Showing posts with label Ayer Hitam. Show all posts
Showing posts with label Ayer Hitam. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Jalan2 di Ayer Hitam

As-salam dear readers. 

Minggu lepas out station ke Kluang. Bawak kakak temankan ke sana. Keje kat Kluang tu petang. Tapi sekejap jer. 

Lepas settle keje tu, sempat lagi kami singgah kat Ayer Hitam. Dah alang2 lalu Ayer Hitam ni, singgah la kejap kan. Lagipun boleh la cuci mata sambil survey2 apa yang patut. Lagipun dah lama tak datang cuci mata kat Ayer Hitam ni. 

Misi utama : survey karpet.

Kat sini murah la sikit berbanding dengan kat JB nih. Murah sikit? Murah banyak kot. Tapi kalau kat Nilai 3, lagi murah rasanya. Tapi tu la, ntah bila lagi aku nak ke Nilai 3. So better beli sekarang jer. Kalau ada ke Nilai 3 in future, kita cuci mata lagi la kan. Ekekee~



 Anak sedara aku yang sorang ni asyik main game jer. 
Tak lekang dari PSP tu.
Sambil berjalan pun mata kat PSP jer.



 Karpet2.


Ada jenis karpet yang bunga timbul. 
Cantik memang cantik. Tapi sayang la nak pijak.
Canne tu? Haha~ 


Kakak aku ada beli 1 karpet kat kedai ni. Nak buat karpet raya tahun depan katanya. Ahahaha~ Jangan terkejut ok. Memang RAYA TAHUN DEPAN. Dia dah set dah raya tahun depan rumah dia tema warna apa.

Pening dia nak pilih ok. Last2 terpaksa ubah tema raya tahun depan. Sebab dah berkenan ngan karpet warna lain. Hihihii~ klako plak. ;D



Sambil2 tu sempat lagi survey2 kain. 
Pastu "ter-beli" jugakk beberapa meter kain. -.-'


Singgah makan kat restoran mamak.


Tapi stress sebab servis slow. Pastu orang order lain, dia bagi lain. Anak saudara aku order Nescafe tarik, dia bagi Nescafe ais. Malas nak bertekak, ambik jerlah. 

Aku plak order Milo suam. Tapi Milo tu dia tak guna Milo pun. Macam air koko ape ntah. Nak berjimat & kaut untung lebih punya pasal kan tokey restoran nih. Ish isshhh....tak berkat tau berniaga camni. Aku sebagai peminum Milo tegar mesti la boleh rasa Milo tu tak macam Milo.
 


Survey karpet untuk rumah aku plak. 
& terus beli kat kedai ni.
Karpet kat kedai ni corak cantik2, lain dari kedai yang lain.
Kebanyakan kedai lain karpet yang diorang jual sama jer corak ngan karpet kat kedai2 lain. 
Karpet yang aku beli warna lebih kurang macam ni, cuma corak jer lain. 
Memang warna yang sebijik macam yang aku nak. Puas hati ok! 
Bulu pun boleh tahan tebal. Harga tak sampai RM200. 
Pandai2 la tawar menawar. Dapat la seratus lebih.
Tapi tunggu pindah rumah beberapa bulan lagi baru akan ku hampar di ruang tamu. Ehehee~ 



Singgah beli barang yang orang kirim.


Yang banyak berlonggok2 ni rupa-rupanya tabung duit syiling. 
Mula2 tu tak perasan jugak.
Macam2 ada. Labu, burger, ikan, tong gas pun ada ok. 
Labu sayong kecik2 pun ada jugak. Buah2 kaca, pasu2 kecik, etc.


Oh doyan. Terliur plak. Boleh gituu? ;p
Dah la dah lama mengidam durian. Sampai sekarang tak dapat makan. Wuwuwuu~  -.-'


Tabung bentuk rumah warna putih tu kalau buat hiasan pun cantik jugak.


Dah lama tak datang Ayer Hitam. Kalau dulu, datang sini survey2 & beli barang kawen. Sekarang? Barang rumah pulak. Puas hati dapat beli karpet warna sebijik macam yang aku nak. Ehehee~

Tapi sebelum beli karpet tu, memang dah banyak godaan oleh karpet2 lain. Tapi hati kena cekal. Gituu...

Next time kalau singgah lagi, kita cuci mata pulak yer. Eh, nama jer cuci mata. Tapi ngan poket2 sekali kita cuci. LOL. -.-' 


Thanks for reading.





.

