Showing posts with label baju family. Show all posts
Showing posts with label baju family. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

Jalan-jalan cari barang @ Kota Tinggi

 
Hello lovelies~
 
 
Seminggu blog ni dibiarkan berwasang. Eh silap. BERSAWANG.
 
 
Tersangat lah busy minggu lepas. Banyak sangat perkara yang perlu di-settle-kan.
 
 
Hari Ahad lepas pegi bayar balance 80% harga pelamin. Lagi 20% kena bayar lepas wedding. Lepas pegi butik akak tu, terus pecut pegi Kota Tinggi. Nak cari baju untuk akak yang sulung untuk dia pakai masa resepsi kat JB nanti.


Untuk resepsi JB, aku just beli baju untuk dia jer. Family members yang lain, beli sendiri. Tak tahu la seragam ke tak nanti. & tak tahu la semua ikut tema ke tak. -.-


Satu lagi misi datang sini, nak cari tudung untuk resepsi, untuk baju yang dah siap tu.


Kat sini pun ada kedai jual barang kelengkapan pengantin jugak. Boleh tahan berbaloi harga kat sini.

Ape ntah nama kedai ni. Lupa plak. -.-'


Punyer lah penat pusing2 jelajah semua kedai. Susah betol nak cari baju yang sesuai untuk akak aku & sama ngan tema. Akhirnya dapat jugak beli baju + 2 tudung untuk dia. Tudung untuk pakai masa majlis kat Terengganu & JB.


Tudung untuk resepsi aku pun sama jugak, susah nak jumpa yang betul2 sama ngan warna baju. Aku nak beli tudung plain jer. Tapi tak banyak kedai jual tudung plain. Banyak jual tudung yang penuh ngan manik2. Last2, aku pilih tudung yang gelap sikit dari warna baju tu. Ok la, sebab sama tone. Banyak rupanya tone purple lembut nih. Banyak yang purple pink. Nasib baik ada tudung yang sama tone ngan baju aku.


Sangat penat + letih + dehidrat. Cuaca sangat panas.


Baju tu dah pos kat akak kat kampung. Malangnya bila dia try, tak muat!! Aiyyaaaa~ biasanya kalo aku beli baju kurung untuk dia, saiz tu la yang aku beli. Makin gemok ke ape akak aku nih? Last2, akak aku yang lain ambik baju tu. Nanti dia belikan baju lain plak untuk akak sulung.


Keciwa betol. Sebab aku memang suka ngan baju tu & nak dia pakai. Biasanya dia pakai baju kurung jer. Baju yang aku beli tu macam jubah, tapi macam dress pun ada. Takpe la, mungkin takde rezeki. :|



.

Wednesday, March 7, 2012

Baju family. Beli kain lagi.

Sebelum ni aku dah beli 8 pasang kain untuk family. Ni untuk diorang buat baju untuk majlis sanding aku nanti. Then beberapa hari lepas tu, my sister yang kat Terengganu sana ada timbulkan satu isu pasal baju family ni. Lepas bincang2 discuss ngan dia, kitorang decide kena beli lagi beberapa pasang untuk beberapa ahli keluarga yang lain.


Hmmm...sebelum ni aku tak beli untuk diorang sebab aku tak tahu pun diorang nak balik ke tak time wedding aku nanti. Then aku pun tak sempat dah nak fikir. Banyak benda lain yang aku duk fikir time tu. So, untuk mengelakkan ada yang terasa hati atau tak puas hati, better belikan jerlah. Walaupun terasa pedih mengalirkan lagi beberapa ratus dari purse yang memang tak tebal pun. T_T


So, lepas confirmkan berapa orang lagi yang kena belikan kain, hari Sabtu lepas lepas balik dari keje (half day), terus pegi Jakel kat Tampoi.


Masa nak pegi Jakel tu punyerlah jalan jem teruk. Tak bergerak langsung! Korang bayangkan (orang yang tahu jalan kat JB), dari depan Plaza Angsana nak ke Jakel Tampoi tu ambik masa 40 minit! Biasanya kalo jalan tak jem, tak sampai 30 saat kot. Tensen kepala otak.


Rupa2nya ada accident kat Taman Kobena, depan Pulai View Kondominium. Dah agak dah. Kereta tu terbalik, minyak kereta bocor kat atas jalan. Perghh~ seram pulak aku tengok. Jangan meletup time kitorang lalu sudah lah. Nauzubillah...mintak dijauhkan.



