Showing posts with label Fakulti Undang-undang. Show all posts
Showing posts with label Fakulti Undang-undang. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

My Convocation

Saturday, 15th August 2009. This is my convocation. At last, after 4 years (struggling) to get a piece of Law Degree, this is the day. My graduation day! Oh gosh, how relief i am.

I'm so sooo happy. But actually deep inside my heart, i'm crying. I wish my late mom were here. I've done all this for her. I remember the day she & my elder sister sent me to this university on my registration day. I remember all the pain we (especially my mom's) have to get through to sent me here. From that day, I'm determine to make her happy after i graduate, to get a great job and to give her a better life. But Allah love her more than i did.

And only Allah knows my feeling on my graduation day, how i wish she were here. :'(





Him ♥

First of all, thanks to him for accompanying me here.
At least i have you on this day. i ♥ you. ^^
My other siblings cant come to my convocation. sigh.



Before the Convocation started.


UKM's 37th Convocation


Graduan masuk ke dewan.
Can you spot me? ;p



Thats me on the stage! And my picture on the screen!
*okay, okay, i know its too tiny & u cant see me. hahh~






Myself

candid by him. ♥


Flower : him
Thank you, love. =)



posing tengah panas!


Okay, this is way to HOT! *i mean, the weather.
But still, i'm trying to give you a peace! hahaa~ whatever. ;p



Friends




Finally, i got the chance to do this! weeee~~~~ ^_^

.

Wednesday, April 8, 2009

KFC Day "A Mini Party" + ADR.

Dua hari lepas - 6 April 2009 - KFC Day yang ditunggu-tunggu oleh 4th year, Fakulti Undang-undang UKM.

Lokasi : Firma Tahun 4, Fakulti Undang-undang,UKM.
Tarikh : 06.04.2009
Masa : 12 pm



mei na, zira, aku.


aku, zira, akim.


semua tengah tunggu KFC sampai.


sebahagian dari ahli Syam & Co.


aku sebenarnya tengah lapar yang teramat sangat. macam malas nak ambik gambar. tapi bila tengok kawan2 semua sibuk bergambar, aku pun mula la bergambar jgak. tapi masa ni dah tak lapar sangat dah. :D


terfikir pula untuk mengambil gambar semua rakan-rakan yang sedang enak menjamu KFC. so, aku naik atas kerusi & snap pic ni. tapi malangnya firm sendiri, iaitu Syam & Co. tak termasuk plak dalam gambar ni. di luar kemampuan aku lah untuk snap picture yang boleh ada semua manusia dalam kelas.hahh~ xP




Syam & Co.


bersama lecturer Civil Procedure kami, Prof. Siti Naaishah Hambali. haritu Prof. pusing satu kelas utk snap pic ngan semua firm.


papan nama firm kami sangat flexible kan?hahahhh~~ :D



ni plak masa kelas Alernative Dispute Resolution (ADR). lepas mini party, petang plak kena buat roleplay utk kelas ADR ni.

akhirnya zira beriaya jgak snap pic self-potrait.hahahaaaa~~ memori ni takkan aku lupakan sampai bila2. :D





terima kasih diucapkan kepada lecturer Civil Procedure kami, Prof. Siti Naaishah Hambali atas kesudiannya untuk menganjurkan "mini party" ini.

rasanya inilah kali terakhir kami makan2 ramai2. sedih sungguh.

guys and girls, i'm gonna miss you all. :S

.