Monday, May 14, 2012

Kluang Rail Coffee & Ayer hitam.

Hari Khamis lepas, outstation ke Kluang. Encik Tunang tengah cuti & dia balik JB. So, dia temankan.


Yeeaaayyyy~ dah lama tak ber-outstation ngan Encik Tunang. Teringat zaman susah dulu. Takde lesen, takde kereta. Masa tu Encik Tunang la yang tolong hantar pegi sana sini, pinjam kereta akak dia.


Sekarang alhamdulillah...walaupun takde la senang sangat, tapi ok la sebab dah ada kereta sendiri. Senang sket, sebab keje aku ni memang sentiasa kena outstation.


Masa sampai kat tol Skudai, orang PLUS tengah agihkan air botol.




Rezeki harini.
Tapi air berkarbonat la pulakk~
Aku tak suka minum air bergas. -.-



Lepas habis kes, pegi lunch kat Kluang Rail Coffee. Sebab Encik Tunang tak pernah makan kat situ, tu yang aku bawak dia pegi sana. Hajat hati nak bawak pegi Kluang Rail Coffee yang kat stesen keretapi tu. Tapi tutup pulak. So, kitorang pegi kat cawangan lain pulak, yang dekat dengan Jalan Pejabat Kerajaan (dekat round about).







Kopi susu ais.
Satu kemestian!



 Roti keping bakar.
Satu kemestian jugakk! ;p
Sangat rangup & yummyyy~



 Spagetti bolognese.
Aku punye.



Spaghetti with chicken & mushroom.
Macam lebih kurang jer ngan spaghetti aku, kan?




Ok, spaghetti ni sangat berminyak! Berkilo2 lah lemak kitorang ternak haritu. Erkkk~ [x_O]


Rasa spaghetti ni pun agak kureng la bagi aku. Then sempat beli 2 paket serbuk kopi. 1 paket untuk kakak aku kat kampung. 1 paket lagi untuk bakal ayah mertua. ;p


Then singgah kat Ayer Hitam. Beli few things untuk wedding nanti.




*p/s : lagi 18 hari ke hari itu. banyak lagi yang tak siap ni. ya Allah...permudahkan lah segala urusan kami.



.

Thursday, February 16, 2012

Nilai 3. Ayer Hitam. Untuk ke-sekian kalinyer.

Dua minggu lepas aku outstation. KAT SINI. So, weekend dan time cuti tu memang stay kat rumah kakak Encik Tunang. Jalan2 cari barang, jalan2 cari pasal. Hahaa~

Jumaat 03.02.2012 - Putrajaya, Bukit Bintang, Jln TAR
Sabtu 04.02.2012 - Nilai 3
Ahad 05.02.2012 - GM Klang, Jalan TAR
Isnin 06.02.2012 - Nilai 3
Selasa 07.02.2012 - Ayer Hitam, balik JB



So, as you all can see, 2 hari aku pegi Nilai 3. Tapi disebabkan hari Sabtu tu aku pegi Nilai 3 dah agak petang, & kedai2 kat sana pun tutup awal (around pukul 7pm, banyak kedai dah tutup), so banyak la barang yang aku tak sempat nak beli.


Jawabnyer, kena la pegi lagi hari Isnin tu.


Bungaaaa~


Antara barang yang sempat shopping :-
- crepe paper
- paper twist ribbon
- bunga maggar
- polisterin
- bekas kaca
- satin ribbon
- woven bag
- tassel
- pin (untuk rosset)
- felt cloth
- bunga
- rose petals
- uncang
- etc.


Banyak lagi kot barang yang aku beli. Ntah. Tadi baru aku sempat senaraikan barang2 yang aku dah beli kat Nilai 3 ni & kira total damage yang dah terbang dari purse. So, total damage ------>>>




 WOWW~
Tahniah kerana berjaya mengalirkan duit sebanyak itu. T_T




Tu semua barang aku beli untuk DIY tau. Ape kau ingat nak DIY tu jimat sangat?? T_T


Hari Selasa, pukul 9pagi bertolak balik ke JB. Lebih kurang tengahari, sampai kat Ayer Hitam. Kau expect ape kalau dah lalu kat Ayer Hitam? Mesti la aku singgah walaupun takde plan nak beli ape2 pun.


Walaupun takde plan nak beli apa2 & just nak cuci mata....boleh la pulak, kan?


