurus. Tidur tak cukup. Kat tempat keje pun asyik menguap jer. Panda eyes toksah cakap lah. Dan minggu depan mungkin lagi busy. Banyak yang nak kena di-settle-kan by next week. Kena kembali ke hidup balik-keje-lambat-kena-stay-sampai-malam. Ok fine. Redha jer. Ini lah kehidupan.

Byebye. 


*p/s : taip entri ngan mata yang masih mengantok, walaupun dah siap mandi dan tengah bersiap nak pegi keje. sigh~


.

Sunday, February 13, 2011

Akhirnya..header untuk blog.

Akhirnya, ada jugak header baru kat blog aku ni setelah berminggu2 guna header sementara. Sungguh aku tak sempat nak buat header baru.


Gediks. Ok, sila muntah sekarang. Muahahaaa~ ;DD


Gambar ni dah lama, bulan Julai 2010. Sejak laptop rosak (selama berbulan2) haritu, gambar ni pun turut terperam dalam laptop tanpa sempat di upload ke mana2 social network. Semalam godeh2 laptop, baru terjumpa gambar ni. Terus la aku edit2 dan buat header. 

Memang header aku buruk jer. Aku bukannye pandai nak edit2 benda alah ni. Tak kesah, asalkan aku puas hati. Dan memang gambar ni semua menggediks. Ok, tak kesah. I loikkeee~~ ;DD 


*p/s : I loike ini gambar, bukan i loike menggediks. :) 


.

Monday, January 17, 2011

tukar width layout + updated editor untuk letak gambar besar gedabak.

Hello dearest bloggers.

Perasaan tak perubahan kat blog aku nih? Tak perasan ea? Takpe la, biar aku perasan sorang2. T_T




Ok, tak payah emosi sorang2. Actually aku dah tukar width layout ni, jadi makin besar. 

Tujuan : supaya dapat letak gambar besar gedabak, biar puas hati semua yang melihat. Ok fine, yang penting aku puas hati.


[sebelum edit]
outer-wrapper width : 847px
content-wrapper width : 763px
sidebar width : 250px



[dalam proses meng-edit]
outer-wrapper width : 1000px
content-wrapper width : 980px
sidebar width : 270px

background kaler pink kosong tu adalah outer-wrapper. saje letak kaler pink camtu untuk bezakan dengan content wrapper, untuk memudahkan kerja2 meng-edit.


outer-wrapper tukar ke kaler putih. 
macam dah siap edit (walaupun masih ada yang nak di-edit).
tapi nampak buruk giler lah bila header tak sama besar dengan outer-wrapper. tak center.







OK FINE.








[selepas edit]
terpaksa gunakan header sementara. sebab dah tak larat nak edit2. dah tak larat nak buat header baru. sebab malam tadi masa edit2 benda alah ni, memang dah ngantuk tahap cipan. 



sebelum edit width layout. gambar boleh letak "Large" je.



lepas edit. nahhh hambekkk kawwww~~ 
EXTRA LARGE aku kasi. 

Puas hati tak?



Tak kesah. yang penting, aku tuan punya blog nih puas hati. muahahaa~ ;D




Dan of coz la perlu tukar ke "Updated editor" untuk membolehkan saya meletak gambar yang besar gedabak cenggitu. Sebelum ni guna "Old editor" jer.







Click DASHBOARD >>> SETTINGS >>> BASIC
Pastu scroll down sampai bawah. 
kat GLOBAL SETTINGS.

Pilih UPDATED EDITOR



Dah tambah kelebaran layout, dah tukar ke "Updated editor", baru puas hati. 
Ok lepas ni boleh tayang muka yang berjerawat ni besar2 gedabak kat blog.




