Showing posts with label Wednesday movie-day. Show all posts
Showing posts with label Wednesday movie-day. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Movie : World War Z


Hello dear readers.

Minggu lepas, aku ajak Encik Suami tengok wayang. Sebenarnya nak tengok movie lain. Tapi dah takde kot movie tu. Dah lama dah ditayangkan kat pawagam.

So kitorang pilih jer World War Z. Main pilih jer. Sebenarnya tak tahu langsung cite ni camane. Sebab trailer pun tak pernah tengok.



Trailer.



Sinopsis dia camni, aku malas nak translate atau cerita lebih2 :-

The story revolves around United Nations employee Gerry Lane (Pitt), who traverses the world in a race against time to stop the Zombie pandemic that is toppling armies and governments and threatening to decimate humanity itself.  


Movie ni nak kata besttu takde la best tahap gaban. Ok la kot. Tapi agak boring sikit. Cuma banyak scene yang selalu buat kitorang terkejut. Ada satu masa tu, tetiba jer sorang lelaki menjerit dalam panggung tu sebab terkejut. Dah la time tu dia sorang jer yang menjerit. Pastu semua orang gelak. Termasuk kami sekali. Bukan gelak sebab movie tu kelakar. Tapi sebab lelaki tu yang kelakar. Hahahahh~

Tu la, sape suruh beli tiket depan sangat. Kang dah melampau sangat terkejutnya. Wahahahahahh~ ;D

Tapi kannnn..........yang paling tak best, bila....part Israel tu. Sesuatu sangat. Tak best! Tak logik. Tak boleh diterima akal. Ntah la. Maybe sebab itu adalah Israel.



Ngeri ok part nih.


Israeli soldier.




Serius, agak menyesal tengok movie ni. Bukan sebab tak best. Errrr....itu pun ada jugak la. Tapi sebenarnya sebab aku rasa movie dia ni agak ngeri. Aku seboleh2nya dah taknak tengok movie ngeri camni. Tengok muka zombie la, zombie gigit orang la........ishhhh......

Lagipun selalu terkejut tengok movie ni. Not good...not good....tak bagus untuk kesihatan. -.-

Lain kali takde lah nak tengok movie camni lagi.


Ok bye. Thanks for reading.




.

Tuesday, June 4, 2013

Movie : Fast and Furious 6


Assalam dear readers.

Hari Rabu lepas, kami ber-Wednesday-movie day. 

Kalini tengok Fast and Furious 6. 




Movie ni nak kata tak best, mesti la best. Kalo bab action yang melajukan adrenalin tu, memang best. Tapi jalan cerita macam tak berapa best. Banyak yang boleh agak. Pastu banyak benda/scene yang tak logic. 

Contoh macam masa Dom sambut Letty yang jatuh dari kereta kebal. Tak logic langsung ok. Then masa kapal terbang yang besar tu nak take off. Apeke panjang sangat landasan kat situ? Adakah landasan airport military tu jaraknya dari JB ke Kota Tinggi? Tak masuk akal.


 
Nampak benau nipunyerrrr. ;p 


Banyak lagi kot yang aku rasa nampak benau nipunyer. Kalau nak tahu apa yang aku maksudkan ni, korang kena la tengok sendiri. Dont worry, movie ni takde la teruk sangat.


 Kat scene ni yang paling tak boleh blah & tak masuk akal.



 Cute sangat baby nih. geram jer tengok.

Btw, dari ending-nya, memang ada lagi sambungan Fast and Furious 6 ni. Kita tunggu jerlah yer. 

Thanks for reading.




.

Sunday, April 7, 2013

Movie : The Croods

Salam pagi Ahad.

Ohh...dah lama tak update blog, kan. Takde mood + ada la some problem.

Okay, kita straight to the point. Eh straight to the point apenye. ;p kita teruskan ngan entri ni. 

Aku tengok movie ni ngan Encik Suami minggu lepas.

