Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Berbuka puasa dengan anak2 yatim @ Starhill Golf & Country Club

Hari Rabu lepas. Berbuka puasa kat Starhill Golf & Country Club. Ni sebenarnya majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim. 




 Food was delicious. 
Terutama sekali kambing panggang tu. Ape ntah namanye. 
Teringin nak ambik lagi. Tapi perut dah tak boleh isi dah. -.-'



 Nyums~



 Ok. aku tahu banyak. -.-'






OMG. Cendol nih tersangat lah sedap! 
Lemak berkrim. 
& aku rasa diorang tambah aiskrim kot dalam cendol tu. 
Then, aku tambah lagi 2 scoop aiskrim. Hohoo~ *tamakhaloba*



The entrance.




Ni iftar terakhir di JB sebelum balik ke Terengganu. 


Ok bye. Takde mood nak tulis panjang2 malam raya nih. Hahahh~




.

Berbuka puasa @ Amansari Hotel

Salam hari terakhir Ramadhan. Dah hari terakhir ni, tak kisah lah post gambar makanan di siang hari kan? Ke ada lagi yang tak tahan dugaan? Kihkihh~ Biasanya aku post entri yang ada gambar makanan ni malam jer. Tapi kalo ada orang baca atau tengok gambar makanan tu siang hari pun sama jugak kan. Hewheww~


02.08.2012. Pegi beriftar ngan lawyer2 litigation. 4 of us. Tempat yang dituju - Amansari Hotel City Centre, Johor Bahru. Kitorang tak pernah datang kat sini, so why not we all try dulu kan. Lagipun murah jer. RM27++ per person.



Buffet Makan Malam. 
Kenapa tak dinamakan Buffet Ramadhan? Ntah ler.



Cafe D'Se7en.



Nasi putih & nasi...err..nasi ape ntah. 
Sebab ada kismis, so kitorang panggil Nasi Kismis jerlah. 
*sukahatikitorangjerkan*



Ayam & daging. 
Serius sedap! Terutamanya ayam tu. 
Tak tahu lah apa namanye. Sebab takde pun diorang letak nama kat situ.



Sayur & udang.



Soto. 
Tersangatlah pedas.



keropok, ulam, sambal, buah, jeruk & kuih.



Mine.



Yang ni aku tak termakan. 
Sebab time tu dah FULL sangat. 
Tak larat nak habiskan. 



Bubur kacang hijau yang ohsem.



ABC. 
Tapi sirap dia tak manis. 
Letak banyak2 pun rasa manis sikit jer.



Overall, makanan kat sini sedap2. Tapi tak banyak pilihan. Yerlah, harga pun RM27++ seorang. What do you expect, kan. Tapi ok la dari kau pegi kat tempat yang mahal2, makanan banyak, pastu tak larat nak makan banyak2 sebab dah terlampau kenyang. Nanti membazir plak bayar mahal2.


Itu untuk orang yang tak makan banyak la. Aku? Err...perut aku boleh di-adjust lagi kot kalo bab2 makan nih. Tengok kesesuaian. *cehh~




.

Sunday, August 12, 2012

Berbuka puasa @ IT Roo Cafe | 2 bulan

Berbuka puasa ngan Encik Suami. Ini pun dah lama, almost two weeks ago. 31.07.2012. Maklumlah, sejak akhir2 ni memang takde mood + takde masa nak mengupdate blog. Hehee~


Kebetulan haritu aku keje, nak masak macam tak sempat. Then, nak celebrate our 2nd month. Sebenarnye bukan celebrate sangat pun. Niat just keluar makan2 jer.


So, ajak ler Encik Suami berbuka kat luar. Disebabkan laki bini ni duk mengidam nak makan western (Encik Suami teringin nak makan lamb/mutton chop and aku plak nak makan chicken chop), so kitorang pilih tempat yang dekat ngan office. Lagipun lepas tu nak hantar Encik Suami pegi airport. So, tak payah membazir masa pegi cari tempat berbuka yang jauh2. hee~


Kitorang sampai kat IT Roo Cafe tu awal lagi, around pukul 6.30ptg. Waktu berbuka 7.19mlm. Lepas order and reserve meja, kitorang jalan2 dulu. Kalo tak reserve meja, jangan haraapppp nak bukak puasa kat sini.


