Minggu lepas, aku ajak Encik Suami tengok wayang. Sebenarnya nak tengok movie lain. Tapi dah takde kot movie tu. Dah lama dah ditayangkan kat pawagam.
So kitorang pilih jer World War Z. Main pilih jer. Sebenarnya tak tahu langsung cite ni camane. Sebab trailer pun tak pernah tengok.
Trailer.
Sinopsis dia camni, aku malas nak translate atau cerita lebih2 :-
The story revolves around United Nations employee Gerry Lane (Pitt), who
traverses the world in a race against time to stop the Zombie pandemic
that is toppling armies and governments and threatening to decimate
humanity itself.
Movie ni nak kata besttu takde la best tahap gaban. Ok la kot. Tapi agak boring sikit. Cuma banyak scene yang selalu buat kitorang terkejut. Ada satu masa tu, tetiba jer sorang lelaki menjerit dalam panggung tu sebab terkejut. Dah la time tu dia sorang jer yang menjerit. Pastu semua orang gelak. Termasuk kami sekali. Bukan gelak sebab movie tu kelakar. Tapi sebab lelaki tu yang kelakar. Hahahahh~
Tu la, sape suruh beli tiket depan sangat. Kang dah melampau sangat terkejutnya. Wahahahahahh~ ;D
Tapi kannnn..........yang paling tak best, bila....part Israel tu. Sesuatu sangat. Tak best! Tak logik. Tak boleh diterima akal. Ntah la. Maybe sebab itu adalah Israel.
Ngeri ok part nih.
Israeli soldier.
Serius, agak menyesal tengok movie ni. Bukan sebab tak best. Errrr....itu pun ada jugak la. Tapi sebenarnya sebab aku rasa movie dia ni agak ngeri. Aku seboleh2nya dah taknak tengok movie ngeri camni. Tengok muka zombie la, zombie gigit orang la........ishhhh......
Lagipun selalu terkejut tengok movie ni. Not good...not good....tak bagus untuk kesihatan. -.-
Hari Khamis minggu lepas Encik Suami ajak aku tengok movie Man of Steel. Kemain lagi hari pertama release dah ajak pegi tengok yer, laki aku nih.
Sebenarnya memang dah lama aku duk tertunggu2 nak tengok movie ni. Sebab aku tengok trailer dia macam menarik jer. Macam lain dari cite Superman sebelum2 ni. Lagipun aku kan memang suka sangat cite Superman nih. Haruslah kena tengok.
Tapi masa hari Khamis tu ada hal pulak. So kitorang tengok hari Jumaat jer.
Trailer.
Mula2 tengok si Clark Kent tu ngan janggut dan jambang yang serabai....rasa macam...eeee serabai giler. Apesal tak terurus sangat nih. Tapi lepas dah licin & siap pakai suit dia, walawehh..hensem la pulak. Hahaa~ Sila ingat kat laki kat sebelah. Eh, tapi hakikatnya memang hero dia hensem. ;p
Part paling sedih, masa ayah Clark (ayah angkat) meninggal. Bayangkan kalau kita ada kebolehan, tapi tak dapat nak selamatkan ayah sendiri. Sebak ok iols time tu. Hampir2 nak menangis. Nasib baik Encik Suami ada kat sebelah. Kalau aku sorang2 duk layan perasaan, confiirrrrmmmm iols menangis. Hahahahh~
Nanti kang kalau aku nanges time tu, memang jadi bahan gelak laki sendiri. So terpaksa la iols kontrol. Wuwuwuw~ -.-'
Kal El hasil kelahiran semulajadi.
Marah betul Jeneral Zod nih.
Sob sobb~ T_T
Superrr beard kauu. ;p
Bagi aku, movie ni memang bessttttt. Lain sikit dari movie Superman sebelum ni. Tapi still jalan cerita dia tak lari la dari yang dulu2 tu. Memang tak rugi la duit beli tiket movie ni.
Tapi lagi best rasanya kalau tengok 3D.
Menyesal pulak tak tengok yang 3D. Kitorang tengok yang Digital jer.
Huhuu~
Yeke? Hahahahh~
Tapi aku dah tak ingat dah cite Robin Hood dulu2.