Mengisahkan sebuah keluarga masa zaman batu. Sebelum ni diorang ada ramai jiran. Tapi semua dah mati, atas banyak sebab. So tinggal la diorang jer. Family ni duduk dalam gua. Diorang hanya akan keluar gua bila waktu siang, untuk cari makanan. Lepastu, kena masuk balik duk dalam gua.


Trailers.



Keluarga Croods.





Prinsip Grug sebagai si ayah dan ketua keluarga : jangan tinggalkan gua. Kalau tinggalkan gua, mesti akan ditimpa bencana dan mati.

Tapi suatu hari, gua mereka telah runtuh dan musnah. So bermula la pengembaraan diorang. Mengembara bersama Guy, si lelaki yang moden sikit la dari family gua nih.


Si Eep ni penuh dengan perasaan ingin tahu. 



ta..ta..taaa..... *lebih kurang camni la*
kelakar gila. ;D


The adventures begin. 




to the mountain.
Grug sibuk nak mencari gua baru. Tapi Guy pulak sibuk nak ke mountain tu.


Malu2 kuceng.


Sedih sangat time nih. Besarnya pengorbanan si ayah. 
& kuatnya semangat si ayah untuk selamatkan family dia.


Overall, movie ni sangat best. Asyik gelak jer tengok perangai sorang2. Tapi cite no kiranya ada nilai2 moral jugak la. *nilai moral kaauuuu??

Contoh, macam si Grug yang terlalu sayangkan family dia dan akan protect family dia walau camane cara sekalipun.

So pada yang tak tengok lagi movie ni, cepat2 la tengok. Tak rugi ok.

Thanks for reading. ;)



.

Monday, February 11, 2013

Movie : Mama

Last Wednesday, kami ber-Wednesday-movie-day. Kalini tengok movie Mama pulak. Dah lama tak tengok movie seram nih.


Trailer.


Sinopsis dia lebih kurang camni la : seorang lelaki telah membunuh rakan kongsi dan isteri dia. Pastu dia bawak dua orang anak perempuan dia lari, tapi accident kat hutan. Dia bawak anak2 dia masuk dalam hutan sampai jumpa satu kabin yang tak berpenghuni. Kat situ dia cuba bunuh anak dia, tapi telah dihalang oleh sesuatu. SESUATU???

Lima tahun kemudian, adik lelaki tersebut (Lucas) tak putus asa mencari abang dan anak2 saudaranya. Siap upah orang lagi untuk cari. Dan dua orang anak saudaranya dijumpai masih hidup dalam kabin tersebut. Abang dia takde. Tapi dua orang budak tu dah tak nampak rupa manusia dah. Macam haiwan pun ada. Aku terkejut beruk time diorang jumpa budak2 tu. SERAM ok!!

So semua orang hairan la macam mana budak berumur 3 tahun (Victoria) dan yang sorang lagi masih baby (Lily), boleh survive dalam hutan (dalam kabin) tu selama 5 tahun. Korang hairan tak? Huhuhh~

Lepastu Lucas berusaha dapatkan hak penjagaan budak2 ni dan bawak diorang tinggal bersama dengan dia, dan girlfriend dia, Annabel.*girlfriend ke wife aku tak berapa ingat dah*

Dari situ la bermula kisah misteri dan macam2 gangguan kat rumah baru diorang. Budak2 tu selalu sebut MAMA, MAMA. Siapakah yang budak2 tu panggil MAMA? *sila rasa seram*

Disebabkan budak2 tu dah tak macam manusia, so diorang cuba la pulihkan budak2 tu dengan bantuan Dr. Dreyfuss. Apakah nasib Dr. Dreyfuss setelah dia mengetahui kisah sebenar disebalik misteri MAMA tu? Nasib yang tragis. *sila rasa seram lagi*


Masa diorang mula2 jumpa Victoria dan Lily. 
Seram iols tau. -.-


Over protective.
Sumber : tumblr


Seram ke tak seram?Hahaa~ ;p



Masa Victoria pakai spek & jumpa Lucas.
Terharu aku. :')
Kesian....5 tahun tanpa penglihatan yang sempurna.
And dah 5 tahun ditinggalkan ayah dia.
Sampai tengok bapa saudara pun ingatkan ayah dia & peluk camtu sekali. sobs~


Ni gambar yang budak2 tu selalu lukis. 
MAMA?


