Showing posts with label barang hantaran. Show all posts
Showing posts with label barang hantaran. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Misi memburu barang hantaran. Done!

Misi memburu barang2 hantaran diteruskan lagi minggu ni. Since Encik Tunang balik untuk settlekan hal2 kahwin ni, so kitorang sama2 la menjelajah beberapa shopping mall untuk cari barang hantaran.


Cincin untuk Encik Tunang dah beli, KAT SINI.


Isnin, 16.04.2012. Lepas keje, pegi AEON Tebrau. Survey punyer survey, beli kasut jer untuk Encik Tunang.










And singgah Watson beli toiletries.







The next day, hari Selasa 17.04.2012, lepas keje, pegi lagi kat AEON Tebrau. Sebab nak settlekan terus hal ehwal (eceh, hal ehwal la pulak?) barang hantaran nih. Tak boleh dah nak tangguh2 lagi beli barang2 nih.


Masuk kedai MAC, beli set mekap.



 Can i have all these? ;p



 Testing.
Saya malu apabila di-mekap. Percayalah. -.-
*oh man, bila aku nak kurus hah?? :'| 



Beli jam. Satu untuk Encik Tunang, satu untuk aku. Aku suka jam aku tu. Encik Tunang yang pilihkan. Berkilat2! I loike~ Tak sabar nak pakai! ;)







Then pegi ambik set mekap yang dah siap wrap kat kedai MAC.



 Yehuuuu~




Penat yang amat, ok. Nak menjelajah shopping mall sana sini untu cari barang2 yang kitorang nak beli tu. Aku ni dah la dah beberapa hari, beberapa minggu tak cukup tidur & tak cukup rehat. Redha jerlah.


So, here is the updated hantaran's checklist.

HANTARAN FOR ME
1. Sirih Junjung - consider done
2. Mas Kahwin + Gelang
3. Quran + Telekung
4. Handbag
5. Perfume
6. Jam
7. Make-up set
8. Buah
9. Chocolate


HANTARAN FOR HIM 
1. Cincin
2. Sejadah
3. Baju Kemeja
4. Wallet + Belt
5. Shoes
6. Watch
7. Toiletries
8. Pulut Kuning
9. Chocolate
10. Cake
11. Buah


*coklat pun dah siap beli. hewheww~ ;p


Basically, semua consider done. Tinggal barang2 macam buah, cake pulut kuning jer. Barang2 tu semua kan kena prepare dekat2 majlis nanti.


Alhamdulillah. Lega sangat2. ;)


Tapi migrain jugak bila duit mengalir bagai air.... :'|


.

Monday, April 16, 2012

Cincin untuk dia.

Semalam Encik Tunang balik sini. Lepas ambik dia, terus pegi Plaza Angsana. Nak sambung beli barang hantaran yang belum settle lagi tu. -.-


Survey cincin untuk dia dulu. Pagi Diamoney, Habib Jewels, Wah Chan e.t.c. Haiyyaaa~ susah betul nak cari cincin lelaki nih. Suasa tak boleh pakai. Emas putih lagi la tak boleh pakai. We opt for silver or platinum.


Kat Diamoney ada cincin platinum yang kitorang berkenan. Tapi takde saiz la plak. Tersangat la besar. Boleh re-size. Tapi kena tambah RM100. And siap dalam masa 2 minggu. Adehh...harga dah cukup murah sebab ada diskaun 50%. Tapi kena tambah RM100 untuk re-size? Heran aku. Dulu kitorang beli cincin tunang untuk aku kat De Gem. Takde tambah duit pun untuk re-size.


Then kitorang survey2 lagi. Akhirnya jumpa jugak yang kitorang berkenan & sama saiz. Errr...kenapa mesti KITORANG BERKENAN? Sedangkan Encik Tunang yang nak pakai? Eh mesti la aku pun kena berkenan jugak. Hewheww~ ;p


Bukan apa, aku sebagai bakal isteri, kena la tolong bakal suami pilih cincin. & kena pastikan cincin tu bersesuaian, tak over sangat macam cincin perempuan & tak terlalu simple macam cincin2 biasa. Tak cerewet kan aku? ;p



Dia letak dalam paperbag camni. Huhuu~
Beli kat kedai biasa jer. Kedai sama yang kitorang beli emas untuk aku, untuk batal air sembahyang.
Tak kisah la. Janji Encik Tunang (and aku) suka. ;p  




Sempat beli cincin jer. Barang2 lain sempat survey jer. Sebab masa tu dah agak malam & kitorang pun macam dah penat.


So, terus blah pegi makan kat restoran mamak. Aku order Nan Cheese with Tandori Chicken. Sila salahkan Encik Tunang. Dia yang tanya nak makan nan cheese ngan ayam tandori kat Restoran Sayed ke tak. Mana boleh tolak. Nan cheese ngan ayam tandori kat Restoran Sayed, Taman Perling memang terbaek. Feveret aku tu. Dah tak peduli dah pasal diet. -.-'


Ok bye~



.