Sunday, March 15, 2009

FUU - harini dalam sejarah

Sabtu,14/3/2009.

aku, mei na & hazira pegi library utk discuss psl mock trial.disebabkan harini adalah hari sabtu, so library bukak dari pukul 10 pagi - 5 petang jer. about 15minutes before 5 pm, kitorang plan nk blk, coz library dh nk tutup. tapi sebab mse tu hujan lebat + kilat + ribut + angin yang kuat, kitorg tak jadi balik & decide utk stay kat library dulu, sementara hujan reda. kitorang dah klua dari library (sampai kat pintu masu). tapi masuk balik, & pegi toilet jap. 5 minit kemudian, bila kitorang klua dari library..OMG?? banjir?? yer, banjir kat depan library. how come cpt sgt nih? tadi mase klua, tak banjir lagi. dalam 5 minit jer air boleh naik cepat camni.

tiba2 (mase petir kuat) loceng kebakaran bunyi, & ade asap klua dari bilik sebelah library. ape ntah bilik tu,y g ade tanda amaran. cpt2 la aku klua dari library & bagitau orang2 kat dalam library pasal tu. yerlah, risau gak kalo ade something happen nanti.

dah klua dari library, sempat lagi kawan2 aku (termasuk aku sekali) ambik gambar banjir tu.bukan setakat gambar, video pun ade.hehe~

then, kitorang balik. tapi mase kitorg nk balik & turun dari fakulti (Fakulti Undang-undang - FUU),,,alamak,,ade pokok tumbang lak kat tgh jalan. jalan tu adalah satu2nya jalan utk klua dari fakulti kitorang. adOii..terpaksa la patah blk ke fuu. stuck kjap kat fac. mase kitorang smpai kat fac, dh tak banjir dh. yerlah, kn area bukit. camane air nk bertakung. hujan pun dh renyai2 je.

dalam pukul 5.45 petang,kitorg turun balik ke tempat pkok tumbang, coz pokok tu akan di alihkan. konon2 nk tgk lah & taknak lepaskan peluang jer. mase tu ade ade pakcik2 librarian, student,& keselamatan gotong-royong potong pokok tu ngn kapak. then, jentolak dari construction site kat FTSM tolak pokok tu. so, dpt la kitorang balik.

ni lah pengalaman pertama aku sepanjang hampir 4 tahun kat fuu. cam pelik gak, camane boleh banjir. fac tu kan atas bukit. maybe hujan lebat sangat kot.

kesimpulannya; macam tragedi.tapi masing2 macam excited plak.siap ambik gmba & record video lg.aku takde la rase takot,tp ade la rse cemas bile ade asap klua dari bilik tu.ni la pengalaman yang paling..ape ek..pelik kot.pengalaman yg tak pernah aku (dan mungkin jgak smua org) alami sepanjang hampir 4 tahun kat FUU nih.huhuu~~



















[aku dah upload video kat Facebook. malas lah nak upload kat sini. lambat.]

Friday, February 27, 2009

arggghhhhhh.......!!!!!

Jumaat, 27 Februari 2009;
– Lawatan akademik ke RCAKL (Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration), Jalan Conlay, KL

Sabtu dan Ahad, 28 Februari dan 1 March 2009;
– siapkan assignment Remedy
– study (konon) untuk test Civil Procedure

Isnin, 2 Mac 2009;
– test Civil Procedure

Selasa, 3 Mac 2009;
– submit assignment Remedy

Rabu, 4 Mac 2009;
– presentation kes Criminal Procedure

Jumaat, 6 Mac 2009;
– submit assignment Alternative Dispute Resolition (ADR)


arggghhhhhhh.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!


.

Wednesday, February 25, 2009

student Jepun, Evidence & dinner.

Hari ni ade sorang student baru masuk. Student perempuan. Dah pertengahan semester camni baru masuk? taklah. Actually dier ni exchange student dari Jepun. Wahh~ ade student Japanese lah ek dalam kelas kitorang sekarang nih. huhuu~~ Name dier Nau. Tu sebutan jer. Aku tak tau la name sebenar dier or name penuh dier ape. Blom sempat berkenalan.