Masuk PISB. Baru teringat. Bucu/sudut untuk bantal hantaran belum beli lagi. Kat Nilai 3 pun tak jumpa. Kalo ada pun, kaler gold jer. Aku nak kaler siler. Tapi kat PISB pun takde stok. Ada 3 set jer. Cukup untuk 3 bantal. Tak kisah lah. Aku beli jugak. Yang tak cukup tu nanti aku beli kat tempat lain plak.


Andddddd....paling tak boleh blah bila masuk kedai Ah Soon. Cawan yang aku beli sebagai sample kat ENTRI NI, yang bulan lepas harganya RM1.50 per piece. Sekarang dah turun harga RM1.00 per piece.



Ni cawan vintage tu.


So, aku grab beberapa pieces cawan vintage tu. Tak banyak pun. Just nak buat gift untuk VIP jer. Ok, nama jer untuk VIP. Tapi tak semestinya mahal, kan. ;p


Kalo ikutkan, nak jer aku beli 1000 lebih untuk buat doorgift untuk majlis sebelah lelaki. Tapi macam mana aku nak bawak balik? Nak sumbat dalam Myvi aku yang dah sedia penuh ngan barang2 yang beli kat Nilai 3 tu? Muat la pulak. Kalo Myvi tu kosong takde barang pun takkan muat lah 1000 lebih cawan nih. And tak tahu la ada stok ke tak sebanyak yang aku nak tu. T_T


Jar kat ENTRI SAMA pun dah turun harga dari RM1.20 ke RM1.00 per piece. Eh, apekes?


Total damage kat Ayer Hitam ------>>>




Boleh la...


Lepasni tak tahu la bila lagi ada peluang pegi Nilai 3. Sebab maybe aku dah takde outstation ke Putrajaya sampai aku kahwin. Maksud aku, outstation sorang2, bukan ngan boss. Sebab tu haritu aku borong jer semua yang belum beli lagi. Lain kali dah tak datang dah.


Ayer Hitam? Maybe ada peluang nak pegi lagi. Alahh...dekat jer pun ngan JB. Tak payah tunggu out station baru nak singgah Ayer Hitam tu. Cuma kos minyak + tol lah yang bertambah.


Eh, kenapa aku duk bersungut sangat nak ke Nilai 3 & Ayer Hitam nih. Bukannya ape. Kat JB ni susah nak cari tempat yang jual macam2 jenis barang kahwin yang murah2. Kahwin's? Bright Sail? Dios? Yer, memang ada kat sini. Tapi lagi mudah nak membeli belah kat Nilai 3 atau Ayer Hitam, semua barang ada. Betul tak?


Ok bye~


Monday, January 16, 2012

JB - Muar - Ayer Hitam

Dear blog...wah...dah seminggu aku biar blog nih berhabuk. hukhukk~ 


Busy lah katakan. *eleh. asyik2 busy jer kannn... -.- 


Minggu lepas, 10.01.2012 pegi Mahkamah Tinggi Muar. Outstation lagi. Minggu ni pegi Putrajaya pulak.  Penatttt~~


On the way balik dari Muar, sempat singgah lagi Ayer Hitam. Sempat aje kannnnn.... ;p 


Ada beli few sample untuk doorgift. Nak tunjuk kat Encik Tunang, nak tanya pendapat dia yang mana ok untuk buat doorgift. 


So ini lah dia sample2 tu...




 Cawan. 
RM1.50/pc 



 Cawan jugak. Ke mug yer?
Ape2 jerlah. 
RM1.50/pc 



 Mug. 
RM1.20/pc 
Yang ni kecik sket. 



Yang ni comel! 
Tapi kalo nak beli yg ni, kena add deco sket la, kan. 
RM1.20/pc
Mahal kot. sebab ada b2b blogger yg survey kat VR Star Nilai 3, RM0.80/pc.





Kalo boleh nak bagi doorgift yang tetamu boleh guna la. Macam mug tu, boleh jugak buat minum, kan. 


Errrrr....tapi aku rasa nanti mesti end up aku yang pilih sendiri. Biasa lah, orang lelaki mana la nak pikir sangat pasal benda2 camni. Biasanya kalo aku tanya2 pasal wedding nih, contoh macam pelamin, baju, warna alas meja tetamu, etc, dia akan cakap : suka hati sayang la. org tak cerewet sangat.


Eleh. yerlah tu tak cerewet. -.- 


Mana boleh aku buat aku buat keputusan sorang2 & pening sorang2. Tak aci!!! ;D 


Btw, ini just sample jer. Tak confirm lagi nak beli doorgift yang camane. Kena tengok budget dulu. Huhuuu~ -.-' 


Pendapat korang plak camane? Apa doorgift yang OK & sesuai untuk bagi kat tetamu? 