Dr. Dreyfuss 


Lily ni asyik tersengih jer kalau nampak Mama. 
Lakonan dia memang menjadi dan nampak real. 
Lagi2 tang gigi tu. Huhuu~ -.-


Annabel.


Annabel ni walaupun dia nampak macam tak suka kat budak2 ni dan macam reluctant nak jaga diorang, tapi dia baik sebenarnya. Dia la yang berusaha nak selamatkan budak2 ni.


Haihh....
Lilly ni yang selalu buat kitorang terkejut tau.
Macam dia pulak hantu. Dah la jalan merangkak. -.-'


Erk..
Apa perasaan korang? 
Aku rasa macam....argghhhh.....ape nih. 
Terasa begitu laju adrenalin aku. *gitu -.-'


Ending.


Overall, movie ni memang best. Tahap keseraman? Ok la. Selalu jugak terkejut. Seram macam perasaan naik roller coaster gitu. Eh? Ada camtu? Hahah~ ;p

Tapi........ending dia tak best! Rasa macam...oh why?? Why ending macam tu! sobs~ T_T

Ingatkan dah ok dah, tetiba jer si Lily ni menjerit panggil Mama tu. Terus punah. Hah, nak explain pun tak boleh. Korang tengok la sendiri yer. ;)

Lagi satu, CG dia kureng la. Nak2 tang muka hantu masa ending tu. Sungguh tak real dan peliks.


Yes, so true. =)



Idok ler sampai thumbs down. Bagi aku, best. ;) 
Cuma ending tu jerla yang spoil. 


Oh ya, watak Victoria masa umur 3 tahun dilakonkan oleh Morgan Mcgarry. Comel sangat2! Dengan spek dia, dengan banyak cakapnya. Serius comel. Lilly masa baby dilakonkan oleh Maya Dawe. Puas aku meng-Google gambar diorang dalam movie ni. Tapi takde. Korang tengok la movie ni sendiri yer kalo nak tengok tahap kecomelan diorang.

Thanks for reading. ;)


.

Tuesday, February 5, 2013

Movie : The Last Stand


Last Wednesday, kami ber-Wednesday-movie-day gitu. Ni Encik Suami la yang ajak tengok movie lagi. Hari Selasa dah tengok wayang. Hari Rabu ajak tengok movie lagi. Tapi kalini dia suruh aku plak yang pilih. Gitu?

Aku plak tak tahu nak tengok apa. Sama ada The Last Stand atau Mama. Kang kalau tengok The Impossible kang dia boring pulak. So still kena tanya dia jugak, yang mana dia prefer. Action movie ke atau horror movie? And of course la Encik Suami pilih action movie. hewheww~

So kami pilih The Last Stand. 


Trailer.


Arnold Schwarzenegger is back!


Kan dia dah cakap. eh? ;p
Sumber : nerdreactor.com


Arnold make a comeback as Sheriff Ray Owens dalam movie ni. Sheriff yang agak tua, berkhidmat di pekan kecil Sommerton, dekat sempadan US-Mexico. Sebelum ni Ray pernah berkhidmat kat Los Angeles. Tapi kemudian dia pilih untuk balik ke Sommerton.

Pekan tu aman damai jer, hinggalah seorang penjenayah yang melepaskan diri, buat plan baik punyer, nak escape ke Mexico melalui pekan tu. Tapi malangnya plan baik punya tu dihalang oleh Sheriff Ray. Berjaya ke Ray halang ketua penjenayah yang paling dikehendaki ni? Yang tu korang kena la tengok sendiri.

