Showing posts with label Mahkamah Tinggi Muar. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah Tinggi Muar. Show all posts

Monday, January 16, 2012

JB - Muar - Ayer Hitam

Dear blog...wah...dah seminggu aku biar blog nih berhabuk. hukhukk~ 


Busy lah katakan. *eleh. asyik2 busy jer kannn... -.- 


Minggu lepas, 10.01.2012 pegi Mahkamah Tinggi Muar. Outstation lagi. Minggu ni pegi Putrajaya pulak.  Penatttt~~


On the way balik dari Muar, sempat singgah lagi Ayer Hitam. Sempat aje kannnnn.... ;p 


Ada beli few sample untuk doorgift. Nak tunjuk kat Encik Tunang, nak tanya pendapat dia yang mana ok untuk buat doorgift. 


So ini lah dia sample2 tu...




 Cawan. 
RM1.50/pc 



 Cawan jugak. Ke mug yer?
Ape2 jerlah. 
RM1.50/pc 



 Mug. 
RM1.20/pc 
Yang ni kecik sket. 



Yang ni comel! 
Tapi kalo nak beli yg ni, kena add deco sket la, kan. 
RM1.20/pc
Mahal kot. sebab ada b2b blogger yg survey kat VR Star Nilai 3, RM0.80/pc.





Kalo boleh nak bagi doorgift yang tetamu boleh guna la. Macam mug tu, boleh jugak buat minum, kan. 


Errrrr....tapi aku rasa nanti mesti end up aku yang pilih sendiri. Biasa lah, orang lelaki mana la nak pikir sangat pasal benda2 camni. Biasanya kalo aku tanya2 pasal wedding nih, contoh macam pelamin, baju, warna alas meja tetamu, etc, dia akan cakap : suka hati sayang la. org tak cerewet sangat.


Eleh. yerlah tu tak cerewet. -.- 


Mana boleh aku buat aku buat keputusan sorang2 & pening sorang2. Tak aci!!! ;D 


Btw, ini just sample jer. Tak confirm lagi nak beli doorgift yang camane. Kena tengok budget dulu. Huhuuu~ -.-' 


Pendapat korang plak camane? Apa doorgift yang OK & sesuai untuk bagi kat tetamu? 



.

Thursday, March 24, 2011

eh eh pakcik nih. boleh HOII HOII kat kite pulakk~

Went to Muar High Court yesterday. Driving from JB to Muar and from Muar to JB was so tiring. Itu baru JB-Muar-JB. Kalau drive balik kampung sorang2 nun jauh ke Terengganu camane pulakk?

Untuk raya puasa tahun ni, aku dah siap berazam : akan tetap balik drive kete sorang2 kalo takde sape yang boleh teman atau cuti raya tak sama ngan kakak @ abang. Aku rasa tambang bas balik kampung sama jer ngan minyak kete untuk balik kampung. Cuma yang tak sama - penat tahap melampau drive 10 - 12 jam. 

Tahun ni insyaAllah ada "something" untuk raya, dan raya itu akan lebih bermakna. So, insyaAllah akan balik drive sendiri walaupun terpaksa berseorangan. Masa Chinese New Year haritu, balik kampung ngan Encik Kuneng. Sebab kakak dan abang tak bagi drive sorang2. Sebab katanya sangat bahaya perempuan drive jauh2 sorang2. Lagipun jalan balik ke Terengganu hampir semua jalan adalah hutan kiri kanan. Dan katanya lagi - memang la kete baru, tapi tak semestinya kete baru tak rosak. Kalo rosak @ pancit, camane. 

Ok fine. Lagipun masa tu aku baru jer dapat lesen dan baru jer start drive.

Lepasni tak tau camane. Boleh drive sendiri balik kampung ke tak.




PLUS. JB-Muar

Plaza Tol Pagoh.

pictures of the day. 




By the way nih nak cite peristiwa masa drive kat Muar semalam. Kebanyakan penunggang motosikal suka bawak motor tengah2 jalan (yg ni bukan kat Muar je, kat mana2 pun sama jer). Tak reti duk tepi2 sikit ke? Tak tau ke sangat bahaya kalo motor duk (di bawa) kat tengah2 jalan?

