Showing posts with label DIY project. Show all posts
Showing posts with label DIY project. Show all posts

Monday, May 7, 2012

DIY Project : Wedding Invitation Card (Terengganu)

DIY wedding card.


Can't believe i'm actually doing this.


Kad jemputan untuk resepsi kat Terengganu.
Done.
Just guna tracing paper kecik sebagai sampul.




Aku suka warna biru ni. And i'm totally in love with damask! ;)




Bahagian dalam.



Tak banyak pun. Just buat 200 keping jer. 160 keping dah selamat pos kat akak kat kampung untuk diedarkan. 40 keping lagi untuk kawan2 aku & saudara mara yg kitorang akan jemput time dekat majlis nanti. Erghhh~ taktau la sempat ke tak.


DIY kad kitorang ni buruk jer. Print just pakai printer sendiri, printer biasa. Kertas pun biasa jer. Map? Huh, part map ni la yang buat aku migrain. Aku just pakai Photoscape jer. Memang berjam-jam aku duk mengadap laptop. Sampai sakit mata aku nih. Adoihh...


Kos untuk buat DIY kad ni? Sebenarnye takde la jimat pun.


Kad jemputan resepsi Terengganu

Kertas Ivory card 220gsm (RM20/100pcs) = RM20
Dakwat printer *lebih kurang* (RM82) = RM82
Riben (RM8.90/roll x 1 1/2 roll) = RM14.50
Tracing paper (RM2.00/pc) : RM2.00 x 9 = RM18
Total RM134.50 / 200pcs
Lebih kurang RM0.67 sekeping.



Mahal jugak, kan? 


Kad untuk resepsi kat JB still in progress. 800 keping pulak tu. 400 keping dah selamat hantar kat family Encik Tunang untuk diedarkan. 310 lagi keping dah siap print (tapi ada 220 keping belum potong). Tinggal 90 keping jer lagi untuk print.


Seksa sungguh nak buat DIY kad jemputan ni yer. Baru aku tahu. Pasni tobat takmo buat dah. Errr...nak buat untuk sape plak. Memang dah tak la. -.-'




.

Friday, March 16, 2012

DIY Hantaran : Hantaran for me - done.

Setelah beberapa hari duk bertungkus lumus potong2 polisterine, cucuk2 bunga...akhirnya siap jugak gubahan hantaran. Alhamdulillah. Rasa lega sikit. Sebab sebelum ni memang duk risau sebab takde masa nak buat hantaran nih.


Pagi2 pegi keje. Balik keje dah malam. Weekend pun busy - ngan keje, etc. Pastu asyik ke sana ke sini, ngan out station, and macam2. Kalo ada masa pun, aku dah tersangat penat. Macam mana nak buat preparation kawen. Nak meng-Google apa2 pasal wedding pun takde masa. -.-'


So, aku curi2 jugak masa yang ada. Lepas balik keje, aku buat. Walaupun dapat buat 1 gubahan atau hanya dapat potong polesterine jer, aku tetap buat jugak. Sampai tido lewat malam & mengantuk time keje.


On last weekend, gigih duk menggubah secara pukal.





Bekas. Bentuk shell.
Aku sukaaaaa~ ;)




Gabus.




Aku beli gabus bentuk empat segi yang besar. Pastu aku potong 4, then potong jadik bentuk bulat macam dalam gambar atas ni. Gabus bulat pun aku ada beli jugak. Tapi yang saiz sederhana & tak banyak pun. Gabus bulat tu dah tak payah potong2 & bentukkan dah. Yang aku bentukkan sendiri ni just untuk gabus yang kecik jer.


Kalo buat camni, jimat sikit. Sikit jer pun. Gabus sederhana tu RM1.80/pc. Kalo gabus petak ni harga RM4.40. Boleh buat 4 gabus bulat. So, dapat RM1.10 setiap satu. Total aku jimat RM5.60 untuk 8 gabus kecik.




4 jenis bunga.
Over pulakk pakai banyak2 bunga nih.  -.-



Lekatkan bekas kat gabus.
Then aku cucuk2 jer bunga kat sekeliling gabus tu.




