Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Hari lahir ke....

As-salam dear readers. 

Hari Sabtu lepas, 20 Julai 2013. Genap umur aku..............errrr.....berapa umur aku? 

Alhamdulillah...masib diberi kesempatan untuk menikmati hidup di usia ini. 

Takde celebration. Hanya ucapan dari Encik Suami. Tapi itu sudah cukup. Ucapan yang membuatkan aku mengalirkan air mata. Dah la masa tu tengah sensitif, kan. T_T

Masa tu tengah berpantang hari ke-3. Tak fikir langsung pasal birthday. Masih sakit, sebab badan & perut masuk angin. **Betul la orang cakap, waktu2 camni memang senang masuk angin. Angin gugur. "Angin jahat". Memang kena jaga betul2.  

Alhamdulillah juga, di usia ni dah bermacam2 pengalaman dilalui. Ada yang manis, pahit, tawar, masin, payau, macam2. Hehee~ Bukanlah nak cakap aku dah banyak sangat pengalaman atau semua benda aku dah experienced. Dah tentu la masih banyak yang aku tak lalui. Tapi.........errr...faham2 lah maksud aku, kan. 

Syukur juga, diberi bermacam2 rezeki, dan bermacam2 ujian. Diberi rezeki untuk kita bersyukur, dan diberi ujian kerana Allah sayangkan kita. Syukur dengan semua rezeki dan dugaan tu.


Happy birthday to me. :)



Lagi 2 tahun nak masuk 3 series. Wahhh...lagi 2 tahun? Dah tua ke aku nih? -.-

Tetiba rasa macam nak senaraikan wishlist yang perlu dilaksanakan sebelum masuk umur 3 series ni. Boleh? Tapi ape ek.



.

Saturday, May 4, 2013

Husband's birthday and our 6th anniversary

Helloo dear readers. 

Hari Jumaat Jumaat lepas (26.04.2013) adalah hari lahir Encik Suami. Dan hari Khamis tu (25.04.2013) adalah ulang tahun ke-6 kami. Ulang tahun cintan cintun la maksudnya. ;p 

Enamtahun. Cepat jer masa berlalu. Alhamdulillah...ulang tahun ke-6 ni dapat kami sambut sebagai kekasih halal. :)

So hari Khamis lepas balik keje, si isteri ni pergi mencari kek untuk buat surprise kat husband dia. Beli kek kat City Square tu jer. Pastu pegi pasar nak beli lauk untuk masak keesokan pagi. 

Haritu sepatutnya Encik Suami balik keje lebih kurang pukul 11.30malam. Keje shift. Tapi lambat pulak dia balik haritu. Lagi beberapa minit pukul 12malam baru dia sampai rumah. Tapi ok la, sebab dah nak masuk 26 April, kan. 



Surprise! 
Enam batang lilin = 6th anniversary. 


Selamat hari lahir suami ku. Semoga panjang umur, murah rezeki, be a good husband & cepat2 jadi daddy. Eh? ;p

Maaf, tiada gambar kami masa aku buat surprise nih. Hehee~ 

Tapi surprise yang aku buat, tak berapa nak surprise. Sebabnya....awal2 aku dah switch off lampu kat ruang tamu. Tapi bila Encik Suami masuk rumah, dia terus bukak lampu. Tak sempat aku nak keluar ngan kek. Adehh... >.< 



Kad. Beli jer. 
Tak sempat nak ber-seni ber-kreatif ber-kraf DIY kad sendiri. 
Next year maybe. InsyaAllah... :)


Hadiah untuk birthday boy? Biarlah rahsia. Ececee~ ;p 

The next day, paginya aku masak untuk Encik Suami. Sebenarnya blurr tak tahu nak masak apa. Senang cerita, masak jerlah lauk feveret dia. Malam sebelumnya kan aku ada pegi beli lauk kat pasar. Tapi sebab time tu dah pukul 9 lebih (malam), so gerai kat pasar tu banyak dah tutup. Termasuk la gerai yang jual sayur. Aku plan nak masak kailan ikan masin. One of husband's fav (fav aku juga). Tapi sebab gerai jual sayur dah tutup, tak dapat la nak beli sayur. 

