Showing posts with label Johor Premium Outlet. Show all posts
Showing posts with label Johor Premium Outlet. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Saturday shopping : Johor Premium Outlet

Hari Sabtu, pegi menjelajah Johor Premium Outlet. Cari kasut sanding. 


Hajat hati nak tempah jer. Tapi masa dah suntuk. Takot tak sempat siap jer sebelum majlis. Lagipun warna2 kasut custom made tu takde yang sama ngan tema baju. Tu yang fikir 40kali jugak nak tempah ke tak.


Plan nak pegi Singapore hari Sabtu tu. Pegi cari kat Orchard Road. Kat sana banyak branded shop. Tapi tak berani la plak nak redah sorang2. Hukhuk~ -.-'


Last2 pegi JPO jer. Kat sana pun banyak yang branded ape...murah lagi tu. Eceh. Nak yang branded ajer. Poket bukan tebal pun...


Pegi JPO dah agak petang. Sebab banyak keja nak buat kat rumah + penat.




Kedai yang pertama masuk : Charles & Keith. Ada yang berkenan. Tapi takde saiz. Nyampah! Pilihan kasut pun tak banyak.


Kat Salvatore Ferragamo. OMG, ada kasut yang warna SEBIJIK ngan baju respsi aku. Material satin pulak tu. Exactly macam yang aku nak!


Tapi bila belek tanda harga kat tapak...errrr.......rm seribu lebih untuk kasut ni? Terus letak balik kasut tu kat rak dengan perasaan kecewa. Oh whhhyyyyy...????


RM15 untuk heels ni? OMG.
Grab!
*Cotton On*
Oh, ini sudah lari dari matlamat asal. Ini bukan kasut sanding. -.-



 Lacey2. Cantik, kan?
*Guess*



Saiz pun banyak lagi. So B2B yang tengah cari kasut lace macam ni, boleh pegi Guess. Harga pun berbaloi. Kalo tak silap aku, harga dia RM150. Ada warna pink + lace hitam macam ni and warna putih + lace hitam. Wahhh~ dah macam jurucakap Guess la pulak siap promote lagi tu. ;p




OMG. I'm totally in love with this one.
*Guess*



Its perfect for my reception dress. Walaupun agak menyerlah dari warna baju, sebab warna baju lembut jer. Ada aku kesah? Muahahaa~


Tapi bila tengok saiz yang available, takde la pulak saiz aku. Satu pasang yang display ni jer ada. Saiz 6. Grrrr...


Masuk Fidani. OMG, banyaknyer COKLATTTTT~





Kat sini ada jual macam2 jenis coklat. Yang kita tak pernah dengar pun ada. Err...ke aku jer yang tak pernah dengar nama2 coklat ni?


 
 Ferrero Rocher ni sangat murah!



Cant believe my eyes.
RM36 for 30pcs of Ferrero Rocher?

 

Aku dah beli coklat Ferrero Rocher untuk hantaran, dua minggu lepas kot. Nape la aku beli awal sangat yer. Kalo beli kat sini, lagi murah. Aku kerugian RM4.50. Errr...rugi sangat ke? -.-'




Aku beli satu bar coklat Milka.
Saje nak try.
RM7.



Oh my, ianya sangat lah melting + creamy. Lagi creamy dari Cadbury. Percayalah. Dan aku makan dengan rasa bersalah sambil fikir pasal diet. Tapi tetap habis jugak setengah bar coklat tu, makan sambil shopping. :'(


Oh, aku memang penggemar coklat. Aku rasa sebab tu la diet aku selalu failed. Taip entry ni pun sambil mengunyah coklat ni sampai habis. Gelojoh tak? -.-'


Whatever lah.


