Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Monday, August 10, 2015

Throwback Raya

Assalam dear readers.
 
Saja nak buat throwback raya. Harini dah Syawal ke-25. Baru nak buat throwback raya, kan. Hehee~
 
 
 
 2013.
 
 
Tahun ke-2 sebagai suami isteri. Raya kat Johor. Time ni tengah pantang sebab baru lepas keguguran. Ambik gambar ni sebelum pegi hospital untuk ambik darah. Orang lain pagi2 pegi beraya. Kitorang pegi hospital, jadi penunggu. Penunggu result blood test. Huhuu~ kena ambik darah sebab aku demam teruk, menggigil2,  sampai tak boleh bangun. Takde selera makan, makan sesuap dua pun paksa diri, sebab nak makan ubat.
 
Aku syak aku kena bentan. Maybe sebab lalui perjalanan jauh dari Terengganu-JB. Balik Terengganu masa bulan puasa tu. Sampai JB dah malam. Pagi esoknya terus demam seram sejuk menggigil2 sampai tak boleh bangun. Ya Allah teruk betul masa tu aku rasa.
 
 
 
 2014.
 
 
Alhamdulillah, dah raya bertiga. Raya kat Terengganu. Raya tahun 2014 ni pun tengah dalam pantang jugak. Tapi bezanya, berpantang ada baby. :) Masa ni Rabbani baru umur 40hari. Tak pegi beraya pun. Duk rumah jer. Dah nama pun dalam pantang. Pakai baju raya buat cukup syarat jer. Hehee~
 
 
2015
 
 
Masih bertiga. Dah tu takkan dah berempat? Kikikiii~ Rabbani umur 1 tahun 28hari. Raya kat Johor.
 
Oh ya, tahun pertama kami sebagai suami isteri, tahun 2012. Beraya kat Terengganu. Tapi jenuh aku duk cari gambar dalam laptop, dalam Facebook. Tapi takde pulak. Tak ambik gambar ke ek. Lupa plak.
 
Oh ya, perasan tak dalam gambar dari tahun ke tahun tu ibu Rabbani ni makin kembang macam belon? Hahahahh~ Masa dalam pantang tu dah dapat balik berat badan macam sebelum pregnant. Tapi sebelum pregnant pun aku dah gemuk. Lepas pantang, berat badan tak turun. Lepastu makin naik. Sampai sekarang pun kembang jugak. Redhoo jerlah. Kalau cakap nak kuruskan badan nanti kang, azam tinggal azam. :p
 
 
 
Thanks for reading. :)
 
 
 
 
 
.

Thursday, August 6, 2015

Aidilfitri 2015

 
Assalam dear readers.
 
*dah lama tak update blog ni tetiba muncul ngan entri raya, kan.*
 
 
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya nih. Raya kan sebulan! hehee~
 
So di kesempatan ni iols nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua readers blog ni (macam ramai sangat jer baca blog ni kan. kikikii).
 
Ni jer gambar yang dapat aku upload kat sini. Sebab tak banyak mana pun ambik gambar.
 
 
 Raya pertama.
Tema tahun ni : merahnya makngah!
 
 
Sebenarnya tak plan pun nak tema apa tahun ni. Baju pun beli yang dah siap jer. Sebelum beli, dah tanya Encik Suami, nak kaler ape. Tapi dua2 laki bini tak decide. Last minute plan, nak royal blue. Pegi kedai survey2, takde design yang berkenan. Last2 jumpa baju merah ni yang ada saiz aku. Sebelum tu ada berkenan baju kaler merah jugak tapi lace mint green. Baju kurung moden. Tapi saiz tak ngam! Maklum la diri ini dah macam belon dah sekarang. Susah bebenau nak cari saiz. Hahahaha~
 
So ambik jerlah baju ni. Murah pun murah. *tahun ni konsep raya : berjimat cermat*
 
Anddd...nasib baik baju Rabbani pun ada saiz. Heee...Cuma sampin jer mak tak dapat cari kaler grey. Ada kaler black-gold ni jer. Songkok pun nasib baik saiz yang paling kecik tu ngam2 jer ngan Rabbani. Actually besar sikit, tapi still ok lagi.

Segala persiapan raya (baju raya, kuih raya), beli last minute, iaitu 2 hari sebelum raya. Huhuu~ Serius takde mood nak raya. Sampin Rabbani plak malam raya tu baru beli. Itu pun sebab pegi merayap kat Plaza Angsana.
 
 
Selamat hari raya!
Pakcik nak collect duit raya ni!
*sampin longgar, asyik ternaik ke atas jer*
 
 
 
 
Ni dia mengamuk sebab orang pakaikan songkok & rampas mainan dia. Kikikii...
 Drama sangat nak pakaikan songkok kat dia.
 