So ini jerlah yang aku sempat masa pagi tu :- 



Sup ekor (our fav) dengan telur dadar jer. 
Sayur nan hado. -.-



Oh ya, ni first time masak sup ekor. Sedikit failed, sebab dagingnya belum benar2 empuk. Blerghh~ maaf. Lain kali kita masak lama2 kasi empuk yer. =)

Tapi for sure tak boleh masak sup camni pagi2 sebelum pegi keje. Sebab tak sempat nak masak lama2. 

Then lepas aku balik keje hari Jumaat tu, kami keluar berdatingan makan2 tengok wayang. Belanja birthday boy. Nanti aku sambung lagi yer.

Till then, thanks for reading. ;)


.

Sunday, April 29, 2012

Sudah 5 tahun.


Dah 5 tahun.


25.04.2007.




Macam sekejap jer masa berlalu. Gaduh baik, gaduh baik, dah 5 tahun. Hahaa~ ;D


Lagi 1 bulan, bakal jadi suami isteri pulak. Macam tak percaya plak dah nak kawen. Ok, gedik.


And 26.04.2012 was his 25th birthday. Happy birthday fiance & hubby to be. ;)


.

Tuesday, August 2, 2011

birthday presents from him.

This is what i got from him for my birthday.


Hello, Hello Kitty.



Its a big Hello Kitty! And its superrrr cute...!!! Thank you Encik Kuneng tercinta. Ni la yang saya tunggu2 selama ni. Muehehee~ ;DD  Walaupun macam tak seswaiii jer present Hello Kitty untuk birthday ke-26. Dah agak tua dah. xP 

So, saya dah ada peneman untuk tido. Walaupun lepas bangun tido, HK ni dah kena tendang ntah ke mana2. Hahahh~ Memang ganaz betol. Kesian HK nih. ;p




Sexy? Caption camni macam untuk orang tua jer. Muahahaa~ 
Sexy la sangat aku nih. 
Saya sangat sopan, ok. Tak suka sexy2. ;)





Whatever it is, THANK YOU LOVE..!!! Really aprreciate it.


XOXO
Nini


.

Monday, August 1, 2011

Birthday Lunch for Birthday Girl : Nando's.

This was supposed to be posted after my birthday. I dont know why, this post was saved as draft. So, i posted it today. But back-dated it. Hahaa.. sorry~ 


* Ok, udah2 la speaking London.





This is on my birthday, 20.07.2011. Selain jalan2 cari barang, of coz la tak lupa jalan2 cari makan. Hehee~


Kitorang pegi makan kat Nando's kat Jusco Bukit Indah. And its my birthday lunch! Yayy! Dah lama tak makan Nando's. Giler rindu ngan peri-peri sauce dia! ;D




Peri-peri sauce sangat sedap!



Tengah tunggu makanan sampai nih. Lapar giler. xP
*ishh..teruk bebenau muka pompuan tak cukup tido nih. 



^__________^




Cap Encik Kuneng yang hanya tinggal kenangan.
Ni kali terakhir dia pakai. Pastu hilang ntah ke mana. 
Cuai betol dia nih. Ishh ishhh...



Nasib baik la time tu bukan weekend @ time lunch. Takde la kena tunggu lama sangat. Dah la time tu aku lapar giler. Dah tengahari pun blom makan. Huhuu~ 



 Our appetizer.Soup & bread.
Soup ape ntah. Aku dah lupa. Yang penting, memang sodapppp!!


Tengok, berselera jer makan. ;p



Blended Strawberry. Blended Mango.



1/4 Chicken with Rice. with Hot Peri-Peri Sauce. 
Encik Kuneng pun order yang sama jugak. 




