Showing posts with label Lotus Desaru Beach Resort. Show all posts
Showing posts with label Lotus Desaru Beach Resort. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Team Building at Lotus Desaru Beach Resort : Part 2

Selamat pagi Isnin!


1st Day. Sabtu, 12 Januari 2013.

Sambungan dari Part 1.

Kami bertolak ke Lotus Desaru pagi2. Pukul 6pagi aku dah keluar rumah. Hoihh, ENAMPAGI ok. Kena ambik beberapa orang lawyer & staff. Berkumpul kat Shell Tampoi, then terus gerak ke Desaru. 4 biji kereta jugak berkonvoi. Tak termasuk lawyer2 dan staff2 lain yang gerak asing2.

Bayangkan la betapa megantuknya aku. Penat ke Langkawi pun belum hilang lagi. Then malam sebelum ke Desaru ni pun aku just tido 2 jam jer. Sebab basuh baju yang pegi Langkawi haritu dan kemas2 baju yang nak bawak ke team building ni. Pastu, aku plak yang drive dari Skudai ke Desaru. Kalau bukan aku yang drive, takpe la. Boleh jugak tido on the way ke sana, kan. -.- 

Sebelum sampai Lotus, kami sempat breakfast kat Medan Selera kat Bandar Penawar. Aku makan nasi lemak + teh tarik. Ni memang 'ubat' mengantuk untuk team building kejap nanti. Hahahh~ ;D 

Sampai ke Lotus Desaru lebih kurang pukul 8.40pagi. Tapi belum dapat check in lagi. Kami teruskan ngan aktiviti team building dulu.



Ada shuttle service.


Kat sini kalau nak ke satu2 tempat/blok tu agak jauh.
So, harus la naik shuttle service ni.


Dalam training room.
I love this. Colourful sangat. ;)


Beraktiviti selama 2 jam, ada minum pagi. So, makan lagi. Then masuk balik kat training room. And then........its lunch time! Bersemangat sungguh nak makan, walaupun takde la lapar sangat. Masih kenyang ngan breakfast dan minum pagi. Tapi still......aku makan dengan teramat banyak. -.-



Ini sajork lah gambar yang ada. 
Buah & salad. Sebab empunya badan sibuk nak makan jer. -.-


Swimming pool! 
Eh? tapi aku tak mandi manda pun kat sini. 
Takde masa. -.- 


Lepas lunch, masuk balik ke training room. Buat macam2 aktiviti. Seronok. Hilang rasa mengantuk. Dah petang sikit, baru dapat check in & tengok bilik. Sempat rehat sekejap, pastu kena turun ke padang. Buat aktiviti outdoor pulak. 


Outdoor activities. 
We are having so much fun!


Selesai outdoor activities, selesai gelak2, berlari2, penat2, semput2, berpeluh2. 
Serius, aku ni cepat semput.
Then we decided untuk berseronok kat pantai pulak.


Let's go! 


Again, lalu kat swimming pool. 
Lalu sahaja. -.- 


Menuju ke pantai. 


Ombak sangat kuat. 
Tak boleh mandi pun. Diorang dah pacakkan bendera merah kat pantai ni. 


For me, aku rasa pantai kat sini takde la cantik pun. Air keruh. Hitam, kelabu. Atau mungkin sebab musim camni kot? Ntah ler. Nak mandi pun tak sanggup. Kalau water sport tu maybe ok la kot.




Bermain dengan ombak. 


Then, balik ke bilik, dan bersiap2 dengan sangat lajunya. Sebab lunch pukul 7.30malam, dan kena masuk training room balik pukul 8.30malam. Hoiii~ semput aku nak habiskan makanan dengan keadaan tergesa2.

Oh ya, dinner kat sini tersangat lah marvelous! Ada kambing panggang, ABC, errrr.......macam2 la kot. Tak ingat dah nak senaraikan satu2. Yang pasti, sekali lagi aku makan dengan banyaknya. -.-



Dan.....masuk ke training room dengan mata yang hampir terpejam. -.- 
Aktiviti habis pukul 11malam kot. 



2nd Day. Ahad, 13 Januari 2013. 

Bangun pagi dengan keadaan mengantuk. Pukul 7.40pagi breakfast, pukul 8.30 pagi kena masuk training room.


Good morning! ;) 

 
Ni lepas lunch.
Macam biasa, makan tak hengat.
Pastu nak ambik gambar pun kena cover tang perut tu. -.-'


Team building habis lebih kurang pukul 3petang. Lega sangat bila dah habis team building ni. Hilang terus rasa penat dan mengantuk. Hahaa~ ;p


Dapat sijil! 
*dah kenapa mata aku dah nak terpejam tu. buruk bebenor.  -.-


And now, its time to have fun! Kami terus ke water park plak. Tapi water park nyer......alahai........kecik jer. Mini water park la kiranya.



Pool.



Surrounding. 


Ni untuk budak2 yer. Mak budak jangan nak gatal2.


Yang paling seronok, main kat gelungsur air. Seronok main ramai2. Kena rempuh la, kelam kabut nak lari dari orang belakang, and macam2 lah. 2, 3 kali jugak la duk ulang naik gelungsur air ni. Tak sempat plak nak snap gambar gelungsur air tu. So aku google jer ===>>>


Sumber gambar : takemeholidays


Kalau main gelungsur air tu, nanti keluar ikut sini. 
Sila abaikan pekerja yang duk tengah2 tu.


Let's swim! *ceh


Wowweee~ 


"Beware of falling coconuts"


This is fun!
Tapi agak sakit jugak la kalau betul2 kena kat kepala.



Dah selesai mandi manda.



