Sunday, October 21, 2012

Mas kahwin dalam bentuk cek atau bank draft?

Salam hari Ahad!

Dah lama dah aku nak post pasal benda ni. Entry i dah berbulan2 terperam dalam draf. Sebelum aku kawen lagi kot. ;p

Masa nak prepare barang2 kawen & nak buat gubahan hantaran masa nak kawen dulu, timbul persoalan pasal mas kahwin ni. Ada dua pilihan : letak duit cash atas dulang hantaran atau dalam bentuk bank draf.

Tapi lepas tu timbul persoalan - boleh ke mas kahwin buat dalam bentuk bank draf atau cek?

Oh sebelum tu, untuk makluman, mas kahwin orang Terengganu macam aku ni, jumlahnya tidak ditetapkan macam sesetengah negeri. So mas kahwin orang Terengganu (dan beberapa negeri lain), banyak sikit la. Beberapa ribu. Duit hantaran takde. Untung? Untung la bagi pengantin perempuan tu. Sebab mas kahwin tu milik mutlak si pengantin perempuan. Even wali pun tak boleh sentuh duit tu. Lain la kalau duit hantaran.

Contoh, negeri Johor mas kahwin RM22.50. Yang tu boleh la gubah jadi bunga ros ke. Kan comel. Actually aku pun teringin nak gubah duit mas kahwin jadi bunga2 ros. Tapi mas kahwin aku dulu bukan beberapa puluh. Tapi beberapa ribu. Boleh la pulak nak gubah2 jadi bunga ros? Erk.

So pilihannya, sama ada letak duit cash atas hantaran tu, atau buat bank draf jer. Tapi kalau cash, macam risiko pulak. Tahu la kalau kat tempat orang kawen ni memang jadi sasaran makhluk bertangan panjang. Kalau hilang, mau meroyan aku. Kan?

Then terfikir nak buat dalam bentuk bank draf jer. Lagi selamat. Dah terbayang nak frame-kan bank draf tu, dan letak atas dulang hantaran. Dah siap beli frame tau masa tu. Ala2 vintage gitew frame tu. Tapi lepas tu timbul persoalan - boleh ke mas kahwin buat dalam bentuk bank draf atau cek? Mula la aku meng-Google.

Hasil yang aku dapat :-







Soal jawab lain :-

Soalan 

Assalamualaiukum Ustaz,
Baru baru ini saya menghadiri satu majlis akad nikah di sebuah taman yang agak terkenal di kawasan Kuala Lumpur. Selepas selesai akad nikah, berlangsunglah penyerahan mas kahwin berjumlah RM70,000 tetapi dalam bentuk cek bukan wang tunai. Saya musykil, apakah pemberian mas kahwin tersebut dianggap tunai atau hutang.


Jawapan 

Mas kahwin adalah pemberian suami kepada isteri bagi sesuatu pernikahan yang dilangsungkan, Ia juga disebut sebagai mahar. Tiada jumlah tertentu yang ditetapkan namun ia bergantung kepada persetujuan kedua dua pihak pengantin lelaki dan perempuan atau peraturan setempat yang pada kelazimannya menetapkan suatu jumlah tertentu. Mas kahwin boleh diserahkan secara tunai atau secara hutang. Namun masyrakat hari ini lebih suka memberikan mas kahwin kepada isteri secara tunai.

Maksud tunai ialah penyerahan suatu jumlah wang atau barang yang mempunyai nilai atau lain lain yang harus mengikut hukum syarak semasa akad nikah. Sunat disebut mas kahwin tersebut didalam lafaz akad nikah di anatra wali dengan pengantin lelaki atau wakil kedua duanya.

Sekarang ini terdapat kecenderungan untuk menggunakan cek, bukan wang tunai dalam urusan penyerahan mas kahwin dengan alasan jumlahnya besar dan menyukarkan untuk dibawa dan factor keselamatan.

Penyerahan mas kahwin menggunakan cek tidaklah dianggap sebagai tunai sebaliknya ia adalah suatu hutang kerana duit itu hanya boleh diperolehi selepas dibuat tuntutan di bank berkaitan, bahkan cek tersebut mempunyai tempuh sah laku yang tertentu.

Justeru jika ingin meneruskan niat menggunakan cek maka perlulah disebut hutang semasa lafaz akad nikah, atau jumlah mas kahwin tersebut tidak perlu disebut semasa akad nikah memandangkan hukum menyebut jumlah mas kahwin semasa akad nikah hanya sunat.

AL ISLAM Januari 2011




Perghh~ Mas kawen RM70K? Gulp.