Yang paling excited, mesti la student llaki. Tau nak menggatal jer. Kecoh dalam klas tadi. Walaupun diorang bukannye serius nak menggatal, saje main2 jer. Aku sebenarnye tak perasan pun ade student baru. Si Mimie yang cakap; eh, ade exchange student dari Jepun lah. Aku; hah,mane? ahaa~~ kalo tak memang aku tak perasan nyer, walaupun bukannye ramai sangat student dalam kelas tu.

Tapi kesian lah bdak Japanese ni ek. Datang study kat sni agak mencabar gak. Coz ade sesetengah kursus (subjek) lecturer cakap BM. Camane nak paham. First klas yang dier masuk, klas Undang2 Keterangan (Evidence Law). Dr Anisah (lecturer) ade tanye, dier ambik Evidence Law tak kat Jepun. Dier cakap tak. Mase nak explain tu, cam susah sket dier nak cakap. Kawan kitorang, Choy (yang duk sebelah dier) lak tolong explain. Tiba2 lak jadi interpretor. ahaa~ mungkin Choy tahu bdak tu ambik ape sebab dier dah berkenalan sebelum lecturer masuk.

Semalam last trip or last group pegi lawatan Evidence Law. Diorang pun bertuah gak, coz mase diorang pegi, ade kes. so, dapat lah tengok post mortem kat Unit Forensik, PPUKM tu. Mayat tu sebenarnye adalah mayat yang di gali (harus la gali dari dalam tanah), kat Seremban. Tak tau lah kes ape. Tapi mase klas Evidence tadi, Dr Anisah cakap, lagi mencabar lah post mortem tu, sebab mayat dah berulat.

Eeeee~~ tiba2 rase mual. Ade membe aku cakap, ade gak student yang ikut lawatan tu tak sanggup nak tengok post mortem tu. Ishh..post mortem mayat yang sempurna pun tak sanggup nak tengok, inikan plak mayat yang dah berulat camtu. Ape2 pun, kedua2 group (group 1st ngan group 3rd) memang bertuah. Kitorang (group 2nd) jugaklah yang tak bertuah. Adoiii...nak aje aku mintak untuk buat lawatan sekali lagi, special untuk 2nd group.

Ade gak student yang tak pergi lawatan tu, sorang kot. Tadi Dr Anisah bagitau, sape2 yang tak pegi lawatan tu kena buat viva (oral test). Lahh,,ade jgak ke yang tak pegi? Baru aku tau. Nasib baik aku pegi. Kalo tak, tak pasal2 kena buat viva. Berpeluh gak nak viva (Dr Anisah yang cakap).

Tadi plak kitorang (aku ngan Zira) sibuk chop meja untuk dinner. Pendaftaran baru jer bukak arini. Meja untuk 4th year kalo tak silap aku ade 9 or 10 meja, 10 orang satu meja. Semua skali ade brape meja ntah, lebih kurang untuk 400 orang student. Pagi tadi dalam pukul 9pagi, aku tengok takde yang booking lagi. Pastu dalam pukul 3petang, tinggal 3 meja (meja untuk 4th year) yang takde orang booking. Wahh~ selling fast nih. Macam tiket wayang lak jadi selling fast. adOii..

Dua meja (no 1 dan 2)kat depan, sebelah VIP. Satu meja lagi (no 9) kat area 4th year gak, tengah2, takde la belakang sangat. Kire strategik gak la. So, kitorang agak pening gak la tadi mase nak booking meja. Kitorang tak nak lah duk sebelah meja VIP, TAK BEST. Tak boleh nak gelak2, nak gile2. Tak sopan plak nanti. Membe aku si Wawa lak ajak duk sekali ngan dier, kat meja no 8. Tapi kat situ ade 3 jer kosong. Kitorang ade 5 orang. Walaupun ade yang taknak pegi, tapi nanti tiba2 tukar fikiran lak, camane? Discuss punye discuss, kitorang ambik meja nombor 9.

Booking hanya dibenarkan kalo 8 orang bagi meja tu dah bayar deposit RM25 (bayaran sebenar RM65). Kitorang lak tak cukup orang untuk booking meja. Tapi atas kuasa budi bicara (kot), boleh gak la booking dulu & bayar deposit esok.

