Showing posts with label Istana Kehakiman Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Istana Kehakiman Putrajaya. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

Nasi Kerabu Ketereh

Last Tuesday aku ada kes kat Mahkamah Rayuan Putrajaya. Lepas dah habis kes tu, terus gerak ke rumah Encik Suami, kat Banting. Kebetulan Encik Suami dah start cuti, so plan kami, kami bertolak balik ke JB sama2. Dah petang sikit baru gerak balik JB. 

Sebelum balik tu singgah Salak Tinggi untuk cari makan kat Restoran Nasi Kerabu Ketereh. Sebab beberapa hari sebelum tu dah terbaca kat blog Ben Ashaari pasal restoran ni. Iols kan suka sangat ngan Nasi Kerabu nih. Ape lagi, iols ajak ler Encik Suami terjah ke sana. ;)


Nasi Kerabu.

Lauk2 kami. 
Aku ambik ikan bakar. Encik Suami ambik ayam percik.
Oh, ayam percik kelate memang menyelerakan. 


Nasi Kerabu kat sini boleh tahan sedap. Tapi nasinya agak sikit. *ke sebab kitorang ni memang makan banyak? ;p 

Dan aku agak kecewa sebab takde daging bakar ngan solok lada. Eh aku tak tahu la korang panggil apa benda alah tu. Tapi kalau kami kat pantai timur, panggil benda tu solok lado. Alahh...cili besar yang ada inti kelapa+ikan kat dalam tu. Aku pun tak reti nak explain camane. -.-' Tapi kalau aku makan nasi kerabu, mesti dan wajib dan kena ada solok lado tu. Baru la rasa lengkap. ;)

Rupa2nya, tokey kedai ngan anak2 buah dia orang kelate. Ape lagi, kecek kelate la kawe ngan tokey dia. ;p


 Akhirnya jumpa jugak kedai ni, kan. ;p



.

Saturday, March 10, 2012

Outstation ke Putrajaya. Singgah ber-shopping di Nilai 3.

Hari Khamis aku out station. Ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Plan asal nak bertolak lepas keje hari Rabu. Tido jer kat rumah kakak Encik Tunang kat Banting, then pagi terus pegi Putrajaya. Tapi hari Rabu tu banyak pulak keje kat office. Tak boleh balik awal. And badan pun penat yang amat. Mata pun ngantok giler. Tengah keje boleh nak tertido. <---kesan tak cukup tido sejak berminggu2. -.-


Camane nak drive jauh, kan? So, terpaksa la bertolak awal2 pagi hari Khamis tu.




Harini hari Khamis.
Eh, bukan harini la. 2 hari lepas. ;p


Tahu tak betapa nervousnyer aku pegi kes tu? Tuhan jer yang tahu. Tapi kemudiannya keluar dari mahkamah ngan hati yang sangat lega. Alhamdulillah. Banyak ilmu pengetahuan yang aku dapat dalam masa tak sampai sejam tu. Rasa sangat bertuah pegi kes tu. Syukur~


Lepastu hati dah berbunga2. Kenapa? Sebab dah plan dari awal nak pegi shopping kat Nilai 3! Yehhooooo!!!!!


Lepas breakfast kat cafe mahkamah, terus pegi ke Nilai 3. Nak beli beberapa barang untuk wedding nanti, i.e. paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin perempuan, doorgift untuk rombongan pengantin lelaki, untuk rombongan pengantin perempuan dan polysterin.


Sebelum ni dah borong banyak barang kat sini. So, kalini tak beli banyak barang sangat, sebab kebanyakannya dah ada & dah beli.



 Here i come. ;p







I'm loving these blue flowers. Tapi mahaiii~



Oh, Nilai 3 haritu sangat lengang, tak ramai orang. Yerlah, kan weekdays. So, agak senang hati nak pusing2 ngan kereta dan nak cari parking.


Yang aku nak cari ni, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki & perempuan.  Untuk kedua2 rombongan ni, nak isi banyak barang. So, nak cari yang besar sikit la. And yang cantik! Cantik di mata aku la, kan. ;p


Sebelum ni dah merata2 aku cari paperbag camtu! Tapi tak jumpa yang berkenan. I mean, yang besar + ikut warna tema majlis + cantik. Adehhh~ kenapa la susah sangat nak jumpa yang berkenan di hati.


