.
Monday, February 14, 2011
Tuesday, February 16, 2010
Valentines

Aku rase hampir semua pasangan celebrate Valentine nih. Aku plak, tak kesah pon celebrate ke tak. Sebab aku rase, nothing special lah dengan Valentines Day nih. Buat ape nak mengagung-agungkan Valentines Day? Lagipun, aku rase ramai yang dah tahu asal usul/sejarah Valentines Day. Sebelum ni pun (tahun lepas) aku ade post entri pasal tu;
Kalo betul2 nak menghargai pasangan, setiap hari pun korang boleh menghargai pasangan korang. Hari lain pun korang boleh tunjukkan kasih sayang korang. Sebab kalo korang betul2 sayangkan pasangan korang, setiap hari adalah hari kasih sayang. Betul tak?
Dua hari lepas, aku tengok berita. Tak berhati perut sungguh MANUSIA yang buang baby dalam tong sampah, then dibakarnya baby tuh. BINATANG pun tahu sayangkan anak. tak BERPERI-KEBINATANGAN sungguh manusia yang buat camtu.
Kalo yer pon taknak baby tu, bagi jerlah kat orang lain. Berapa ramai pasangan suami isteri yang takde anak dan sangat2 memerlukan anak dalam dunia nih, sampai sanggup beli anak dari orang lain.
Ini lah salah satu contoh, kesan dari perbuatan MANUSIA yang mahu menutup malu (mungkin). Diri sendiri yang buat dosa, anak yang tak berdosa plak yang jadi mangsa.
Bersempena dengan Valentines Day nih, aku percaya dalam masa beberapa bulan lagi, akan makin banyak kes macam ni. Tahu saje lah macam mana kebanyakan pasangan zaman sekarang sambut Valentines Day.

Contohnya, dalam berita semalam. Ade ke patut, PURA-PURA PENGSAN masa kena tangkap basah. Pencegah maksiat terpaksa mintak bantuan polis untuk pecahkan pintu bilik hotel. Dah sejam, baru pintu bilik tu boleh dibukak. Itu pun polis yang umpil pintu. Pengsan sejam ke? Buat lawak plak. Si pompuan plak, menyorok bawah katil. Dah takde tempat lain nak menyorok ke? Aku rasa, itu la tempat pertama yang pencegah maksiat akan check. Hahahhhh~~~
Whateverlah kan.
Aku plak, sambut Valentines Day ngan DEMAM. hahahh~~ Tak celebrate lah. Maksud aku, hari Valentine tuh aku demam. Lagipun dia jauh di sana. Kalo aku tak demam & dia dekat sekalipun, aku tak sambut jgak. Takde keperluan nak sambut Valentines Day! *maksudnya, sambutan Valentines Day tuh tak diperlukan! ;D
Ape2 pun, Selamat Hari Kekasih! ;)
. Tweet
Saturday, February 14, 2009
Valentine & Keseorangan?
Arini hari Sabtu, 14 Februari 2009, iaitu Valentine's Day. Disebut juga Hari Valentine, Hari Kekasih, atau Hari Kasih Sayang. Dan arini aku nak cakap pasal Valentines Day (aku sebut Valentines Day jer lah yer). Ade beberapa isu yang aku nak ketengahkan di sini, & isu ni dah ramai sangat orang perkatakan. Aku just nak bagi pandangan aku jer.