Ape2 pun, sangat happy dengan misi pemburuan kasut sanding kat JPO. Sebab dah jumpa & dah beli kasut untuk sanding. Sangat murah! Errr...walaupun takde lah 100% up to my liking & rasa macam nak beli yang lagi bagus, tapi takpe la. Aku dah penat nak jelajah Singapore atau KL untuk cari kasut sanding ni. Entah jumpa entah tidak. Dah jumpa depan mata ni, grab jer kan.


Thanks for reading. ;)






.

Wednesday, April 4, 2012

Johor Premium Outlet. Shopping barang hantaran.

Hari Ahad lepas pegi memburu barang hantaran yang masih tak complete tu. Erghh~


Encik Tunang balik JB sekejap jer. So, lepas ambik Encik Tunang yang baru turun dari bas, pegi lunch dulu & terus bergegas ke Johor Premium Outlet. Waseyyy~ dah lama tak pegi JPO.





Aku ingatkan mesti orang ramai, sebab hari Ahad. Haritu datang sini pun manusia tersangat lah ramai. Nak jalan2 cuci mata pilih barang pun susah tau. Itu 3 bulan lepas. Tapi sekarang ni dah tak ramai orang dah, tak macam dulu. Biasa la, kalo mula2 bukak mesti ramai yang serbu, kan.





Encik Tunang berkenan sangat ngan kasut ni.
Tapi takde saiz. Kecewa sungguh dia.



Dah jenuh pusing2 satu JPO tu, ada beberapa barang yang masih tak dapat beli. Sebab takde yang berkenan. So, misi pemburuan diteruskan lagi. *eceh. tak boleh blah.




On the way balik dari JPO. Macam biasa, jalan mesti jem.
Jem dari kilometer 17, sampai la ke tol Skudai. Errgghhhhhh~

Then kitorang pegi Aeon Bukit Indah plak. Encik Tunang nak jugak cari kasut yang dia berkenan tu. Tapi kat Aeon ni pun takde. Then pegi City Square plak. Ada kasut yang sama. Tapi hanya ada warna hitam sahaja. Dan harganya RM200 ++ lebih mahal dari kasut kat JPO tadi. Mencekik darah betol!


So, tak dapat la beli kasut yang Encik Tunang berkenan. Nak pegi Aeon Tebrau, dah agak lambat dah. Masa tu dah pukul 9.30malam kot. Adehhh~ memang tak sempat lah nak cari semua barang dalam satu hari. Tak sampai 1 hari pun sebenarnye. Just setengah hari jer.  Yang paling sedih, dapat beli 2 barang jer.  -.-


So ini lah dia hasil tangkapan kat JPO.



3 barang sahaja. Sedih~ 



Tapi best beli barang kat Quicksilver. Sebab barang yang kitorang beli tu ada less 50%. Then beli mana2 dua barang, dapat free 1 barang yang murah sikit dari dua barang tu. Err...faham tak? Buy 2 item, free any 1 item. Untuk free gift tu, Encik Tunang pilih sarung laptop. Happy la dia sebab laptop dia tu belum ada sarung lagi. Hihii~





*p/s : macam tak puas jer jalan2 kat JPO tu. sebab budget terpaksa disekat, hanya untuk wedding purpose sahaja. sedangkan mata tak tertahan duk berkenan itu berkenan ini. sabaaaarrrrrrrrrrr~~~  T_T

.

Thursday, December 22, 2011

Sunday shopping at Johor Premium Outlet.

Err..did i mention SUNDAY? And what day is today? Yer..yer...aku tahu, dah 4 hari berlalu. 


Owh, minggu ini agak ke-busy-an. Tak sempat nak update belog tercinta, walaupun banyak entri yang nak di-post-kan dan perasaan serta keinginan untuk menaip entri tu membuak2. 


Ok dah, straight to the entry. 


Hari Ahad yang lepas aku ngan Encik Tunang pegi jalan2 kat Johor Premium Outlet. Everybody was talking about JPO. Ok fine, lets window shopping there, Mr. FiancĂ©e. Or maybe a real shopping. 