Ayam tu dah la pedas. Pastu kitorang tambah lagi sos extra hot. Perghhh~ memang tersangat sangat pedas ok. Berasap telinga aku dibuatnya. Aku ni bukannya tahan pedas. Walaupun pedas, tapi sodapppp~ Sos peri-peri Nando's memng terbaek lah!



Sekian.





.

Sunday, July 31, 2011

Birthday's Eve : Dinner at Benafee Village

Malam sebelum hari jadi sayew, Encik Kuneng tercinta telah baek hatinya sudi layan awek dia nih pegi dinner kat Benafee Village. 

Haa...yang ni pun aku mengidam nak makan kat Benafee Village. Teringin nak makan Nasi Ayam Penyet. Ntah la kenapa. Maybe sebab dah lama tak makan Nasi Ayam Penyet kat sana. Tiba2 teringatkan kerangupan dan kelazatan ayam penyet kat situ. Pehh~ 


Meh layan gambo yang tak berapa cantik. malah memang buruk pong coz di-snap menggunakan henpon cabuk 2megapixel yang memang tak clear kalo snap dalam suasana yang "romantik". Haha~ penat tak baca ayat haku nih? 


Kitorang duk kat tempat yang cahayanya agak suram, which is kat outside. Itu lah yang dimaksudkan dengan "suasana romantik", i.e. sebab suram jer cahaya nyer. Hahaa..takde maknanya romantik, kan. So, sebab tu la gambar2 pun memang tak boleh belah. Kamera pulak tak bawak. Kahkahh~ 

Tskk~ T_T




Nasi Ayam Penyet. 
Yayyy! akhirnyaaaa~~ 



Encik Kuneng order Nasi Beriani kambing. 
Perghhh~ memang best giler. 
Rasa macam nak abeskan jer yang dia punyer. Kehkehh~ ;p 



Kami order Epal Susu. =)



Tengok nih. Kat mana2 pegi pun, selalu order Sup Ekor. 
Baik kat warung, mahupun kat Benafee Village. 
Dua2 pun memang suka sup ekor. Kihkihh~ ;D 




Maceh la Encik Tunang sudi layan & belanja awek awak nih on her birthday. Eh silap. On her birthday's eve. Hehee. ;-)




Ok bye. 


.

Kisah bengang ngan salesgirl kek. On my birthday.

Ini kisah bengang dan emosi masa aku nak beli kek ngan Encik Kuneng.


Sebelum ke kedai SDS tu, kitorang singgah kat Kip Mart Kota Tinggi. Tengah jalan2, jumpa la satu kedai kek. Ada kek kecik yang sangat comel. Tapi banyak buah kat atas. Encik Kuneng tanya nak tak. Aku tak kisah la, kek kecik pun ok.



Tapi bila Encik Kuneng tanya salesgirl tu, boleh tulis ucapan kat atas kek tak? Tau tak sales girl yang sengal lagi dungu lagi bengap tuh jawab ape?


"NAK TULIS KAT MANA?"


Ya, dia tanya balik kitorang nak tulis kat mana, sebab kek tu dah penuh ngan buah. Dan dia tanya soalan tu dengan nada yang sinis dan hampir ketawa. Seolah2 soalan kitorang tu SOALAN BODOH.


Apeke bodoh pegi tanya soalan camtu kat customer. Sekarang kitorang yang bodoh ke atau dia yang bangang? Huh. Memang aku emosi sungguh time tu.



Kek tu aku dah tak berapa ingat dah rupa dia camane. Tapi lebih kurang camgini :



Macam ni la kot.



 Atau macam ni. 
Sumber : In House Cake 



Tak pun, camni. Tapi takde apa2 ucapan kat atas tu.