And hasilnya......tunggu lepas majlis, ok. ;p


Tapi ini just hantaran untuk aku. Aku buat dua2 gubahan hantaran, i.e. hantaran untuk aku & hantaran untuk Encik Tunang. Tamak kan? ;p


Tamak tak tamak, yang penting aku puas hati ngan dua2 hantaran tu. ;)


Hantaran untuk Encik Tunang belum buat lagi. Ini pun belum siap 100%. Ada 2 dulang belum siap, i.e. gubahan mas kahwin and gubahan sirih junjung. Sebab takde idea lagi nak gubah macam mana. Mas kahwin pun tak tahu lagi nak letak dalam bentuk duit ke atau nak buat bank draf jer.


Takpe la kan. At least dah settle 7 dulang. Bagus guna artificial flower nih. Boleh gubah awal. Walaupun teringin jugak nak guna fresh flower. Tapi kalo kat kampung nanti, kat mana pulak aku nak cari fresh flower, kan?


Pastu sempat la pulak nak buat gubahan fresh flower tu, kan. Mana nak DIY pelamin lagi, meja makan beradab lagi, nak tolong family lagi, macam2 la. Kalo guna fresh flower, memang kena gubah last minute. Huuuuu~ -.-'


One of my friend cakap : awalnyer buat hantaran. Err...awal ke? Aku rasa apa2 yang boleh di-setelkan sekarang, better aku buat. Takut tak sempat plak kalo buat last minute nanti. Kalo nak balik kampung nanti boleh terus bawak balik jer hantaran yang dah siap digubah tu. Hihii~


Errr...jap2. Mas kahwin boleh buat dalam bentuk cek @ bank draf ke? Takpe ke? Di-bolehkan ke? Ke mas kahwin tu hanya boleh disediakan dalam bentuk tunai masa majlis tu?? Helppp~




*p/s : warna hantaran untuk aku nih sangat STRIKING!



.

Monday, February 27, 2012

Current DIY Project : White paperbag doorgift bag.

OMG, i'm loving this doorgift bag.
(proudly) DIY by myself. ;)
Solemnization doorgift.




All you need is --->>>



White paper bag, doilies paper, polka dot ribbons, crepe paper, thank you tag.




Tampal thank you tag kat crepe paper yang dah dipotong.
Then, tampal crepe paper tu kat white paper bag.


Tampal ribbon kat doilies paper yang dah dilipat dua.
Then, tampal doilies paper ni kat bahagian atas white paper bag.



Untuk kerja tampal menampal ni, dinasihatkan tampal ngan glue stick yer. I mean, glue stick panas tu. Lagi cepat lekat & cepat kering. Kalau guna gam biasa, memang lambat kering. Lambat dan leceh.


Oh, baru siap 20pcs goodies bag nih. 80 pcs to go. Blerghhh~ malas giler. Yang paling membuatkan aku sengsara, sebab tersilap beli paperbag yang takde base (tapak). Then aku try cari lagi white paper bag yang ada tapak. Tapi takde! Kalo brown paper bag banyak la yang ada tapak.


Tapi aku takmo brown paper bag. Sebab nak sama kan ngan tema akad nikah, mesti la kena cari paper bag putih. ;)


So, nak taknak kena la guna jer white paper bag yang dah beli ni. Dan terpaksa buat tapak sendiri. Buat tapak untuk 20 pcs paper bag ni pun aku dah sengsara. Lagi 80 pcs nak kena buat tapak. Huaaaaaa~ nanges~~ T_T


Lagi satu, aku tak suka paper bag yang nih, sebab nipis sangat. Nape la takde paper bag yang tebal sikit?  T_T




Ok, meh tengok kos DIY paper bag ni plak.


White paper bag :
Pasaraya Bekalan Bakeri Bagus, Kajang.
RM6.90/100pcs

Doilies paper :
Perling Indah Enterprise, Taman Perling Johor Bahru.
RM6.50/250pcs (mahal giler! kat Bagus lagi murah!!)

Polka dot ribbons :
Kedai ape ntah, kat Danga City Mall JB.
RM6.50/roll.
Dapat 100pcs riben, then ada lebih 2 meter kot.

Crepe paper :
Pusat Pengantin Lia, Nilai 3.
RM9.90/roll. Ada lebih banyak lagi (separuh kot)

Thank you tag :
DIY.
Kertas 230gm, beli kat Popular City Square JB. RM3.60/10pcs. Guna 9pcs kertas jer.



