Showing posts with label blog header. Show all posts
Showing posts with label blog header. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Air Asia ke Maldives

Assalam dear readers! 

Genap sebulan sejak dari last update. Entah kenapa lah dalam sebulan dua nih memang takde mood langsung nak ber-blogging. Maybe haritu masih dalam mood raya? Hewheww~ 

Sejak dari keguguran haritu la takde masa nak update blog. Busy berpantang konon kan. Pastu balik Terengganu, pastu tak sihat sampai tak boleh bangun, pastu raya, pastu busy cari rumah sewa lain, pastu ..... ? Banyak betul pastu. -.-'

Pastu (ada lagi?) busy dengan kehidupan sebagai seorang isteri la. Sibuk menguruskan rumah tangga. Haha~ ok, dah dah la merepek tu.

Semalam ternampak ada orang share gambar ni kat Facebook :






 Aku macam....hah, serious? AirAsia ke Maldives??? 

Iols sangat excited. Dah lama duk teringin nak ke Maldives. Dulu kemain berangan nak honeymoon ke Maldives lepas kawen. Walaupun aku tahu angan-angan tu hanyalah akan tinggal angan2. Tapi tak salah berangan, kan. Huhuu~ 

Mau tak berangannyer. Kalau takde berpuluh ribu, jangan mimpi lah nak ke Maldives. Mahal kot kos nak ke sana. Ticket flight dah berapa. Hotel dah tentu beriban. Belum masuk makan minum, beli belah dan sebagainya.

So bila dapat tahu yang AirAsia dah tambah route ke Maldives, memang lah sangat excited. Terus aku bagitahu Encik Suami & terus klik ke website AirAsia. Saje jer nak cek berapa harga tiket. 



 Lebih kurang la ni. Erk.."boleh tahan" harga dia. Ni harga untuk seorang.
Kalau guna eCoupon Encik Suami, maybe few hundreds jer. 
Tapi semalam tak boleh cek plak berapa harga tiket kalau pakai eCoupon.
Flight Air Asia ke Maldives start 28 September 2013.



Kuala Lumpur ke Male. Tapi ada layover kat Colombo. 
Penerbangan dengan AirAsia X.



Takde lah aku nak pegi Maldives dalam masa terdekat nih. Tahun ni memang takde nak holiday bagai. Tahun depan pun tak pasti lagi. Ada matlamat lain untuk kami. Dua tahun lagi? Entah.

By the way baru aku sedar, agak banyak jugak entry yang tertangguh dan terhutang : 
  • - trip ke Vietnam 
  • - cuti2 di Koh Samui 
  • - entry raya! oh my. raya dah habis dah pun. 


Bila nak start taip entri2 tu, aku pun tak tahu. -.-

Oh ya. Header blog dah ditukar. Sebab heading tu dah agak lama. Tukar dari heading ini :-




Kepada ini :- 



Simple jer. Masih lagi gambar wedding. Kalau nak letak gambar bertiga, tak tahu la bila kan. Hehee~ 

Till then, thanks for reading. :) 




.

Sunday, October 23, 2011

Header comot, tapi puas hati ngan hasil tangan sendiri. =)

Header blog telah ditukar. Sebab URL dah tukar, header pun kena la tukar. Lagipun header tu dah lama sangat kot. Gambar pun gambar lama. Dan yang paling penting, sebab nak pakai header gambor tunang. Kehkehh~ ;D 



 Header lama. Gambar time pegi dinner bulan 2 haritu. 





Header baru, macam yang sekarang ni la. Kat atas tu. 
Gambar masa tunang. Hihii~ 
Yang penting, ada cincin risik + tunang tuuu~ ;p 



Background pun aku dah tukar. Still pink polka dot. Tapi yang baru ni kaler lagi lembut. Background lama tu aku buat sendiri tau polka dot tu. Gigih betol. Yang baru ni aku search kat Google jer.


Semalam kemain gigih lagi aku duk try and error buat header ni, sampai ke pagi. Berjam-jam. Phewww~ Yerlah, aku bukannya pakai software canggih. Photoshop pun takde. So, kena la edit dengan apa yang ada jer. Lagipun aku ni bukannya pandai @ kreatif sangat nak edit-mengedit nih. Aku tau header tu buruk + comot + tak cantek. Tapi puas hati dapat buat sendiri. Hihii~ 


Ok bye~ 




*p/s : pink giler kan header baru tu. hahahh~ 



.

Saturday, April 2, 2011

header simple pun ok jer.

Tadi balik dari makan2 durian, terus bukak blog tersayang. *cewah~ 

Ingat nak update entri pasal pegi makan durian tu. Tapi laptop aku nih problem pulak. Tak boleh detect memory card. Sejak format 2 hari lepas, tak boleh detect memory card nih. Kalau nak transfer terus dari kamera, bateri kamera kena penuh. Kalau tak, kamera nih automatik charge bateri kat laptop dan tak boleh transfer gambar. Tak tau camane nak setting supaya boleh transfer gambar walaupun tengah charge bateri. T_T

Alamatnye, esok jerla aku update pasal tu. 

So, boring punyer pasal (walaupun tengah penat dan rasa macam nak tido jer), saje menggatal-kan tangan untuk edit header. Edit buruk2 jer. Sebab dah bosan ngan header gediks nih.




Header lama. 
Memang gediks giler. 


















B - E - R - T - U - K - A - R - !











Tadaaaa~~


It's just a simple header. 
Edit buruk jer. 
Nak buat yang comel, tak kreatif la pulak~ 
Lain kali la cuba untuk berkreatif kreatif nih.
Btw, it's a "PEACE". Bukan isyarat lucah. Jangan lah berfikiran sedemikian rupa. ;D
*nape la aku tak pakai baju kaler pink dalam gambar tu? haha~ memang giler pink.



Letak header baru sebab nak tepek gambar terbaru kat header tu. Header lama tu tersangat lah deceiving. Sebab gambar lama ketika muda mudi dan ketika masih agak kurus. *eh2, sekarang pun masih muda apeee~ tapi dah gemok tembam chubby bulat mulat.




* p/s : bertukar la sangat. kahkahkah~ 
* p/s lagi : kekenyangan dengan durian. dan agak pening juga. penangan terlebih melantak durian kot.


.

Sunday, February 13, 2011

Akhirnya..header untuk blog.

Akhirnya, ada jugak header baru kat blog aku ni setelah berminggu2 guna header sementara. Sungguh aku tak sempat nak buat header baru.


Gediks. Ok, sila muntah sekarang. Muahahaaa~ ;DD


Gambar ni dah lama, bulan Julai 2010. Sejak laptop rosak (selama berbulan2) haritu, gambar ni pun turut terperam dalam laptop tanpa sempat di upload ke mana2 social network. Semalam godeh2 laptop, baru terjumpa gambar ni. Terus la aku edit2 dan buat header. 

Memang header aku buruk jer. Aku bukannye pandai nak edit2 benda alah ni. Tak kesah, asalkan aku puas hati. Dan memang gambar ni semua menggediks. Ok, tak kesah. I loikkeee~~ ;DD 


*p/s : I loike ini gambar, bukan i loike menggediks. :) 


.