Ada sorang pakcik ni berhenti kat sebelah aku masa traffic light merah. Lepas lampu hijau, dia boleh bawak moto tak tengok kiri kanan. Tak alert ngan kete kiri kanan. Dah la bawak tengah2 jalan. Aku ni bawak kete sambil tengok motor dia, sebab takut berselisih @ langgar dia. Nak ke kanan sikit, tak boleh plak sebab jalan bertentangan banyak kete. Eh2 pakcik nih, tak tengok ke kat sebelah dia ada kete.

Pastu motor pakcik tu hampir berselisih ngan kete aku, dia boleh menjerit : HOIII..!!!!

Eh2 pakcik nih. Dia yang bawak motor tengah2 jalan, tak tengok kiri kanan. Boleh nak marah aku pulakk?? Kuat pulak tu. Aku tutup cermin kete pun boleh dengar dengan jelas. Nasib baik aku nih bukan jenis yang kurang ajar.

Tengok. Ni yang paling aku menyampah ngan sikap penunggang motor. Tau tak penunggang motor yang paling berisiko untuk accident? Kalo accident sorang2 takpe jugak, jangan sampai melibatkan orang (pengguna jalanraya) lain. *dan tak lupa juga kepada keluarga @ orang tersayang.

Aku bukan nak kutuk @ anti ngan penunggang moto. Aku pun selalu jadi pembonceng motor. Dulu boleh dikatakan hampir setiap hari Encik Kuneng hantar aku pegi keje ngan motor. Memang tau la camane perasaan jadi orang yang berada atas motor tu kan. Dan aku pernah tengok motor accident depan mata aku. Pheww~~ seram.

Kalo silap sikit jer, terus dot dot dot (takmau lah cakap). So, sebab tu penunggang motor ni kena sangat sangat berhati2.

So, penunggang motor kat luar sana, tolong berhati2 tahap maksima bila menunggang motor. Selalu tengok  side mirror kiri kanan & alert ngan kenderaan lain. Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Ingatlah orang yang tersayang. *pesanan ini ditujukan kepada Encik Kuneng juga.



Ok bye!


.

Tuesday, November 17, 2009

Muar High Court : Bomb Threat!

Ini first time aku pegi Mahkamah out station - Mahkamah Tinggi Muar. Ade hearing kat sane. Tapi aku ikut senior lawyer jer. Just untk tengok camane lawyer conduct kes, untuk menimba pengalaman. Yang handle kes tu, of course la senior lawyer aku. Hehee~

Kitorang bertolak dari JB hari Ahad, hearing hari Isnin. Kat sane kitorang stay kat rumah kawan senior lawyer aku tu. Kawan dia pun lawyer jgak. Mase nak pegi sane, aku ingat umah kawan dia tu biase jer, sebab aku pikir, maybe orang bujang, so duk umah bujang la kan. Tapi bile sampai je kat umah tu, aku macam..WOWW...punyer lah besar umah dia. Aku jadik jakun kjap. Tapi takde la nampak cam jakun sangat. Of course la kena control kan. Hehe~

Toilet pun dah macam hotel. Ishh..bile la aku boleh buat umah camtu kan. Haha~ berangan jap. ;p

Mak kawan senior lawyer aku tu punyer la baek. Aku ni jenis yang segan, lebih2 lagi kalo ngan orang yang baru kenal. So aku tak banyak cakap la. Makcik tu plak jenis orang baik2. Rajin plak tu. Sangat particular dan suke masak. Masakan dia best. Tapi aku tak makan banyak. Sebab semua orang makan sikit jer. Segan la beb. Kalo nak tau, aku ni kalo kena ngan selera, memang makan banyak (sebab tu aku makin gemok!).

Rumah dia sangat dekat ngan Mahkamah Tinggi Muar. Drive tak sampai 5 minit! Wahh..kalo aku duk dekat ngan Mahkamah @ tempat keje camni, sangat bahagia lah hidup aku. Tak perlu bangun awal giler, tak perlu menempuh perjalanan yang jauh dan tak perlu berhadapan dengan jalan jem setiap hari!