 *klik gambar untuk lag jelas*



Tengok video ni untuk penjelasan UAI :-


 



Kesimpulannya, boleh jer buat mas kahwin dalam bentuk cek atau bank draf. Tapi masa akad nikah tu, kena sebut "HUTANG", tak boleh sebut "TUNAI". Tunai tu hanya untuk duit yang ada dalam majlis, kat depan tok kadi jer. Ni yang aku faham la. Wallahualam. Kalau aku salah, sila betulkan.

Then bila tahu camni, terus cancel niat nak buat bank draf. Aku dah bayangkan kalau time akad nikah nanti Encik Suami kena sebut "aku terima nikahnya ............. dengan mas kahwin RM........ HUTANGGG" 

Erkk? 

Confirm haru biru. 

Takmo takmo.

So aku decide letak cash jer kat dulang hantaran. Masa majlis akad nikah, kena pastikan ada orang yang boleh jaga duit tu. Dari sebelum akad nikah, hingga lepas akad nikah. Sampai la duit tu selamat di-bank in kan keesokan harinya. Pastikan orang tu betul2 boleh dipercayai yer. 

Then lepas majlis aku tu, ada saudara aku bercerita, saudara kitorang kawen letak mas kawen dalam bentuk cek. Tok kadi suruh sebut HUTANG. Haru majlis diorang. Huhuu~ 

Alahh..ada sesetengah orang ni tak faham. Diorang ingat kalau akad nikah sebut "HUTANG", difikirnya kawen tu memang hutang. Si pengantin lelaki memang tak bayar mas kawen. Especially orang2 kampung yang suka mengumpat jaga tepi kain orang. Blerghh~ tak suka orang camni. Jaga tepi kain anak sendiri sudah la kan. 

Sebab tu la aku nak mengelakkan dari timbul keraguan dalam majlis tu. 

So pada bakal2 bride and groom sekalian, elok lah pilih jalan yang korang tak rasa was2. Aku pun taknak lah ada keraguan dalam majlis aku, dan keraguan dalam perkahwinan kitorang. Bayangkan kalau sepatutnya sebut "hutang" tapi silap sebut "tunai", camane? Sah ke akad nikah tu? Sah ke perkahwinan kitorang?

Renung2kan dan selamat beramal.

Ok bye. ;) 


.

6 comments:

Syu, Syuhada said...

tula xnak guna cek, nti timbul spekulasi..hehe..pastu housemate cte sedare dier bg cek tok kadi lak xbg..xpasal2 last minit kena cari cash ;)

Cik Puan Tqah said...

kalau ikut konsep betul la.. memang kene cakap hutang :)

Syima Syaz said...

senngnya pakai replica chq n frame.tp ssh gak kalau tok kadi jenis nak tgk duit cash tu dpn mata.kalau m10k, kena bawak rm10k bkn sikit....

mcm i, i pakai chq je sbb husband ada chqbook, sooo senang.walhal segala duit hantaran tu dah dia bgi dah.lg pulak tok kadi i tak suruh sebut jmp hantaran mcm tok kadi ain, dia suruh sebut mas kawin rm300 tu je.kesimpulan, tok kadi i sgt mnyenangkan

Nini Mohd said...

@ciksusu
@ciksusu
camtu pulak? sepatutnya boleh jer buat cek. tp kena sebut "hutang" la dalam lafaz akad tu. huhuu~ confirm kelam kabut kalo last minute nak kena cari cash.

Nini Mohd said...

@Cik Puan Tqah
a'a kan? itu la yg i faham. ;)

Nini Mohd said...

@Syima Syaz
boleh jer buat replika cek. tp yg i faham kena sebut "hutang" la dalam lafaz akad nikah tu. tak boleh sebut "tunai".
tp confuse bila sesetengah tok kadi suruh sebut sekali hantaran.
biasanya dlm lafaz akad nikah, org sebut mas kahwin jer. bila dgr cite ada tok kadi kat certain negeri suruh sebut jugak nilai hantaran dlm lafaz akad nikah, cam pelik jugak.
so kalo duit mas kahwin kita letak cash, & duit hantaran kita buat cek, dalam lafaz tu nak sebut ape? "hutang" ke "tunai"?
then sesetengah org kan duit hantaran dah bg kat pengantin ppuan awal2 sebelum majlis lg utk buat preparation majlis. yg tu pulak camane.
sbb kalau ikutkan penjelasan yg i dpt, kalau duit tu ada dalam majlis akad nikah (duit tunai & ada kat dpn tok kadi) sahaja baru boleh sebut "tunai".
wallahualam. ;)