Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Friday, August 7, 2015

Lombok, Indonesia 2015

Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari.
 
Bulan Jun baru ni, kami sekeluarga (keluarga kecik jerla) bercuti ke Lombok, Indonesia. Dah lama plan nak ke Lombok ni. Dari tahun lepas lagi. Masa nak pegi ni ada masalah sikit. Hampir2 tak jadi dah. Fikir punya fikir, ok lah, teruskan jer. Lupakan segala masalah, release tension, spend time dengan family, happy2 jer. Hal lain tolak ke tepi. Fikir sampai migrain pun takkan habis. Lantak pi la. This is family time.
 
Ok dah la tu mengarut.
 
So ini sebenarnya holiday untuk anniversary kami yang ke-3. Alhamdulillah, dah 3 tahun usia perkahwinan kami. 01.06.2012 - 01.06.2015.
 
Macam biasa, kalau bercuti mesti guna privilege Encik Suami sebagai staff Air Asia. So dapat la tiket murah. Tiket jerlah murah. Accomodation, makan minum, souvenir, semua lu fikir la sendiri. Kehkehh~
 
Disebabkan terlalu banyak gambar, post ni aku buat sneak peak jerlah dulu.
 
Kami ke Lombok pada 2 Jun, balik ke Malaysia 6 Jun 2015. 5hari 4malam. Dapat cover 2 tempat, Gili Trawangan dan Senggigi. 2 malam stay di Gili Trawangan, 2 malam lagi stay di Senggigi. Air Asia ada direct flight dari Senai Airport, JB ke Lombok. So tak perlu la kami susah2 ke KL dulu.
 
 
Hari Pertama, 02.06.2015
 
 
Dari atas flight.
Dah Nampak 3 gili : Gili Air, Gili Meno & Gili Trawangan.
& kalau tak silap itu Gunung Rinjani.
 
 
 
Industri pembuatan tenun.
Tempting!
 
 
 Sampai di jeti Gili Trawangan.
 
 
 
 Ni la rupa jeti nya. Jeti untuk bot awam.
Kalau jeti bot laju, kat sebelah kanan sana.
Ada proper jeti.
Yang ni kau turun dari bot, terjun dalam air tu jer. Lol.
 
 
 
 Seafood!
Gili Trawangan night market.
 
 
Hari Ke-dua, 03.06.2015 

 
Glass-bottom boat untuk snorkeling.



Its snorkelling time!
Subhanallah, airnya sangat2 cantik!
 
 
 
Sunset @ Gili Trawangan.
 


Hari Ke-tiga, 04.06.2015

 
 Depan jeti bot awam Gili Trawangan.
 
 
 
3rd day. Art Market, Senggigi.  
 
 
 
 Traditional art performance.
Art Market, Senggigi.
 
 
Hari Ke-empat, 05.06.2015

 
Ni kat tempat pembuatan tembikar, pasu etc.
 
 
Di lokasi penggambaran Dia Isteri Luar Biasa.
Perkampungan tradisional suku sasak sade.
 
 
 
Bukan kat Bali jer ada Pantai Kuta.
Kat Lombok pun ada. Hee~
 

 
Tanjung Aan.
Seriously sangat cantik.
 
 
 
 Ke Art Market lagi kita.
 


Hari Ke-Lima, 06.06.2015

 
 Hari ke-5.
Farewell Lombok. :)
 
 
 
 
Ni antara makanan & souvenir yang sempat grab kat Lombok.
Makanan tu ada lagi sebenarnya yang tak masuk dalam gambar.
Sedap2 jugak la makanan dia. Menyesal tak borong banyak2. -_-
 
 
 
InsyaAllah entri review akan menyusul tak lama lagi. Berapa lama tu aku tak boleh janji. Aku malas sebenarnya nak edit gambar, resize, letak watermark. Lagi duk berperang ngan askar kecik bernama Muhammad Arif Rabbani ni. Memang tak sudah keje aku. Duk pilih, edit, resize & letak watermark untuk entri ni pun dah ambik masa lama. Sigh~
 
Tapi kena buat cepat2 jugak ni. Makin lama makin lupa. Sekarang ni pun dah banyak yang aku tak ingat pasal cuti2 kat sana. Maklumlah, urat dah banyak putus. Lol. Dah jadi makin pelupa sekarang ni.
 
Thanks for reading. :)
 
 
 
 
 
.

Sunday, April 29, 2012

Sudah 5 tahun.


Dah 5 tahun.


25.04.2007.




Macam sekejap jer masa berlalu. Gaduh baik, gaduh baik, dah 5 tahun. Hahaa~ ;D


Lagi 1 bulan, bakal jadi suami isteri pulak. Macam tak percaya plak dah nak kawen. Ok, gedik.