Awal pagi tadi edit2 blog sementara tunggu masa untuk kejutkan Encik Kuneng bangun. Masa tu takde la rasa ngantok sangat sebab siang hari dah tido berjam2 macam kelawar. Call Encik Kuneng pukul 4pagi. Masa dekat2 pukul4 tu dah terasa mengantok yang amat. Dan pukul 5 pagi baru aku tido. Pukul 6.30pagi baru bangun pegi keje Mahkamah Perindustrian. Sedar tak sedar jer sambil bersiap pegi mahkamah. xP


*p/s : dah lama tak "bermain" dengan HTML blog nih. 
*p/s lagi : blog ini masih under construction. sekian.

.

Sunday, January 16, 2011

Blogger oh blogger. Kenapa cepat sangat melenting.

Tajuk nak gempak jer kan.

Kenapa ada sesetengah blogger yang cepat sangat melenting? Contohnya kalo kita comment kat entri dia, pastu dia reply balik kat comment tu dengan huruf BESAR. Contohnya camni *contoh jer, tak di ambil dari mana2 blog pun* :-

I tau la. I’m just KIDDING.

Nampak sangat dia tengah marah atau pun tak suka dengan comment kita, kan. Haihhh...kita ni ikhlas comment kat entri dia.

Ingatlah, once you post it, people will read it and some of them will remember it forever. They will judge our MENTALITY based on what you’ve posted. Tak semua orang yang suka dengan apa yang kita tulis. Yang tu kita tak boleh buat apa2 lah. Tak boleh paksa orang suka kat kita. Ada orang yang hanya nak bagi nasihat, mungkin cara dia agak halus. So, bila orang comment tu, cuba la terima apa yang orang cakap. Jangan cepat melenting. Bukannya orang cakap kurang ajar pun.

Ataupun ada orang rasa entri2 blogger tu annoying, tapi mereka masih comment dengan ayat yang baik2? Nasib baik ayat baik2. Kalo dia terus ketuk jer, camane? Lagi la awak bising dan angin satu badan, kan? Hahaa~ sendiri mau ingat.

Ada sesetengah blogger yang suka (selalu) post entri yang mengada2, melebih2. Menyampah gak. Tapi perkara biasa la tu dalam dunia blogging. Aku pun ada gak entri yang mengada2. *ok, aku mengaku.
 
Tapi at least aku bukan public figure, aku tak glemer, tak famous amos, atau at least aku ni tak di perhatikan orang. Haaa...kalo yang menjadi perhatian orang, of coz la orang akan perhatikan ever single entry yang kita post. Kalo orang tak suka dengan apa yang kita buat, (atau mungkin rasa annoying) mesti orang cakap “lebih sudu dari kuah”. Apa maksud diorang cakap camtu? Kenapa diorang cakap camtu? Mungkin diorang tak kenal kita dan hanya menilai kita berdasarkan luaran.

“They judge a book by it’s cover”.

It's true indeed. Tapi diorang cakap camtu mesti bersebab. Yer, memang orang yang tak kenal kita akan menilai kita ntah pape. Kadang2 apa yang mereka cakap tu tak betul pun. Tak betul langsung, sangat jauh menyimpang dari kebenaran tentang diri kita. Tapi apa yang diorang cakap tu based on apa yang kita buat. Sebab tu kita kena tunjukkan sikap yang ok (ok means OK), dan at least tak annoying, tak melebih2.

BE OURSELF. Walaupun “ourself” tu tak sempurna, banyak kekurangan, dan ada jgak perangai yang annoying, tapi at least, cuba la control sikap yang tak elok tu. *takde manusia yang sempurna dalam dunia ni, ok. i know.


or stop taking people and those matters so seriously



Ape yang aku merepek malam2 nih. Takpelah kalo korang tak paham. Aku pun sebenarnye tak berape nak paham. Muahahaa~ ;p

OK BYE!


.

Monday, January 3, 2011

byebye Toshiba lappy | ada ke orang tido macam ni?

Yesterday. Sunday. Went to my sister's house at Taman Delima 2. Nothing much to say. Mood tak ok sekarang ni. Tambahan plak, laptop ni masih belum pulih sepenuhnya.