Tuesday, March 6, 2012

Idea Hantaran? Anyone??

Isu hantaran. Ceh..sebenarnye takde isu pun. Cuma pening sikit2 jer. Actually kata sepakat dah dicapai beberapa bulan lepas. Tapi tu cuma kata sepakat mengenai bilangan dulang hantaran jer, i.e. 9 dulang (dari dia) berbalas 11 dulang (dari aku).


Tapi aku mula pening bila fikir nak letak apa atas dulang hantaran tu. Yer, aku sorang jer yang pening. Sebab semua ni aku buat sorang2, termasuk gubahan hantaran untuk Encik Tunang dan juga untuk aku sendiri.


Lagi 2 bulan lebih jer nih. Barang hantaran pun tak boleh decide lagi. Camane??


Setakat ni idea yang aku ada macam ni jer :-



HANTARAN FOR ME
1. Sirih Junjung
2. Mas Kahwin + Gelang
3. Quran + Telekung
4. Handbag
5. Perfume
6. Jam
7. ???
8. Buah
9. Coklat

HANTARAN FOR HIM 
1. Cincin
2. Sejadah
3. Baju Kemeja
4. Wallet + Belt
5. Kasut
6. Jam / ???
7. Toiletries
8. Pulut Kuning
9. Coklat / Macaron
10. Cupcake / Kek
11. Buah


*yang tanda merah maksudnya dah beli.





Masa tunang haritu hantaran kitorang macam ni :-


For me :
1. Sirih Junjung
2. Cincin
3. Kasut
4. Baju Kurung
5. Kek


For him :
1. Baju Melayu + sampin
2. Jam
3. Set perfume
4. Pulut Kuning
5. Buah
6. Coklat
7. Kueh



Kalo boleh taknak la bagi barang yang sama macam tunang, kan (walaupun Encik Tunang maybe akan dapat jam lagi untuk nikah nanti. ;p).



Ape lagi ye yang boleh dijadikan hantaran? Aku dah pening. Please help me. T_T




Ya Allah...suka bangat aku ngan hantaran kahwin Elyana nih.
Sweet sangat2 kaler dia. Nak buat camni jugak la. Boleh?
*ngengada. padahal bunga2 & barang2 untuk DIY hantaran dah beli. ;p




.

Monday, March 5, 2012

Shopping barang hantaran.

Minggu lepas Encik Tunang balik JB. So, kitorang ambik kesempatan ni untuk beli barang2 hantaran yang memang masih belum terbeli. Blerghh~ lagi 2 bulan lebih jer. Tapi barang2 hantaran masih banyak tak beli. T_T


Sebelum pegi tengok cite Adnan Sempit 2, kitorang singgah dulu kat Vincci. Beberapa hari sebelum tu aku dah window shopping kat sana (baca tak perkataan "WINDOW SHOPPING"? Window shopping jer yang termampu. Sedihhhhh~ T_T). Aku berkenan giler ngan beg kat Seed. Sweet sangat kaler dia. Kena jugak la ngan tema hantaran aku.


Masa tu dah aim dah nak beg tu. Tunggu kelulusan dari Encik Tunang jer. Walaupun Encik Tunang tak kesah pun, and dah serahkan kuasa beli (*eceh) kat aku. Katanya beli jer mana2 yang aku berkenan, asalkan tak lebih budget. Tapi tak kira la, nak jugak shopping ngan dia. Muahahaa~ ;p



Berbungkus. ;p




Sebelum ni dah try survey2 beg kat Metrojaya Danga City Mall. Kat situ banyak sket yang branded. At least nak jugak Guess ke. Kann? Tapi bila dah survey2 tu, takde plak yang aku berkenan. Aku ni memang susah nak jumpa barang yang aku berkenan. Cerewet kot?



Beberapa bulan lepas pun ada pegi Johor Premium Outlet (JPO). Ada jugak survey2 barang2 hantaran. Berkenan giler ngan beg2 kat Coach. Tapi harganya ya ampunnnn....even though beg2 tu simple jer. Kitorang decide "beli nanti jer". Hahaa~


Then bila jumpa beg yang aku dah berkenan kat Seed nih, terus grab jer. Tak kisah lah, walaupun tak se-gah Guess, Coach, Burberry and so on. Yang penting hati mau suka. Eh apekah?? ;p


Then, Encik Tunang pun ada grab sehelai baju kemeja. Untuk hantaran jugak. Aku ingat nak belikan baju kemeja yang formal ngan neck tie. Tapi Encik Tunang mana la minat ngan baju camtu. Dia pun bukannya keje office, and maybe takkan pakai baju kemeja camtu. So, better beli baju yang dia memang akan pakai. Kalo tak, membazir jer.


Aku ikut jer yang dia pilih, and dia pilih kemeja kasual. So, necktie tak payah beli.


Baru beli beberapa barang untuk hantaran. Banyak lagi yang tak beli. Urghh~ T_T




*p/s : shopping la sangat. padahal beli 2 barang jer. ;p



.