Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Kebahagiaan dan Pilihan

Tiba2 je saya teringat kat sorang client untuk petisyen penceraian dua minggu lepas. Bukan client saya. Saya cuma tolong MOB (Mention On Behalf).

Client tu sorang lelaki cina. Failkan petisyen perceraian. Joint petition (Petisyen Perceraian Bersama - lebih kurang camni la translationnya). Suami isteri sama2 setuju untuk cerai. Anak2 semua dah besar. Dah kahwin selama 21 tahun. Yer, 21 tahun. Sejak 1989. Masa pendengaran kes tu, si isteri tak dapat datang, sebab ada hal.

Terdetik jgak kat hati saya, kenapa nak bercerai. Sebab lelaki tu agak berumur, dan sudah berkahwin selama 21 tahun. Tapi takde la saya nak jadi minah kepoh, dan pegi tanya dia plak. Be profesional la kan. So, saya buat2 takde perasaan la.

Tapi client nih macam paham plak ape yang saya sedang fikir. Masa tengah tunggu giliran kes dipanggil, client nih tiba2 jer cakap : saya nak cerai bukan sebab ada gaduh atau apa. tapi sebab ada masalah. masalah dengan keluarga (yang aku paham, keluarga mentua). kadang2 hidup ni susah mau cerita. macam pepatah cina cakap, tak mahu tapi terpaksa buat. saya dengan isteri masih baik. takde dendam.

Tiba2 saya rasa sangat sedih. Sedih bila terkenangkan dan cuba membezakan nasib orang lain dengan nasib kita. Eh, bukan kita, nasib sesetengah orang la. Orang lain nak sangat bersama, nak hidup sama2. Tapi tak dapat, ada masalah, ada halangan. Tapi kita? Ishh..bukan kita. Tapi ade sesetengah orang yang memang boleh bahagia, tapi terlalu bodoh dan mengambil keputusan untuk tidak bahagia.




Kenapa pilih jalan yang salah kalo sama2 mencintai, tidak ada halangan dari sesiapa, boleh hidup bersama dan boleh bahagia bersama? Kenapa?

Kenapa terlalu EGO?





Sesetengah orang tu memang boleh bahagia. Cuma perlu ubah sikap. Ape2 jer sikap buruk. Dan cuba jaga perasaan pasangan masing2. Jangan hanya kesalahan dan kesilapan pasangan jer yang kita nampak, tapi bila kita yang buat salah dan mengguris hati pasangan, kita "BUAT2" tak nampak dan tak sedar.

Tak pernah minta maaf, dan fikir semua kejadian tu akan dilupakan oleh pasangan. Mungkin pasangan anda seorang yang cepat memaafkan anda dan akan sentiasa memaafkan anda, walaupun anda tak pernah (jarang2) minta maaf (sebab dia terlalu sayang kan anda). Tapi seseorang yang telah terluka, sukar (mungkin tidak pernah) untuk melupakan apa yang telah berlaku.

Forgiven but never forgotten. Pernahkah anda dengar?

Sangat sadis.

Sangat rugi mereka yang tergolong dalam golongan ini. Yang boleh bahagia, tapi memilih jalan yang salah.



kebahagiaan adalah satu pilihan.
kita yang perlu bijak membuat pilihan. dengan waras.


Cuba renungkan nasib orang lain. Orang yang tiada pilihan. Yang mahu bersama, tapi tiada pilihan selain berpisah. Bukankah anda mempunyai pilihan untuk bahagia? Bukankan anda sangat bernasib baik berbanding mereka? Lalu mengapa anda tidak memilih jalan kebahagiaan?

Renung2kan.

Sekian. Terima kasih.





p/s* harap ambil iktibar.



.

Monday, November 8, 2010

Jangan Terlalu Ego





Argggghhhh~~~~

Sedihnye. Bercucuran air mata aku.



sad








Sangat menyentuh emosi. Kalo hati tengah sedih. Tengok plak something yang ade "something".
Tak paham ke? Tak paham, dah.










Tolong lah jangan terlalu EGO.















p/s * orang ego selalu rugi. orang ego pasti akan menyesal.


.

Sunday, November 7, 2010

pegi mam***??

Orang tua2 cakap, setiap perkataan yang kita ucapkan adalah doa. Jika diucapkan banyak kali (40 kali kot.orang cakap la), maka akan betul2 terjadi. Jadi, tolonglah jaga tutur kata anda. Jangan diucapkan kata-kata yang tidak elok, apatah lagi kata2 yang sangat kurang ajar.

Berfikirlah dengan waras sebelum mengeluarkan kata2. Jangan mengeluarkan kata-kata dalam keadaan amarah. Jika anda tengah marah, cuba bertenang. Istigfar banyak2. Cuba bersabar. Fikir dengan munasabah. Kerana semua yang anda ucapkan itu ada akibatnya, ada kesannya. Mungkin akibat buruk, dan mungkin meninggalkan kesan di hati orang, meninggalkan kesan dalam hidup orang yang ditujukan kata2 itu.

Cuba berfikir dengan waras, cuba ingat2kan dan renung2kan siapakah orang yang anda ingin tujukan kata2 itu. Apa perasaan orang itu jka anda mengeluarkan kata2 tersebut. Apa akibatnya jika kata2 yang kurang sopan itu diucapkan kepada orang tersebut. Apa yang akan berlaku di kemudian hari. Renung2kan. Dengan waras.

Contohnya, tajuk entri ni. Apa itu "pegi mam***??"? Anda semua boleh agak kot. Itu salah satu ayat yang tak elok untuk diucapkan kepada orang2 di sekeliling kita. Tak kira lah siapa orang tu. Kawan ke, musuh ke, kekasih ke, atau family. NO NO NO. Jangan diucapkan kata2 itu.

Kalau sudah diucapkan banyak2 kali bagaimana pula? Apa niat anda sebenarnya? Adakah anda betul2 mahu dia pegi mam***??? Kalau masin mulut anda tu bagaimana? Suka kah anda? Puas hati kah anda? Mahu kah anda melihat dia mam*** depan mata anda?

Ingat lah, kata2 kita ibarat satu doa. Jika diucapkan banyak kali, umpama berdoa supaya benda itu benar2 berlaku.

Oh. Saya faham. Jika benar2 berlaku, sudah pasti anda akan bergembira, bertepuk tangan dan bergelak ketawa berdekah-dekah tanpa ada sebarang penyesalan. Kerana memang itu yang anda mahukan.


benar, kan?


Banyak2kan lah bersabar. Pasti kamu akan bahagia. Bahagia dalam perhubungan, dalam persahabatan, dalam keluarga dan bahagia dalam kehidupan kamu.





p/s* tolong jaga tutur kata dan tolong ubah sikap anda yang suka cakap main lepas jer (bagi yang ada sikap sedemikian). terima kasih.



.

Sunday, April 25, 2010

Three Years


25.04.2010



Oh. Why did i looks so different in pictures? This is non-edited, ok. Maybe because of the make-up and the lights!









Ehem2..





I'm sooooooo hap-ppyyyyyyyy to go out with you on our 3rd Anniversary. Yay!










I YOU!!



.