Setelah campur tolak bahagi, kos untuk satu DIY white paper bag ni lebih kurang RM0.24 sahaja! Puas hati tak? Aku puas hati. Sangat berbaloi2. Tapi makan masa jer lah. Lebih2 lagi sebab kena buat tapak paper bag tu. T_T



Ok bye~




.

Sunday, February 26, 2012

Current DIY Project. Riben polka dot.







Finally, jumpa jugak riben polka dot merah nih. Dah banyak kedai yang aku cari. Haritu pegi Nilai 3 & Ayer Hitam, ada jugak cari. Tapi tak jumpa yang aku nak. Kalo ada pun, yang besar2. Aku nak yang kecik atau sederhana jer. Kalo ada saiz yang aku nak pun, mesti warna merah takde. Warna lain banyak jer. Adoihh...nape la susah sangat nak jumpa riben polka dot merah?


Beberapa hari lepas, kebetulan aku pegi Danga City Mall. Window shopping jer. Then nampak satu kedai barang2 pengantin. Saje2 jer masuk. Pegi bahagian riben, terus cari riben polka dot. OMG, excited giler bila nampak riben ni. Ada 3 roll jer reben polka dot merah. Aku grab 2 roll. Padahal lepas ikat2, tak sampai 1 roll pun. Hehee~ Takpe, biar lebih dari tak cukup. Kan? Nasib baik tak terus grab tiga2 roll tu. ;p




I'm loving these polka dot ribbons! ;) 




Alhamdulillah..kerja2 mengikat reben polka dot nih siap juga akhirnya. Tahu tak betapa lecehnya nak ikat reben2 nih? Sebab ianya polka dot. Yer, sebab polka dot. Tu yang leceh. Kenapa ikat riben polka dot leceh?


Sebab kalau ikat macam biasa, akan jadi macam ni --->>>






Sebelah lagi tak nampak polka dot nyer.
Nampak bahagian belakang jer.
Tak cantik la macam ni.


So, untuk jadikan reben tu nampak polka dot di kedua2 bahagian, kena la twist sikit --->>>




Twist (pintal/pusing) sebelah kaki dia, supaya bahagian yang ada polka dot tu ke depan.
Then baru ikat kemas2.



Baru boleh jadi macam ni.




Leceh! Nasib baik tak banyak. 100pcs jer. Pheww~  -.-' 





.

Tuesday, February 21, 2012

DIY : Thank You Tag

Hello lovelies.


Hujung bulan 12 haritu kan aku ada beli laptop, yang Encik Tunang kirim. Dapat free printer, yang mana telah dia ambik oleh tunang Encik Tunang yang tamak. Eh? Aku la tu ea? Kehkehh~ ;p


Alah, Encik Tunang nak buat ape lah printer tu kan. Better bagi kat aku, untuk buat project DIY. Kan kann?? ;p


Tahu tak, setelah dua bulan, baru dua hari lepas aku install printer tu? Nak pasang catridge ink pun tak tahu. Ok, sedih. Tapi berjaya jugak. Yehhoooo~


Pastu terus excited edit macam2, and terus print. Gelojoh. Tapi excited jadi tak best bila takde kertas yang cantik @ OK untuk print. 


So, semalam lepas kerja pegi kedai buku Popular. Beli kertas tebal. Balik rumah terus sambung kerja edit mengedit. Tahu tak ape yang aku buat?










thank you tag.




Yesss...thank you tag untuk akad nikah.


Weeeeee....ada kerawang, ada kaler merah. I loikee~


Tapi bila dah print, terus rasa macam.....kosong sangat la. Nape la tadi tak letak kartun pengantin ke...


Ishhh....macam ni la kalo buat tak fikir panjang. Terus print jer. Tapi lepastu fikir : kan dah da corak kerawang. Tak sesuai plak kalo letak kartun.


Hahaaa~ macam2.


Aku print TQ tag ni tak banyak pun. Around 100pcs jer. 9 keping kertas. Majlis akad nikah tu pun rasanya tak ramai yang datang. Kaum kerabat keluarga jer. Rombongan family Encik Tunang, family aku. Takpe la, just bagi wedding favor untuk keluarga terdekat jer.


