Showing posts with label 1st wedding anniversary. Show all posts
Showing posts with label 1st wedding anniversary. Show all posts

Monday, June 10, 2013

1st Wedding Anniversary : Dinner at Grand Paragon Hotel

As-salam dear reader. 

Happy monday blues! -.- 

Ni rentetan dari entry aku sebelum ni : late night dinner

So on 1 June tu, kami keluar ber-datingan untuk celebrate our 1st year wedding anniversary. Plannya nak dinner kat Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel. Aku dah booking hari Jumaat lagi. Sebab setahu aku, kat sini selalu penuh.

Kitorang sebenarnya nak lunch. Tapi hujung minggu takde lunch. Ada dinner jer. Takpe la, dinner pun dinner la. 

Dinner kat sini start pukul 6.00 petang sampai 10.30 malam. Kitorang pegi agak lambat jugak la. Pukul 7 baru sampai. Ingatkan kitorang dah lambat. Rupanya ada lagi yang datang lagi lambat. Huhuu~

Oh..tahu tak haritu hujan selebat2nya. So kitorang gerak lambat. Anddddd.....kitorang merempit jer, naik moto. Aku pakai dress, tapi pakai baju hujan. Kitorang pakai selipar dulu, sebab takut kasut basah. Sampai kat bandar, baru tukar kasut & simpan baju hujan tu. 

Nak pegi dinner kat hotel, tapi merempit jer. Nak tergelak pun ada ngan keadaan kitorang masa tu. Hahahahh~ ;D Sungguh takkan aku lupakan pengalaman ni.

So ini lah lemak2 yang berjaya diternak oleh kami malam tu :- 


mine. 



Ours.


Hub's.


Ours.


Me.


Encik Suami. 


Yummy~


Semua sangat sedap, kecuali yang ni. 
Erkk~ tak tertelan rasanya. -.-'


Full house. 
Semua dah booking awal2. 
Tapi masa ni ada jugak yang masih belum datang.


Sup, pengat nangka, etc. 
Encik Suami siap cakap kalau ada kenduri, nak buat pengat nangka camtu sebagai pencuci mulut. 
Sebab macam special katanya. 
Ewahh....kenduri ape tu yer. ;p 
Tapi sungguh, pengat nangka tu sangat sedap. ;)

Ada show sikit dari uncle nih.


Ice cream!


Fruits.


Cuba teka ni ape? 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ini lah ABC buatan Encik Suami. 
Aku tergelak jer tengok ABC nih. Hahahahh~ ;D





Muka hepi dapat makan eskrim. 
Eh2, macam la tak pernah makan eskrim. ;p


Teruja dan terpesona dengan alunan muzik dari this lady.
 

Pastu uncle ni masuk balik. 
Kalini dia nyanyi plak. 
Oh my, suara dia memang best ok! 
Ni boleh masuk vokal bukan sekadar rupa. ;D


Nak balik dah. ;)


Theme of the day : pink. 
Real men wears pink. 
Gituuuu..??? ;p



Ni kali pertama kami makan kat hotel berdua. Sekali sekala apa salahnya kan.

Sekali sekala takpe. Kalau selalu, pokai la kami. -.-

InsyaAllah bulan puasa ni nak buka puasa kat sini sekali lagi ngan Encik Suami. Sebab masih teringat2 keenakan durian goreng kat sini. Yummmmyyyyyyy~ 

Ok, lepas dinner, kami pegi tengok wayang pulak. Merempit ke KSL jer. Sebab dekat. 

Kami tengok movie Epic. Sebenarnya nak tengok Jurassic Park atau Star Wars. Tapi lambat lagi waktu tayangannya. Ada yang late-night movie. Tapi kami dah tak larat nak tunggu. Nanti kang ada yang tak boleh nak bawak motor sebab ngantok sangat! Huhuu~ 

Serius, dah lama tak keluar dating camni. I mean, keluar berdua on weekend, jalan2. Biasanya keluar tengok wayang time weekdays jer, lepas aku habis keje. Pastu terus balik. Maklumlah, hari berkerja kitorang tak sama. Jarang2 sangat dapat cuti sama2 on weekdays.


Thanks for reading. ;)



.

Friday, June 7, 2013

Our 1st wedding anniversary : late-night dinner

Salam pagi Jumaat dear readers. 

Thanks god its Friday! Entah kenapa minggu ni rasa macam lambat sangat nak sampai ke hari Jumaat ni. 

Ok, seperti yang dijanjikan, nak bercerita pasal our 1st wedding anniversary celebration. 

1st wedding anniversary kami pada hari Sabtu, 01 June 2013. Hari Jumaat tu, Encik Suami keje shift petang. Dia balik keje lebih kurang tengah malam. Jadi, sedang elok la kan nak celebrate 1st anniversary pukul 12am. So sehari sebelum tu (hari Rabu), aku dah pegi Tesco beli barang untuk masak. 

Walaupun takde kereta, sanggupku pegi dengan bas dan balik dengan teksi. Kalau pegi ngan Encik Suami, nanti dia nampak pulak apa yang aku beli. Hahaa..nak buat surprise kononnya. ;p 

So balik keje hari Khamis tu, bertungkus lumus la aku try masak menu baru. Redha jer jadi ke tak jadi. Nak masak yang special sikit la kononnya untuk 1st anniversary ni. And konon2nya akan siap sebelum Encik Suami balik.

