Showing posts with label DIY kad jemputan. Show all posts
Showing posts with label DIY kad jemputan. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Perutusan Raja Sehari


INI ADALAH STICKY POST.
SILA ROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU. ^_^




Hai lovelies.


Since ramai yang bertanya pasal jemputan ni (ceh, ramai la sangat. perasan! ;p), so kat sini aku nak jemput rakan2 blogger untuk datang wedding kitorang nanti. So mari mulakan jemputan dengan rasmi. ;p




Assalamualaikum W.B.T.


Dengan rasa hormat dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kami dengan segala hormatnya mempersilakan saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali kami seisi keluarga ke majlis kesyukuran perkahwinan kami yang akan diadakan seperti berikut:


Majlis sebelah pengantin perempuan :-
Tarikh : 02.06.2012
Hari : Sabtu
Tempat : Kampung Pengkalan Atap, 22300 Kuala Besut, Terengganu
Masa : 12.00 pm - 6.00 pm

sila klik untuk gambar lebih jelas ==>>>







Pelan lokasi (sila klik untuk gambar lebih jelas) :-




















------------------------------------------------------




Majlis sebelah pengantin lelaki :-
Tarikh : 09.06.2012
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kampung Baru Pasak, 81960 Kota Tinggi, Johor.
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

sila klik untuk gambar lebih jelas ==>>>





Pelan lokasi (sila klik untuk gambar lebih jelas) :-









Semoga kehadiran saudara & saudari akan memeriahkan lagi majlis kami serta memperoleh keberkatan Allah S.W.T, InsyaAllah...


Pada kawan2 yang nak datang wedding kitorang, please bagitahu kat sini ya. Supaya senang nak tahu jumlah tetamu. & pada yang nak kad ni, drop your address kat sini ok. Nanti kitorang pos. & jangan lupa bagitau nak pegi resepsi kat mana. Kat Terengganu atau kat JB. ;)


Errr...ada ke yang nak kad DIY buruk nih? -.-'




.

Monday, May 7, 2012

DIY Project : Wedding Invitation Card (Terengganu)

DIY wedding card.


Can't believe i'm actually doing this.


Kad jemputan untuk resepsi kat Terengganu.
Done.
Just guna tracing paper kecik sebagai sampul.




Aku suka warna biru ni. And i'm totally in love with damask! ;)




Bahagian dalam.



Tak banyak pun. Just buat 200 keping jer. 160 keping dah selamat pos kat akak kat kampung untuk diedarkan. 40 keping lagi untuk kawan2 aku & saudara mara yg kitorang akan jemput time dekat majlis nanti. Erghhh~ taktau la sempat ke tak.


DIY kad kitorang ni buruk jer. Print just pakai printer sendiri, printer biasa. Kertas pun biasa jer. Map? Huh, part map ni la yang buat aku migrain. Aku just pakai Photoscape jer. Memang berjam-jam aku duk mengadap laptop. Sampai sakit mata aku nih. Adoihh...


Kos untuk buat DIY kad ni? Sebenarnye takde la jimat pun.


Kad jemputan resepsi Terengganu

Kertas Ivory card 220gsm (RM20/100pcs) = RM20
Dakwat printer *lebih kurang* (RM82) = RM82
Riben (RM8.90/roll x 1 1/2 roll) = RM14.50
Tracing paper (RM2.00/pc) : RM2.00 x 9 = RM18
Total RM134.50 / 200pcs
Lebih kurang RM0.67 sekeping.



Mahal jugak, kan? 


Kad untuk resepsi kat JB still in progress. 800 keping pulak tu. 400 keping dah selamat hantar kat family Encik Tunang untuk diedarkan. 310 lagi keping dah siap print (tapi ada 220 keping belum potong). Tinggal 90 keping jer lagi untuk print.


Seksa sungguh nak buat DIY kad jemputan ni yer. Baru aku tahu. Pasni tobat takmo buat dah. Errr...nak buat untuk sape plak. Memang dah tak la. -.-'




.