Actually TQ tag ni warna kertas dia cream. Tapi tak nampak plak dalam gambar ni. Nanti aku post DIY project yang pakai TQ tag ni ea.


Oh, btw, corak kerawang yang kotak petak tu aku ambik kat sini :










Alhamdulillah, ada jugak gunanya printer yang dapat free haritu. ;)


Byee~ ;)



.

Sunday, February 19, 2012

Current DIY project.






Cer teka aku nak buat ape nih? Confirm korang boleh teka, kan. ;p




.

Friday, February 17, 2012

Things I Wish I Could DIY (for my wedding)

Tajuk macam orang frust. Macam...i wish, but i couldnt. Eh?


Well...memang tengah frust nih. Frust + stress. Sebab masa dah semakin suntuk. Dan terlalu banyak benda yang masih belum disetel-kan.


Banyak benda yang aku berhajat nak DIY untuk my wedding nanti. Tapi aku tau, tak semua akan kesampaian. Sebab busy + takde masa + MALAS!!


So, here is the things yang aku duk berangan-mat-jenin nak DIY. Hanya beberapa jer yang masuk dlaam DIY project aku sekarang. Yang lain tu, memang berangan jerlah.

- Tudung for nikah
- Tudung for sanding
- Tudung for bertandang
- Bunga pahar (for sanding)
- Bunga pahar (for sambut menantu)
- Kotak doorgift (for akad nikah)
- Kotak doorgift (for sanding)
- Gubahan hantaran (for him)
- Gubahan hantaran (for me)
- Hand bouquet for nikah
- Hand bouquet for sanding
- Rosette (for his side)
- Kad jemputan





Yang ni pulak memang wajib kena DIY. Nak tak nak, kena rajin. Ngade2 sangat kan, nak DIY pelamin. Hambek kau.

- Pelamin sanding
- Meja makan beradab (my side)


Ok, meja makan beradab tu bukan aku yang mengada2 nak DIY. Ni dah last choice. T_T


Doakan aku dapat siapkan semua project DIY aku sebelum tiba ke hari itu. 3 months and 2 weeks to go. 106 days. T_T


.

Tuesday, January 17, 2012

DIY : testing bunga telur.

Testing...testing... 










Gigih duk ber-eksperimen on weekend haritu. 


Ini sebenarnya hasil dari aku duk berangan nak DIY macam kat ENTRI NI


Tapi takde la sama 100% macam yang kat kedai tu. Macam mana nak buat span bulat2 kecik yang kat tengah dalam ENTRI NI tu bercantum haaa??? Ada kedai yang jual span bulat2 kecik tu. Tapi takde la pulak jual yang dah siap kuntum2 tu. -.-' 



Eh, ini testing ajer. Ntah larat ke tak nak DIY bunga telur ni. Kalo tak larat, aku beli jerlah. Eleh, 100pcs jer pun. 


Tapi walaupun 100pcs jer, aku rasa sangat la lambat nak buat bunga telur nih. Haritu pun berjam-jam jugak duk ber-eksperimen nak buat benda alah nih. Hukhukk~ 


Tau tak aku buat bunga telur 20pcs jer untuk E-day haritu? Tapi itu pun....masyaAllah....betapa terseksanyer aku nak siapkan semua bunga telur tu. Mungkin faktor masa la aku rasa. Sebab aku tersangat la busy, sampaikan semua buat last minute. T_T 


Macam ni la lebih kurang bunga telur E-day aku. Errr...bukan lebih kurang. Tapi macam ni la. Cuma warna jer lain. Aku buat soft pink + shocking pink + peach. ;) 


Credit : ROSENANI.




Tak sempat pun nak snap gambar bunga telur yang dah siap tu. Buat 20pcs just untuk rombongan Encik Tunang. 


Untuk majlis sebelah pengantin lelaki pulak, duk berangan nak bunga telur macam kat ENTRI NI


Eeeee.....comelnyer bunga telur camtu. Burung2 tu sangat sesuai ngan tema kitorang. Hehee~ 


Nak DIY jugak ke? Bunga telur tu lagi senang kot nak DIY. Tak leceh & tak banyak benda nak buat macam bunga telur biru yang aku DIY kat atas ni. Tapi masalah nak beli burung tu pulakkk. Mahal giler lah burung tu. Pastu takde yang aku berkenan & tak jumpa ngan yang sama ngan kaler tema kitorang. Eh brape banyak benda yang aku nak pening2 nihh??? ;p 




.