 
 Bagi balik mainan dia, pastu pakaikan songkok.
Baru la tak mengamok.
Tapi pakai sekejap, dia campak. Pakaikan lagi, dia tolak. Haihh la anak...
Rimas agaknya apa benda lah atas kepala, kan.
 
 
 
Raya ke-2.
Baju recycle tahun lepas punyer.
Kan dah cakap tadi, tema raya tahun ni : jimat cermat. Kikikii~
Lagipun baju tu baru pakai 3,4kali kot.
Daripada terbiar jer, baik recycle.
Baju anak jer beli yang baru.
Itu pun dah lama beli.
Beli kat Mom & Baby Expo, masa Rabbani baru umur beberapa bulan.
Nasib baik dah ok saiz dia & dah boleh pakai.
 
 
 
Raya tahun ni beraya kat kampung suami, kat Kota Tinggi, Johor. Ikut giliran la kan. Tahun lepas dah raya kat Terengganu. Macam ni la bila dah kawen dengan orang jauh. Maksudnya, kawen dengan pasangan berlainan negeri. Sorang kampung kat Terengganu, sorang lagi kat Johor. Kalau dapat cuti lama & budget pun banyak, boleh la balik dua2 kampung. Tahun ni Encik Suami cuti 2 hari jer, i.e. raya pertama dengan raya kedua. Itu pun memang kebetulan off day dia. Malam raya (actually awal pagi raya, around pukul 2pagi) baru sampai kampung. Sebab Encik Suami keje sampai malam raya. Raya ketiga Encik Suami dah kerja.
 
InsyaAllah tahun depan raya kat Terengganu pulak & harap2 Encik Suami dapat la cuti lama sikit. Baru best balik kampung. Dah la jauh, kan. Kena la cuti lama2 sikit. Heee~

Raya ni tak pegi beraya sangat pun. Duk rumah jer. Pastu ada la pegi beraya kat rumah saudara Encik Suami kat Gelang Patah. Boring jgak la raya camni. Tu yang malas dah nak beli baju raya banyak2. Akhirnya tak pakai pun. Buat pakai time ada majlis lain jer.
 
So raya kat Johor ni asyik makan lontong ngan kuah lemak jer. Rinduuuuuu nak makan ketupat palas, nasi himpit, sambal nasi himpit, kuah kacang. Aduhh...kecur dah nih. Biasanya tiap2 tahun kat kampung (kat rumah kita la), raya pertama mesti masak nasi minyak & gulai (gulai ayam kampung @ ayam bandar @ gulai itik). Uishhh....lagi la kecur. Huaaaa..... 
 
Nampaknya kalau nak makan, kena la buat sendiri.
 
Andd...tahun ni kali pertama iols try masak rendang dengan kuah lontong. Itu pun masak kat rumah sendiri, bagi makan kat family sendiri (Encik Suami la). And ada bagi kat kawan2 Encik Suami kat tempat keje. Banyak lagi nak kena improvise rendang ngan kuah lontong tu. Heee~
 
 
Ok la awak2 semua, thanks for reading.  :)
 
 
 
 
.

Friday, September 16, 2011

Harini Raya ke-18. Salam Aidilfitri!

Hello everyone, and my dearest blog. Its been 3 weeks since my last entry. I think more. Tersangat lah busy dalam beberapa minggu ni, i.e. sebelum raya, dan selepas raya.


Ni pun update laju2 jer. Huhkhukk~ 




Dan sebenarnya terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan kat blog nih. Tapi lepas cuti raya, sampai sekarang tak sempat nak update blog. Wuwuwuwuuu~  T_T


Ok la, kat sini saya, Nini Mohd ingin mengucapkan (skema la pulakk~) Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog nih (walaupun berapa orang jer yang sanggup baca blog tak seberapa nih). 


Err~ sekarang masih bulan Syawal, kan. So, masih tak terlambat untuk buat ucapan hari raya, walaupun memang dah lambat giler nak buat ucapan. Kan? Muahahaa~ Tak kira la, nak wish jugak. ;p 


Alahh..sekarang pun masih banyak open house raya, kan. Meaning, semua orang masih beraya, kan. Hehee~ 



Selamat Hari Raye, dari gadis jendol. ;p
* 1st day raya, 30.08.2011. =)




Last but not least, Selamat Hari Malaysia! Proud to be Malaysian. =) 




By the way, saya kini kembali ber-blog dengan "status" baru. Akan di-update mengenai itu dengan kadar seberapa segera. =)


.