Showing posts with label hometown. Show all posts
Showing posts with label hometown. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Balik kampung : Ramadhan 2013

As-salam dear readers. 

Yes, anda tak silap baca tajuk tu. Ni entry Ramadhan tempoh hari. Baru sekarang nak update kan. Hihii~ 

Tu belum lagi nak update pasal raya puasa haritu. Hahahah~ :D 

Tahun ni raya kat kampung suami, kat Kota Tinggi, Johor. Tahun lepas kan dah beraya kampung aku. Disebabkan raya tahun ni beraya kat Johor, tapi hati ni teringinnnn jugak nak balik kampung. 

Maka, aku ambik keputusan untuk balik jugak kampung time puasa. Kalau tak dapat balik beraya, dapat balik berpuasa pun jadi la kan. Lagipun dah lama aku tak balik kampung. Kali terakhir balik, raya tahun lepas. So dah setahun la tak balik. Hahaha..apedaa.... 

Kalau tak balik bulan puasa ni, ntah bila pulak kami nak balik. Takkan raya tahun depan? Dua tahun sekali ke baru nak balik kampung? Apeke kejam sangat aku ni. So, pujuk la Encik Suami untuk balik kampung aku nun jauh kat Terengganu.

So, 3 Ogos 2013, bertolak la kami ke kampung halaman aku. Balik 3 hari jer.


Ni kat Pahang. Singgah rehat sekejap. 
Tapi sempat lagi la laki aku nih mancing kat sini. 
Takde ape2 hasil pun. Port tak bagus.


Lebih kurang pukul 5petang, sampai la kami ke Kuala Terengganu.


Kampung aku bukan kat sini. Singgah sini sebab akak aku ajak kami berbuka puasa kat rumah dia. Ok la, lagipun raya nanti kami takkan jumpa. Lagipun aku ada nak bagi barang yang aku beli kat Vietnam haritu. & barang yang aku beli untuk anak2 dia. And, nak jumpa anak saudara yang aku tak pernah jumpa sejak dia lahir. Kan dah lama tak balik kampung. Huhuu~ 

Macam biasa, aku bukannya ingat 100% jalan nak ke rumah dia. Mesti tersesat masuk ke bandar Kuala Terengganu dulu.


Pastu mesti masuk Kampung Cina ni. 
Memang tiap2 kali pun kami mesti akan ter-masuk jalan ni. 
Tapi ok la, bila dah masuk jalan ni, memang aku ingat jalan nak ke rumah akak aku tu.


Kampung Cina ni memang unik. 
Kalau musim raya cina, lagi la meriaahhhh.


Pintu gerbang. 


Ni la anak saudara aku yang pertama kali aku jumpa. 
Zaim namanya. Nama penuh, aku tak ingat. Haha..
Masa ni Zaim dah 10 bulan. 


Masa kami mula2 sampai, Zaim asyik tengokkkk jer kat kami. Dia tengok kat aku, tengok kat Encik Suami, tengok aku, tengok Encik Suami. Mungkin pelik sebab first time tengok kami. Tak berkelip mata dia, ok. Dah la mata tu bulat. Geram iols. Bila kami nak dukung dia, taknak pulak. 

Bila dah lama sikit, baru la boleh ambik & boleh dukung. Itu pun dukung sekejap jer. Huu~ 


 Kau tengok tu. 
Aku dukung dia pun dia asyik duk tenung muka aku jer. 
Heheeh~


Yang kat riba aku tu abang dia, Adam. Si abang ni memang dengki sikit ngan adik dia. Aku ambik gambar adik dia, dia pun nak interframe. Kalau duk puji2 adik dia & bagi attention pada adik dia jer, nanti dia merajuk. Tapi kalau aku saje jer usik dia, konon2 nak ambik adik dia bawak balik, dia marah ok. Sayang tuu kat adik dia, walaupun asyik jeles jer. Hehee..


 Adam ni memang ceria. Asyik senyum & sengih jer.


Btw, nampak tak Spiderman kat belakang tu? Aku beli Spiderman tu untuk Adam, dah lama dah. Setahun lebih kot? Tapi still...haritu bila aku tanya sape yang beli Spiderman tu, dia cakap : "niiii..... (sambil tunjuk kat aku) ... ciksu....." . sambil sengih2. Hehee

Memori budak2 ni kadang2 tak terjangka. 