Tuesday, December 27, 2011

Pencarian Bunga Biru Berakhir..

*tajuk tak boleh blah~ 




Bunga biru oh bunga biru... 


Dah berminggu-minggu, dah berbulan2 aku duk mencari bunga berwarna biru. Tak kira la bunga ros ke bunga carnation ke, bunga ape ke. Tapi prefer bunga ros la. Dah lama duk mencari, akhirnya jumpa jugak.



Bunga ros biru. 




Bunga ni aku beli kat Romantika, Plaza Angsana, rasanya hampir 3 minggu lepas kot. Seminggu lepas tu aku pegi lagi kat Romantika untuk cari barang...eh, dah habes dah bunga nih. Pheww~ nasib baik aku terus beli haritu. -.-'


Tau tak aku duk mencari bunga ni sampai ke Nilai 3 (hampir semua kedai), Ayer Hitam, dan hampir semua kedai bunga yang aku masuk, mesti aku cari. Tapi takde yang aku berkenan. Bunga kaler biru memang susah nak cari. Kalau ada pun, kaler biru yang bukan aku nak. Dan mostly mahal giler. Aku dah la nak beli banyak. Not within my budget la kan.


Akhirnya, jumpa kat Plaza Angsana jer. Sebelum ni pun aku selalu masuk Romantika tu untuk tengok stok bunga yang baru, in case diorang dah ada stok bunga biru ni. Tapi hampa jer.. 


So, haritu masa nampak bunga nih, memang excited giler lah. Terus jerit dalam hati OMG, OMG, OMG!! Nak bunga nih!! *ok fine, over pulakk~


Terus ambik bakul dan isi banyak2 tangkai. Hehee~ 


Sebenarnya kaler ni pun bukan lah 100% macam yang aku nak. Actually aku nak turquoise blue, yang ini pulak baby blue, tapi baby blue dia agak kusam. Hmmm....takpe la, dari takde langsung kan. Lagipun aku dah malas nak fikir pasal bunga ni lagi. Copek lah. Banyak lagi barang yang aku kena beli & banyak lagi perkara yang perlu disetelkan. Kan?


Bunga ni murah jer, so takde la cantik sangat. Harganya RM2.50 setangkai. Ada 5 kuntum bunga. Tapi tangkai dia tak panjang sangat la. Aku belum try lagi nak buat project yang pakai bunga ni. Entah jadi ke tak. Tawakal jerlah.

Ape2 pun, alhamdulillah dah jumpa salah satu dari zillions barang yang perlu dicari. -.-'


Aku nak buat ape ea ngan bunga ni? Bunga ni sebenarnya untuk digubah & letak kat tepi DIY pelamin aku nanti. Hehee..suke banget nih~ ;)




Ok bye~ 



.

Sunday, December 25, 2011

Akhirnya..kerja2 ikat reben dah siap.




Alhamdulillah..akhirnya kerja2 mengikat dan memotong reben biru ni dah siap.  Aku beli 8 roll reben. Satu roll dapat 40 lebih reben. So semua sekali 300 lebih.


Huh, jenuh jugak la nak ikat reben kecik2 camni. Ni baru 300 lebih. Tabik betul kat B2B yang buat reben sampai 1000 lebih tu.


Nak mengikat tu dah satu hal. Pastu kena kemaskan & cantikkan lagi (err..cantik ke). Pastu nak potong hujung reben tu pun dah satu hal. Aiyarkk..Terseksa sungguh nak habiskan semua tu. 


Ambik masa seminggu lebih jugak la untuk manusia yang sentiasa busy macam aku nih. Actually kalo nak ikat satu roll reben tu just ambik masa sejam je kot (kalo buat sambil mata tengok tv, macam aku ni). Tapi faham2 la, kalo buat sikit2. Memang la sampai berminggu2. 


Reben ni nak tampal kat kotak untuk wedding favour. Tapi 300 lebih reben ni macam tak cukup jer untuk tampal kat kotak2 tu. Dan yang paling penting...kotaknyer pun belum beli lagi. Errkk... 



.