Masuk kedai bundle depan IT Roo Cafe. OMG, banyak baju cantek2. Tapi kena tahan nafsu. Sila window shopping sahaja. -.-




Suasana dalam kedai tu memang agak 'romantik'. *kunun*


 Aku suka dress2 yang kat depan ni.
Serius cantik! Vintage sangat.
Rasa macam nak borong jer semua.
Tapi saborrr jerlah. *urut2 dada*

 



 Harga pun boleh tahan lah. Ada yang murah. Ada yang mahal sikit.









Belek2, tapi tak beli ponnn. hahahh.


Pastu nak pegi Bazar JB. Tapi mana la gerai2 kat situ bukak lagi. Kan awal lagi. Diorang baru tengah pasang khemah & susun barang.


Dah dekat2 waktu berbuka, balik la ke IT Roo Cafe tu. Sambil tunggu waktu berbuka, ternampak ni ---->>>




 Newly weds tengah buat post-wedding kat sebelah cafe tu.



Alololooo~ sweetnyer kitorang tengok chinese kapel tu. Serious comel. Mesti tema post-wedding tu vintage/oldies, kan. Tengok pakaian diorang, & pos-wedding pun kat tempat camni.


Ok, meh layan gambar makanan pulakk~



 Kacang & kurma.




 Mutton chop.
Encik Suami punyer.



[the best] Chicken chop [in town].
Mine.
Extra mushroom sauce (dalam bekas kecik kat hujung belah kiri tu~).



Aku kalo makan kat sini, confirm akan mintak extra mushroom sauce. Sebab rasa macam tak cukup jer mushroom sauce yang ada dalam pinggan tu. Serius sedap!



 Encik Suami - Sirap bandung.
Me - Sirap bandung soda.  



 Jemput makannnn~



The best chicken chop in JB.
Must try.
Sangat best. Serius.



Pastu pegi hantar Encik Suami kat Senai airport. Cuti dah habis, Encik Suami nak balik Selangor.  Sobs~ T_T


31.07.2012.
2 bulan sebagai suami isteri.


Errr...sebenarnye keesokan harinya (1st July) baru cukup 2 bulan. Tapi sebab Encik Suami kena keje esoknye, maka tak sempat la celebrate our 2nd monthsary. So, celebrate awal sehari. Itu yang buka puasa kat luar haritu. Bulan sebelum ni (our 1st month), aku masak jer untuk dia. Hehee~


Ok bye. ;)
.

Friday, August 10, 2012

Berbuka puasa @ Tropical Inn

Ini sebenarnya dah lama. 30.07.2012. Doblas hari lepas? Sekarang baru tergerak hati nak post kat blog nih. Hohoo~


Majlis buka puasa nih sebenarnye office yang belanja. Memang every buat bukak puasa kat luar. Tahun lepas bukak puasa kat Grand Paragon. Tahun ni kat Tropical Inn pulak. And yang lagi best, kalini Encik Suami pun ikut jugak. hahahh~


Sebenarnye (banyak betol "sebenarnye"), tak plan pun nak bawak Encik Suami. Tapi Encik Suami balik minggu tu. Aku dah serba salah. Yerlah, dia dah la balik sekali sekala jer nak jumpa bini dia nih. Tapi bini dia bukak pose kat luar pulak. Camno??


Naseb baek ada seat lebih (office dah bayar awal2), so boleh la beli untuk Encik Suami. Yes, kalini wife kena belanja Encik Suami. Memang dah lama niat camni. Kena la tunaikan.


Meh la layan gambar yang berlambak2 nih sampai muntahh~






Lauk pauk. 


Lauk pauk lagi.


Kacang pool. Sangat sedap!


Fish and chips. Bestt~ makan sampai nak muntohh~ -.-


Bubur lambuk, asam, kurma, telur asin, bermacam jenis sambal, ulam2.


Soto nasi. 
Soto dia kureng. Macam banyak rempah. 
Tapi aku tetap makan sampai habes. kahkahh~ 
*eh, aku ambik sikit jer ok. sebab tu boleh habes. ;p


Dessert. 
Cepat habis. Tak sempat nak merasa kuih muih nih.


Laksa penang. Tak sempat merasa jugak~


ABC!