Tahu tak, aku siap google lagi pekan Sommerton ni kat mana. Memang betul Sommerton ni kat sempadan US-Mexico. And memang betul ada canal kat sempadan tu. Curious betul aku ni kan. hewheww~ ;p

Cuma pelik...sempadan anatara dua buah negara tu takde pagar ke? Macam kat Malaysia ni ada pagar. Curious lagi. -.-



Dah tua dah Arnold nih. Memang nampak sgt dia dah tua.
Terserlah kedut2 dia. And dari cara dia berjalan. 
Or maybe itu lah watak dia & sengaja di-tua-kan? 
Ntah ler.


Dan.....yang paling menarik perhatian......... ====>>>>


 Hi darling~


Corvette ZR1. Dapat sebijik best nih. Tapi....mampu telan air liur jerlah. Haha~






Habis hancur ladang jagung. 
Habis berterbangan jagung2. 
Habis lah hancur Corvette tu. 
Tapi Camaro ZL1 merah tu yang paling teruk hancur.
Huhuu~ saborrr jerlah. ;D



Overall, movie ni ok la bagi aku. Tapi jalan cerita dia aku dah boleh agak. So agak ringan la. Tak terlalu berat, tak perlu banyak berfikir.

Aku bagi 3 1/2 bintang la untuk movie ni.

Till then, thanks for reading. ;)


.

Sunday, December 23, 2012

Movie : Wreck-It Ralph

Happy Sunday-ing! 

Last two weeks me and hubs telah ber-Wednesday-movie-day. Erghh~ apeke busy sangat aku nih sampai baru nak hapdet. -.- 

Sebenarnya masa tu tak tahu nak tengok cerita ape. Tapi terasa nak tengok movie. Boleh? ;p Akhirnya kami pilih movie Wreck-It Raplh. Tengok kartun jer kami. Eh, bukan kartun. Animasi la. 

Mula2 tu kitorang pun tak tahu cite ni best ke tak. Main bedal jer. Sebelum masuk tu Encik Suami dah duk berteka-teki : ntah2 tak best kot cite ni?



Trailer. 



Oh gosh. Memang best ok movie ni! Kelakar & ada nilai moral. Cite ni mengisahkan watak dalam game Fix It Felix Junior, Ralph yang dianggap jahat oleh watak2 lain dalam game tu. Masa 30th anniversary celebration game tu, dia tak dijemput. Dia nak join pun orang tak bagi. Terasa hati la dia kan.

Sebabnya, dia tu "bad guy" and no body loves bad guy. Cenggitu la perumpamaannyer. Untuk disukai oleh orang lain, Ralph kena jadi hero. Dan untuk jadi hero, dia kena dapat medal. Untuk dapat medal, mesti la kena menang game. Betul tak?

Ralph pun nekad nak dapatkan medal. Tapi kalau dalam game sendiri, mustahil la dia akan dapat medal. So, bermula la pengembaraan Ralph untuk dapatkan medal....dalam game lain.

Berjaya ke Ralph dapat medal? Dalam usaha dia nak dapatkan medal tu, banyak masalah yang terjadi yang hampir2 memusnahkan keseluruhan arked.



  
 Game Fix It Felix Jr.


Gitu la.


Ralph.
Watak jahat tak semestinya ber-hati jahat. 


Sugar Rush yang sangat comel & sangat pink! 
Candy-coated cart racing game.


  
Vanellope Von Schweetz.
Si puteri racer. 


Comel! 
Geram nak cubit2 pipi dia.


Comel jer masa dia gaduh ngan Ralph. 
Pastu terharu bila Ralph tolong dia buat kereta lumba, then kena smash, and so on…
Touching jap. 


Hihii~ comel.



Sergeant Tamora Jean Calhoun.
Si cantik yang sangat agresif & cool.
Ada happy ending dia ngan Felix. Comel jer! ;) 


First time jumpa.


"you're one dynamite gal" 
Gatai betol si Felix ni. ;p


  

Sumber : Tumblr


This movie make our day. Kalau diberi pilihan, of course aku nak tengok lagi movie ni.