Ok, berbalik pada cerita.



Kain letak kat lantai jer.
Sedihhh~




Masa ni Jakel tengah ada sale. Memang bersepah lah kain sana sini. And tahu tak harga kain yang aku beli haritu murah RM10 berbanding dengan harga 3 minggu lepas? Perghh~ kalo tak, dah boleh jimat RM80! Kau tahu tak nilai 80 hengget tu kat B2B yang budget macam aku nihh?? T_T


Actually kain yang aku beli haritu dah habis. Aku dah tensen dah time tu. Nak beli yang mana? Takkan nak beli yang tak sama plak. Nasib baik ada kain yang corak sama, warna sama, tapi tone lain sikit dari kain haritu. Aku pilih yang tu jer.


Aku nak beli lagi 6 pasang. Tapi too bad, hanya cukup 5 pasang jer. Dah takde stok. Satu pasang lagi kena pilih yang lain. Pilih punyer pilih, nasib baik ada kain yang warna dan corak lebih kurang sama jer. Cuma harga mahal sikit. So, aku pilih yang tu untuk sepasang lagi.


Haritu dah beli 8 pasang. Jadi, total 14 pasang semuanya. Melayang beberapa ratus dari purse yang semakin menipis dan akaun yang semakin berkurang digitnya. T_T


Takpe, asalkan semua orang puas hati.



.

Monday, February 13, 2012

Baju family.

Baju untuk family! Sekarang kalo tengok, hampir semua majlis kawen, family akan pakai baju yang sama. So, aku duk plan nak belikan kain baju kurung untuk kakak2 dan kakak2 ipar dan jugak anak2 saudara aku. Dah lama duk berkira2 nak beli. Tapi baru sekarang berjaya beli.


Semalam pegi beberapa tempat untuk survey kain baju kurung untuk baju family. Aku ajak akak aku teman. Sebab aku memang failed bab memilih barang untuk orang nih. Kang berjam2 aku duk pilih, end up tak beli apa2. <--- pengalaman.


So semalam pegi Plaza Angsana. Masuk Kamdar. Takde yang berkenan. Masuk Gulati's Silk House. Pun takde yang berkenan. Harga pun giler tak termampu. -.-'


Then pegi Jakel kat Tampoi. Survey punyer survey, memang banyak yang cantik. Tapi takde yang memenuhi kehendak aku. Err...penting ke kehendak aku, walaupun bukan aku yang pakai? Eh, mesti la penting. ;D


Aku nak cari kain warna hijau turqoise. Takpun, warna hijau lembut. Baru nampak sweet. Gitu? Hehehh~


Tapi susah betol la nak jumpa. Kat Jakel tu plak banyak yang jenis RAINBOW. Maksud aku, banyak sangat kaler dalam satu kain. Tak sesuai kot untuk buat baju family. Akak aku pun cakap "mabuk" kain camtu. Paham tak? Hahahh~ ;p







Last2 kitorang pilih kain yang warna gelap. Itu la yang kitorang paling berkenan. Sedihhhh~ Tapi takpe la, coz cantik la jugak kain tu. Anddddddd....terbang jugak beberapa ratus dari purse aku nih. Semua sekali aku beli 8 pasang. Pejam mata jer bayar. Takkan la nak bagi family pakai baju yang murah jer, kan. Tak sanggup plak aku nak buat camtu. Aku pun nak family happy on my big day. ;)


Ni la dia kain tu --->






Ada batu kristal ke swarovski ke ape ntah nama dia.


Kain ni kaler hijau. Bunga kaler biru. Kalau ikutkan aku, aku beli kain yang plain jer. Sangat berkenan ngan kain chiffon. Cantek, kan kalo buat baju family. Tapi akak aku cakap, yang ada bunga lagi cantik.


Yerlah, kalo kain plain, nak kena tambah manik @ sulam plak, kan. Baru cantek. Kalo chiffon, kena ada lining. And kalo nak jahit baju yang ada lining, makin bertambah la upah tukang jahit. Nanti menyusahkan family plak nak jahit baju mahal2. Ok la, aku ikutkan jer.


Sepatutnya aku beli kain ni awal2 lagi, kan. Takot diorang tak sempat nak hantar jahit jer. Lagi 3 bulan lebih jer ni. Hopefully takde la yang tak pakai baju tu. Kang aku plak yang tak senang hati atas pelamin. Hahaa~

Ok bye~



.