Yang kelakarnya, Spiderman tu dah siap jahit2 dah. Gigih akak aku jahit Spiderman tu setiap kali koyak. Mana taknya..Spiderman tu Adam buat macam2. Mandikan la, syampukan, gosok gigi. Masa aku pegi umah dia ni, Spiderman tu duk dalam walker adik dia. hahaha...aduilaaa...macam2....

And, dia tak panggil Spiderman tau. Dia panggil Superman. Tapi dia sebut "komeng". :D 



Tengok ni. Sayang betul kat adik dia. 
Suruh cium, dia cium. Suruh peluk, dia peluk.


Zaim baru nak belajar berjalan. Berdiri pun tak kukuh lagi tu. Chayok2!
Gambar yang last tu Encik Suami yang suruh dia pose camni. 
Melayan pulak tu. -.-


Lepas berbuka puasa, terus bertolak balik ke kampung. Dah malam baru sampai. Lepas angkut barang dari kereta, laki bini terus pengsan. Penat ok! Haha..

Misi balik kampung ni, macam biasa la, mesti kena makan kuih muih dan makanan yang takde kat Johor. Encik Suami pun sama jugak. Bila pegi bazar ramadhan, pantang nampak kuih yang dia tak pernah tengok, terus nak beli. 

Tapi masa tu aku still tengah berpantang. Pantang makan jer. So tak boleh la nak makan macam2. Saboorrr jerlah. Dugaan sungguh berpantang di bulan pose nih.


 Ni namanya Asam Gumpal.


 Kat dalam tu inti kacang hijau. 
Bahagian luar dia rasanya sagu.


Memang sedap yang amat! Dah lama tak makan asam gumpal nih. Jarang kot orang jual. Serius, sekarang ni pun dah cukup terliur dah ni. Balik kampung nanti mesti cari nih! 


Akok.


Akok ni banyak telur. Orang cakap kalau tengah berpantang, tak boleh makan telur. Tapi rasanya tu kalau ada luka jer. Aku ni takde la sampai luka berjahit bagai macam orang bersalin, kan. So, balun jerlah akok nih.

Akok ni tak semua yang orang jual tu sedap. Kena yang betul2 banyak telur, baru sedap. Ada satu gerai kat kampung aku yang agak femes la jual akok ni. Kau pegi tengahari pun belum tentu dapat order. Sebab memang orang dah order awal2 lagi. Ada yang pegi harini tak dapat, so diorang pegi esok plak. Tapi serius, memang akok kat tempat tu sedap giler. 

Aku pegi beli masa dah hari terakhir kat kampung. Aku pegi dah pukul 4 kot. Nasib baik la dapat jugak. Itu pun dapat beli sikit jer. Takpe la, sikit pun sikit la. Yang penting dapat jugak rasa. Hari2 sebelum tu ada jugak beli akok kat bazar ramadhan. Tapi rasa dia so so jer. Jadi, bila dapat makan akok yang ni, memang puas hati. Tahun2 sebelum ni teringin jugak nak makan akok kat sini, tapi malas nak menunggu lama2. Hewhew~

Oh ya, gerai tu jual akok masa bulan puasa jer. Harga agak mahal sikit la berbanding tempat lain. Tapi ok la, berbaloi ngan apa yang kita dapat.



Good morning! 
Morning view dari rumahku.


Gambar tak banyak pulak balik kampung kalini. Sebab tak bawak balik charger camera. So, malas nak ambik gambar banyak2. Huhuu~

Thanks for reading. ;)



.

Saturday, August 18, 2012

Balik kampung~

Dah 2 hari kat kampung. Alhamdulillah, Encik Suami dapat hantar balik. Sebelum ni aku ingat kena balik kampung drive sorang2. Sebab Encik Suami keje. Hari raya ke-3 baru dia cuti. Memang tak dapat apply cuti awal.


Tahun lepas aku drive sorang2. JB - Terengganu. Tapi ada anak sedara teman kat sebelah. Buat teman hilangkan ngantok. Tahun ni kalo aku drive sendiri, memang drive sorang2 lah. Sebab anak sedara yang tu pun tak oleh temankan. Drive JB - Terengganu sorang2? Errrr~


So haritu kitorang bertolak dari JB dah tengahari. Plan nak bertolak sebelum subuh. Tapi tak jadi, ada hal yang tak boleh dielakkan.


