Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Monday, April 13, 2015

Bangkok 2015

Assalam dear readers!
 
*6 bulan tak jenguk blog. kehkeh~
 
 
Tiga minggu lepas, aku ke Bangkok. Office trip. Bawak si kecik ni. Suami tak ikut.
 
 
 
Sebelum berlepas. Senai Airport.
JB -  KL - Bangkok
 
 
Sungguh, macam tak percaya boleh survive 4 hari 3 malam berdua tanpa suami. I mean, travel berdua tanpa suami. Handle si kecik ni sendiri. Memang ada colleague & staff yang tolong (tolong jaga, tolong dukung, tolong bawak barang etc), tapi most of the time Rabbani memang dengan ibu dia jer.
 
 
 
 Babywearing made easy. :)
 
 
Floating market.
 
 
 
 
 
Pengalaman travel (berdua) dengan anak?
 
Anak ibu tak banyak meragam. Bawak ke mana2 pun dia behave sangat2. Diam jer dlm carrier. Langsung tak susahkan ibu. Tipu la kalau cakap tak meragam langsung. Tapi alhamdulillah he's such a good boy! Boleh pegi dgn semua orang. Orang ambik dukung dia pun dia tak kisah, takde nangis2 ke ape. Yerlah, suka la kena dukung! Hihii~
 
Semua suka ngan budak botak ni. Dalam flight pun tak banyak meragam. Despite of ear popping dalam flight tu. Ada masanya tido jer dari take off sampai landing, dalam bas & masa ibu jalan2 & shopping.

And me? can't believe i can handle him all by myself. Makan sambil suap anak & bersihkan anak within 20minutes (knowing me yg memang mkn lambat ni, 20minit tu biasanya mkn utk diri sendiri jer). Suap anak mkn dalam bas, tidokan anak dalam bas & sambil jalan2, shopping sambil kipaskan anak sebab keadaan/cuaca yang panans, sambil payungkan anak lagi (sampaikan my boss ckp "bawak anak pun masih larat shopping dengan beg kiri kanan tangan.kita pun tak larat".hewheww..) curik2 masa tukar diapers & mandikan anak kat toilet sementara nak bergegas pegi berjalan/shopping (toilet Hard Rock Cafe pun ade! hahaa) .

People said dont underestimate your child. Yes its true indeed! and dont under estimate your ability to be a supermom! and
now i believe i'm a supermom. 
 
Ok sekarang dah confident nak bawak anak travel. So next ke mana kita? :D
 
 
 
Oh, review ke Bangkok? Tak boleh janji akan post ke tak. Sebab banyak giler entry yang tertangguh. Koh Samui (2 tahun lepas!), Ho Chi Minh (2 tahun lepas jugak!), Bali (tahun lepas). And macam2 entry lagi la kot. Hahah~
 
 
Ok bye!
 
 
 
.

Friday, October 31, 2014

Makanan Yang Tidak Sesuai Bagi Ibu yang Menyusukan Bayi

Salam pagi Jumaat.

Sharing some info for breastfeeding mommies. Untuk rujukan diri sendiri juga. :)


Sumber :


Makanan Yang Tidak Sesuai Sepanjang Mama Menyusukan Baby






1. Makanan Laut Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.



2. Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.



* beberapa hari selepas bersalin haritu, tiap2 hari aku makan oren sunkis. Sebab sembelit. 2 minggu jugak duk hadap buah oren tiap2 hari. Tak tahu pulak bf mommies tak boleh makan oren. huhuu~

3. Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).


4. Alkohol

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.


5. Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.

* coklat? feveret aku tu. hewhew~



.

Thursday, August 14, 2014

Alhamdulillah..i'm a mommy.

Salam dear readers... 

Alhamdulillah, sudah selamat bergelar seorang ibu.








Muhammad Arif Rabbani. 
Born on 19.06.2014, 3.3kg. 
Sekarang dah berumur 57hari. 
Ibunya pun dah habis pantang. 




*rasa bahagia bila dah bergelar ibu. :)




.