Okay2, aku cerita sket. Aku pegi umah akak aku sebab nak hantar laptop. Laptop ni aku dah pinjam dari akak aku sejak beberapa bulan yang lepas. Dah 2 bulan kot. Sebab laptop aku dah rosak (untuk kali kedua). Haritu aku cakap nak pinjam kejap jer. Tapi ter-lajak la plak. Bukan ape. Laptop aku masih belum repair.

So, weekend haritu terpaksa la pegi me-repair laptop yang dah 5 bulan lebih rosak. Dah keluar dari "workshop", tapi laptop nih masih tak ok. Dah repair hard disk (dia betulkan software kot), dah format. Pastu keyboard plak kena tukar. Tapi tang keyboard tu tunggu la dulu. Lain kali baru aku tukar. Kena RM160 tu kalo nak tukar keyboard. Tengok la, kena survey2 dulu tempat lain. Mana tau kalo dia caj mahal ke. Dia cakap RM160 tu dah murah, kira special price la tu dia bagi aku. Eleh~ ntah boleh caya ke tak. Tak semudah itu aku terpedaya.

Lagipun kedai tu bayaran2nye agak mahal berbanding ngan kedai lain. Format laptop RM65, sedangkan kedai lain selang beberapa pintu dari situ RM60 jer untuk format. Backup dokumen kena caj RM10. Pastu masa dia repair hard disk, aku ada kat sebelah dia. Bukan susah pun. Dia scan dulu, pastu ape ntah dia godeh2 kjap jer. Camtu pun dia caj RM30. Huiihhh~~ mentang2 la dia terer, dan aku plak memang buta IT, kemain lagi dia caj.

Tu yang aku taknak tukar keyboard kat tempat dia. Sekarang ni, tersangat lah seksa nak online, nak blogwalking, apatah lagi nak menaip. Memang seksa. Kadang2 ok, kadang2 memang boleh buat aku saket jiwa! Nak taip satu entri jer makan masa berjam2 kot. Memang takde mood langsung nak taip2 entri.

Nanti la lepasni baru aku repair. Atau mungkin aku perlu beli komputer baru? Tak perlu pakai laptop ni lagi? InsyaAllah...laptop ni pun dah nazak sangat dah. wuuuu~~~ ;'|


laptop Toshiba kepunyaan kakak ku yang telah banyak berjasa selama 2 bulan ni.
telah selamat dipulangkan kembali ke pangkuan tuan punya. huhuu~~ :{



heyya! watcha doing?




facebook-ing?




Owhh...main game.





and few hours later...

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






10.52 pm.
Guess what? He's sleeping.
Ada ke orang tido macam ni? muahahaa~ ;DD
(nak tido kena pakai pampers. muahahaa~ ;D)



Terhibur melihat telatah budak mulut becok nih. Pot pet pot pet tak abes2. ;D



.

Saturday, January 1, 2011

pencapaian untuk tahun 2010 *ewahh

Apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2010 ni dan apa yang aku telah capai? Huii~ soalan kemain.

Aku pun tak boleh nak ingat semua. Kena recall balik.


06.04.2010
Setelah berhempas pulas menghadapai "kesengsaraan" selama 9 bulan, akhirnya tempoh Chambering aku tamat juga. Nak tau pasal Chambering, click SINI dan SINI.


07.05.2010
My Long-call day. Tarikh keramat aku diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Alhamdulillah..bersyukur sangat2, akhirnya cita2 dan impian aku sejak kecik tercapai jugak. Tapi tersangat sedih sebab tak dapat berkongsi kegembiraan itu dengan arwah mak. Insan yang menjadi pendorong aku untuk jadi manusia berjaya. :'(


06.06.2010
Peristiwa yang sangat tragis dalam hidup keluarga aku. Tak tau la nak cerita macam mana. Baca jer ENTRI ni. Aku sayang akak aku. Dia dah macam mak aku dah. Sebab sejak kecik, dia yang jaga aku kalo mak aku pegi keje. Dia kakak yang sulung. Wanita kurang upaya. Sampai hatinya dia diperlakukan sedemikian rupa. :'(


17.06.2010
Tiada gunanya status Peguam kalau tiada Practising Certificate a.k.a Sijil Amalan Guaman (PC). Tak boleh pegi Mahkamah, tak boleh menjadi pengamal undang2 secara sah, surat dan dokumen pun tak boleh sign. Tanggal 17.06.2010, setelah sebulan apply PC kat Majlis Peguam, baru dapat PC tu. Excited betul aku haritu.