Alhamdulillah jalan balik kampung tak jem. Cuma nak keluar dari JB jer jem teruk. Tahun lepas aku balik kampung, jem giler. Roadblock, jem sana sini. Tahun ni nasib baik dapat balik awal.



Sampai kat persimpangan Bukit Besi, jem pulakk~ 
Ingatkan jem sebab banyak kereta nak masuk highway pantai timur.



Rupa2nya ada orang tengah buat agihan barang untuk pemandu. 




Bubur lambuk! 
Oh my fav. Macam tau2 jer aku nak makan bubur lambuk. 
Minggu lepas dah makan bubur lambuk, tapi bubur lambuk Terengganu lain dari bubur lambuk kat JB.



Highway pantai timur. 
Tol-free. Hewheww~







Sampai rumah pukul 8.30 malam. Lepas makan, terus pegi Pengkalan Chepa. Hantar Encik Suami pegi airport. Esoknye Encik Suami dah keje. So, dia just hantar aku jerlah. Kesian jugak kat Encik Suami. Penat drive dari JB ke Terengganu pun belum hilang. Memang penat yang amat! Pastu terus naik flight balik Selangor.


Pastu aku drive balik rumah kat Besut. Ya Allah...mengantok giler! Tawakal jer drive malam2. Sampai rumah pukul 12.30 malam. Aku dah penat & mengantok macam ni. Encik Suami yang drive dari JB tu lagi lah penat, esok kena keje lagi. Huhuu~


Tahun ni tahun pertama beraya sebagai isteri. Tapi tak dapat beraya pertama ngan Encik Suami. Wuwuwuwwuuu~ T_T


.

Monday, April 16, 2012

Hari Isnin lepas.

Hari Isnin lepas, kat kampung halaman. Banyak betul perkara yang aku kena selesaikan. To-do list KAT SINI.


Pagi2, pegi Pasar Tani. Entry KAT SINI.



Lunch. Gulai Ayam Kampung.



Ni akak aku yang masak, ok. Bukan aku. Sangat yummy! Diet? Yer yer...memang habis lah diet. Tapi aku makan sikit jer, ok. ;p


Biasanya kalo balik kampung, memang aku melantak jer semua benda yang tak dapat kat tempat lain. Huhuu~ tapi balik kampung kali ni kena jaga makan. Tak boleh skip2 diet lagi. -.-


Pastu kitorang pegi Pejabat Agama Daerah Besut. Nak beli borang kebenaran nikah. RM1 jer borang tu. Aku ingatkan RM5.








Sempat snap ini kat board pejabat agama tu --->>









 Errr...confuse jap.
Ni Peti Teguran Audit ke peti derma? ;D



Pastu terus pegi Jerteh. Nak survey katil. Disebabkan katil kat bilik aku tu dah buruk, kena la beli katil baru untuk letak kat bilik pengantin nanti.


On the way pegi Jerteh.
Padi menghijau.



Kitorang survey 2 tempat jer. Malas dah nak survey banyak2 tempat lagi. Tempat yang ke-2 tu, terus beli. Hajat hati nak survey2 jer. Tapi rasanya lebih baik terus beli. Sebab lepasni aku dah tak balik kampung sampai dekat ngan tarikh majlis. Takkan nak beli last minute seminggu sebelum kawen. Kan?


Yang bestnyer, tokey tu terus hantar pegi rumah kitorang, ok. Masa kitorang on the way balik dari Jerteh, singgah jap beli satar. Dekat jer ngan rumah. Masa duk beli satar tu, diorang call & cakap dah sampai. Hahaa~


Tapi tak dapat suruh pekerja2 tu pasang terus. Sebab bilik belum kemas & katil lama tu belum dikeluarkan. Tapi diorang ada explain camane nak pasang. Pekerja2 tu orang Pakistan kot. Sama ngan tokey dia. Masa pekerja2 tu explain, nak tergelak jugak. Sebab Pakistan tu cakap dialek Kelantan. Tapi ada perkataan yang lain sikit dari loghat kitorang.