Tapi.......sebab aku balik keje pun dah lambat (malam), pastu start masak lambat (penat lepas balik keje, duk rehat2 dulu), then kelam kabut sikit sebab 1st time masak menu tu, dan kebetulan pulak Encik Suami balik awal malam tu. before 12 malam dia dah sampai rumah. Tak jadi ok surprise tu! Haha~ 

Tapi takpe! Surprise tetap surpise walaupun tak berapa surprise. Lepas dah salam2 ngan Encik Suami, aku tak bagi dia masuk dapur. Duk tengok tv jer sudah! Encik Suami tanya masak apa pun aku cakap "ada la". ;p 

Bila semua dah settle & dah terhidang atas meja, dah siap pasang lilin semua, baru aku panggil dia duk kat meja makan. Huhuu~ ;p




So ini jer yang aku masak sebenarnya. 
Lamb chop + mushroom sauce, coleslaw, kentang berbentuk hati & jus epal susu.


Kek Tiramisu.


Tengok coleslaw-tak-jadi aku tu. 
Terlebih mayoneese pulakk. 
Coleslaw ni pun first time aku buat. 
Padahal senang jer pun. 
Cuma tak larat nak potong sayur kecik2 jer.


Gigih ok aku potong & tekap kentang jadi bentuk love. 
Tapi bila goreng, takde la nampak sangat bentuk love dia. Huhuu~


Bila Encik Suami tengok apa yang aku cakap, terus dia excited : "waaa....sayang masak special harini"

Special sebab tak pernah masak lamb chop kot? Huhuu~

Dan walaupun ada yang tak menjadi, yang penting Encik Suami cakap semua sedap. Encik Suami siap tambah lagi. Nasib baik aku beli lamb lebih & masak lebih. Sebab aku dah tahu dah beliau memang kuat makan. muahahaa~ ;D


Sobss~ terharu~~  :')


Aku tanya la Encik Suami, apa maksud dia "inilah salah satunye yg buat org sayang sangat kat sayang"

Katanya, sebab pandai masak, selalu masak sedap2 & romantik. 

Adehh....jujur aku cakap, aku memang tak pandai masak. Lepas kawen ni la baru aku try and error macam2 menu untuk perut Encik Suami (dan jugak perut aku. ;p). Masa tengah masak pun resepi still kena ada kat depan, ok (kecuali untuk beberapa menu yang dah boleh suka2 hati ikut resepi sendiri). So kalau sedap, alhamdulillah la. Berterima kasih pada yang berkongsi menu di internet & jugak pada buku resipi. Hehee~ 

Tapi kalau tak sedap? Memang kena kutuk jerlah ngan Encik Suami. Sekali kena kutuk, memang sentap. Hahahahh~

Bab romantik tu, aku no comment la. Memang naluri kasih sayang seorang isteri kot. Aku percaya semua isteri camtu. ;) EH....tapi aku tak rasa pun aku romantik. Cane?

So itu lah celebration pertama kami untuk 1st wedding anniversary ni. Surprise late candle light dinner yang tak berapa surprise dan tak berapa candle light. 

Oh ya! Tahu tak kami dinner sambil dengar cerita Misteri Jam 12 kat radio Ria.fm? Encik Suami la yang pasang radio tu. Orang lain candle light dinner sambil dengar lagu romantik. Kitorang? Adehh....

Aku cakap : Tak pernah dibuat orang

Encik Suami cakap : takpe la, lain dari yang lain.

-.-


The next day, kami berdating dinner & tengok movie pulak. Yang tu lain entry aku cerita yer. 

Till then, thanks for reading. ;) 




p/s : ampun kalau ada yang meluat & menyampah baca entry ni. wakakakaa~ ;p



.

Saturday, June 1, 2013

Satu tahun

Selamat hari Sabtu. 

Hari ini setahun yang lepas ==>>>



:')


Alhamdulillah....genap setahun kami bergelar suami isteri *dan genap 3 bulan kami hidup sebumbung*. 



1 tahun = 12 bulan = 365 hari = 8760 jam = 525,600 minit = 31,536,000 saat.



Sekejap jer dah setahun. Rasa macam baru jer berpenat lelah dengan segala wedding preparation, rasa macam baru jer malu2 ngan Encik Suami.....eh stop. Tak perlu cite. Wakakaa~ ;p

Syukur alhamdulillah. Semoga jodoh kami dipanjangkan & semoga kami kekal berkasih sayang hingga ke jannah. Semoga aku dapat memperbaiki diri dan terus menjadi isteri yang terbaik dan lebih baik dari hari2 sebelumnya untuk suami. Semoga Encik Suami menjadi suami yang terbaik dan sentiasa disisi isteri dia ni. Dan semoga dipercepatkan rezeki kami untuk menjadi ibu dan ayah. 

Amin..... :)

InsyaAllah esok lusa aku cerita pasal our 1st anniversary celebration pulak. 

Till then, thanks for reading. ;)



p/s : tiket flight & hotel untuk next vacation belum book lagi ni. seriously takde masa & penat sangat sejak kebelakangan ni. -.-' 



.