Movie ni dah takde kat wayang kot. Dah habis dah agaknyer. So sape2 yang teringin nak tengok tu tunggu jerla DVD dia keluar k. Download? Err….errr…..aku tak reti. 

Ok bye.

Thanks for reading. ;)


.

Tuesday, May 8, 2012

Marvel's The Avengers

Dah lama duk ternanti nak tengok movie nih. Dah berbulan2 kot tunggu movie ni keluar kat wayang. Akhirnya hari Rabu lepas, dapat jugak tengok ngan Encik Tunang.


Sebelum masuk hall, sempat makan dulu. Tapi sebab masa tu tak sampai 20 minit sebelum movie start, and masing2 tak boleh blah order chicken chop yang lambat masak tu, memang tergopoh gapah la kami makan. Aku makan chicken chop 10minit jer. Hebat tak? hahaa.


Biasanya aku memang juara makan lambat. Mushroom soup jer tak larat nak habiskan. Kena tapau.


Masuk wayang, nasib baik movie belum start. Tengah iklan. Baru jer duduk, movie terus start. Pheww~ nasib baik. Tak best la kalo tak tahu permulaan cerita. Kan?


Trailer




Hulk, Hawkeye, Iron Man, Captain America, Black Widow, Thor.



I ♥ Scarlett Johannson.




Kesukaan saya. =)




Movie ni sangat best! 6 hero dalam 1 movie. Sape tak suka, kan. Seriously, tak puas tengok 1 kali. Walaupun duration agak panjang (2 jam 15 minit kot), still rasa tak puas and macam nak tengok lagi.


Tengok 3D pulak, boleh? Sebab ignorance sangat, dah beli tiket wayang baru tahu movie nih ada 3D. Erghh~



.

Monday, March 5, 2012

[MOVIE] Adnan Sempit 2.

Hari Rabu lepas pegi tengok wayang ngan Encik Tunang. Eh, hari Rabu lepas?? Baru sekarang nak cite kat sini. Yer, sila ambil makluman, bahawa tuan punya belog nih dah berada dalam mood BRIDEZILLA. Memang takde mood langsung nak update blog. Mood sekarang hanya nak siapkan wedding thingy.


Ok, berbalik pada tajuk.


Trailer.




Aku rasa cite Adnan Sempit 2 nih kurang best lah berbanding Adnan Sempit yang first. Kadang2 aku rasa ntah pape jer. Part yang paling buat aku geli geleman, sebab gedik sangat lah si Adnan ngan Nadia. Awat gedik sangat?


Ok, ber-PAPA-MAMA tu, boleh diterima lagi kot. Walaupun yang tu pun aku dah rasa over. Tapi yang tak boleh blah, kenapa over sangat gedik? Aku rasa kalo tak gedik2 camtu lagi best kot movie nih.


Motif filem Adnan Sempit 2? Ntah. Ntah pape jer.


Ape2 pun, boleh la jugak buat aku ketawa. Lawak memang lawak. Eh, mane tak lawak kalo Shaheizy Sam yang berlakon. Btw, terserlah betul ke-bulat-an dan ke-muncit-an Shaheizy Sam kite nih. Especially pipi and perut. Ape cite yer?



Ok bye.




.

Thursday, December 15, 2011

[MOVIE] Akhirnya...dapat jugak tengok Ombak Rindu.

Setelah beberapa minggu filem ni keluar, baru semalam aku dapat tengok. Sebenarnya macam teragak2 jugak nak tengok movie ni. Tapi sebab ramai yang cakap best, dan sebab aku pun dah baca novel dia, so rasa teringin jugak la nak tengok. Nak tengok sama ke tak ngan jalan cerita dalam novel tu. 




Trailer. 