Kau tengok kedai kek lain, boleh jer tulis wishes kat kek, eventhough kek tu dah penuh ngan hiasan, buah, or whatsoever. Contoh kek untuk anniversay kitorang & birthday Encik Kuneng :-







So, aku tak jawab apa2. Instead, aku terus tarik Encik Kuneng blah dari situ, meninggalkan salesgirl yang bodoh yang tengah pegang kek yang hampir dibeli oleh kitorang. 

Sama ada dia yang bodoh atau memang tokey kedai dia tak pernah buat dan tak tahu camana nak tulis ucapan atas kek yang penuh ngan buah & etc. Heran aku. Kalo kedai kek lain boleh buat & dah selalu buat, takkan kedai tu tak tahu benda tu, kan? 

Kalo benda basic camtu pun tak tahu, here is my honest bona fide advise : TAK PAYAH BUKAK KEDAI KEK!! And to that salesgirl, please mind your manners. Thats not how you should treat your customer.


Huh. Emosi sungguh aku. Korang tak rasa ke salesgirl tu macam bengap?



Bye~


.

Friday, July 29, 2011

Happy 26th Birthday to me. Sudah 26 tahun ke saya ni? ;p

Actually its Happy BELATED Birthday to me. Dah lambat 9 hari dah. Birthday aku 20th July. 

Office aku nih kalo birthday, dapat cuti. Paid leave. Sukee tak sukeee takkkk??? 

Of course lah sukewww. Gile tak suke. Muahahaa~ 


So, kebetulan time tu Encik Kuneng pun tengah bercuti. Ape lagi, kitorang jalan2 satu JB, sampai ke Ulu Tiram ngan Kota Tinggi. Tapi bukan semata2 jalan2 berfoya2 enjoy2. Tapi...ada hal yang perlu diuruskan. Sambil2 tu carik hadiah untul birthday girl ni hah. ;p 

Sampai kat Kota Tinggi, dah malam. Pastu Encik Kuneng singgah kat kedai kek. Kitorang tak plan pun nak celebrate bithday aku ke ape. Just masuk jer kedai kek yang masih bukak. Coz dah banyak kedai yang dah tutup, dan dah nak tutup.


Kedai kek SDS kat situ masih bukak. So, kitorang masuk jer.




Kek SDS jer.
Skema-nyer ucapan birthday dari Encik Kuneng. -.-



It is an ice cream cake!
Yay! Thanks sayang. ;)


Akhirnya dapat jugak kek ice cream untuk birthday. Dah lama mengidam nak ice cream cake untuk birthday. Well...takde la lama sangat. Baru beberapa bulan lepas. Cuma nak menunggu tibanya birthday tu yang lama. 

So, bila Encik Kuneng suruh pilih nak kek mana, of course la aku pilih ice cream cake!! Kek ice cream perisa keladi yang berwarna pink + purple, siap ada love2 lagi. Terima kasih daun keladi, Encik Kuneng sayang untuk ice cream cake berperisa keladi itu. Muahahaa~ ;DD 





Mari memotong cake.



"Alamak, keras sangat la. Susah nak potong"


Akhirnya Encik Kuneng yang tolong potong. -.- 





Dah la makan ice cream cake, order lagi air yang berais. Nak order makanan, masing2 still kenyang. x_x




Iced Mocca.
Aku punyer.



Err..ape ntah nama air nih. Blue Hawaii kot. 
Encik Kuneng punyer.




Sangat best ice cream cake itu. Kan?


Tapi kitorang tak makan sampai habis pun kat kedai tu. Sebab kedai dah nak tutup. Masa kitorang tengah makan pun diorang dah off sebahagian lampu.

Eh, sangat rude tau tutup lampu time customer masih makan! Grrr~


Sebab tu la gambar2 pun agak gelap & suasana "romantik" semacam jer. Dah la ambik gambar ngan henset cabuk yang 2 mega pixel jer. Confirm la buruk jer gambo nyer. Kamera plak habis bateri. Tu la, sape suruh tak cas bateri. Pelupa. Padan muka. -.-




By the way, sudah 26 tahun ke saya nih? Macam tak percaya jer. Sebab saya kan awet muda. Bukan umur saya masih belasan tahun ke? Muahaahaaa~ 


PAAANNNNNGGGGGG....!!!!!!!! 



