Showing posts with label Christmas. Show all posts
Showing posts with label Christmas. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Hunts for a gift for our Exchange Gift

Hey, Christmas is coming up in few more days. 

Erk? Ok, memang aku tak sambut Christmas. Tapi office tempat aku keje ni memang mengamalkan konsep 1 Malaysia. Semua perayaan kitorang sambut. Termasuk Christmas. Actually bukan sambut pun. Just buat Exchange Gift ngan makan2. 


Camane Exchange Gift tu? Macam ni : kitorang kena cabut nama, & tengok la nama sape yang kitorang dapat antara ramai2 staff kat office tu. Lepastu kena belikan hadiah untuk orang tu. Semua orang akan dapat hadiah.


Every year office ni buat Exchange Gift. Ni dah tahun ke-tiga aku dapat join Exchange Gift ni. Owhh...maksudnya dah 3 tahun ke aku kat sini? Ishh...tak caye lah mak... 


Syarat untuk tahun ni dah diubah sikut. Harga hadiah mesti lebih dari RM20. Kalo tahun2 sebelum ni, minimun harga hadiah is RM10. Yerlah, sekarang ni nak beli ape je ngan RM10, kan?


Aku dapat nama seorang lelaki. Ishh..memang pening aku duk pikir nak beli apa untuk dia. Serius, aku memang fail kalo bab2 nak bagi hadiah kat orang, especially lelaki. Kecuali Encik Tunang. Banyak jer idea nak bagi hadiah apa kat dia. Hahaa~ 


Ok, berbalik pada kisah kat sini. 


So, aku kena la perhatikan dia dan apa yang dia biasa pakai. Then aku decide untuk bagi sama ada tie @ tie clip @ cuf­flink.  


Sehari sebelum hari Exchange Gift tu baru aku pegi cari hadiah tu. Punyer la penat aku pusing2 City Square tu. Sampai lenguh kaki aku duk cari hadiah ni tau. Akhirnya aku beli  ini.... 





Cuf­flink! 



Cantik tak? Aku rasa cantik. Simple tapi cantik. Dan ramai yang cakap camtu. Dan tuan punya badan pun hepi dapat hadiah ni. Seriously aku tak reti nak pilih benda camni. In fact, ini la kali pertama aku beli cufflink. Malah, aku tak tahu pun apa nama benda alah ni. Lepas beli baru aku tahu. Hahaa~ 


Aku beli cufflink sebab aku tengok dia selalu pakai cufflink. Ok, just go ahead & buy this thing la, walaupun agak mahal. Takpe, aku lagi suka kalo orang suka dpaat hadiah aku. Taknak la hadiahkan hadiah yang tak senonoh & tak sesuai, kan.


Eh, btw Exchange Gift tu 2 hari yang lepas, i.e. hari Khamis, 22hb. Nanti la aku update cerita on that day ea. 




Ok bye~ =)



.

Monday, January 10, 2011

SANCO Exchange Gift

Assalamualaikum dan Salam sejahtera!

Wahh~~ dah beberapa hari tak update blog. Bukan taknak, tapi broadband nih probem lah. Dah 3, 4 hari duk Celcom EDGE jer. Tak macam hampeh plak kan. Sakit hati betul wa ngan broadband nih.

Tapi disebabkan entri nih dah beberapa hari tertangguh, aku tabahkan jugak la hati aku nih untuk berhadapan dengan Celcom EDGE *ceh. Nak upload gambar pun dah satu hal, makan masa dan buang masa. Huh.


05.01.2010

Seperti yang diwar-warkan dalam ENTRI INI, dan ENTRI INI, office aku ada buat Exchange Gift lagi, seperti tahun2 sebelumnya.

Ada makan2 lagi tuh (makan2 memang wajib kat firm nih). So, here is the pictures (sebahagian jer. yang lain2, tak boleh upload sebab privasi ;p )..




Pink & Leopard. That's so me!
Hadiah yang aku beli yang telah siap di-wrap. Last minute baru wrap. Nasib baik sempat. Huhuu~
Reben pink tu orang lain yang tolong buatkan. Aku mana la gheti nak buat. -.-
*nak jugak nampak Hello Kitty mouse pad. muahahaa~ ;p




sebahagian hadiah yang dikumpulkan sebelum sesi exchange gift bermula



Sebelum exchange gift bermula dan sebelum big bos sampai, mari kita makan2 dulu.


pheww~ ayam masak lemak nih berminyak giler.




waaa~~ kejap jer dah abes Laksa Johor nih.
tak sempat aku nak merasa. -.-




Setelah big boss sampai kat office (big boss wajib ada!), sesi bertukar2 hadiah pun bermula...