Ade membe aku yang tak nak pegi dinner tu. Ade krisis ape, aku malas nak ambik port. Masing2 dah besar, dah boleh pikir baek buruk. Tak payah nak pujuk2. Bukannye budak kecik. At last, ade gak yang nak pegi. Tapi tak tau la confirm ke tak. Meja dah booking, tapi tak cukup lagi 8 orang. Kitorang 4 orang jer, & plan nak ajak budak2 firm (law firm olok2,just sebagai latihan jer) join semeja. Kalo tak cukup orang gak esok, camane? Ade kuasa budi bicara lagi tak? adOiii..

By the way, dinner tu akan diadakan pada hari Jumaat, 20 Mac 2009 di Dewan Sri Endon, Putrajaya. Tema self personality. Pakai lah ape2 yang mencerminkan personaliti diri sendiri. Asalkan mematuhi dress code & etika. Maknenye tak pakai casual or super sexy. Super sexy tak boleh, kalo sexy jer? ahahh~ ;p

Aku tak tau lah nak pakai ape. Tapi yang aku tau, aku nak yang simple jer. Tak nak melebih or "meriah" sangat. Tak suke.

Tapi yang aku pelik, nape tahun ni buat kat dewan jer (walaupun aku tau dewan tu bertaraf 5 bintang). Biasanye buat kat hotel. Bayaran plak RM65 seorang untuk student, RM70 seorang untuk lecturer dan orang luar. Orang luar tu maknenye kalo ade sape2 yang nak bawak kawan (biasenye pakwe/makwe), kne bayar RM70 lah untuk kawan dier tu. Ni bayaran yang paling murah dalam sejarah FUU (Fakulti Undang-undang). Biasenye dalam RM80 gak sorang student.

By the way, aku tengok junior2 (2nd year) yang organize dinner ni kreatif gak. Dah jadi tradisi kat sini, student 2nd year akan organize dinner untuk fakulti. Secara asasnye, dinner ni untuk meraikan tahun 4 (sebagai majlis perpisahan lah kononnyer). Takde la tiap2 tahun student pegi dinner, walaupun setiap tahun memang ade dinner. 1st time aku pegi, mase tahun 2. Tu pun sebab nak support batch kitorang yang organize dinner tu. Ni plak kali kedua dan kali terakhir. Kali terakhir? waa~~ sedih gak bile teringat ni kali terakhir dapat bersame2 ngan membe2.

InsyaAllah..panjang umur, mesti dapat jumpe lagi. :)

Wednesday, February 18, 2009

Lawatan Evidence Law

Haaiiihhh…tadi baru lepas test. Test Undang2 Keterangan. Walaupun open book test, tapi cam takde beza ngan test yang tak open book. Nape? Sebab jawapan dier bukannyer ade dalam buku. Kan problematic. So, kne pikir sdiri lah. Malas nak cakap banyak pasal test. Arini nak cakap pasal crite semalam. Semalam pegi lawatan kat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia & Makmal Siasatan Jenayah kat Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Actually kne berkumpul kat foyer fakulti pukul 8pagi. Tapi aku boleh terlupe lak yang aritu ade lawatan. Dalam pukul 7.20 baru aku bangun. Tu pun sebab Encik Kuneng sms. Kalo bukan sebab sms dier, mungkin aku terus tido & terlepas lawatan tu. Mase tengah sms ngan dier, aku teringat; “eh, arini kan ari Selasa, 17 haribulan. Bukan ke lawatan tu 17 haribulan?” So, aku tengok la buku nota aku, & belek2 balik notes yang aku tulis dua minggu lepas. “Hah! Memang arini.” Kelam kabut aku bersiap. Yerlah, aku kan bersiap lambat. Mase tu dah kol 7.30pg. Pukul 8pg baru tunggu bas. Naseb baek ade yang tumpangkan pegi fakulti. Huhuu~~

Kitorang satu kelas ade 108 orang jer. Tapi untuk lawatan ni, kitorang dibahagikan kepada 3 group. Minggu lepas dah ade 1 group yang pegi. Minggu ni group kitorang plak. Group ke-3 miggu depan. Group kitorang ni ade student USIM join skali. Diorang 23 orang jer.