09.10.2010
Akhirnya setelah tertangguh selama berbulan2, plan aku untuk ambik lesen kereta dapat juga dilaksanakan. Maklumlah, konon2 wanita berkerjaya, busy sampai takde masa nak masuk kelas memandu. Tanggal 09.10.2010, first driving class haku. hehe~


16.12.2010
Setelah dua bulan masuk kelas memandu, berhempas pulas belajar drive kereta, akhirnya pada 16.12.2010, aku telah mendapat Lesen P. Huihh...bangga kemain. Dari ZERO, stereng kereta pun tak pernah pegang, sampai la boleh drive sebijik kereta itu, dan akhirnya dapat lesen. Ujian undang2 dapat markah penuh, Ujian dengan JPJ pun ambik sekali jer. Sape tak hepi kan. Orang yang dah terer drive kete pun ambik sampai 4, 5 kali. Alhamdulillah aku tak perlu bazirkan duit untuk ambi test JPJ berkali2. Tahniah untuk diri sendiri! :)


Saya sudah semakin rajin ber-blogging
Entri untuk tahun 2009 hanya 45 entri. Tahun 2010 pula, meningkat dua kali ganda kepada 92 entri. Tahnah kepada diri sendiri! Hahaa~ kecoh jer kan. Blogger lain sampai beratus2 beribu2 enrti dalam setahun. Kau setakat 92, tak sampai pun 100 entri, tu pun nak kecoh?
Okay2, fine. Maklumlah aku nih selalu takde masa nak menaip entri, sebab tu aku rasa macam ada sedikit peningkatan bila entri bertambah. Huh, sedangkan masa untuk diri sendiri pun takde, ini kan plak nak ber-blogging kan. Kadang2 tu, idea memang datang membuak2 *ceh*, cuma masa (untuk meluahkan kat blog) jer yang takde.
Ok, aku harap lepas ni aku lagi rajin dan lagi ada masa untuk ber-blogging.


Berjaya memenuh impian dalam wishlist
Kebanyakan item dalam wishlist aku telah berjaya aku dapat, atas usaha diri sendiri. Walaupun tak semua, tapi Alhamdulillah... Bak kata pepatah : Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.


Tahun 2010 banyak mengajar aku untuk berdikari
Tak sangka aku setabah ni. Kalo dulu2, rasanya tak mungkin aku boleh buat semua ni. Sebab aku nih seorang yang tersangat pemalu dan penyegan (segan). Antaranya perubahan aku : boleh makan sorang2 kat food court, kat KFC, kat McD. Aku ulang, SEORANG DIRI. Kalo dulu, jangan harap la. Mesti nak ada teman. Dan aku juga dah boleh tengok wayang sorang2 dengan selambanyer. Boleh pegi ke sana ke mari seorang diri. Dan banyak lagi la, yang aku tak boleh dedahkan kat sini sebab privasi. hehee~ ;p
(sebenarnya aku memang seorang yang berdikari sejak dulu lagi, cuma tak setabah sekarang ni la).


Tahun 2010 banyak mengajar aku erti hidup
Yer, terlalu banyak yang aku pelajari sepanjang tahun 2010, dan semuanya memberikan aku pengalaman yang sangat berharga. Sangat mematangkan aku. Tak perlu aku sebut semua kat sini. Tapi yang paling penting : tak semua orang akan pedulikan kesusahan kita. Ada yang hanya mahu kita tolong time dia susah. Tapi diorang takkan fikirkan kesusahan kita. Yang diorang tahu, diorang nak senang. Oh, orang macam ni memang sangat pentingkan diri sendiri.