Aku dapat hadiah dari KT. Berat semacam jer nih. Macam dah boleh agak jer ape isi nyer. Hehee~ suspen2. ;p
*perghh~ tembam tak boleh blah.





[Dengan gelojohnya aku bukak]
Intai2. Ape yang aku dapat nih?




Tadaaa~ a perfume! Dah agak dah.
It smells so nice. So sweet. Suka sangat2 bau dia. Thanks KT! :)





Aku memang tak pandai nak memperagakan barang. So, memang tak boleh jadi duta produk.
Berangan plak. Memang pun kau tak boleh jadi duta ape2 pun -.-




Ni la akak comel yang dapat hadiah dari aku. Nampak tak baju yang dia pakai tu? Dia terus try tuh baju tu. hahaa~ ;D





Sebahagian dari Litigation staff, lawyers & chambering student.
Aku takmo masuk. Menyembunyikan diri kat tempat sendiri. Pemalu la kunun.
*ape lah kau ni. tak sporting! ;D




3 orang Litigation lawyers (Me, Vasanthi & Safizah)
dan seorang most senior clerk (Shanta).
Perghh~~ muka aku berseri2. Maklumlah baru lepas touch-up. muahahaa~ ;D



Excahnge gift tahun ni tak berapa best berbanding tahun lepas. Tapi takpe la. Happy jgak la ada sesi exchange gift nih. Cuma pening time nak belikan hadiah jer. Tahun ni ramai yang dapat hadiah kain (kain pasang untuk baju kurung). Ada yang dapat jam (eeiiiii...cantiknye jam dia!), ada yang dapat rantai, gelang, kusyen, bed sheet, tudung, kemeja, dress, baju, purse, perfume, dan macam2 lagi la. Tak kisah la dapat apa. Yang penting memenuhi ketetapan, i.e. berharga lebih dari RM10. Dan bagi aku, yang penting IKHLAS.

Agak suspen jgak nak tau sape yang dapat nama aku. Rupa2nya si KT yang dapat. Haritu aku ada tanya dia, dapat sape. Dia jawab dengan selamba & main2 "Dapat kau". Aku ingatkan dia main2 jer. Sebab dia memang selalu macam tu. Rupa2nya memang betul. Huhuu~

The next day, ramai yang terus pakai hadiah yang diorang dapat (kalo hadiah tu bolah dipakai, e.g. baju). Ade jgak yang terus pakai lepas dapat hadiah tu, on the spot terus pakai (macam rantai or gelang, kan boleh pakai terus).

Aku plak, keesokan harinya baru pakai. Tapi takde sape2 yang boleh nampak. Boleh bau sahaja. Kan perfume. hee~ ;)

Looking forward for next year's Exchange Gift. *ceh lama lagi la. setahun lagi tuh.


OK BYE!



*p/s : auto-post entri. wa ngantuk giler dah.


.

Wednesday, January 5, 2011

tomorrow's Exchange Gift session

Ini lah penyelesaian kepada ENTRI NI. Tadi lepas keje, pegi cari hadiah. Dari semalam aku cari hadiah. Tapi satu pun aku tak berkenan. Tadi pegi cari lagi. Penat giler. Akhirnya jumpa jugak yang aku berkenan, dan aku rasa cantik. Tapi tak tau la kalo akak tu berkenan ke tak. Aku jer yang berkenan kan? muahahaa~

Aku pilih blouse ni sebab aku pernah tengok akak tu pakai blouse kelawar camni. Yang ni kaler krim, simple dan nampak elegan *elegan la sangat. Harga pun ok, tak mahal sangat dan of course lebih RM10 seperti yang telah ditetapkan.


klik pada gambar untuk tumbesaran.


Kali pertama tengok, terus berkenan.
Dalam hati terdetik : yang ni sesuai!
Aku berkenan untuk akak tu la. Aku tak suka pakai baju camni.
*nanti pandai2 la dia pakai inner, kan. sebab kalo tak pakai inner, seksi mendedahkan aurat! paham2 la baju kelawar camane. ;)



Aku berkenan kat details kat depan ni.
Simple, tak sarat, tapi menarik.
Hopefully akak tu suka.
Tapi walaupun dia tak suka, hado aku kesah?
Dah beli dah pun. Janji haku ekhlas, kan kan?