Ok lah, thanks for reading. Iols tengah mem-usy-kan diri duk packing mem-packing barang. Curi2 masa sekejap jer ni.
Till next entry. ;)
p/s : esok hari pertama dan terakhir aku bekerja untuk minggu ni, sebelum bercuti sampai hari Sabtu. weee~ ;)
Last week, kami tengok movie After Earth ni. Encik Suami la yang nak tengok. Aku ok jer. Haha~
Nampak trailer macam best jer. Tu yang macam tertarik nak tengok.
Ursa
Sinopsis :-
About a military father and son crash landed on Earth one thousand years
after cataclysmic events forced humanity to abandon it for a new home
planet. The teenage son must save his dying father by trekking alone
across the hostile terrain, encountering highly evolved creatures and a
ruthless alien beast along the way, to recover their rescue beacon and
also prove that he can live up to his father's reputation as a legendary
soldier.
Mengisahkan seorang bapa dan anak yang terperangkap kat Bumi selepas kapal angkasa mereka rosak dan terhempas kat Bumi. Masa tu Bumi ni dah diklasifikasikan sebagai class 1 quarantine planet. Semua yang ada kat Bumi dah berubah dan boleh membunuh manusia.
Si ayah, Cypher Raige patah kaki selepas terhempas. Jadi si anak, Kitai Raige kena la pikul tanggungjawab berat untuk mencari beacon kat satu bahagian kapal yang terhempas, agak jauh dari tempat mereka terhempas tu. Beacon tu penting untuk hantar isyarat supaya mereka dapat diselamatkan.
Si anak ni sebenarnya tak pernah ikut mana2 misi camni. So dia agak takut la. Lagipun kapal yang terhempas tu ada makhluk asing (Ursa) yang mampu mengesan rasa takut manusia dan akan membunuh manusia. Si anak pulak memang fobia sebab Ursa ni dah bunuh kakak dia masa dia kecik2 dulu.
Mimpi ngeri masa kanak2.
Nampak tak apa yang Will Smith tu pegang?
Tu dah macam alat komunikasi, boleh buat call etc.
Siap boleh gulung2 lagi.
Konon2 seribu tahun akan datang, teknologi dah memang tersangat canggih la. .p
Ursa yang masih dalam kurungan.
Ursa ni memang diorang bawak sekali, dalam kapal angkasa tu.
Kasih ayah dan anak.
Si ayah hanya mampu memantau dari jauh pergerakan si anak.
Ada orang cakap movie i tak best sebab the only "orang" jahat dalam movie ni adalah babun ni.
Hahaa~
Tapi neves jugak ok tengok Kitai kena kejar ngan kumpulan babun tu. ;p
Kitai kena lawan rasa takut untuk bunuh Ursa ni.
Sebab Ursa ni hanya dapat tengok manusia yang takut.
Kalau takde perasaan takut, kiranya manusia tu invisible la di mata Ursa tu.
Ada orang cakap movie ni boring dan membazir jer duit berjuta2 buat
movie camni. Bagi aku, movie i takde la best sangat. Tapi ada la nilai2
moral dia. And rasanya sesuai sangat kalau tengok ngan ayah2 korang time
Father's Day haritu.
Hari Sabtu 2 minggu lepas (kemain lama lagiiii kannnnn). Lepas 1st anniversary dinner kat Hotel Grand Paragon, kami ke KSL plak. Nak tengok movie.
Sebenarnya tak plan pun nak tengok movie lepas dinner tu. Tetiba jer rasa macam nak tengok movie, ajak ler Encik Suami. Sebab KSL tu dekat jer ngan Grand Paragon, so kami ke sana jerlah.
Sampai sana, nak tengok movie Star Wars atau Jurassic. Tapi waktu tayangannya tak sesuai pulak. Ada yang midnight, ada yang pukul 11 malam lebih. Tak larat dah kami nak tunggu. So kami beli tiket Epic jer.
Trailer.
Mengisahkan Mary Katherine (a.k.a. M.K.) yang kematian ibu, pindah duk ngan ayah dia. Tapi MK ni tak berapa suka duk ngan ayah dia. Sebab ayah dia asyik busy ngan keje, hingga mengabaikan keluarga.