.

Monday, January 9, 2012

Cuci mata @ Ayer Hitam. Yess,,,aku suka outstation job. ;)


Good morning Monday blues! -.-



Last Thursday, 05.01.2012 kena attend auction kat Pejabat Tanah Kluang. Dari last lasttt Friday, which is 30.12.2011, bila dapat list untuk pegi Mahkamah & tengok nama aku tertera untuk pegi PTD Kluang, dah tersenyum lebar dah. Hihii..tak sabar menunggu hari itu. 


Aku hepi kalo kena outstation camni. Sebab....boleh singgah cuci mata kat Ayer Hitam. Hehee~ Padahal bukan nak beli barang pun. Hello, i'm bride to be. What do you expect, kan. Mesti suka tengok barang2 untuk wedding nih.  ;p


FYI, fikiran aku ni dah 70% fikir pasal wedding thingy, 30% jer yang fikir pasal keje. Refer jerlah kat ENTRI NI. Sangat tepat ngan situasi aku. Kat office pun takde hati nak buat keje. Eventhough lagi 4 bulan lebih. Melampau tak??? Errr...maybe aku terlalu risau sebab banyak benda yang tak settle lagi. T_T





So, lepas habes lelong tu, singgah la kat Ayer Hitam kejap. Eh, ini bukan ponteng keje yer. Biasa la B2B, kan. Kalo ada ada peluang, of coz kena curik peluang tu. Kehkehh~ 


Sebenarnya aku singgah kat Ayer Hitam tu just nak cuci mata jer. Nak shopping mopping dah takde budget. I'm totally broke this month. Lagipun Chinese New Year nih nak balik kampung. Kena la berjimat. Wuwuwuuuuuuu~ T_T 


So, meh la cuci mata jer.




Ok, chop..sebelum pegi ke cerita kita. 
05.01.2012. 
Yang ni pun dah nak sampai 30,000...!!! 
Maksudnya next service. Maksudnya $$$$ lagi. T_T 



For sure hujung bulan ni cukup 30,000km. Or maybe lebih. Kan nak balik kampung yang beribu-ribu-ribu-lemon kilometer tu. Ok, over plak.


Back to our story. 


First, mesti la masuk kedai PISB yang tersergam indah tu. 


Berkenan giler ngan bunga telur niiiiii....!!!! 
And the idea of putting it on the bicycle. So sweet~
*Siap ngan harga lagi tu aku snap. ;p



Biru pun ada! 
Sangat match ngan tema sandingku!! 
Mahu yang iniiiiii~ 




Nasib baek takde budget. Kalo tak, dah beli dah. Errrr...nak DIY boleh? Rajin la sangaaattttt nak DIY.




Yang ni pun cantek.



Aku beli TQ tag ni jer. Tapi tak tau lagi nak buat ape. 
Emmm...maybe letak kat bunga telur yang aku duk berangan nak DIY tuuuu???




Dah puas cuci mata kat Ayer Hitam, bertolak la balik ke JB. Jangan melampau sangat curi masa! 


Err...sebenarnya tak puas pun jalan2 kat sana. Dah la banyak sale. Kalo boleh semua nak beli. Itu nak, ini nak. Takpe, sabar2. Next time boleh singgah lagi. T_T 











On the way balik. 
Erk...seram. 



Masa aku on the way pegi Kluang pagi tu pun dah ada treler ni kat dalam longkang tu. Sampai tengahari baru diorang dalam proses nak alihkan. Nasib baik time pagi tu blom jem. Kalo tak, haruslah lambat sampai PTD Kluang. Phewww~  -.-'




.

Tuesday, December 13, 2011

Ayer Hitam - Nilai 3 - Kajang - Nilai 3

Minggu lepas minggu yang tersangat busy. Busy dengan macam2 hal. Pegi tengok dewan kat kampung Encik Tunang. Oh, sangat tak puas hati ngan dewan tu. Tak berapa berkenan. Entah lah. Malas nak cakap. 


Hari Ahad, 04.12.2010. Pegi Ayer Hitam. Actually kitorang on the way pegi Selangor. So, singgah la kat Ayer Hitam sekejap. Survey2 apa2 yang patut. Ada la beli few things. 



