Showing posts with label pink. Show all posts
Showing posts with label pink. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

The inspiring videos . Bilik yang comel dan organizing your make-up stuff.

Takdak keje on weekend nih. Duk usha2 video kat Youtube. 

These videos really inspires me. Girls, seriously awak semua kena tengok videos nih okeh. ;)  (bagi yang giler kentang pasal benda2 comel & make-up macam aku lah. yang tak sama minat tu kalo nak tengok pun boleh jugakk~)


1) Room tour.



Huwwaaaaa~ nanges~

Dah la haku nih lama dah terliur mengidam berangan nak bilik yang cute comel lotey pink sweet camnih. T_T

Sungguh well-organized bilik dia nih. Dah la comel. Kemas pulak tu.

Ntah bile lah bilik haku nak jadik comel camni yer. Dah lama kot mengidam nak bilik camni. Tapi macam malas nak comel-kan dan decorate-kan bilik tu. Sebab rumah sewa jer pun. Lagipun tak lama lagi dah nak pindah. Tapi tak tau bile. [x_O]

Actually ni pun termasuk dalam wishlist aku jugak. Tapi malas nak letak kat wishlist kat tepi nih ------>




2) Make-up collection & storage.


My oh my. Giler kentang punyer banyak koleksi  make-up minah nih. 
Nih kalo pakai hari2 pun setahun pun tak habis nih.


Juicystar07 (Blair Fowler) on blogspot : 
  1. http://juicystar07-blair.blogspot.com/ 
  2. http://www.blairfowler.blogspot.com/


 Yang ni reasonable sket dari minah Blair tadi. Walaupun memang banyak jugak.



Allthatgillers21 (Elle Fowler) on Blogspot : http://allthatglitters21.blogspot.com/

(Elle & Blair nih adik beradik. Ada minat yang sama pulak tu) 


And these videos really inspires me to organize my stuff. I mean, my make-up stuff and accessories. Kena kemas2 alat2 make-up yang bersepah. Sebab kadang2 nak carik ape2 pun tak jumpa. Especially yang kecik2 dan "halus2" macam eyelinear, eyebrow liner, eyebrow liner sharpener, fake eyelash glue dan macam2 la. Aksesori plak yang selalu hilang : cincin dan kerongsang yang kecik2 tu. Cincin Hello Kitty ngan cincin bow yang ada diamond2 tu sampai sekarang tak jumpa. Wuwuwwuuuuu~ T_T  

Ok lah, lepasni nak organize semua my stuff macam nih jugak. Nasib baik lah sekarang nih dah tengah malam. Kalau tak, sekarang jugak pegi Tesco @ Giant @ Carrefour untuk cari storage box camtu. Huahuaa~

Tapi tu la, aku nih jenis yang susah nak berkenan kalau carik barang. Nanti dah jumpa yang comel, ada jer yang kurang. Hehh~ cerewet kerr? Tak kot. Dan kadang2, cepat bohsan ngan barang yang dibeli. So, kena la carik yang betul2 berkenan dan puas hati. Biar tak cepat bohsan. Ngehngehh~ ;p

These videos cheer me up tonight. Thank you. ;)

Ok lah, good night. 


.

Sunday, January 16, 2011

laptop buat hal. ada la alasan tak update blog

Salam & Hello bloggers.

Dah 5 hari tak update blog. Keyboard laptop aku nih dah nazak sangat dah. Still boleh guna, tapi masyaAllah…punya lah susah nak menaip. Sejak repair haritu, dah teruk. Tapi aku redha jerla. Lepastu ok la sket. Sekarang dah teruk balik. Huruf “y” asyik nak muncul jer kalo aku menaip, walaupun aku tak tekan key “y”. Kalo aku tekan, tak muncul plak. So, kalo menaip, memang terpaksa edit2 balik. Buang semua lebihan huruf2 yang ada. Contoh ayat yang aku tak edit :


Wahyaiy laptop, kenyapa awak buat hyal macam niy? Tau tak saya dahy banak hyabiysykan duiyt untuk reypaiyr awak syeylama niy? Awak tak keysyiyan key kat saya? Key awak nak saya belyiy laptop laiyn dan tiynggalkan awak?



Huahua. Dah macam terencat pun ada. Haha~ korang paham tak apa yang aku mengarut nih? Setelah di edit….





V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Wahai laptop, kenapa awak buat hal macam ni? Tau tak saya dah banyak habiskan duit untuk repair awak selama ni? Awak tak kesian ke kat saya? Ke awak nak saya beli laptop lain dan tinggalkan awak?


Sekarang dah paham?

Kalo aku tekan key ENTER pun huruf “y” akan muncul. Kalo lepas huruf “y” tiba2 muncul dan aku tak terus tekan huruf lain, maka huruf itu akan terus muncul sampai berjela2. Contohnya :-

Wahyaiyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyya


Huuiiiiiii…giler lah. Tu aku just nak taip “wahai” jer. Aku tekan key “a”, baru la kegilaan tu stop.

Saket hati, kan. Bayangkan kalo nak menaip, brape lama masa yang aku habiskan untuk siapkan satu entri? Bukan masalah masa nak menaip jer, masa start laptop ni pun ada bunyi kuat macam nak meletup. Dan banyak lagi masalah yang susah aku nak cerita panjang lebar kat sini.