And 26.04.2012 was his 25th birthday. Happy birthday fiance & hubby to be. ;)


.

Tuesday, May 3, 2011

Happy 4th Anniversary and 24th Birthday!

Hari Khamis lepas aku buat surprise untuk Encik Kuneng. Actually takde la surprise pun. Aku just beli kek jer untuk dia. Disebabkan anniversary kitorang dan birthday dia dekat jer, so aku beli 1 kek jer. Anniversary kitorang 25 April, birthday dia 26 April.

Masa tu dia dah nak balik Nilai. Lepas aku abes keje, dia datang ambik aku sebab dah janji nak pegi melantak sama2 kat IT Roo Cafe. Nanti aku cite pasal makan2 "the best chicken chop in JB tu". Nak cite pasal ni dulu. ^^

So lepas abes keje, aku tukar baju sebab taknak nampak skema sangat ngan baju keje hitam putih yang boring tu. Lagipun tengahari tu tayar kete pancit, badan pun berpeluh2 sebab duk tengah panas. Masam semacam jer badan ngan baju haku nih. Nasib baik aku dah bawak baju untuk tukar. Huhuu~

Pastu terus pegi cari kek untuk Encik Kuneng. Nasib baik la dia datang ambik aku pun lambat, sempat jugak la aku pegi beli kek.



Tadaaa....ini lah dia....


Happy 4th Anniversary & 24th Birthday
Errr....kat kek tu 25th? 


Alamak...lepas Encik Kuneng dah tiup lilin baru aku perasan...kat kek tu tersilap tulis 25th. Sepatutnya 24th. Ke time tu aku tengah berangan nk beli kek untuk birthday aku? Tapi kalo 25th, birthday aku tahun lepas. Tahun ni 26th. Tapi birthday aku lambat lagi la. Dan yer, Encik Kuneng muda 2 tahun dari aku. Tapi aku tetap muda, okeh. muahahaaa~ ;D 

Pasal kek tu, bukan aku lupa umur dia. Tapi entah camane berangan time nak beli kek tu. Mungkin sebab time tu rushing sangat. huhu~ Sowie yep Encik Kuneng. ;p


Sungguh terpikat pada kek ni. Cinta pandang pertama. huahuaa~


Disebabkan masa tu rushing sangat, so aku surprise-kan dia dalam kete jer. Tak sempat dah nak pegi celebrate kat mana2. Flight dia pun pukul 10.15 malam tu. Pastu nak pegi makan kat IT Roo Cafe plak. Memang dah tak sempat nak celeberate kat tempat proper sket. Wuwuwuwwuuuu~  T_T



Muka budak comot blom mandi lepas balik keje, just tukar baju jer. 
Dan muka agak pucat tak bermaya sebab selsema + tak sihat. T_T



Happy birthday to yoouuuuu~ 
Birthday boy tiup kek. 
Errr....tapi burrr la pulakk gambar nih. T_T 



Perghhh~ penyegan sungguh aku nak nyanyi lagu happy birthday kat Encik Kuneng. Malu2 kuceng. T_T 


Ucapan untuk Encik Kuneng? Semoga panjang umur, murah rezeki. Cepat2 kawen. Huahuaa~ Ucapan selebihnyer, hanya kitorang jer yang tahu & faham. ;p




Takkan nak makan buah jer?


Potong la dulu.



Pastu bermula la sesi suap menyuap kek, buah dan coklat. Huahuaa~


Pangggggggg...kena pelempang sedas. Ok fine. Nanti korang termuntah kalo aku gedik2 kat sini. 






Memang tersangat YUMMMYYYYYYY~ 
Tapi sayang...Encik Kuneng sempat makan sikit jer. 
Takpe, nanti kita beli kek camni lagi ea. ;)


Surprise yang tak berapa sempurna. Tapi cukup la untuk meluahkan rasa sayang. Cewaahhh~ 


Harap2 ini anniversay couple yang terakhir untuk kitorang. Bukan sebab dah taknak kapel ngan dia. Tapi harap2 lepas ni kitorang sambut anniversary sebagai suami isteri pulak. Huhuuuu~ berangan jap. ;p

Doakan la semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kan Encik Kuneng?  :)





Permintaan kepada Encik Kuneng. Birthday saya nanti, saya nak kek macam ni boleh? 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Huahuaa~


Ok bye!



* p/s : best tak dapat girlfriend macam aku? *perasan jap. kahkahhh~ ;p


.

Monday, April 25, 2011

Thank You For Everything



25.04.2007.







.