So, masa pegi Nilai 3 tu, aku grab jer mana2 yang ok. Malas dah nak pikir banyak2. Yang penting, cukup besar untuk masukkan barang2, dan tak "lari" dari warna tema majlis.




Paperbag untuk doorgift rombongan lelaki.
Aku mahukan warna biru lembut.
Tapi takde yang memenuhi kriteria yang aku nak.
Warna ni pun ok la.
Nanti aku tambah jer reben biru kat situ. *kalo rajin.



Yang penting, ada pantun ni kat situ.
Khas untuk rombongan pengantin lelaki yang datang dari jauh. ;)



Harga paperbag ni tersangat lah OK. Harga yang tertera kat situ RM7.90. Tapi warna yang ada hanya warna ni dan warna hijau. Tu pun tak banyak. Diorang nak clearkan stok. Takkan nak ambik warna hijau kot? So, aku ambik warna ni, sebab boleh letak riben biru kat situ.


Aku ambik 2 paket. Warna ni ada 2 paket tu jer. 1 paket sepatutnya ada 10pcs, macam biasa la kan. Tapi 1 paket lagi ada 15pcs. Then bila aku bayar, dia bagi harga RM10 untuk 2 paket. Woww~ sangat murah la kan. Bukan setakat OK dah harga dia nih, tp memang murah sangat2. Then orang tu bagi 1pcs lagi, which is balance yang ada kat situ. Huhuu~ So, total aku dapat 26pcs untuk harga RM10.


Oh, lupa nak bagitahu. Paperbag ni beli kat kedai Bagus Setempat.




Paperbag untuk doorgift rombongan perempuan.



Biasa jer paperbag ni. Tapi ok la, sebab besar & muat doorgift yang aku nak letak. Tak suka ngan logo VR Star kat situ. Tapi nak buat camane. Yang ni jer yang aku berkenan dan cukup besar, dan ikut warna tema majlis. Harga pun ok la, tak mahal sangat. RM6.90/10pcs, beli kat VR Star.




Dah cukup besar dah tu.



And aku ada beli ini jugak ---->>>>








Kotak telur.



Harganya seperti tertera kat situ. RM2.00 sahaja. Ada 30pcs. So, satu pc lebih kurang RM0.067. Tak sampai 10sen pun. Beli kat PISB. Banyak jugak kotak telur kat situ. Tapi semuanya stok lama. Stock clearance la ni. Ada yang cantik. Ada yang buruk giler. So, kena pandai pilih. ;)


Actually tak tau lagi nak pakai ke tak. Just prepare jer. Tu pun aku tak beli banyak. Maybe akan guna untuk letak dalam doorgift untuk kawan2. Sebab untuk tetamu lain, dah beli uncang. Letak telur dalam uncang jer. Cute ape. Hihii~


Ok, so kebanyakan barang untuk preparation wedding yang perlu dibeli kat Nilai 3 ni dah beli. Especially barang untuk menggubah hantaran. Lepasni maybe dah tak outstation ke Putrajaya lagi. Tak dapat dah nak singgah Nilai 3. Kes yang aku pegi hari Khamis tu pun dah habes & dah dapat keputusan dah.


Aku hanya pegi Nilai 3 kalo outstation ke Putrajaya atau ada urusan lain kat sana. So, save kos transport sebab kalo outstation, dapat travelling allowance. ;p Takkan la nak datang Nilai 3 dari JB semata2 nak beli barang2 untuk wedding, kan. Memang la barang kat sana murah2 (tak semua). Tapi kos minyak + tol dari JB pun dah brape, kan.


Ada beberapa barang lagi kot yang tak beli. Its ok, lain kali boleh beli. InsyaAllah kalo ada rezeki, boleh datang sini lagi. Or boleh beli kat tempat lain jer.



Ok bye. Nak sambung menggubah hantaran plak. Sambil tengok drama seram kat TV3 nih. ;)




.

Wednesday, February 1, 2012

JB - Putrajaya - Terengganu

Hello lovelies~

Agak busy dari minggu lepas. Bukan dari minggu lepas jer. Tapi dari 2 minggu lepas, sebelum Chinese New Year. Maklumlah..nak bercuti panjang. ;p


So, last Chinese New Year haritu aku balik kampung ngan Encik Tunang. Berjaya jugak dia apply cuti. Kalo tak, penat jugak la nak drive balik kampung yang nun jauh kat Terengganu tu.