Hidup aku dah banyak berubah pada 2010 ni
Alhamdulillah, semuanya kurniaan rezeki dari Allah. Aku harap tahun2 akan datang pun hidup aku akan lebih baik dari sebelum ni.


Percintaan
No comment. *ek eleh.blah la. ;p


Ini jer la yang aku boleh ingat kot. Dan ada yang tak boleh didedahkan kepada umum. ;p



My wish. huuu~~ sedey :(
picture from : link



Okay, whatever.


Byebye 2010. Welcome 2011!




*p/s : kadang2 bila fikirkan semua yang jadi dalam hidup aku, perjalanan hidup aku, aku jadi sedih dan rasa hidup aku ni sangat sunyi. Hmmm...ntah la. Aku nih memang cepat feeling, cepat sedih. :[
: why? i dont know. maybe i need someone...someone that appreciates me.. :'[



.

2011 sudah. Happy New Year!

semoga tahun 2011 ni menjadi tahun yang ceria (macam gambar ni) bagi aku


Sedar tak sedar, kita sudah berada di tahun 2011. Oh, sungguh cepat masa berlalu kan. Terasa seperi baru semalam tahun 2010 muncul dalam hidup aku. *eee..jiwang semacam jer.

Sana sini orang sibuk duk cakap pasal azam baru. Azam? Ape tu azam? Aku ni pernah ke ada azam?

Well...seingat aku, aku takde la nak tetapkan azam setiap kali tahun baru. Just ikut jerlah rentak diri sendiri. Mana yang mampu, aku buat. Dan setiap tahun, aku cuma berharap aku akan jadi manusia yang lebih baik dari tahun2 sebelum ni, dan aku juga berharap hidup aku akan jadi lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Yer, begitu lah *serius nih.

Aku cuma nak senaraikan hajat dan impian aku untuk tahun ni. Sebahagian sahaja. Ada yang tak boleh didedahkan kepada umum.
  • Nak turunkan berat badan (misi hampir mustahil)
  • Nak kurangkan membazir (macam2 benda)
  • Nak kurangkan shopping (huh.boleh ke?)
  • Nak disiplinkan diri sendiri (manusia susah nak berubah)
  • Nak lupakan semua kisah/benda yang boleh buatkan aku sedih :')
  • “Binatang kaki empat bulat” (kata Nabil dalam cite Sifu dan Tongga)
  • Simpan duit untuk masa depan

Semoga aku boleh menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni, semoga hidup aku juga bertambah baik dari sebelum ni. Semoga dikurniakan kebahagiaan abadi dalam hidup aku *takmo sedih2 lagi. Dan semoga hidup aku lebih diberkati. Aminn...



HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!




*p/s : semoga saya lebih rajin ber-blogging. :)


.

Friday, December 31, 2010

rekod terbaek saya setakat ini



Rekod (penggunaan broadband) terbaek aku setakat ini.

Yeaaa....sudah melebihi limit. Huh. Terbaek lah sangat. Ni first time jadik camni, sejak aku jadi pengguna broadband (dah satu tahun dua bulan).

So, terpaksa tunggu tanggal 1 January untuk mulakan hidup baru. Eh apekah? Untuk mulakan bulan baru dan penggunaan yang baru, bukan untuk mulakan hidup baru *jangan nak start merepek*. Tak dapat nak blogwalking buat masa ni.

Sabar yer cik Nini. Tunggu sejam saje lagi. =)


degil ekau ni eh. dah limit pun nak connect jgak!
*yerlah, untuk post satu entri jer :[




*p/s : tertanya2 juga apa kesan over-limit ni pada bill aku. Maklumlah, aku nih buta broadband. Hanya tau cucuk pada USB port, connect to internet dan online puas2. pastu tiap2 bulan, bayar bill. yang lain2, tak tau.


.