Tapi sebenarnya ayah MK ni, yang merupakan seorang scientist, dah beberapa tahun duk buat kajian kat kawasan hutan. Ayah MK percaya ada satu golongan/bangsa bersaiz kecil yang hidup kat kawasan hutan tu. MK pulak, of course la tak percaya benda2 tu semua. Sebenarnya memang wujud pun makhluk yang ayah MK duk cari tu.
Permaisuri hutan tu, Queen Tara buat keputusan untuk mencari pengganti. Masa ni la berlaku satu kejadian yang menyebabkan MK terlibat sama sampai jadi kecik jugak. Bermula la pengembaraan MK bersama-sama dengan Leafman untuk selamatkan hutan tu dari kaum Boggans, dan untuk selamatkan lenggai teratai yang sangat penting untuk pilih permasuri baru selepas kematian Queen Tara.
Masa ayah MK tahu MK tinggalkan rumah, masa dia nak selamatkan MK, sedih iols ok. Sebak iols tengok. Tak tahu camane nak explain. Korang tengok la sendiri yer. Ada la nilai2 moral kat situ.
Tapi aku tak tahu la ada lagi ke tak movie ni kat wayang.
Movie ni nak kata tak best, mesti la best. Kalo bab action yang melajukan adrenalin tu, memang best. Tapi jalan cerita macam tak berapa best. Banyak yang boleh agak. Pastu banyak benda/scene yang tak logic.
Contoh macam masa Dom sambut Letty yang jatuh dari kereta kebal. Tak logic langsung ok. Then masa kapal terbang yang besar tu nak take off. Apeke panjang sangat landasan kat situ? Adakah landasan airport military tu jaraknya dari JB ke Kota Tinggi? Tak masuk akal.
Nampak benau nipunyerrrr. ;p
Banyak lagi kot yang aku rasa nampak benau nipunyer. Kalau nak tahu apa yang aku maksudkan ni, korang kena la tengok sendiri. Dont worry, movie ni takde la teruk sangat.
Kat scene ni yang paling tak boleh blah & tak masuk akal.
Cute sangat baby nih. geram jer tengok.
Btw, dari ending-nya, memang ada lagi sambungan Fast and Furious 6 ni. Kita tunggu jerlah yer.
Hari Jumaat dua minggu lepas. 26.04.2013. Me and hubs keluar tengok wayang. Isteri birthday boy belanja birthday boy tengok wayang. ;D
Memandangkan kami dah tersilap tarikh pasal movie Iron Man bulan lepas (tu la gelojoh sangat), so kami decide nak tengok movie Iron Man 3 la kali ni. So lepas office hour, Encik Suami datang & kami terus ke tingkat 5 City Square tu untuk beli tiket.
Ya Allah...ramainya manusia yang beratur nak beli tiket. Itu belum kira yang dah beli tiket & tengah tunggu time masuk jer. Pening kepala aku duk kat situ. Mula2 tu confuse jugak. Ada apa kat sini sampai ramai sangat orang nih?
Pastu kitorang syak yang diorang tu semua nak tengok Iron Man 3. Hah....memang betul pun. Sebab semua slot almost FULL. Kalau ada seat pun tinggal seat depan jer. Last2 kitorang beli tiket yang pukul 9.55 malam jer. Itu pun tinggal berapa seat jer yang belakang2.
Hebat juga fenomena Tony Stark nih.
Lepas beli tiket, kitorang pegi makan dulu. Pagi tu aku dah masak sup ekor. Tapi malam pun teringin lagi nak makan sup. Adehh....so Encik Suami kena la cari tempat makan yang ada jual sup. Eh, ni birthday sape sebenarnye nih. haha ;p
Walaupun tak banyak lauk, tapi rasa kenyang sampai tak larat nak habiskan. Sampaikan kena rilek2 dulu, makan slow2. Baru dapat habiskan. Yerlah, kalau tak, membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. ;)
Dah kenyang perut, jom la kita tengok wayang pulak.
Well hello Tony Stark. ;)
Bagi aku, movie ni best giler. Teruja iols tengok Tony Stark ngan IronMan2 beliau. Lagi tersentuh tengok kasih sayang Tony Stark kat makwe dia. ^_^
Boleh bagi 4.5 bintang.
Tapi kenapa ada yang cakap Iron Man 3 ni tak best jer. Kecewa la, hampa la, apa la.