Next day, kitorang pegi court. Masa tu kes depan Timbalan Pendaftar je. Lahh..aku ingatkan hearing. Masa kat dalam Mahkamah tu, tiba2 jer ade orang (kerani mahkamah kot) masuk & bagitau something kat Timbalan Pendaftar. Pastu Timbalan Pendaftar tu buat pengumuman, dia mintak semua orang keluar dan kosongkan mahkamah sebab ade ancaman bom!

Aku macam.. Hah?

Semua orang kemas2 fail diorang dan terus keluar. Tapi aku tengok semua orang tak serius. Ade yang gelak2. Ade yang cakap, ni dah kali ke-empat ade ancaman bom kat Mahkamah Tinggi Muar nih. Betul la, baru jer beberapa bulan lepas (sebulan, dua bulan lepas kot) aku tengok berita, pasal ancaman bom kat Mahkamah Tinggi Muar nih. Haishh..sape la yang bangang sangat buat panggilan telefon bodoh nih.

Bila kitorang keluar, dah ade polis kat Mahkamah tu. Semua lawyer & staf Mahkamah dah berkumpul kat luar. Tak lame lepas tu, ade lawyer cakap, Judges ade kat seberang jalan depan mahkamah tu. Haa..first time aku dapat tengok Judges Mahkamah Tinggi Muar. Dua2 plak tu. Tapi nape la tak duk dalam kete? Macam bahaye plak kan Judge berdiri kat tepi jalan camtu. Hee..macam concern plak aku nih.

Mase berkumpul kat luar tu, memang semua orang tak serius. Takde langsung yang takot2 atau risau ngan ancaman bom tu. Diorang siap bergambar lagi. Haha..sengal, kan.

Lepastu one of that Judges bagitau, semua kes postpone ke pukul 2petang. Coz polis tengah buat pemeriksaan kat Mahkamah tu. So, maybe lambat agi. Buat penat jer kalo tunggu, kan. Better balik jer. Kalo yang umah dekat la. Kalo yang datang dari jauh cam kitorang ni? tak ke naya kena tunggu sampai pukul 2 petang? Naseb baek kitorang stay kat umah kawan senior lawyer aku.

Aduhh..frust gak mase tu. Yerlah, mase Timbalan Pendaftar suruh kitorang keluar, kes kitorang dah dekat dah. Lagi 2 kes je, lepas tu kes kitorang. Kalo takde ancaman bom camni, pukul 10.00 atau 10.30 pagi pun dah boleh settle dah kes kitorang. Pastu boleh terus balik JB. Nak buat camane, kan.

Kes dah kena postpone, kitorang balik la ke umah kawan senior lawyer aku tu. Ingatkan tadi dah tak balik umah dia dah, coz kitorang nak balik JB terus lepas settle kes tu.

Hargggghhhhh~~~ aku tak puas hati betol ngan makhluk yang buat ancaman bom bodoh nih. Sape yang bodoh sangat tuh? Ade yang cakap, pasal ade satu kes lelong. Owner rumah tu (Defendan) taknak umah dia kena lelong. So, dia buat panggilan telefon dan cakap, ade bom kat Mahkamah. Ape dia ingat kalo buat panggilan bom camtu, umah dia takkan dilelong lah? Kes tangguh sampai petang jer, ok. Bukan selama-lamanya. Petang nanti, kena lelong lah umah kau tu. Bangang punya makhluk. Tu lah, dah pinjam duit ngan bank, taknak bayar. Bila umah dah nak kena lelong, baru kelam kabut.

Petang tu kitorang pegi lagi ke Mahkamah, untuk kes kitorang. Dan semua kes berjalan seperti biasa. Mane ade bom. Memang ancaman palsu jer. Saje nak takut2kan orang.

Ni first time aku pegi Muar, pastu ade ancaman bom plak. Memang aku takkan lupa pengalaman ni sampai bila2. Hahah~~ ;D




16.11.2009.
Mane bomnyer?





*p/s : KALO ADE HUTANG, BAYAR LA WOIIII...!!! JANGAN MENYUSAHKAN ORANG NGAN LAWAK BODOH KAU TU!!


.