Pusat Perubatan UKM.

Dulu dikenali sebagai Hospital UKM (HUKM). Sekarang dah tukar, jadi PPUKM. Destinasi kitorang – Unit Forensik. Dengar Unit Forensik, memang excited. Excited sebab nak tengok diorang bedah mayat (post mortem). Hihii~~ Tapi bile sampai kat sane, kecewa. Sebab aritu takde kes. So, takde la nak buat post mortem. Group yang pegi minggu lepas kira beruntung la, sebab mase tu ade kes, & dapat gak peluang tengok post mortem.

So, kitorang dengar talk jerla (atau lecture). Mase tu Dr. Swarhib (betul ke tak name dier, aku dah lupe.susah nak ingat), iaitu Pensyarah kat Unit Forensik ni yang bagi lecture. Bahagian pengenalan, boleh dier tanye bawak ke tak Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code/CPC). Buat lawak plak. Kan lawatan. Takkan nak bawak buku or akta. Dier just tanye pasal seksyen 328, 330 & 331 CPC jer. Kitorang tak blajar pun smua tu, coz tak termasuk dalam syllabus. Time tu baru blajar. Aku taknak lah cakap pasal seksyen2 nih. Boring,kn? Cuma nak crite pasal ape yang Dr tu crite. Best gak dengar dier crite, tengok slide & gambar2 yang diorang buat post mortem. Banyak crite yang menarik. Yang kesian pun ade.

Salah satu crite yang menarik – pasal sorang lelaki yang jatuh dari flat tingkat 8. Korang boleh bayangkan tak camane keadaan orang tu kalo jatuh dari tingkat 8? Yang pertama; mesti la (confirm) mati. Yang kedua, dari segi fizikal; mesti cedera parah, berdarah dan sebagainya. Yang ketiga, dari segi dalaman; kite tak nampak,kn? Sebab tu la kne buat post mortem. Lagi satu, untuk tahu sebab kematian, & untuk tahu sama ada dier ni bunuh diri, kne bunuh atau kemalangan jer.

Aku tengok gmbar post mortem,ngeri gak. Kesian pun ade. Teruk gak kecederaan dalaman dier. Yang kat luar, tak payah cerita lah. Yang kat dalam, hampir semua organ dalaman pecah atau retak. Hati, buah pinggang, jantung – pecah. Tengkorak pun retak. Untuk tengok sama ada tengkorak retak ke tak, diorang kne bedah kepala, potong tengkorak ngan gergaji (percayalah), buang otak dalam tengkorak tu & kosongkan tengkorang. Baru la nampak kesan retak kat tengkorak. Memang mengerikan.

Organ dalaman plak diorang akan potong kepingan demi kepingan (slice), untuk tengok ade kecederaan laen. Mase tu baru aku tau, kalo kite kne heart attack, jantung kite akan luka. Lepas luka tu sembuh, tinggal kesan parut, same la cam kulit kite. Mase post mortem ni boleh la nampak kesan parut kat jantung tu, warna putih. Jantung pun boleh luka? Cam pelik,kan? Tu la ke-agungan tuhan.