Aiskrim yahhooo~ ;p


Drinks.


Mine & him. 
Nampak macam pinggan aku lagi penuh dari pinggan Encik Suami, kan? 
Tapi sebenarnye pinggan aku penuh ngan lauk. Nasi sikit jer. 
Betul, aku tak makan banyak. Percayalahhh~


Dessert yang kitorang sempat ambik. Ni jer. 
Yang lain dah habis.


Sebelum bukak puasa, me & hubs ambik nasi (nasi pandan. ingatkan nasi beriani), lauk, bubur lambuk, fish & chips, ABC & drinks. Then lepas makan tu nak pegi ambik desserts, buah, laksa penang. But guess what? Semua dah tinggal sikit2 jer. Kuih & buah itu jer yang ada. Drinks? Dah habis! Tinggal ais jer dalam bekas tu ha. Ishh...tak topup ke makanan & minuman tu. Air pun tak topup keeeeeee???????? Sedeh tau nak minum air tak dapat. -.-


Macam tak puas hati jugak la kan. Kita datang nak makan. Tapi boleh pulak makanan habis. Hmmmppp~


Makanan lain yang sempat rasa : kacang pol & soto nasi.


Overall, makan kat sini takde la best sangat. Lauk2 dalam pinggan aku tu, i.e. daging, kambing, ayam, udang, semuanya rasa sangat lemak dan sangat oily. Ishh~ tak tertelan rasanya. Makanan kat sii lebih kepada Malay food. Tapi sangat berlemak dan berminyak. 




Wifey & hubby *ok, sila muntohh~ ;p



Kitorang pegi berbuka pun kena ada tema tau. Kena pakai baju warna ungu. Nasib baik Encik Suami ada baju melayu warna ungu. hewheww~


Lepas makan, sempat singgah tepi laut. 



Stulang laut. 


Singapura di seberang sana.





Sekian.


.

Friday, July 27, 2012

Berbuka Puasa @ Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel

Hari Selasa, bukak pose kat Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel. (erk~ BUKAK POSE ke?).


Not much picture, malas nak ambik gambar.




Sup Utara corner.
Sangat pekat & yummy.
Tapi too oily. Itu yang membuatkan rasanya bertambah lemak tu. ;p




Boleh pilih - gearbox, perut, daging. 
Boleh tambah mee. 
Hmmpphhh~ aku makan sikit jer. Sup perut + daging.




Durian goreng & jemput2 pisang corner.




My fav! 




Durian goreng yang sangat rangup & lazat. 
Nak2 kalo makan time panas, baru keluar dari kuali. 
Oh, totally irresistible.
Perghh~ meleleh air liru bila teringatkan durian goreng nih.




Ni salah satu meja kami.
Time ni hampir semua orang dah balik. 
Again, SUP TU SANGAT SEDAP! 




Eh, ini bukan untuk dijamah atau diratah.
Untuk tatapan semata2.




Hey, blom ready lagi!
Ni time nak balik dah. 
*pakai baju keje, dari office.




Overall, buffet ramadhan kat Cafe2 Para-Para2 nih memang best. Banyak lauk, banyak pilihan. Sampai tak ter-pilih dan tak ter-makan. Walaupun makan sikit2 for every menu, sungguh aku rasa sangat FULL sampai nak termuntah. Hahahh~


Nasi beriani (tak sampai 1 senduk), rendang daging, sate + nasi himpit, sup utara (daging + perut), daging BBQ, ostrich, durian goreng, aiskrim, kuih, buah - err...ini jer kot yang aku makan. Yang tak ter-makan - nasi goreng cina, rendang udang (eh, rendang ke ape ntah), bubur, jemput2 pisang, sate Arab (sate Arab ke daging Arab ntah), etc.


Harga buffet Ramadhan agak mahal la bagi aku. RM68++ seorang. ++ tu sila tambah service charge ngan tax yer.


Teringin nak pegi lagi. Sebab asyik duk teringatkan durian goreng tu jer. Maklumlah, hantu durian. Tapi nak pegi ngan Encik Suami plak. Asyik pegi ngan geng2 office jer. Tapi ntah bila ada peluang nak bukak pose kat sini ngan Encik Suami. T_T


Ok bye~


.