Lain orang, lain pendapat. Lain orang, lain expectation. Gituu....
Hari Ahad minggu lepas..errrr....2 minggu lepas to be exact, me and hubs keluar tengok wayang.
Oh tahu tak sebenarnya tujuan utama kitorang keluar tu adalah sebab nak tengok Iron Man 3? Padahal masa tu Iron Man 3 belum pun keluar kat cinema lagi. Confident jer. Hahahahhh~ *gelakkan diri sendiri.
So kitorang ke U-Mall, Taman Universiti. Sampai kat cinema, tengok poster Iron Man 3. Kat situ tertera "in cinema on 25 April" *lebih kurang. Erkkk.... -.-
Maka kecewa la laki bini ni.
Ok takpe. Memandangkan kitorang dah sampai pun kat cinema, dan untuk mengurangkan rasa kecewa nih, maka kami pun decide nak tengok jugak movie. Pilih punya pilih, kami beli tiket movie Oblivion. Itu jer kot yang menarik perhatian. -.-
Trailer.
Aku malas nak cerita panjang2. So, copy jer sinopsis dari rottentomatoes. Haha.. Sinopsis camni :
2077: Jack Harper (Cruise) serves as a security repairmen stationed on
an evacuated Earth. Part of a massive operation to extract vital
resources after decades
of war with a terrifying alien threat who still scavenges what's left of
our planet, Jack's mission is almost complete. In a matter of two
weeks, he will join the remaining survivors on a lunar colony far from
the war-torn world he has long called home. Living in and patrolling the
breathtaking skies from thousands of feet above, Jack's soaring
existence is brought crashing down after he rescues a beautiful stranger
from a downed spacecraft. Drawn to Jack through a connection that
transcends logic, her arrival triggers a chain of events that forces him
to question everything he thought he knew. With a reality that is
shattered as he discovers shocking truths that connect him to Earth of
the past, Jack will be pushed to a heroism he didn't know he contained
within. The fate of humanity now rests solely in the hands of a man who
believed our world was soon to be lost forever.
Best ke movie ni? Ntah ler. Yang pasti bukan 5 bintang, bukan juga 4 bintang. Pening kepala aku tengok movie ni tau. Bukan sebab tak faham. Mungkin sebab "berat" sangat kot. Hahahh~ Berapa kilo berat tu, korang kena la tengok sendiri. ;p
By the way, tengok wayang kat cinema kat U-Mall tu sangat lah tak best. Macam2 experience yang kitorang lalui masa tengok wayang beberapa kali kat sini. Malas nak cerita experience yang dulu2 tu. Tapi masa kitorang tengk movie ni, seat yang kitorang duduk tu sangat lah tak best. Seat tu sangatlah kecik dan condong ke depan. Nak duduk pun tak selesa, asyik nak melorot jatuh ke depan jer. Seriously, SANGAT TERUK!!
So iols terpaksa angkat kaki letak atas kerusi sekali. Tapi still susah nak duduk sebab seat kecik. So terpaksa la iols letak satu kaki (alahh macam bersila sebelah kaki) jer atas kerusi. Pastu tak senang duduk la, asyik kena tukar kedudukan jer. Sakit vontot iols nak tunggu movie tu habes.
Haiyyaaaa.....naseb baek aku duduk seat yang paling tepi. Dan sebelah lagi is my husband. Kalau tak, malu jugak nak duduk dengan tidak sopan camtu. -.-'
Benci.
Ok, lupakan kisah itu.
So, lepas tengok movie, Encik Suami singgah kat Hutan Bandar Mutiara Rini. Aku ingatkan dia nak terus balik. Sebab sebelum keluar tengok movie dia cakap nak terus balik, sebab esoknya dia keje shift pagi and kena masuk subuh.
Macam tau2 jer wife dia nih keboringan & nak spend time berjalan2 dengan beliau. Hewheww~ ;p
Presenting me. yang makin mengembang. -.-
Seriously, i need to lose A LOT of weight *taip sambil makan Cadbury Dairy Milk French Vanilla. -.-
Encik Suami sempat beli makanan ikan lepas tengok movie tadi.
Katanya nak bagi ikan makan. Tapi nan hadoo ikan kat sini.
