Showing posts with label Koh Samui. Show all posts
Showing posts with label Koh Samui. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Monday blues

Hello! 

Harini masuk keje setelah 5 hari bercuti. Eh...6 hari kalau termasuk hari Ahad semalam. 

Monday blues sungguh. Malas nak masuk keje. Pastu bila masuk keje, terus mengadap keje yang 'timbul' masa aku cuti haritu. Pagi2 dah emo. Haihh...

Pastu mengantuk sampai ke petang. Penat bergulung masih belum hilang nampaknya. Penat bercuti, penat mengharungi perjalanan yang penuh 'mencabar' dari Chaweng - Nathon - Donsak - Suratthani - KL - JB. 

Bercuti ke Koh Samui naik Air Asia adalah sangat memenatkan. Lagi2 kalau bawak luggage berat. Kalau taknak penat melampau, sila la naik Fireflyz, boleh terus turun ke Koh Samui. Tapiikkkkk......mahal la pulak harga tiketnya. Hukhukk~ 

Takpe la, bersyukur la dengan kemudahan dan kelebihan yang ada. Alhamdulillah...tenkiu Encik Suami, tenkiu AirAsia. Eh gituuu.... 

By the way, entry ke Koh Samui takkan di post dalam masa terdekat ni. Maybe dua bulan lagi. Sebab sesetengah perkara tu aku tak boleh reveal sekarang. Kang tak best pulak bercerita kalau duk berkias2, kan. Perahsia konon! Hewheww~

InsyaAllah aku update pasal trip ke Vietnam dulu. 

Till then, thanks for reading.

Oh sebelum tu, layan dulu beberapa gambar masa kat Koh Samui. ;) 













Ni jer gambar yang aku larat bukak, resize & letak watermark sekarang ni. Mengantok yang amat! huhuu~

Ok bye. Thanks for reading. ;)




.

Thursday, June 20, 2013

5 more days. Hotel booked.

Hello peeps.

Harini bangun pagi2, terus on laptop dan teruskan misi survey hotel yang tergendala sejak sekian lama. Dah lama duk survey2, banding2 harga. Ada la aku berkenan beberapa hotel. Tapi aku tinggalkan dulu keje survey2 tu. Lagipun penat sangat la sejak dua menjak nih. Balik rumah jer, terus tido. Balik rumah, online fb sekejap, pastu tersengguk2 depan laptop. -.-

Harini baru nekad nak book. Sebab dah last minute sangat dah ni. Hahaa~

Kejutkan Encik Suami, tanya dia hotel yang mana yang ok. Terus book. 

Lagi 5 hari. Malas dah nak fikir pasal hotel ni. Book ajerlah yang mana yang ok, murah dan yang penting, hotelnya kat tepi pantai. Boleh bersenang lenang di tepi pantai dengan Encik Suami. Kata pegi pantai, harus la kena bersenang lenang di tepi pantai. Gituuu.....

Lagipun kat Koh Samui tu kebanyakannya private beach. Nanti tak pasal2 kena halau kalau pegi kat pantai diorang.







Hotel biasa2 jer. Yang penting, murah. Murah la bagi kami yang budget nih. Kehkehh~ 

Tak bayar sekarang. Bayar masa kat sana jer. Tapi tak sure lagi la bayar masa check in ke check out. Masa ke Krabi dulu, bayar masa check out. Tapi masa ke Langkawi, bayar masa check in. Depends pada hotel kot. 

Ok bye. Thanks for reading. ;)




.

Wednesday, June 5, 2013

Booked. 3 more weeks



Dah berjaya booking ini. Hari Ahad lepas.



Harga termasuk meal untuk perjalanan dari URT ke KL.
Murah? Maybe some of you know why.  :)



Sebenarnya aku nak book dalam minggu ni. Tapi takut tiket sold out pulak. Dah la flight Air Asia ke sana hanya 3 kali seminggu jer.

Sekarang tinggal pilih & book hotel jer. Sebelum ni dah survey2 hotel. Tapi macam susah plak nak jumpa hotel yang berkenan di hati. Kalau berkenan pun, tak sama dengan kemampuan poket kami. Bahaha~ ;p

Then kena google2 apa yang menarik kat sana, mana nak cari halal food (setahu aku kat sana memang susah nak dapat makanan halal, tak macam kat Krabi), etc.

Sebelum ni dah google2 banyak benda. Tapi dah lupa. Hahaa~

Sekarang kena meng-Google balik and jot down everything. 

3 minggu lagi! ;)





.