Muka ini perempuan mesti ada. ;p 



Macam mana nak pegi JPO nih? Actually aku pun tak tau. Tapi sebelum pegi, aku bukak jer google maps. Tapi JPO tak dapat dikesan. Maybe sebab terlalu baru. Then, bukak wikimapia. Ade pun. So, dapat la jugak gambaran pegi sana. 


Kitorang just berpandukan pada signboard jer. 



Kalo korang dari Skudai, lalu tol Skudai jer. Lagi senang. 



Lepas tol Skudai, keluar ikut Exit Senai, masuk tol Senai. 



Lepas tol Senai, korang akan terus nampak Exit ni.
Masuk sini, ok. 



Then korang akan nampak signboard nih. 
Haa...kalo nampak signboard nih, memang confirm tak salah jalan. 
Itu la yang aku cakap kat Encik Tunang haritu : haa...betul la ni. ;p






Lepas jer signboard tu, korang akan nampak ni kat sebelah kiri korang --->>> 




Bila dah nampak ni, pandai2 la korang ikut gerak hati nak masuk simpang mana. 
Kehkehh~ ;DD



Tengok gambar kat atas ni, memang penuh giler parking. So, dah tahu confirm susah nak cari parking. -.-'  


And just look at the gloomy sky. 





Owh, btw JPO ni boleh nampak dari highway (PLUS). Selama ni aku jer yang tak perasan. Biasa la, kalo drive mesti tengok jalan kat depan jer kan. Ngan cermin pandang belakang & sisi (err..perlu ke sebut semua). Bukan bawak kereta macam bersiar2 tengok kiri kanan semua yang ada kat tepi jalan. Sebab tu la tak pernah perasan JPO kat sebelah highway tu, kan. 




Jalan masuk jem! 



Baru jer sampai tempat parking, terus hujan turun dengan lebatnyer pun! 
Adoyaii... T_T 



Kitorang plak tak bawak payung. Payung aku yang biasa letak dalam kereta tertinggal kat rumah Encik Tunang kat kampung dia. So, terpaksa la tunggu dalam kereta untuk beberapa ketika. Nasib baik hujan tak lama. 



Manusia tersangat lah ramai. 
Hey, its weekend. What do you expect? -.- 


Walaupun ada beberapa kedai yang kena beratur untuk masuk, aku tetap gigih beratur jugak & tunggu turn. Encik Tunang terpaksa la melayan. ;p 




Sila beratur. 



Keranamu Coach. 


Ni la kedai yang paling panjang queue dia. Takpe, alang2 dah datang. Beratur jerlah. -.- 



Yehooo~ dah lama tak ambik pic depan cermin camni. 
& yehhooooo~ aku pakai selipar jepun jer. 
kahkahhh~ ;DD 
*I should have smile, right. -.-




Time balik. Jalam jem giler! 
Paling tak suke driver *bodoh* yang guna laluan kecemasan. 
Makin menambahkan jem. 



Lepas jer tol Senai, terus jem. Sampai la ke tol Skudai. Lebih kurang 3kilometer jugak la jem. Hukhukk~ T_T 


Total damage pegi JPO nih? Takde la banyak sangat. Aku just beli kasut kat Charles & Keith. Less than RM100. Encik Tunang beli seluar jeans. Less than RM100 jugak. 


Asalnya rancangan kitorang ke JPO ni sebab nak cari barang hantaran. Tapi takde yang berkenan. Dan harga pun "boleh tahan". Hey, its branded item. What do i expect kan. *sigh. 


Dan barang2 kat sini banyak yang bukan up to date punyer. Maybe stok lama yang diorang nak clear-kan. Sebab tu ada yang jauh lebih murah dari harga asal. 


So, kitorang balik tanpa beli barang hantaran. Hanya beli barang untuk daily use. Sekali lagi lari dari tujuan asal ber-shopping. Mission failed. Hahaa~ tahniah. 



.