Tu crite yang di rekodkan. Crite yang off record – camane orang tu boleh terjatuh. Ni bukan nak mengaibkan sape2, tapi hanya untuk pengajaran. Malah, aku tak sebut pun name sape2 kat sini, name tempat pun tak sebut. Yang jatuh tu lelaki. Dier ade kapel ngan sorang perempuan, yang mane ayah si perempuan tu drug addict. Si ayah tu tak suke lelaki ni kapel ngan anak dier, malah mintak duit dari lelaki tu. Si lelaki ni dah lme melarikan diri dari ayah aweq dier & tinggal bersame2 ngan aweq dier selama setahun lebih (tanpa kahwin.pasangan melayu). Diorang sewa salah satu bilik kat flat yang ade 3 bilik.

Ayah perempuan tu plak dah lame cari diorang nih. Satu ari, si ayah tu datang kat flat diorang & pecahkan pintu bilik diorang (sebab pintu berkunci). Mase tu pasangan tu ade dalam bilik. Si lelaki tu tengah isap rokok kat tepi tingkap. Mase si ayah masuk, si perempuan ni toleh kat ayah dier. Bile dier pandang bali kat pakwe dier, tengok2 jer lelaki tu dah jatuh ke bawah. Tak tau la setakat mane kebenaran cerita tu, sebab hanya ade 3orang jer yang ade dalam bilik mase tu, & sorang dah meninggal dunia.

Sampai sekarang kes ni tak settle lagi, masih naik turun mahkamah. Tak tau sama ada lelaki tu bunuh diri atau dibunuh (ditolak dari tingkap) atau dier terjatuh (kemalangan). Tingkap tu paras pinggul jer, & kalo tolak, ade kemungkinan orang tu akan jatuh. Wallahualam. Ape pengajaran dari kisah ni? Ntah. Aku malas nak cakap. Korang pikir la sdiri.

Satu lagi kisah, yang ni aku rase kesian & rase sangat marah kat setan2 yang buat bnde tu semua. Aku rase diorang patot kne sula jer. Konek kasi potong. Pastu jemur diorang tengah panas. Buat pameran kat tempat awam, biar semua orang tengok. & bagi peluang kat orang ramai pakat2 baling batu kat diorang, macam baling batu kat setan. Biar diorang rase terseksa. Huh, panjang lak luahan amarah aku.

Kisah dier camni. Bnde ni terjadi kat sorang pelajar kolej (perempuan). Kawan dier ajak pegi makan malam, so dier ikut jerla. Kawan dier ni perempuan gak, tapi tak macam perempuan (tom). Sebenarnye kawan dier ni bukannye nak ajak makan, tapi nak culik budak ni & mintak duit dari ayah dier. Si membe tu buat keje ni ngan sorang lagi kawan dier (lelaki). Bile tak dapat duit, diorang bunuh la bdak perempuan yang tak bersalah ni. Bukan setakat bunuh jer, bdak lelaki tu rogol bdak ni.

Tau camane diorang bunuh perempuan tu? Tangan bdak tu diorang ikat ngan kabel plastik kaler putih (macam kabel yang ikat plastik kat pasaraya.yg kat pasaraya kecik jer.tapi diorang gune yang besar, lebar dier lebih kurang jari kelingking). Pastu diorang jerut leher bdak perempuan ni ngan kabel camtu gak. Korang bayangkan, tangan kne ikat, leher kne jerut. Tak boleh melawan langsung. Ade gak dier melawan, sebab ade kesan pergelutan. Tapi ape yang boleh dier buat? Diorang bunuh bdak tu sebab bdak tu dah cam muka diorang, taknak kne tangkap. Memang tak berhati perut setan2 tu. Ape la salah bdak perempuan tu smpai camtu skali diorang buat.