Aku tanya Encik Tunang, dia faham ke tak. Dia cakap tak faham. Hahaa~ ingat senang ke nak jumpa Pakistan cakap Kelantan? ;D




Akhirnya dapat jugak makan satar. Dah lama duk terliur nak makan satar ni.
Tunggu balik kampung jer. Hehee~


Banyak ikan + sangat juicy.
Sangat yummmyyyy~ ;)




Lepas makan satar beberapa ketul, terus pecut pegi survey homestay pulak. Ada 2 homestay yang kitorang survey. Satu rumah tu harga RM200/malam. Satu lagi RM150/malam.



Satu ni jer yang sempat ambik gambar.


Belum book lagi homestay ni. Just survey jer dulu. Homestay ke-2, kitorang buat appointment (kemain appointment lagi kau?? ;p) ngan owner tu untuk datang tengok malam. Sebab dia pun ada keje kot masa tu.


Lepas pegi survey homestay ni, singgah jap beli keropok segera ngan makanan lain kat Semerak. Dekat jer ngan sempadan Terengganu/Kelantan. Keropok segera kat sini murah jer ok. RM1/sebungkus. Kalo kat JB nih, RM1.80 jugak tu.


Pastu Encik Tunang ajak pegi Bukit Kluang pulak. Teringin nak mancing kat sana katanya. Ok lah, aku ikutkan jer. Tapi tak mancing pun. Sebab dia cakap macam takde tempat yang sesuai nak mancing kat situ.


Bukit Kluang, Besut.


Ada orang tengah menjala.



Pastu Encik Tunang tak puas hati. Nak jugak pegi mancing kat tempat lain. Sambil2 membebel pun aku ikutkan jugak lah.  -.-



Kuala Besut.
Ni dekat jer ngan jeti Kuala Besut.


Dapat la 2 ekor ikan. Kecik jer. -.-


Malamnya, kitorang pegi tengok homestay ke-2 plak. Suka 2nd homestay ni. Sebab lagi selesa kot.


Penat giler kot satu hari tu. Ke sana ke mari. Tapi ada beberapa perkara yang tak dapat jugak diselesaikan. Sebab kesuntukan masa.


Dari to-do list KAT SINI, 3 perkara jer yang sempat buat, dari 6 perkara. Ok la dari takde langsung.  -.-'


1. Beli playwood untuk base pelamin. Kalo sempat, paksa Encik Tunang bertukang terus. ;p
- tak sempat beli pun. -.-

2. Survey bedroom set. Or maybe just katil + tilam jer.
- dah survey & dah siap beli dah. yay! ;) tapi katil + tilam jer.

3. Survey set cadar. Kalo jumpa yang berkenan, terus beli jer.
- tak sempat. -.-

4. Beli borang nikah.
- done.

5. Jumpa vendor canopy. Nak tukar canopy. Kalo tak sempat, boleh call jer.
- tak sempat. takpe, blh call jer. ;)

6. Survey homestay.
- done.


Tapi sempat beli satar yang aku teringin sangat nak makan tu. Sempat beli makanan, keropok segera, keropok lekor & sempat teman Encik Tunang pegi mancing.


Sunday, April 15, 2012

Pasar Pagi. Semua aku pulun.

Hari Isnin lepas, pegi pasar pagi kat kampung aku. Atau kat sana kitorang panggil Pasar Tani. Disebabkan pagi2 lagi dah hujan, so pegi pasar pun agak lambat la. Around pukul 11pagi kot.


Encik Tunang duk beli selipar.



Peniaga ni tengah buat putu halba.


Masa on the way balik kampung haritu, Encik Tunang ada tanya putu halba tu ape. Sebab dia ada nampak gerai tepi jalan tulis "Putu Halba". Haaa...ini la dia putu halba tu. ;p


Ada 2 jenis. Ubi kayu ngan beras. Aku beli dua2.




