Showing posts with label Grand Paragon. Show all posts
Showing posts with label Grand Paragon. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Berbuka Puasa @ Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel

Hari Selasa, bukak pose kat Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel. (erk~ BUKAK POSE ke?).


Not much picture, malas nak ambik gambar.




Sup Utara corner.
Sangat pekat & yummy.
Tapi too oily. Itu yang membuatkan rasanya bertambah lemak tu. ;p




Boleh pilih - gearbox, perut, daging. 
Boleh tambah mee. 
Hmmpphhh~ aku makan sikit jer. Sup perut + daging.




Durian goreng & jemput2 pisang corner.




My fav! 




Durian goreng yang sangat rangup & lazat. 
Nak2 kalo makan time panas, baru keluar dari kuali. 
Oh, totally irresistible.
Perghh~ meleleh air liru bila teringatkan durian goreng nih.




Ni salah satu meja kami.
Time ni hampir semua orang dah balik. 
Again, SUP TU SANGAT SEDAP! 




Eh, ini bukan untuk dijamah atau diratah.
Untuk tatapan semata2.




Hey, blom ready lagi!
Ni time nak balik dah. 
*pakai baju keje, dari office.




Overall, buffet ramadhan kat Cafe2 Para-Para2 nih memang best. Banyak lauk, banyak pilihan. Sampai tak ter-pilih dan tak ter-makan. Walaupun makan sikit2 for every menu, sungguh aku rasa sangat FULL sampai nak termuntah. Hahahh~


Nasi beriani (tak sampai 1 senduk), rendang daging, sate + nasi himpit, sup utara (daging + perut), daging BBQ, ostrich, durian goreng, aiskrim, kuih, buah - err...ini jer kot yang aku makan. Yang tak ter-makan - nasi goreng cina, rendang udang (eh, rendang ke ape ntah), bubur, jemput2 pisang, sate Arab (sate Arab ke daging Arab ntah), etc.


Harga buffet Ramadhan agak mahal la bagi aku. RM68++ seorang. ++ tu sila tambah service charge ngan tax yer.


Teringin nak pegi lagi. Sebab asyik duk teringatkan durian goreng tu jer. Maklumlah, hantu durian. Tapi nak pegi ngan Encik Suami plak. Asyik pegi ngan geng2 office jer. Tapi ntah bila ada peluang nak bukak pose kat sini ngan Encik Suami. T_T


Ok bye~


.

Thursday, July 22, 2010

A Birthday Lunch!

Semalam big boss cakap : we're having a Lunch tomorrow, at Grand Paragon. For your and Zul's birthday.

Woww. A birthday lunch? At Grand Paragon Hotel? Seriously?

Lunch untuk lawyers & chambering student jer. Aku sangat happy + terharu.

Tapi aku rasa kalo hanya birthday aku sorang jer, takkan bos nak belanja. Sebab birthday Senior lawyer tu la aku boleh tumpang sekaki. Siapa lah aku nih. Huhuu~~






Aku ambik gambar alas pinggan ni jer. Tak dapat ambik gambar makanan. Maklumlah, buffet. Banyak sangat makanan yang aku ambik. Tak payah lah ambik gambar orang yang makan tak sedar diri nih. Hahh~~ ;p

Btw, thanks a lot bosss!


.

Sunday, February 14, 2010

Dinner & Dance


Minggu lepas office aku ade organize Annual Dinner and Dance. Aku antara "insan2 terpilih" untuk jadi committee. Aku memang tak suka jadik committee untuk ape2 majlis. Sebab? Dari pengalaman - jadi committee memang tak best!

Majlis : Syed Alwi, Ng & Co (Johor Bahru) Annual Dinner & Dance 2010
Tema : D'Oscar Nite
Tarikh : 06.02.2010
Masa : 7.30 - 12.00 a.m
Venue : Sapphire 3, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
Dress Code : Dazzling & Glamorous





Sehari sebelum dinner, baru aku nak cari baju. Maklumlah, busy jer. Mane ade masa nak cari baju. Hajatnye nak pakai dress. Yang simple2 jer. Tapi dah puas aku round satu City Square, masih gak tak jumpa dress yang aku berkenan. Ada yang aku berkenan, tapi pendek sangat. Seksa plak nanti.

Akhirnya, aku pakai jer baju lama, yang dah hampir 3 tahun (kot) aku tak pakai. Baju tu aku pakai masa dinner Tahun Dua kat UKM dulu. hahahh~ nasib baik elok lagi baju tu, takde rosak2. Dan yang penting, masih muat lagi. Maklumlah, berat badan semakin naik. Dah makin chubby. huhuu~~ ;p




Red Carpet.

Tapi aku tak bergambar pon kat red carpet nih. Coz aku kan committee. Aku masuk dewan tu sebelum 7.30mlm. Photographer plak datang lambat. Lepas tu dah malas nak pegi bergambar kat red carpet tuh. huhuu~





Flowers. Roses.
Sponsored by Amy Florist (if i'm not mistaken). 





Ini lah committee untuk SANCO DnD ni.



Committee & Partners.




Di sebelah kiri aku adalah Masterku.
Ni 1st gambar yang aku bergambar ngan Master aku. huhuu~



Chambering Students & Partners.