Satu lagi crite – pasal bunuh diri. Ade crite potong lengan & gantung leher. Ishh…baru 2 hari lepas cakap pasal hiris2 lengan. huhuu~~ Dr tu cakap, bdak2 sekarang ni terlalu terikut2 ngan movie yang diorang tengok, walaupun yang sebenarnye movie tu sebenarnye merepek, & kalo korang buat pun, takkan same dan takkan jadi cam diorang buat. Dalam movie, diorang bunuh diri ngan hiris lengan & gantung leher. Tapi korang tau tak, kalo hiris lengan, korang takkan mati serta merta. Kalo nasib tak baek, takkan mati langsung & terpaksa menderita dan menanggung kesakitan dalam wad plak. Dr tu tanye, nape orang yang nak bunuh diri suke hiris lengan? Mungkin sebab nak potong arteri. Korang tau tak, arteri kat lengan sangat dalam ke dalam – deep inside (ntah betul ke tak ni.taktau camane nak explain).

Nasihat – kalo nak hiris lengan, kne tau anatomi lengan korang dlu. Kne tau kat mane arteri korang. Walaupun korang potong arteri kat lengan, arteri tu kecik jer. Lebih baek korang hiris arteri yang kat leher, lagi cepat “pergi”. hahaa~ ni nasihat yang bodoh jer, untuk orang2 yang bodoh. Pastu Dr tu crite lagi – crite orang2 bodoh yang nak bunuh diri. Diorang nak hiris lengan, tapi baru hiris sket, dah rase saket. Hiris sekali, tak mati lagi. Diorang hiris lagi. Dah banyak hiris, tak mati2 jgak. So, diorang ambik keputusan – gantung jerla. Adoiii…bodohnyer..smua orang gelak, termasuk aku.

Kepada sape2 yang terasa nak bunuh diri, tak kira la hiris lengan kea tau gantung diri, pikir la masak2. Tu smua keje bodoh. Kalo yer pun nak mati, sabar la. Smua orang akan mati gak. Tu smua keje tuhan. Tak payah nak jadi tuhan, nak ambik nyawa sendiri, nak tentukan sendiri bile korang nak mati. Ye dak?

Lepas dengar talk ni, kitorang di bawa melawat bilik bedah mayat. Isshhh…bau dier…susah aku nak explain. Pening kepala aku mase tu. Haaihh,,tu baru bau bilik jer. Kalo bau diorang tengah buat post mortem, camane? Aku ni semangat jer lebih nak tengok post mortem. Tapi tak tau la kalo tengok betul2 nanti camane. Aku ni bukannye boleh tengok darah (darah sikit takpe,jangan banyak membuak2). Tak pe, yang penting semangat kne ade, & semangat kne kuat. Tul tak? Lagipun ni jer peluang nak tengok post mortem. Lepas dah abes belajar, mane nak dapat peluang camni lagi.

Sebenarnye banyak lagi crite2 yang menarik aku dengar aritu, tapi tak termampu aku nak crite smuanye. Banyak pengetahuan & pengetahuan yang aku dapat kat PPUKM ni. Best. Tapi perasaan kecewa tetap ade – tak dapat tengok post mortem. Tapi aritu Dr. Anisah (lecturer Undang2 Keterangan) ade cakap, kalo tak dapat tengok post mortem mase lawatan ni, kitorang boleh pegi tengok bile2 laen kali, & pegi sendiri la, bukan lawatan. Tapi mesti dalam tempoh belajar ni. Dah abes study, dah tak boleh. Hmmm…ade peluang lg.

Dalam pukul 2.10 petang, kitorang gerak ke Maktab PDRM Kuala Lumpur lak. Destinasi – Makmal Forensik PDRM.



Maktab PDRM Kuala Lumpur – Makmal Forensik PDRM.

Kat sini tak banyak sangat crite yang menarik. Sebab kne pegi banyak seksyen – seksyen balistik, seksyen jenayah computer, seksyen cap jari, seksyen dokumen & banyak lagi la. Yang paling menarik, mesti la seksyen CSI. Bukan menarik sebab ape, tapi menarik sebab kat dinding luar seksyen tu ade logo CSI besar giler. Menarik untuk buat port bergambar. hihiii~ keluar jer dari seksyen tu (lepas dengar penerangan), kitorang smua serbu port tu & bergambar. huhuu~


.SNAP.SNAP.







.