Oh, dah lama tak makan kueh ni. Beli RM3.
Teringat zaman muda2 zaman sekolah dulu.
Err...sekarang pun still muda apeee~ ;p



Ni hasil beli belah orang yang duk mengidam nak makan semua depan mata. ;p



1. Putu halba (ubi kayu).
2. Putu halba (beras).
3. Kuih manja.
4. Ketupat.
5. Err..ape nama nih. lupa plak.
6. Etok.




Encik Tunang dah mula makan etok. Kalau balik kampung sebelum ni, aku ada beli jugak etok ni. Tapi dia tak boleh makan. Lain macam katanya. Huhuu~



Budu..!! Hahaa~
Sangat best makan ngan kacang botol. ;p


Ini namanya Hamlet. Bukan HELMET, ok.
Sebut betul2.
Err..brape ea. RM1.50 kot. lupa dah. -.-




Tapi banyak2 makanan yang aku beli ni, bukan aku yang makan semua tau. Kebanyakannya aku beli untuk akak aku jugak. Akak yang sulung, yang memang duk kat kampung. Encik Tunang makan sikit. Tapi aku pun melantak jugak la sikit. Eh, betul. Sikit jer tau. ;p


Oh, rasanya ada lagi yang aku beli, tapi tak snap. Sempat beli buah pauh. Encik Tunang tanya buah pauh tu ape. Buah pauh tu buah mangga la kan? Dah lama tak makan. Huhukk~


Kalau ikutkan, banyak lagi yang aku nak beli. Tapi cukup2 la tu. Kalau ikutkan nafsu, memang la semua nak, kan. ;p




Thanks for reading. ;)


.

Terengganu - Klang - Nilai - Seremban - Banting.

Wahhh~ jauhnyer perjalanan. ;p


Hari Selasa, bertolak balik dari Terengganu. Bertolak dalam pukul 5.30 pagi. Aku bangun pukul 4.30 pagi. Woww~ tahniah pada diri sendiri sebab berjaya bangun tersangat awal. Aku ni bukannya senang nak bangun pagi. Pegi keje pun selalu lambat. Hewheww~ ;p


Berhenti kat Hentian Rekreasi Sungai Yu. Saje jer nak tengok sungai. Berhenti tak sampai 5 minit jer pun.





 Zon Bebas Sampah ea?
Tapi sampah berselerak kat bawah tu.




Takde orang pun kat Hentian tu. Takot jugak. Cepat2 ajak Encik Tunang blah dari situ.


Sejam lepastu, jumpa lagi jeram. Jeram Besu kot nama dia. Berhenti lagi cuci mata tengok sungai. Huhuu~




 Encik Tunang terliur jer nak mancing. Hewheww~ ;p



 Air sangat deras. Bahaya tu.



 AMARAN.



 Sebok jer nak bergambar. ;p



Sampai kat tol Karak/Genting Sempah dalam pukul 2 camtu. Terus pegi GM Klang. Disebabkan kami berdua memang tak tahu selok belok jalan kat sana, terpaksa la pusing ke Banting dulu, baru pegi Klang. Kiranya pegi Klang dari Banting la. Dah itu jer jalan yang kami berdua tahu & familiar. Biar jauh, dari sesat. Kan? ;D





Tak ramai orang kat GM Klang ni. Oh, kan haritu hari minggu.


Aku beli manik, untuk jahit kat baju sanding yang dah siap. Ada ke patut jahit manik pun senget2? Bengang tak? Huh. Nanti aku cerita kisah baju sanding tu kat entri lain, ok. And nak jahit kat kasut sanding. Supaya sama ngan baju. Hehee~ Tapi kasut pun beli lagi. Camno? Duk berangan jerla nih. -.-


Then ajak Encik Tunang cari cincin kat Nilai. Bukan Nilai 3, ok. Tapi tak jumpa yang berkenan. Ada yang cantik, tapi takde saiz. Tak boleh kecikkan cincin plak kat kedai tu. Boleh camtu ea. Aku ingatkan semua kedai emas boleh kecikkan saiz cincin kalo cincin yang kita nak tu saiz besar.


Pastu kitorang pecut ke Seremban, untuk cari cincin Encik Tunang. Pegi Jusco Seremban. Tapi takde jugak. Susah jugak rupanya nak cari cincin lelaki ni yer.




 

Balik Banting dengan hampa.