Kura2 jer banyak.
Takpe la. Kura2 pun makan makanan ikan jugak. -.-
Ada la 2,3 ekor ikan.
Beriadah. *beriadah la sangat. ;p
Dulu kat sini adalah kolam ikan. Ikan pun banyak.
Sekarang usahkan ikan, air pun dah takde.
Kesimpulan, Hutan Bandar Mutiara Rini sekarang dah tak best berbanding dulu. Tapi ok la kalau datang untuk exercise. Kitorang ni datang jalan2 jer. Jauh sekali nak exercise. Hahahh~ ;p
Hari Khamis last two weeks, me and hubs tengok movie ni. G.I Joe Retaliation. Kemain hari pertama ditayangkan, dah pegi tengok. Encik Suami la ni yang beria nak tengok.
Trailer.
Movie ni mengisahkan kumpulan tentera elit, G.I Joe yang menjadi mangsa diperangkap & dituduh curi senjata nuklear. Pastu ahli2 Joe ni telah dibunuh dan dihapuskan kat ken diorang. Tapi ada beberapa orang yang terselamat, dan ahli yang terselamat ni cuba siasat apa yang berlaku & cuba untuk membersihkan nama diorang.
Ehh sory lah aku tak reti sangat nak explain.
Kalau nak tahu caritanya camane, korang tengok la sendiri ok. ;p
Sebelum GI Joe dihapuskan.
Captain Joe Colton selalu silap sebut nama Lady Jaye ni.
Sukahati dia jer nak panggil nama orang. ;D
Tapi sebenarnya dia bukan betul2 tak tahu nama Lady Jaye.
Masa ending nanti korang tahu la kisahnya. ;)
Sexy betol la haihh pompuan nih. -.-
Neves betol masa dia menyamar nih.
Scene ni agak menarik & suspen gitu.
Walaupun agak tak masuk akal & buat aku confuse. hahah~ ;D
Sekejap jer Bruce Willis a.k.a General Joe Colton ada dalam movie ni.
Serius, dah tua sangat dah si Bruce Willis nih.
Overall, movie ni best. Tak rugi la duit beli tiket wayang. Cuma abang Bruce Willis kita ni sekejap jer scene dia dalam movie nih. Kalau lagi lama @ banyak scene dia, lagi best kot. Hahahh~ takpe la, si The Rock ni pun dah cukup best dia berlakon. ;p
Ohh...dah lama tak update blog, kan. Takde mood + ada la some problem.
Okay, kita straight to the point. Eh straight to the point apenye. ;p kita teruskan ngan entri ni.
Aku tengok movie ni ngan Encik Suami minggu lepas.
Mengisahkan sebuah keluarga masa zaman batu. Sebelum ni diorang ada ramai jiran. Tapi semua dah mati, atas banyak sebab. So tinggal la diorang jer. Family ni duduk dalam gua. Diorang hanya akan keluar gua bila waktu siang, untuk cari makanan. Lepastu, kena masuk balik duk dalam gua.
Trailers.
Keluarga Croods.
Prinsip Grug sebagai si ayah dan ketua keluarga : jangan tinggalkan gua. Kalau tinggalkan gua, mesti akan ditimpa bencana dan mati.
Tapi suatu hari, gua mereka telah runtuh dan musnah. So bermula la pengembaraan diorang. Mengembara bersama Guy, si lelaki yang moden sikit la dari family gua nih.
Si Eep ni penuh dengan perasaan ingin tahu.
ta..ta..taaa..... *lebih kurang camni la*
kelakar gila. ;D
The adventures begin.
to the mountain.
Grug sibuk nak mencari gua baru. Tapi Guy pulak sibuk nak ke mountain tu.
Malu2 kuceng.
Sedih sangat time nih. Besarnya pengorbanan si ayah.
& kuatnya semangat si ayah untuk selamatkan family dia.
Overall, movie ni sangat best. Asyik gelak jer tengok perangai sorang2. Tapi cite no kiranya ada nilai2 moral jugak la. *nilai moral kaauuuu??
Contoh, macam si Grug yang terlalu sayangkan family dia dan akan protect family dia walau camane cara sekalipun.
So pada yang tak tengok lagi movie ni, cepat2 la tengok. Tak rugi ok.