Sebelum tu, kite kena paham - ape itu Valentines Day? Aku rujuk Wikipedia ;
Valentine's Day or Saint Valentine's Day is a holiday celebrated on February 14 by many people throughout the world. In the West, it is the traditional day on which lovers express their love for each other by sending Valentine's cards, presenting flower, or offering confectionery. The day was originally a pagan festival that was renamed after two Early Christian martyrs named Valentine. The day became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucher in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.
Kat sini aku highlight-kan pagan festival dan jugak Early Christian martyrs. Kalo pagan, mesti la korang dah tau ape maksud dier, kan? Secara umumnya, mesti la bermaksud TAK BERTAMADUN. Tu maksud yang aku tau la.Kalo ade salah, sile lah perbetulkan aku.
Ape plak maksud martyrs? Korang boleh rujuk kat answer.com; atau kat Wikipedia. Yang aku paham, martyrs ni konon2nye pejuang atau pahlawan diorang lah, pejuang untuk menyebarkan agama, kepercayaan, dan sebagainye.
Dari mane datangnye Valentines Day ni? Yang aku tau, nama Valentines ni diambil sempena nama pahlawan Sepanyol, iaitu St. Valentino. Dan Valentines day ni disambut bagi meraikan kejayaan orang Kristian mengalahkan orang Islam dalam Perang Salib. Aku ade bace satu blog ni, dier cakap camni;
Valentine’s Day ni berasal dari negara Spain. Berkisarkan kejayaan seorang paderi bernama Pedro St. Valentino yang berjaya menewaskan dan menyembelih umat islam yang secara tidak langsung menjatuhkan empayar islam di sepanyol. pada tanggal 14 Februari 1492 dan kejayaannya itu diketahui seluruh pelusuk spain sehinggalah dia dipanggil mengadap Permaisuri pada ketika bernama yang bernama, Isabella. Permaisuri Isabella ni tanye dia nak ape sebagai ganjaran. Dan paderi tersebut berkata ingin mengahwini kekasihnya. Permaisuri naik berang dan penjarakan paderi tersebut. Maklumla Paderi mana boleh ade kekasih. Walaubagaimanapon permaisuri tu tetap meraikan kejayaan menewaskan dan menyembelih umat islam di tanah Spain. Maka Velentine’s pon diraikan oleh semua pasangan kekasih di Spain dan mereka dibenarkan untuk membuat apa sahaja yang mereka suka. Kesimpulannya di sini, dalam hakikat kita menyumpah orang Yahudi yang menghina Rasulullah, tetapi kita masih alpa kerana kita juga sentiasa turut meraikan Valentine’s Day yang disambut sebagai kejayaan musnahnya orang islam setiap tahun. Pendek kata tepuk dada tanye selera.
Dasat gak crite asal usul Valentines Day nih. Haishh,,tepuk dada, tanye selera. Tul tak?
Persoalan - boleh ke kite sambut Valentines Day?
Aku bukannye nak cakap pasal hukum Islam ke ape. Nak berdebat jauh sekali lah. Sapelah aku nak berdebat pasal hukum hakam nih. Tapi berdasarkan kisah asal usul Valentines Day nih, kalo pikir secara logik pun, dah tentu lah tak boleh sambut (haram). Tapi kite tetap sambut gak kan?
Persoalan lagi - PERLU KE kite sambut Valentines Day?
Tapi sebelum tu aku nak tanye; nape sambut Valentines Day? Mungkin ade yang jawab;sebab nak tunjukkan kasih sayang. Yerlah, kan hari kasih sayang. Tapi nape nak tunjuk kasih sayang hanya pada hari Valentine jer? Hari laen? Takde KASIH SAYANG eh? Atau; kenape perlu lebihkan kasih sayang pada hari Valentine jer? Hari laen kurang kasih sayang ke? Perlu ke sambut valentines day?
Pandangan aku.
Bagi aku, smua tu bergantung pada niat masing2. Kalo takde niat nak meraikan Valentines Day macam simbolik asal usul bnde ni, aku rase takde masalah kot. Dan kalo tak sambut berlebihan atau secara melampui, sehingga melebihi batas yang sepatutnye, tak de lah jadi isu sangat. Ape yang melebihi batas tu? Korang pikir la sendiri. Masing2 dah besar kan.
Dan aku plak, bukannye aku nak cakap tak boleh sambut. Yerlah, sape la aku ni nak ckp camtu, sedangkan aku sendiri pun banyak kekurangan. Aku sendiri sambut ke Valentines Day ni? Ntah la. Susah nak cakap. Aku ade jgak bagi kad untuk Encik Kuneng. Tapi rasenye takde la sambut melebih2 kot. Kad tu pun aku pos jer. Kan duk jauh. hahh~~
Satu lagi yang aku nak cakap - pasal berseorangan di hari Valentine. Aku nak tanye korang; jadi satu masalah ke? Ade sesetengah orang nih, macam tak boleh plak sorang2 mase Valentines Day. Sama ada sorang2 sebab takde pakwe/makwe, atau duk jauh ngan pakwe/makwe. Apehal?? Bagi aku, ntah pape lah. Ape masalahnye kalo sorang2 pun? Jadi MASALAH BESAR KE? Tu semua pemikiran tak matang lah. Pemikiran budak2. Macam lah desperate sangat nak ade pakwe/makwe, atau nak ade orang temankan mase Valentines Day. Nampak sangat cam takde life. Macam lah wajib sambut hari Valentine. Tak logik tul. Menyampah pon ade bila dengar ade orang cakap camtu.
Ape2 pun, smua ni hanyalah pandangan aku, manusia yang kerdil dan banyak kekurangan idea (ape punye ayat nih?). Takde maksud nak perkecilkan sape2, takde maksud nak memperlekehkan sape2,& takde maksud nak buat sape2 kecik hati.