Comel ok!
And i'm so inspired!
Ni kat PISB, Ayer Hitam. Memang comel. Tapi agak mahal. -.-'



The next day, hari Isnin. Pegi Nilai 3 plak. Beli barang sikit2.


The next day lagi, hari Selasa. Pegi Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Aku saje ambik cuti hari Isnin sebab hari Selasa tu ada kes kat Putrajaya. So, lepas settle kes kat sana, terus aku pegi Kajang. 


Sebenarnya aku tak pernah pegi ke Kajang dari Putrajaya, dan tak tahu pun jalan pegi sana. Aku tawakal jer ikut signboard. Alhamdulillah...akhirnya sampai jugak ke Kajang. 


Bila dah sampai Jalan Reko tu, teringat balik zaman belajar kat UKM dulu. Pekan Kajang tu la aku selalu pegi beli barang. Naik bas RapidKL, pegi Metro Kajang, Mydin, naik bas balik kampung kat hentian bas Kajang. Wahh...memory betol. Dan teringat jugak macam2 kesusahan yang kena dilalui masa study dulu. Yerlah, aku memang orang susah. 


Ok, straight to the point. Buat ape aku pegi Kajang?



Aku ke sini... 
Pasaraya Bekalan Bakeri Bagus. 



Sebelum ni aku ada baca kat blog b2b, tapi tak ingat dah b2b yang mana. Kat sini ada jual macam2 barang bakeri. Doiley paper & paper bag pun ada. Boleh la buat DIY project for wedding, kan. Memang aku tengah mencari doiley paper ngan paper bag nih. 


So, dah alang2 pegi Putrajaya, melencong la ke Kajang kejap. Bukannya jauh pun Putrajaya ngan Kajang. 


Kedai ni kat Metro Point. Sebelah 7Eleven. Alamat :-

NO.3A, Jalan Jelok 6
Metro Point 43000 Kajang, Selangor




Tak susah la nak cari kedai ni. Maybe sebab aku dah agak biasa ngan jalan2 kat Kajang. Sebab selalu datang sini time study dulu. Tapi takde la expert sangat. Sebab dulu pun kalo pegi mana2, naik bas jer. Tak hafal jalan pun.



Nampak tak doiley paper kat situ?


Aku ada beli few things jugak kat sini. Nanti la aku post ea. Sebenarnya aku nak cari color doiley paper. Tapi takde la pulakk~ Kat mana nak cari hah?? -.-


Lepas beli barang kat sini, pegi Nilai 3 pulak. Amboihh...kemain merayap eh.


Tapi disebabkan nak pegi Nilai 3 tu lalu depan UKM, ape lagi. Singgah la UKM kejap. Woahhh...dah lama giler tak menjenguk UKM nih. Kali terakhir datang, masa konvo. Bulan August 2009 kalo tak silap aku. That was 2 years back!


Lepas round2 kat UKM, terus pegi Nilai 3.



Cantek. 
Pelamin kat depan Astana Mayang Sari.



Masa tu la aku membeli tak boleh belah. Hasil boleh tengok kat ENTRI NI


Macam2 aku beli.Sekarang kat sana banyak kedai yang ada sale. Hampir semua kedai kot. Tapi tak semua yang murah la. Kena pandai pilih & kena pusing2 banyak kedai banyak kali. Untuk compare harga, cari barang yang betul2 kita nak, dan macam2 la kot. Can you imagine how tired i am??


Nasib baik aku beli belah sorang2 jer. Kalo pegi ngan Encik Tunang, confirm kena bebel. Eh, orang lelaki memang camtu ea. Diorang tak faham ea apa yang kita tengah buat nih. Takkan la pegi satu kedai terus nak beli. Kan kan kan? Eh2, ter-bebel kat sini plak. Tak kisah la kan. ;p


Back to our story. Walaupun dari petang kat sini, rasa macam tak sempat nak beli semua barang. Ada few things yang tak jumpa. Ada yang tak sempat beli. Tau la kalo weekdays. Kedai memang tutup awal.


Its okay. At least dah beli banyak barang untuk DIY macam2 benda. Nanti aku reveal satu2.



So, tu la kisah penat aku dari JB - Ayer Hitam - Nilai 3 - Putrajaya - Kajang - Nilai 3. Bulan depan maybe pegi Putrajaya lagi. Kalo pegi, boleh la singgah beli barang kat Nilai 3. Hopefully masa tu still ada sale. Huihh...sepanjang masa nak sale ajer, kan. ;D




Ok bye~ 



.