Tapi perjalanan kalini lagi penat kot. Sebab bertolak dari Johor Bahru ke Putrajaya dulu. Coz ada kes kat Mahkamah Rayuan Putrajaya. Kes tu plak habis lambat. Hampeh betol la. Around pukul 11.15pagi baru bertolak balik ke Terengganu. Aku ingatkan paling lambat pun around 10pagi dah habis la kot kes tu.


Dah la kena masuk KL dulu. Then kena keluar ikut Highway Karak. Mak aihhh...punyer lah pening nak keluar dari KL. Maklumlah, kitorang ni bukannya tahu jalan2 kat KL. -.-'


Bila dah sampai Gombak, baru lega sikit. Sebab memang dah dekat ngan Lebuhraya Karak & dah boleh keluar dari KL. Alhamdulillah..


Sebenarnya kitorang tak pernah balik kampung aku dari KL ni. Aku sendiri pun memang tak tahu langsung jalan dari KL ke Terengganu. Kalo jalan dari JB - Terengganu, aku ingat la jugak. Haritu kitorang just berpandukan peta, signboard & TAWAKAL. ;P




Yehhooo~ dah sampai Bentong.  




Singgah makan kat Bentong (kot). Ke Raub ek? Tak ingat dah.


Aku order mee sup. Encik Tunang order mee kari. Mee sup dia memang hampeh. Tapi sebab lapar punyer pasal, aku telan jer sampai habes. Cendol yang Encik Tunang order pun macam hampeh jugak. Takde rasa cendol pon.




Ais kisar dia pun besar2 giler.
Ni cendol ke ape?
Pasni taknak dah singgah gerai tu lagiii!!! T_T
Errr...kalo lalu sana lagi la, kan. ;p


Lol.
Baru kitorang tahu, nama Sungai Lui tu betul2 wujud rupenye.
ish2... ;p



Jauh perjalanan, luas permandangan.
Haa..memang luas betol ni.
Sepanjang jalan tu, mcm ni jerlah.
Bukit bukau, ladang kelapa sawit, bukit kapur, etc.
Radio pun takde siaran. hampeh.
Boring. boring sebab tak boleh dengar radio.
Nasib baek aku suka tengok pemandangan alam sekitar. ;p




Singgah kat Hentian Gua Musang.
Baru bukak jer hentian ni.
Harga makanan & minuman memang mencekik darah.


Jauh termenung? ;p


Aku ni memang suka alam sekitar kot.
Suka sangat kagum ngan pemandangan alam sekitar.



Rainbowwwwww~~
Cantik sesangaattttt...!!!!



Around pukul 9 malam, baru sampai rumah aku. Dekat 10jam jugak tu. Macam lebih kurang ngan perjalanan dari JB - Terengganu. Padahal jarak KL - Terengganu lagi dekat. Dan memang aku rasa journey balik kampung dari KL - Terengganu haritu lagi penat dari JB - Terengganu.


Ntah la kenapa. Mungkin keadaan jalan yang bersimpang siur & jalan kampung kot. Kalo dari JB, banyak jalan lurus & luas. Ape2 pun alhamdulillah perjalanan kitorang selamat. Selamat jumpa jalan balik, & selamat sampai ke destinasi.


Sebenarnya kitorang balik kampung haritu ada tujuan, misi & matlamat. Cewahhh~ ;p


Alhamdulillah 90% misi tu berjaya.


Nanti aku update lagi. Penat giler nih hoiii... [x_O]



I need a ZZzzzzz...........






.

Sunday, October 30, 2011

Nilai 3 to Putrajaya to Nilai 3

Last Deepavali aku ke Nilai 3. Actually hari Khamis tu ada kes kat Putrajaya. Then anak saudara pulak dah dapat kerja kat Sepang, kena lapor diri on 28th. So,dia pun ikut la aku sekali, sekaligus jadi teman aku drive & teman berjalan2 kat Nilai 3. Hehee~


Actually (lagi) aku plan nak bertolak pagi. So, maybe tengahari atau petang sikit sampai kat Nilai. Sempat uruskan apa2 yang patut untuk anak saudara aku tu & boleh terus pegi Nilai 3. Tapi hampeh, aku bertolak tengahari. Sebab? Saje, suka2, atau yang paling tepat = MALAS. Heheee..agaknya penat sangat kot. Tu yang malas semacam jer. *alasan 


So, setelah jadi pemandu berhemah (cehh) dengan hanya 110km/hr dari JB ke Nilai dan 90km/hr kat Melaka , sampai la kat Nilai around 4pm. Ke situ, ke sini, ke sana menguruskan apa2 yang patut untuk budak tu. Akhirnya pukul 6++ baru bertolak ke Nilai 3. Dekat pukul 7 malam jugak la sampai sana. 