.
TweetThursday, February 12, 2009
Heart-shaped Valentine Pins
Untuk pengetahuan semua, aku ni memang suke bnde2 yang handmade. Sebab aku boleh meng-ekspresikan (entah betul ke tak perkataan ni) idea aku yang ade dalam otak nih. Boleh la ber-kreatif sket. Contohnye, kalo nak bagi kad untuk pakwe aku, aku suke buat sendiri jer. Kad hari jadi, ulang tahun (ceh,ulang tahun plak), hari Valentine or just bagi untuk suke2 je.
Tapi kalo kad raye, beli jerla. Tak pandai lak nak ber-kreatif kalo pasal kad raya ni. Aku suke buat sendiri jer, sebab lagi puas hati, boleh buat exactly macam yang aku nak. Kalo beli kat kedai, susahnyer nak jumpe yang betul2 berkenan. Bukannye kedekut nak beli yang kat kedai. Dan untuk pengetahuan semua, yang buat sendiri ni kadang2 kos nak buat dier lagi mahal dari yang beli kat kedai. Caye tak?
Eh, dah merepek ke laen plak. Aku sebenarnye nak cakap pasal heart-shaped pin tadi. Pasal kad2 tu semua, nanti lah aku cerita laen kali plak. Lagipun, kne mintak izin pemilik kad tu yang sekarang ni (Encik Kuneng). ngeehh~
Yelah, kan dah jadi hakmilik dier. Tak boleh la suke2 cerita pasal barang orang laen,atau nak siarkan gambar barang orang yang secara jelasnya hakmilik peribadi. Private lg.
Ok, pasal heart-shaped pin tadi. Ni lah gambar yang telah menarik perhatian aku.

memang comel.
ni materials dier.Kalo ade sape2 yang nak buat heart-shaped pin ni, ade langkah2 dier. Pegi je kat purlbee blog. Senang sangat nak buat dier. Hanya perlukan masa, ketelitian & kesabaran. Maklumlah, nak buat bnde kecik. Materials tu plak, pandai2 la korang cari k.
Selain pin berbentuk hati ni, ade banyak lagi la bnde2 yang hand made kat purlbee. Comel2 laktu, especially yang untuk Valentines Day. Contohnye, Sewn Paper Valentines dan jugak Handmade Valentines. Hah, boleh buat kad ucapan Valentine,kan? Tapi aku dah hantar dah kad untuk Encik Kuneng (tapi kad tu agak menyedihkan. Encik Kuneng, mintak maaf sgt2 (*_*). Mungkin boleh gune idea tu untuk tahun depan. Eh,tak boleh kot. Sebab aku dah ade idea untuk kad tahun depan. Ngehee~ mesti korang tak caye. Pape jerlah.
Sewn Paper Valentines

Handmade Valentines