Beberapa minggu yang lepas (lepas keluar "workshop"), ada masalah lain. Minggu ni, masalah key “y” plak. Minggu depan tak tau ape plak yang menanti. Wuwuwuwuwuuuu~~ xP

Si apek kat kedai tu cakap, keyboard dah rosak. Haritu pun dia cakap susah nak repair, dengan keyboard yang ber-problem camni. Bayangkan camane dia repair? Muahahahaa~~ Kesian kat apek tu. ;D









ni la masalah yang dihadapi sebelum hantar repair haritu.
Takleh nak ON.
Dan aku tau apa punca dan penyebabnya.
Redha jerlah. xP



So, kalo nak repair, kena tukar keyboard. Kalo nak tukar keyboard, kena caj RM160. Wuwuwuuwuuu~~~~ Dah banyak tau duit abes untuk repair laptop ni. Dua tahun lepas, motherboard rosak. RM700 lebih gak melayang. Beberapa bulan lepas, rosak lagi. Awal bulan ni baru aku bawak pegi repair. Beberapa keping gak uwang aku melayang. Keyboard ni pun sepatutnya aku repair masa awal bulan aritu, tapi disebabkan bulan ni aku banyak nak pakai duit, so terpaksa la rilek dulu bab tukar keyboard ni. Cuba untuk alirkan budget ke perkara yang lebih penting. *di mana minggu depan akan nampak hasilnya.takleh sabar dah ni.kih kih kih~ ;p









wahai laptop, ape gunanya awak comel tapi asyik menyakitkan hati saya jer?
Ok2, aku tetap bersyukur sebab walaupun keyboard ada masalah, aku tetap boleh online dan menaip, walaupun dengan perasaan macam nak kena sawan. xP



Tapi laptop nih memang dah lama sangat berbakti dan berjasa kat aku. Sejak aku kat zaman universiti lagi. Dah 5 tahun kot. Memang patut lah saket camni. Nak beli laptop baru ke? Blom ade rezeki lagi kot.

Itu lah sebab aku malas nak menaip entri dan update blog. Just blogwalking jer sikit2. sobsob. T_T

Haha~ ade jgak la alasan untuk aku tak update blog. Betol lah ni. Tak tipu pun. :|



*p/s : sabor jerlah.


.

Sunday, December 5, 2010

SAMSUNG External Hard Drive

Semalam lepas abes blaja kete, aku pegi PC Expo kat Persada Convention Centre, JB. Niat hati nak cari external hard drive. So, aku pusing punye pusing. Pilih punye pilih, akhirnye jumpe jugak yang aku berkenan.

Tapi masa tu punye la penat tahap cipan. Manusia2 kat situ tersangat lah ramai. Pening kepala aku nih. First aku pegi kat satu booth ni. Jual hard drive. Ape ntah jenama dier. 320GB = RM139. 500GB = RM169. Tapi kalo nak pouch, kena tambah RM10. Murah gak tu. Tapi jenama ntah pape kan. Taknak la nanti cepat rosak atau ade masalah plak.

Then aku survey2 lagi. Haihh~~ mahal2 gak hard drive nih. Kalo beli yang mahal kang lari plak budget aku. Dah la banyak benda nak buat & nak pakai duit bulan ni.

Pastu aku pegi kat satu booth ni. Ade jual macam2 hard drive. Dan aku terpandang kat SAMSUNG hard drive yang berwarna pink! Mak aihh..kali pertama terpandang, terus aku jatuh cinta! Cinta pandang pertama la kan. hihii~

Masa tu aku macam..OMG OMG..!!! ITS SOOOOO PINKKK!!!! I WANT THISSS!!!!

Naseb baek tak terpengsan kan. Excited la sangat.

Tapi yang ni mahal sket la berbanding yang aku survey tadi. Aku pikir2. Pening2 kena decide nak beli ke tak. Pikir2. Ishh...lebih baek beli yang ni. Ok sket berbanding yang tadi.

Lagipun yang ni ade kaler PINK!

So, aku beli la. Ade 6 kaler - black, brown, gray, white, pink & blue. Of coz lah i pilih warna pink. ;p


dalam kotak



siap dengan accessories



OMG! i'm soooo in L.O.V.E with you!!!



Accessories. Pouch & cable.



Habes juga beberapa keping kertas yang berharga dalam purse aku. Sob sob~~ ;[

Tapi takpe. Yang penting, puas hati. hmmm~~

Pastu, aku pusing2 lagi tengok gadget. Ishhh...macam nak gile tengok gadget yang bermacam2 tuh. Haisshh...kalo ikutkan hati dan nafsu serta keinginan yang tak dapat dikawal nih, aku nak semua yang aku berkenan tu. Dan yang aku berkenan memang banyak. Notebook, camera, DSLR, e.t.c.

Tapi mane la aku mampu nak beli semua tu. Berangan jer lebih. Kalo aku beli jgak, abes lah budget aku. Haihh~

Makin pusing2, makin banyak plak yang aku berkenan. So, lebih baik aku cepat2 blah dari situ, sebelum aku rambang mata dan mengosongkan purse aku nih. blah!

Ok, actually aku nih ade hati gak nak beli notebook (yang kecik, 10"), walaupun dah ade laptop. Sebab nanti senang nak letak dalam beg & bawak pegi mane2. Takde la bahu tercabut nak bawak laptop kan. Pastu nak beli camera baru. Sebab camera yang aku ade nih tak cantik lah gambar, megapixel tak tinggi.

Tapi semua tu masih dalam wishlist. Kalo ade rezeki boleh la beli kan. Buat masa ni, pakai jer ape yang ade. Bersyukur jerlah dengan ape yang ade. Daripada takde langsung, kan. *cuba sedapkan hati. xP


.