Dah time camtu, nak jalan pun tak best. Tambah pulak ngan hari hujan. Lagi la tak best nak jalan2. Huaaa~~ Masa ni la nak salahkan diri sendiri sebab tak bertolak awal2. 


Tapi part yang best, kat situ dah tak ramai orang. Sebab masa kitorang sampai, banyak kereta yang tengah nak keluar dari Nilai 3. Kitorang baru sampai, diorang dah balik. Jalan pun jem giler. So, time kitorang balik pulak, jalan dah lengang. Hehee~ part ni yang best. ;) 


Eh eh..baru sampai, dah cerita part balik ke? Belum balik lagi. Baru jer sampai nih. ;p 


Nak parking pun tak susah. Korang bayangkan kalo time cuti, betapa sesaknya Nilai 3  tu ngan manusia dan jugak kereta? Huh.





First kedai yang masuk, mesti la VR Star, sebab tu kedai yang pertama. 



Dilarang ambik gambar. 
Eh, so aku tengah buat ape nih? Kahkahh~ ;p 



Sebenarnya aku ke Nilai 3 ni sebab nak cari bunga & survey barang2 untuk wedding nanti. Survey jer. Beli lain kali, bila aku datang lagi ke sini. Bulan 12 nanti ada kes kat Putrajaya lagi. So, maybe time tu boleh beli apa2 yang patut. =) 
Haritu sempat pegi ke beberapa kedai jer. VR Star, Astana Mayang Sari, U n Me (camni kot nama kedai tu.lupa daa..), dan ada la beberapa kedai lagi. Hari dah malam. Badan pun dah penat. Kedai pun dah banyak tutup. Hari pulak hujan. Wuwuuu~ T_T 







The next day (Thursday, 27.10.2011), pegi Putrajaya.




Nephew yang jadik mangsa kena teman aku pegi Nilai 3 & Putrajaya. ;D




Lepas habis kes, aku bawak budak ni pegi jalan2 kat Alamanda Putrajaya. Upah teman ke? Tapi takde belanja dia ape2 pun. Just belanja makan jer. Itu pun makan kat cafe mahkamah Istana Kehakiman jer. Hehee~ 


Lepas jalan2 kat Alamanda, aku dengan gighnya drive pegi Nilai 3 pulak. Ni semua sebab tak puas jalan2 survey barang semalamnya. Hehee~ 



Bungaaa~


Antara barang yang aku nak survey : bunga, pasu, doorgift, paperbag, errr...ape lagi ek. Semua la kot. Ada yang aku dah jumpa yang berkenan. Tapi bunga tak jumpa. Kaler bunga yang aku nak tu...mak aih....punyerlah susah nak cari. Seriously, susah. Kat Romantika kat Plaza Angsana, JB pun aku dah cari. Tapi takde. Hukhukk~ =(


Akhirnya aku just beli crepe paper ngan white flower tape. Hajat hati nak try men-DIY something. Tapi ntah jadi ntah tidak.


Masa kat Nilai 3 tu ada jumpa doorgift yang macam aku nak (macam yang aku nak, bukan macam guest nak. kehkehh~ ;D ). Harga agak murah untuk doorgift saiz tu. RM1.99/pcs. Actually harga dia RM2.50/pc. Sekarang tengah promosi. Ni diorang yang tulis kat situ la. Tak tau la ni harga just nak impress customer ke ape.


Tapi kalo beli banyak pun, harga tetap sama. Cuma kalo beli banyak tu, dapat free paperbag (jenis kotak tu), sama kuantiti ngan doorgift yang kita beli tu. Ok a tu, kan.


Murah tu memang murah. Tapi kalo aku beli 1000pcs,  dah RM1999 dah. RM1999 Untuk doorgift sahaja? Perghhh~ kayap lah.


Kawen kawen kawen = duit duit duit. 


Duit terbang. Bukan duit masuk poket. 




Ok bye~



.