Pelempang sebijik.


Ok fine. Terlebih perasan.


Bye!! ;DD



.

Tuesday, May 3, 2011

Happy 4th Anniversary and 24th Birthday!

Hari Khamis lepas aku buat surprise untuk Encik Kuneng. Actually takde la surprise pun. Aku just beli kek jer untuk dia. Disebabkan anniversary kitorang dan birthday dia dekat jer, so aku beli 1 kek jer. Anniversary kitorang 25 April, birthday dia 26 April.

Masa tu dia dah nak balik Nilai. Lepas aku abes keje, dia datang ambik aku sebab dah janji nak pegi melantak sama2 kat IT Roo Cafe. Nanti aku cite pasal makan2 "the best chicken chop in JB tu". Nak cite pasal ni dulu. ^^

So lepas abes keje, aku tukar baju sebab taknak nampak skema sangat ngan baju keje hitam putih yang boring tu. Lagipun tengahari tu tayar kete pancit, badan pun berpeluh2 sebab duk tengah panas. Masam semacam jer badan ngan baju haku nih. Nasib baik aku dah bawak baju untuk tukar. Huhuu~

Pastu terus pegi cari kek untuk Encik Kuneng. Nasib baik la dia datang ambik aku pun lambat, sempat jugak la aku pegi beli kek.



Tadaaa....ini lah dia....


Happy 4th Anniversary & 24th Birthday
Errr....kat kek tu 25th? 


Alamak...lepas Encik Kuneng dah tiup lilin baru aku perasan...kat kek tu tersilap tulis 25th. Sepatutnya 24th. Ke time tu aku tengah berangan nk beli kek untuk birthday aku? Tapi kalo 25th, birthday aku tahun lepas. Tahun ni 26th. Tapi birthday aku lambat lagi la. Dan yer, Encik Kuneng muda 2 tahun dari aku. Tapi aku tetap muda, okeh. muahahaaa~ ;D 

Pasal kek tu, bukan aku lupa umur dia. Tapi entah camane berangan time nak beli kek tu. Mungkin sebab time tu rushing sangat. huhu~ Sowie yep Encik Kuneng. ;p


Sungguh terpikat pada kek ni. Cinta pandang pertama. huahuaa~


Disebabkan masa tu rushing sangat, so aku surprise-kan dia dalam kete jer. Tak sempat dah nak pegi celebrate kat mana2. Flight dia pun pukul 10.15 malam tu. Pastu nak pegi makan kat IT Roo Cafe plak. Memang dah tak sempat nak celeberate kat tempat proper sket. Wuwuwuwwuuuu~  T_T



Muka budak comot blom mandi lepas balik keje, just tukar baju jer. 
Dan muka agak pucat tak bermaya sebab selsema + tak sihat. T_T



Happy birthday to yoouuuuu~ 
Birthday boy tiup kek. 
Errr....tapi burrr la pulakk gambar nih. T_T 



Perghhh~ penyegan sungguh aku nak nyanyi lagu happy birthday kat Encik Kuneng. Malu2 kuceng. T_T 


Ucapan untuk Encik Kuneng? Semoga panjang umur, murah rezeki. Cepat2 kawen. Huahuaa~ Ucapan selebihnyer, hanya kitorang jer yang tahu & faham. ;p




Takkan nak makan buah jer?


Potong la dulu.



Pastu bermula la sesi suap menyuap kek, buah dan coklat. Huahuaa~


Pangggggggg...kena pelempang sedas. Ok fine. Nanti korang termuntah kalo aku gedik2 kat sini. 