Huiihhh..dah pukul 1 a.m, aku masih belum tidur. Dah mengantok tahap cipan, sejak beberapa jam yang lepas. Dan esok pula kena pegi Mahkamah. Minggu ni Mahkamah JB dah mula bersidang kat bangunan baru, kat Menara MSC Cyberport (dulu Menara Sarawak) kat Stulang Laut. Mahkamah bahagian sivil jer yang pindah (Majistret, Sesyen dan Tinggi). Mahkamah bahagian jenayah, trafik dan juvana masih di Kompleks Mahkamah kat Jalan Dato' Onn dan Jalan Ayer Molek.

Dan esok kali pertama aku pegi Mahkamah kat sana. Tak tau la camane esok nih *pagi nanti. Dengar cerita, HURU HARA! Biasa la, mula2 pindah mesti akan jadi camtu. Fail takde, kes not listed. Tunggu berjam2. Ramai orang lost. Dah agak dari awal dah.

Oh gosh~ kena tido sekarang jugak!

BYE BYE & SWEETDREAM DEAREST BLOGGERS~~


*p/s : tertanya2 apa yang aku akan dapat untuk Exchange Gift esok. dan dari siapa? -.-'


.

Tuesday, December 28, 2010

Exchange Gift SANCO kembali lagi!

Every year setiap kali menjelangnya hari Krismas, office aku ada buat Exchange Gift. Biasa la office nih banyak betol plan, buat itu, buat ini. (err~ banyak ka?). Dan sekarang ni, Exchange Gift kembali lagi.



saya mau hadiah!



Camane Exchange Gift tu?

  1. Semua orang kena cabut undi, tengok lah nama sape yang kitorang dapat (lawyer, kerani, receptionist, account, despatch, boss, big boss).
  2. Belikan hadiah untuk orang tu. *huiii~~ kalo dapat nama big boss, berpeluh lah kau nak belikan hadiah untuk dia. hahaa~
  3. Hadiah mestilah berharga tidak kurang dari RM10, supaya adil untuk semua pihak.
  4. Kalo nak suprise, pandai2 la rahsiakan nama sape yang kitorang dapat. Sampai la hari Exchange Gift tersebut.
  5. Pada hari Exchange Gift, akan dimulakan dengan big boss. Dia akan announce nama sape yang dia dapat, pastu bagi hadiah kat orang tu. Contoh : Big boss dapat nama si A dan bagi hadiah kat A, pastu si A plak kena announce dia dapat nama sape, then bagi hadiah kat orang tu. Then rantaian tu berterusan sehinggalah habis semua staff dalam SANCO nih.

Haha~ memang best dan excited. Yang penting, semua orang happy haritu.


pada hari kejadian, memang banyak longgokan hadiah yer.
dengan wrapping yang bermacam2 dan comel2 plak tu.



Sesi Exchange Gift kali ini akan diadakan pada 05.01.2011. Haa...lambat sket yer. Hampir dua minggu selepas Krismas. Terpaksa diadakan lambar sket sebab ramai yang sedang bercuti sekarang ni. Kena la semua staff ada, baru best kan. InsyaAllah aku akan update pasal sesi Exchange Gift tu.



owhh~~ saya dapat hadiah! excitednya saya~~
*sambil mulut terlopong camni. ;D



Ini dah tahun ke-dua aku kat sini (kot. Krismas ke-2). Tahun lepas aku dapat hadiah beg (tas tangan) dari Clerk Litigation. Dan aku bagi hadiah Diari 2010 kat Despatch lelaki. Haha~ memang tak kena langsung hadiah yang aku bagi. Memang aku takde idea nak bagi ape. Lagi plak orang tu lelaki, memang otak aku totally kosong, takde idea. Kalo pompuan, ok gak. Banyak hadiah yang comel2 dan hadiah yang naluri ke-perempuan-an aku nih boleh fikir.

So, aku amat berharap lah untuk tahun ni, aku dapat nama perempuan plak. Dan nasib baik, aku betul2 dapat nama sorang perempuan. Sorang akak Clerk kat Conveyancing. Ciri2 akak tu camni :-
  • Perempuan (dah aku mention akak, op koz la perempuan)
  • Umur 30-an kot
  • Isteri orang merangkap mak orang
  • Bertudung
  • Up to date jugak la orangnye, kemas je cara dia dress up
  • Comel


Punya la nak sangat dapat nama perempuan. Haa...skali bila dah dapat, takde idea la plak nak belikan hadiah ape. Mengong lah.

Tudung? Brooch? Kain pasang? Shawl? Purse? Jewelery? Ape?? Aku tak tau la dia suka ape. Dan aku tak pernah pun perhatikan dia dan apa yang dia suka. Maklum lah, aku nih bukannye jenis manusia yang suke perhatikan orang.