Penat tak tahu nak cakap lah. Dari Terengganu, terus ke sana ke sini. Haduii~ Balik ke Banting, aku plak yang drive. Encik Tunang tunjuk jalan sekejap, sebab aku tak tahu jalan balik dari Seremban ke Banting. Kalo lalu highway aku tau la. Ni ikut jalan dalam. Pastu terus dia tertidur. Huhuu~ kesian dia, penat sangat seharian drive sana sini.


Next entry, update plak pasal  misi balik kampung haritu.


Till then, thanks for reading. ;)


.

Sunday, April 8, 2012

JB - Banting - Terengganu. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke kampung halaman. =)

Salam hari Ahad semua!


Saya bersiaran dari Besut, Terengganu. Cewahh~ ;p


Semalam bertolak balik kampung. Johor Bahru -  Banting - Terengganu. Perjalanan yang sangat jauh. Aku bertolak dari JB pukul 9.30 pagi. Plan nak bertolak pukul 6pagi. Tapi bangun lambat. Memang hampeh la.


Sampai kat Banting dalam pukul 1 tengahari. Ambik Encik Tunang, and terus bertolak balik Terengganu. Tapi silap masuk highway SKVE. Kemain jauh lagi melencong. Hukhukk~ takpe2. Asalkan jumpa jalan keluar ke highway Karak sudah la kan. Maklumlah, kami dua2 memang tak tahu langsung jalan kat KL tu. Main redah jer. Kemain susah lagi nak jumpa jalan keluar ke highway Karak. -.-



 Yayy! jumpa jugak tol Karak. -.-



Terowong Karak.




Plan asal, aku mintak Encik Tunang drive dari Banting sampai Bentong jer. Then biar aku yang drive. Sebab kesian kat Encik Tunang. Sebenarnya dia baru jer balik keje pagi tu & sempat tido 3 jam jer. Tu yang aku nak bawak & nak suruh dia tido jer dalam kete.


Aku pulak, tido 4 jam jer malam tu. So, kiranya dua2 tak cukup tido.


Tapi Encik Tunang plak yang drive all the way sampai kampung. Maybe dia kesian kat aku kot. ;p







Stop makan kat Bentong. Makan ape? Nasi Beriani ngan ayam goreng, kuah kari. Perghhh~ memang best. Sebab dah lama tak makan Nasi Beriani kat kedai mamak. Tapi? Hancuss my diet. Walaupun ambik nasik separuh jer. Still NASI BERIANI & AYAM GORENG & KUAH KARI. T_T



 This is hilllarious.




 Cantik!




Mitsubishi Lancer. Hewhewww~ ;D
Kau hadoo?




Time maghrib, stop lagi kat Hentian Gua Musang. Sambung perjalanan around pukul 8 pm. Sampai kat Kuala Krai, mata aku dah tak tahan dah. Hampir tertutup & terlelap. Tetiba Encik Tunang tanya : tak ngantok ke? Macam tahu2 jer aku dah mengantuk tahap gaban. Rupanya dia pun dah tak boleh tahan mengantuk.


So, kitorang berhenti kat R&R jer. Tido lebih kurang setengah jam. Tapi risau jugak. Sebab tido dalam kete, berdua jer. Risau kalo tetiba ada orang datang ketuk tingkat kete "Assalamualaikum. Kami dari ...... " macam mana? Huiiiii~ seram betol. Tinggi betul imaginasi aku, kan. kehkehh~ 


Kitorang park dekat ngan restoran & depan pakcik2 yang tengah duk lepak kat situ. Reda jerlah aku. Bukan buat benda yang bukan2 pun. Kitorang ni musafirrrr~ -.-'


Around pukul 12 tengah malam, baru sampai rumah. Alhamdulillah. Walaupun lambat, selamat jugak sampai. 900kilometer jugak perjalanan aku semalam.


Penatnyer tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Encik Tunang? Walaupun dia yang drive & lagi penat dari aku, still dia gigih terus pegi memancing ngan anak saudara aku dekat ngan jeti Kuala Besut. Sampai2 jer, & lepas angkut barang masuk rumah, terus diorang pegi mancing.


Tak tahu nak kata apa dah. Biar jerlah dia pegi, lepas gian dia tu. Susah nak cakap ngan kaki pancing nih. Pukul 4pagi bari balik. Tak mengantok ke haa???




*p/s : ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan kat kampung ni. doakan semuanya berjalan dengan lancar. =)


.