Memang tersangat YUMMMYYYYYYY~ 
Tapi sayang...Encik Kuneng sempat makan sikit jer. 
Takpe, nanti kita beli kek camni lagi ea. ;)


Surprise yang tak berapa sempurna. Tapi cukup la untuk meluahkan rasa sayang. Cewaahhh~ 


Harap2 ini anniversay couple yang terakhir untuk kitorang. Bukan sebab dah taknak kapel ngan dia. Tapi harap2 lepas ni kitorang sambut anniversary sebagai suami isteri pulak. Huhuuuu~ berangan jap. ;p

Doakan la semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kan Encik Kuneng?  :)





Permintaan kepada Encik Kuneng. Birthday saya nanti, saya nak kek macam ni boleh? 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Huahuaa~


Ok bye!



* p/s : best tak dapat girlfriend macam aku? *perasan jap. kahkahhh~ ;p


.

Thursday, July 22, 2010

A Birthday Lunch!

Semalam big boss cakap : we're having a Lunch tomorrow, at Grand Paragon. For your and Zul's birthday.

Woww. A birthday lunch? At Grand Paragon Hotel? Seriously?

Lunch untuk lawyers & chambering student jer. Aku sangat happy + terharu.

Tapi aku rasa kalo hanya birthday aku sorang jer, takkan bos nak belanja. Sebab birthday Senior lawyer tu la aku boleh tumpang sekaki. Siapa lah aku nih. Huhuu~~






Aku ambik gambar alas pinggan ni jer. Tak dapat ambik gambar makanan. Maklumlah, buffet. Banyak sangat makanan yang aku ambik. Tak payah lah ambik gambar orang yang makan tak sedar diri nih. Hahh~~ ;p

Btw, thanks a lot bosss!


.

Wednesday, July 21, 2010

Birthday Sama

Perbualan di office.

Birthday Boy : Murni, bday awak semalam ea?

Birthday Girl : A'a.

Birthday Boy : Sama la kita. Bday saya pun semalam. Patut la kita banyak persamaan ek.

Birthday Girl : (erk~ persamaan ape?) hahaa..boleh camgitu.

Birthday Boy : tapi bab makan durian jer yg tak sama.

Birthday Girl : hahahh~ tu la, rugi En. *** tak makan durian.



.

Tuesday, July 20, 2010

25 Years-Old



Its my birthday today. I wake up as a 25 years old (girl) today. Betul ke aku dah 25 tahun? Cepatnyer masa berlalu. Dah 25 tahun rupenye aku nih. (tapi tak rasa macam 25 pon. hahahh~~ ;D)


25 Years Old

Adakah korang merasakan 25 tahun itu TUA? Ade yang cakap 25 tahun sudah tua. Ade yang cakap sudah patut kawen. Kalo blom kawen, diorang panggil anak dara tua @ andalusia(WTH?). Ade yang cakap, umur sebegini sudah ade brape orang anak, ade yang cakap..bla bla bla...

Bagi aku plak, umur sebegini sepatutnya sudah ada kehidupan yang baik. "Kehidupan yang baik" tu plak sangat subjektif. Semua bergantung pada keadaan masing-masing, ape yang korang inginkan, pada umur berapa korang mula dapat mengatur hidup, dan macam2 lagi la.

Dan keadaan aku sekarang, takde la baik sangat kehidupan aku nih. Biasa la kan, baru stat keje. Dan tak perlu la tergopoh-gopoh nak kawen. Banyak lagi yang ingin dicapai sebelum menuju ke arah itu.

Bagi aku, tak kisah la umur brape. Yang penting pemikiran dan sikap kita yang mencerminkan tahap kita yang sebenarnye. Kalo dah 30, 40, or 50 tapi perangai masih tak mature & bangang tak abes2, tak guna jugak. Lebih baek budak umur 15 yang tahu berfikir menggunakan otak dan tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara dan boleh berfikir sebelum bertindak.

So, its not about age. Its about who you are and how you act.

Tapi bagi aku, umur 25 tahun masih belum tua. Bagi yang cakap "dah 25 tahun?", aku plak cakap "baru 25 tahun".

