Showing posts with label earth hour. Show all posts
Showing posts with label earth hour. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Do support Earth Hour.



*Do support Earth Hour tonight*
Swith off the lights!
8.30 - 9.30pm
60minutes could save our earth. =)




Masa duk beli barang kat Tesco petang tadi, diorang buat pegumuman, pasaraya tu akan switch off sebahagian lampu selama 10minit sahaja. Takpe la, 10minit pun dah ok, at least support jugak. Yerlah kan. Tak boleh switch off semua lampu & tak boleh la switch off selama 1 jam. Bahaya! Nanti kang tak pasal2 bila dah switch on lampu balik, rak2 kat pasaraya tu dah kosong! hahaa~ jangan ada sesapa yang ambik peluang nak memanjangkan tangan jerla ea.


Dan hari ini juga hari tanpa plastic bag. Tadi pegi Tesco & Pasaraya Hwa Tai. Gigih beli barang bawak kat tangan camtu jer. Takde plastic bag. Lupa nak bawak beg lain untuk letak barang. Hahaa~


Ok bye~



Sunday, March 27, 2011

Earth Hour | awak buat apa?

Malam tadi pukul 8.19 malam aku dah tutup lampu. Sebab time tu nak mandi. So, better aku off lampu awal2 la kan. Nanti kang dah siap mandi, lebih pukul 8.30 pulak. Yeah, mandi bertemankan cahaya lilin. Wahahaa~ ;D

Hajat di hati nak off semua perkakas elektrik, kecuali peti sejuk ngan kipas. Tapi takot la pulak nak duk dalam gelap camtu. Padahal bukannye tak biasa duk dalam gelap. So, aku bukak jer TV dan laptop.  At least ada jugak cahaya dah tak gelap sangat.

Ntah la kenapa sejak akhir2 ni jadi penakut sangat. Kadang2 tengok cerita hantu pun boleh teringat2 dan rasa macam terbayang2 jer hantu tu.  Kalo dulu, ade la berani sket. Macam malam tadi la. Rasa takut sedangkan masa tu baru pukul 8 lebih, dan kat luar masih terang benderang. Cehh~

Oh, jiran2 kat sini tak tutup lampu. Suasana terang benderang jer kat luar. Sama ada diorang tak tahu pasal Earth Hour ke, atau memang malas nak support.

Duk dalam gelap camtu rasa lapar plak.  Malas nak keluar malam2 pegi beli makanan, dan takmo masak (bukan malas. ;p ). So, makan megi jerlah.


Hello Mr. Panda.
Kesian mug Minnie Mouse, jadi mangsa untuk letak lilin. ^^
Candle light dinner lah konon nih. huahuaa~


Mee Ruski perisa Tom Yam. Perghh~ memang feveret aku lah megi nih. Sebab pedas kaw2, dan memang terasa rasa tom yam dia. Kalo dulu, rasa macam tak cukup jer satu bungkus. Dah macam ketagih. Tapi sekarang...dah tak berapa berselera nak makan. Semalam pun makan tak abes megi nih.



Ok bye~


* p/s : lapar la pulak. blom breakfast lagi. :|


.

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour | jangan lupa tutup lampu 8.30 malam ni

Earth Hour kembali lagi. Sape2 yang tak tau pasal Earth Hour, sila KLIK KAT SINI. Melampau lah kalau tak tau, kan. Tapi ade jugak yang tak tau. Alaa..dulu aku pun tak tau pasal Earth Hour ni.


switch off the lights!



(Click picture for a larger view)
  
Imej yang di ambil oleh satellite NASA pada 2008. 


Perghh...betapa banyaknye penggunaan lampu kat dunia ni. Sampaikan dari atas langit sana pun boleh nampak dengan jelas. Itu baru gambar separuh dari dunia. Jadi, mari lah kita sama-sama men-join-kan diri untuk support Earth Hour ni. Walaupun apa yang kita buat ni sangat kecik jer sumbangan untuk selamatkan bumi ni, berbanding dengan kerosakan yang bumi dah alami. Ibarat rosak 200%, tapi yang kita satu dunia buat ni cuma 0.001% jer menyumbang untuk memulihara bumi ni. Tapi takpe, tetap bermakna. Dari tak buat langsung, kan.


Lagi satu jam sebelum Earth Hour bermula. Jangan lupa tutup lampu, ok. Kalo nak tutup semua perkakas elektrik pun takpe, lagi bagos. Biar kau berpanas dalam rumah tu (kalau duk dalam rumah la). Dan barang2 dalam peti sejuk habes cair. muahahaa~ 




Sunday, March 28, 2010

Earth Hour

*image by Windows Live & MSN


This is the first time i'm participating in Earth Hour.
Tahun lepas keadaan tak mengizinkan.hehee~
Begitu juga dengan tahun-tahun sebelumnya. ;p

So, duk dalam gelap la semalam.
Satu jam sahaja. Tak rugi pun, kan.

the website : http://www.earthhour.org/


.

Tuesday, April 14, 2009

Earth Hour


Earth Hour kn dh dua minggu (lebih) yg lepas?

a'a, memang. 28/03/2009. kn?

tapi aku saje je nak post entri pasal ni, nak jugak walaupun dah lepas. sebenarnye aku tengok gambar2 mock trial, tiba2 teringat pasal Earth Hour. sebabnya, masa tu aku dan kawan2 yg bijaksana (hehee~) tgh sibuk buat persediaan terakhir utk mock.

masa tu aku kat umah mei na. dlm pukul 8.30 mlm, Encik Kuneng call.

tutup lampu tak?

tutup lampu? owh, a'a la. sekarang Earth Hour kn.

kitorg tgh buat keje. sejam tu sgt berharga. takde maknanye (ade makna,tp msa tak sesuai) nk switch off lampu sejam. camane nk buat keje?

aku sayang bumi (kenyataan yg sgt poyo,tp amat ikhlas). bumi ini sangat penting. tapi mock trial lagi penting. hehe~

yerlah, sbb keesokan harinya (29/03/2009) adalah hari mock trial kitorg.
aku ade gak plan nk join Earth Hour ni. tp tak terdaya. cehh~

ape yg aku buat mase Earth Hour? ini...



akhir kata, sayangi lah bumi. hee~ :)


.