Kamu kamu dan kamu. Ada idea tak? Tulun la aku yang ketandusan idea nih. xP



*p/s : excited nak tau sape yang dapat nama saya dan hadiah apa yang bakal saya dapat.




tak kisah kecik ke besar, wa terima dengan hati (tangan) terbuka.
*dalam hati : mengharapkan sesuatu yang best. ;p




*p/s lagi : ape motif aku letak gambar hadiah banyak2 dalam entri nih?



.

Friday, December 24, 2010

Ho Ho Ho! Merry Christmas!

This is my favorite Christmas song. Huh. Evergreen dan nostalgik sungguh. Well..lagu lama. Tapi besstttt!!!




Last Christmas, i gave you my heart.
But the very next day, you gave it away.
This year, to save me from tears,
I gave it to someone special.



Cewahh~~ dua tiga hari ni lagu ni jer yang duk menyanyi2 dalam kepala aku. By the way, lirik yg aku taip balik kat atas nih takde kena mengena pun ngan hidup aku. Last Christmas dengan this Christmas, hati aku tetap diberikan pada orang yang sama. ececee~~ geli mak baca. ;DD

Aku cuba carik yang ada video kat Youtube. Tapi tak boleh tengok plak. Jadi camni :-




So, dengar la yang ada lirik ni jer. wuhuuu~~ *nak tengok video~~ :[

Kalo ada sape2 yang tahu link video Last Christmas by Wham ni, please lah tolong bagi kat aku, ok.

Actually bila aku dengar lagu ni, mesti aku teringat time aku keje part time kat Astaka Kuala Terengganu masa cuti semester masa belajar kat UKM dulu. Biasa la aku ni kalo cuti semester, tak boleh duk umah jer. Buhsan jadinyer. Every semester break, mesti keje. Cuti sebulan pun nak keje. Ape lagi cuti dua bulan.

Masa keje kat situ, dah dekat Christmas. So, banyak la lagu2 Christmas berkumandang. Salah satunyer, mesti la lagu ni. So, bila dengar lagu ni, mesti teringat waktu2 keja kat Astaka Shopping Complex tuh.

Tiba2 rindu plak kat shopping complex tu. Eh, apekah? hahaa~ tak la, rindu time2 keje kat situ. xP

Ok, kembali pada topik. Eventhough lagu Last Christmas ni dah dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi, dan dah banyak versi baru, tapi versi Wham nih tetap the best. Biasa la, yang evergreen tetap best kan.

Uh, tadi office aku close pukul 3.00pm. Sebab esok Christmas la kot. Woww~ kau engat senang ke bos aku nak tutup offic awal camtu dan benarkan semua staff balik pukul 3.00 pm? Even ada gegaran kesan gempa bumi pun tak tutup office tau. Dah la office kat tingkat 22. Tak sempat selamatkan diri, baru tau. Ok ok dah. Balik pada kisah yang aku nak ceritakan nih.

Biasanya kalau ada hari perayaan jer office tu akan tutup pukul 3.00 pm. Office orang lain tutup half day, meaning bukak sampai tengah hari jer. Pastu tutup. Office haku? Jangan kau mimpi berangan mat jenin! Orang bagi balik pukul 3.00 dah cukup baik.

Bulan lepas sehari sebelum raya haji pun camni jgak, sama macam sehari sebelum raya puasa. Well...kitorang dibenarkan balik awal, tapi office tak sepenuhnya tutup. Bagi yang dah settle semua keje, dah takde keje urgent, boleh la balik awal. Bagi yang banyak keje, ada client nak datang, ada itu, ada ini, so terpaksa la memaksakan diri dan stay back sambil hati menahan saket tengok orang lain dah balik. Muahahaa~~

Aku? Nasib baik takde keje urgent. Ape lagi, pukul 3.15 jer aku cepat2 blah, walaupun aku bukannye nak sambut Christmas esok atau ada dinner Christmas eve malam nih. Pedulik hape. Bukan senang dapat peluang balik awal. Lagipun pagi2 buta aku dah boring giler & tak sabar nak balik. Belum tengahari dah mengantok tahap cipan, mata tak boleh bukak. Huihh...dah dapat peluang balik awal, ibarat orang mengantok disorongkan bantal la.

By the way, merry Christmas kepada semua yang menyambut.




p/s : waiting for something for this Christmas. apoo??? hadiah ko??? hadiah apo kalau tak sambut Krismas hah? ALL I WANT FOR CHRISTMAS IS.....haaa...sambung, jangan tak sambung.
p/s lagi : saya bukan jiwa kebaratan. takde kaitan ngan hadiah Krismas pun nih.
dan p/s lagi : sambungan tu akan di-update dalam entri akan datang. Insya Allah....


.