Whatever la kan. Ape yang ade pada umur. Seperti kata t-shirt ku di bawah ini : AGE IS A MATTER OF MIND.


erghh~ aku sudah semakin gemok. berat badanku naik mendadak. xP



Ape yang ade pada umur? Itu hanyalah pemikiran jer. Hayatilah ape yang t-shirt aku cakap tuh, ok. Jangan berfikiran kolot. Sampai bila pun tak maju (cewahh~).

So, terpulang la pada pandangan masing-masing. Yang penting, aku masih kelihatan muda, dan tidak seperti perempuan (gadis) yang berumur 25 tahun, ok (cuba perasan muda jap). Hahahahhh~~

Semoga aku menjadi insan yang lebih baik di hari-hari mendatang (sebab dah makin tua nih ;p). Semoga aku dapat mencapai apa yang aku impikan (dan usahakan). Dan semoga sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Aminn...


On My 25th Birthday

Harini bangun pukul 10pagi. Actually pukul 7pagi tadi dah tersedar, maybe sebab dah biasa bangun pagi2 (nak pegi keje). Pastu aku sambung tido balik. Tapi tak nyenyak. Coz SMS birthday wishes "bertalu-talu" (ceh) masuk ke Inbox henpon aku, dari kawan2, bos, rakan sekerja dan kerani kat office. Termasuk dari Celcom (dapat SMS & panggilan free, 7hari beb) dan dari Bank Islam. Agak mengganggu tidur. Tapi ku amat menghargainya. Anyway, thanks pada yang mengingati. Ku reply juga SMS-SMS tersebut dengan mata tertutup dan mengantok. xP

SMS yang buat aku tersenyum (tergelak sket kot) dalam mamai :

"Happy bufday 2 u..Happy bufday 2 u..Happy bufday happy bufday..Happy bufday 2 uuuuuuu!!!! ;) Slm syg dari K.adi"

SMS dari kerani office aku. Boleh nyanyi dalam SMS ea. Huhuu~~


Dan SMS ini:

"Hepi besday..moga pnjg umur..murh rzki..cpt bl kete n cpt2 kwin..he"

SMS dari lawyer kat office aku. OK, part yang cepat2 kawen tu yang tak tahan. Hahh~~ ;DD


Ketika aku terbangun pukul 7pagi tadi, aku tergerak untuk check henpon. Ku mahu SMS dari dia. Ku tertanya-tanya, adakah dia akan memberi ucapan harijadi padaku. Itu perkara pertama yang terdetik di hatiku sebaik sahaja aku membuka mata (tiba2 jer ayat jiwang kat sini).

Dan...yeah, SMS dari dia. Tepat pukul 12.01 pagi. Awak selalu mahu jadi yang pertama, kan?

Ku ingatkan dia takkan SMS ku lagi, dan akan melupakan harijadiku. Hmmmmm...............

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........


Harini aku cuti. Dapat off-day. Office tu memang bagi cuti kalo birthday. Best, bukan?

Nothing much to do today. Bangun pukul 10 pagi, guling2, baring2, malas2 dulu. Masak lunch. Tengok TV. Basuh baju. Buat keje umah. Snap some pictures. Jumpa dia kjap. Pegi pasar malam. Online Facebook. Update Blog. Dan sekarang...masa untuk tidur.

Ergghhhhh~~~ malasnyer nak keje esok! xP


*p/s : thank you so much pada semua rakan2, rakan se-office, bos, facebooker, dan semua yang memberi ucapan harijadi padaku harini, terutamanya pada si dia. you sooooo much! :')



.

Sunday, July 18, 2010

My Last Two Days of 24-years-old


Yes its true. I'm having a Birthday.
In two more days.

I guess I'll celebrate it alone.
Or maybe I wont celebrate it at all.

Whatever.
I'll enjoy my last two days of my 24-years-old age. ;)


.