Chambering Students, Lawyers & Partners.




Lucky Draw.

Aku dapat toaster (Sponsored by Mahayuddin bin Makmin - Auctioneer). Teringin gak nak dapat TV plasma (Sponsored by Wahidah bt Bachok - Auctioneer). Tapi aku taklah "se-BERTUAH" itu. Hanya yang "betul2 BERTUAH" jer yang dapat Grand Lucky Draw. Tuah yang "ditentukan" ke? hahh~~


Tapi semua orang dapat hadiah kat Lucky Draw tu. Yang membezakannya, hanyalah - besar atau kecik, mahal atau murah. Banyak dapat sponsor, banyak lah hadiah untuk Lucky Draw tuh. Yang penting, semua orang happy. ;)



Judge's Karaoke Competition Ballot.




Buffet.




Yummy!



Antara makanan yang dihidangkan. Semua makanan malam tu memang best. Especially sup, udang, ayam & lamb roll. Tapi aku tak sempat nak makan puas2. Biasalah, kalo dah cadi committee hih. Ughh~ itu yang aku benci kalo jadik committee. Tak menikmati majlis 100%..!! Termasuklah makanannye. :(

Lagi pon, buffet sampai pukul 11mlm jer. Lepas tu, orang2 hotel tu akan angkut lah semua makanan tuh. Majlis kitorang plak sampai pukul 12mlm. Banyak tul makanan yang tak abes. Membazir jer kan.



Pehh~~ lamb roll ni sangat, sangat bestt!!



Candid.Aku tengah me-rekod performance dari group Litigation.




Performance - from Liti D'Best
Hahahh~ ni group Litigation. Menang beb - No 1
. Memang Liti D'Best!!



Diorang buat telenovela. Memang best lah. Cite pasal satu pasangan yang dijodohkan oleh keluarga. Then masa bersanding, makwe pengantin lelaki boleh lak datang kat persandingan tu. Akhirnya pengantin lelaki pilih isteri gak. Memang kelakar. Aku cuba kontrol ketawa aku. Sebab aku tengah record. Nanti kang dengar suara aku jer kat video tuh. Tapi ade yang ketawa power punyer. Maybe tak tahan sangat kot. Tak caya, cuba dengar :-






*sorry, very low-quality video. xp



Bersempena ngan tema DnD tu (iaitu D'Oscar Nite), banyak gak lah anugerah yang diadakan, iaitu :-
Most Stylish SANCO - won by Katty
Most Talkative SANCO - won by Cik Kelly
Most Cool SANCO - won by Abang Idris
Most Favourite SANCO - won by Ms Latha [our big boss. hehee~ ;) Ade ape2 ke ni? ;p]

Untuk empat award ni, kitorang dah distribute ballot sebelum dinner & kutip seminggu sebelum dinner.


Untuk dress plak :-
Best Male - won by Abang Razak
Best Female - won by Izan

Untuk dua award ni plak, kitorang distribute ballot masa dinner tuh.


Yang ni plak bos yang pilih ;-
SANCO Icon - Shanta

Ini pekerja terbaik lah. Macam dah boleh agak dah. Coz Shanta memang dah lama keje kat situ. Dalam 17tahun, kalo tak silap aku. Lama giler. Tak boring ke? ;p Dan aku rasa, dia memang dah layak jadik lawyer. Coz aku rasa, semua dia tahu. Ade certain benda tu, aku sendiri pon tak tau. huhuu~ ;p

Di akhir dinner tu, ade la dancing sket. Dah nama Dinner & Dance, kan. Best jer diorang menari. Aku tak join lah, coz aku memang tak pandai menari. Pastu Abang Id suruh aku join gak. Yerlah, aku pon join lah, Nanti orang kata tak sporting plak.

Mak aihh..punyerlah kaku. Maklumlah, sebelum nih tak pernah menari. Lagipon bukan kaki clubbing (eh2,,ape kena mengena ngan clubbing plak,kan.hahahh~~ ;p)

Nasib baiklah semua lagu rancak. Ikut jerlah step diorang. Semput gak aku time tu. Berpeluh2. Tu lah, tak pernah exercise kan. huhuu~~

Btw, malam tu memang sangat2 me-release-kan tension aku. Lupa jap kat bebanan dalam kepala aku nih. Tengok diorang perform, menyanyi, menari, & macam2 lagi la gelagat diorang. Termasuk lah time aku dancing. Hilang stress. hahahh~~

Malam tu, aku tido kat hotel jer. Coz committee memang dapat bilik free. Lepas dinner, kitorang kena kemas barang2 kitorang yang ada kat situ. Dinner abes dalam pukul 12mlm. Dah siap2 kemas, balik bilik dah dekat pukul 1pagi. Dah time camtu, takkan lah aku nak suruh orang datang ambik lak. Dah lewat sangat. Malas nak menyusahkan sape2. So, better aku tido kat hotel tu jer.

Anyway, DnD ni memang best. Bos pon dah congratulate kitorang. Hehee~ harap2 tahun depan lagi best dari ni. Dan harap2 tahun depan aku bukan lagi committee!! (itu pon kalo aku ada lagi kat situ tahun depan ;p)


.