Bagi aku movie ni memang best lah. Walaupun tak sama 100% dengan novel tu, like...
- Izzah tu ustazah? Tak pun. 
- Bukan ke Izzah diberi pil khayal masa kat pub tu? <--- tak ingat. 
- Izzah duk kat apartment (apartment Hariz), bukan rumah style kampung yang cun gojes woowww ohsem tu. <--- yang ni aku ingat. 
- Kucing tu dihadiahkan oleh Hariz, bukan Izzah kutip tepi jalan. <--- yang ni pun aku ingat.
- Ending sama ke macam novel? <--- tak ingat. 
- Bukan ke Mila dapat anak lepas tu? <--- eh yeke ni. 
- Bukan ke Izzah keguguran masa kejar Hariz? <--- pun tak ingat jugak. 



Eh, semua aku tak ingat nih. Ape yang aku ingat hah?? Ok, it was more than 7 years back i think. Maybe more than that. When i was in secondary school. Kena baca balik kot novel dia. Or maybe aku confuse ngan jalan cerita novel lain. Errr...


Walaupun tak sama 100% dengan novel tu, tapi jalan ceritanya sama la jugak. Kalo nak sama 100% ngan novel, jenuh gak nak buat filem ni, kan. Banyak lagi yang berlaku dalam novel, takde dalam filem.


Dan walaupun ada kontroversi pasal adegan ranjang, pelakon berkemban, etc, filem ni still pecah panggung, kan. Setakat ni kutipan dah RM10juta. Wahh...hampir mengatasi KL Gangster tu! Errr...ke sebab ada adegan camtu yang membuatkan filem ni pecah panggung?


Aku rasa, memang movie ni tak sesuai untuk ditonton oleh remaja bawah 18tahun. Atau mungkin golongan yang belum berkahwin? Err...aku pun termasuk dalam golongan tu la, kan. -.-'



Encik Aaron Aziz, bini hang tak jeles ke hahh???



Ramai yang cakap movie ni sedih, menyentuh emosi, ada yang menangis, macam2 la kot. Memang la sedih. Aku pun bergenang air mata. Nasib baik tak tumpah jer. Tapi bila tengok minah sebelah aku menanges, rasa macam nak tergelak plak. Siap lap air mata ngan shawl dia lagi. Muahahaa~ Kelakar ok. 


Erk..ok fine, tak baek gelakkan orang. Maap.


Disebabkan aku dah baca novel dia, so takde la suspen sangat tengok movie ni. Sebab dah tahu jalan ceritanya dan ending nya camane. Tu yang tak nanges tu. Kehkehh~ ;p


 Oh man. I'm totally in love with guys in suit. 
Especially in white suit! 
I know, this is not even a white suit. ;p



And i must say this : they have choose the right person to act as Hariz! Oh abang ensem. ;p


Btw, aku rasa Maya Karin macam tak sesuai pegang watak Izzah. Ntah la. Macam tak menjadi plak. Macam tak natural. Masa dia menangis pun macam buat2. Nape ye?? Lisa Surihani pulak, sesuai betol ngan watak Mila tu. Natural jerMenjadi betol lakonan dia. 


Bila tengok movie ni kan, teringat balik zaman baca novel ni (erk? apekah??). Aku baca novle ni masa sekolah menengah kot. Even baca novel pun boleh emosi & rasa sedih sangat. Inikan pulak tengok filem dia. Aku dah baca Ombak Rindu ngan Ombak Rindu 2. 





Dan semalam baru aku tahu novel tu ada Ombak Rindu 3. Yeke? Laa...aku tak tahu plak. Sekarang ada lagi ke kat pasaran ek? Rasa macam nak baca plak Ombak Rindu 3 tu.


Teringat plak kat satu lagi novel yang lebih kurang macam Ombak Rindu nih. Emm..takde la lebih kurang sangat.  Tapi memang best! Tajuknya Bicara Hati. Mengisahkan perkahwinan yang bukan berdasarkan cinta. Tapi lama kelamaan, hero ngan heroin tu jatuh cinta. Romantiknya lebih kurang macam Ombak Rindu jugak la.






Errr...rindu plak kat novel2 aku nih. Ntah kat mana la novel2 tu. Ntah wujud lagi ke tak. Dah lama sangat ditinggalkan. Hahaa~





*P/S : sequel please? Ombak Rindu 2???




.