Ini gajah. ;p 


Posing lagi....


Dan lagi............. 
Ok, sila jangan muntah, ;p


Dapat mandi manda sekejap jer. Tak boleh lama2, sebab perjalanan masih jauh. Nak balik JB bukannya dekat. Takmo la dah malam baru gerak. Nak lalu ikut highway Senai pulak tu. erk? Faham2 lah yer.

Nanti nak ajak Encik Suami datang sini la. InsyaAllah one day. Walaupun not much activities to do, tapi bilik cantik & makanan best. Especially dinner. Hoihh, makan aje yang aku fikirkan. -.-

Anyway, sempat beli beberapa fridge magnet untuk kenang-kenangan. Oh, aku memang suka kumpul fridge magnet ni. Walaupun aku rasa fridge magnet kat sini agak mahal, tapi takpe la, aku beli jugak beberapa bijik.





Oh ya, ini harga2 water sport kat sana. Aku rasa mahal. Sebab kat Langkawi pun tak mahal camni. Korang rasa?


Flyer ni boleh dapat kat tepi pantai tu. 
Flyer yang aku dapat tertinggal kat bilik hotel. 
So kena la google. hihii~ 
Sumber gambar : tripzilla



Thanks for reading. ;)


.

Sunday, January 27, 2013

kenapa mandi masih pakai tudung?

Salam pagi Ahad! 

Harini kita masih ceria2. Sebab esok tak perlu Monday blues. Tapi lusa? Tuesday blues kot? Hewheww~ 

Beberapa hari lepas aku ada post gambar aku tengah berendam kat water theme park kat Lotus Desaru. *okeh, yang tu untuk Part 2 aku post entri tu esok yer. ;p 

Then ada sorang kawan aku tanya =======>>>>> 








"kenapa mandi masih pakai tudung?"

Aku agak culas nak jawab soalan tu. Sebabnya, pertama, sebab soalan tu datang dari kawan berbangsa Chinese beragama Buddha. Kalau aku jawab simple jer, takut nanti dia tak faham. Yerlah, mana la dia tahu bab2 agama Islam ni, especially kewajipan menutup aurat. 

Kedua, kalau aku explain panjang2 bab agama ni, kang ada yang kata aku poyo pulak. Sedangkan diri sendiri pun tak sempurna dalam menutup aurat. Kenapa aku cakap camtu? Sebab jawapan untuk soalan tu mestilah untuk menutup aurat, kan. 

So aku jawab se-simple yang mungkin jer.



Hopefully kawan aku tu faham la.



Memang la kalau kita cakap jer "nak mandi", confirm tak payah pakai tudung. Itu secara general, kalau dalam bilik air sendiri lah. Tapi tengok keadaan jugak. Kalau kat tempat orang ramai, which is ada orang yang bukan muhrim, of course aurat is aurat.

And yes, i know menutup aurat bukan sekadar menutup rambut jer. Aku sendiri pun tak sempurna dalam menutup aurat ni. Semua orang tak perfect (kecuali nabi dan Rasul-Nya) dan semua orang boleh berubah. InsyaAllah...

Bercakap pasal mandi kat pool ni, kalau pegi bercuti and villa korang ada private pool, yang tu lagi la best. *ok, berangan jap. tunggu duit berkoyan2 jatuh ke riba baru boleh bercuti kat villa camtu. -.- But sape cakap tak boleh? InsyaAllah one day.... ;) 

Okay thats all.

Thanks for reading.



.

Thursday, January 24, 2013

Team Building at Lotus Desaru Beach Resort : Part 1

Last two weeks my office ada buat team building kat Lotus Desaru. 

Sebelum ni pernah dengar orang cakap Lotus Desaru ni best. Tapi aku tak sempat nak google camane rupa Lotus Desaru ni. Sebab masa tu busy duk meng-Google pasal nak pegi Langkawi. hewheww~ 

Dua hari lepas balik dari Langkawi, terus pegi team building ni pulak. Penat pun tak hilang lagi. So memang mengantok & tak cukup rehat la kat team building ni. Dah la aktiviti dia sampai tengah malam. 11 malam kot? 

Sebelum bercerita dan meng-upload gambar2 lain, nak review bilik kat Lotus Desaru ni dulu. Kitorang duk 2 orang setiap bilik. Bilik ni utk rehat satu malam jer, duk ngan colleague.



Melangkah masuk. 
Ni kat tingkat bawah. Macam ruang tamu. 
Ada sofa, tv, frigde, pantri, tandas. 


 Pintu kiri tu tandas.


Ni tandas kat tingkat bawah. 


Pantri.



Fridge, oven, kettle. 
Tapi sila take note : tak boleh memasak yer. kalau terkantoi, kena bayar extra charges utk cleaning. gitu? 


 TV.



Tangga untuk naik ke tingkat atas. 


Tingkat atas is bedroom. 


Aku agak kecewa sebab dapat 1 queen bed camni. Kalau dapat 2 single bed ok la. Sebab duk ngan colleague. Maklumlah, aku nih kalo tido tak hengat dunia. Berdengkur ke, mengigau ke, tendang2 roomate ke, sape tau kan? Muahahaa~ Kalau ngan Encik Suami, takpe la. Dia dah faham sangat dah wife dia ni camane. ;p

Thats why aku lagi prefer 2 single bed jer. hewheww~ 


Sana tu bilik air. 


Bilik air. 


Bath tub. 
Yang tak bestnyer, shower pun kat atas bath tub ni. 
Tak best bila nak mandi, kena melangkah dalam bath tub. -.-




Wardrobe.


Pandangan tingkat atas dari tingkat bawah.


Dan ini saye. eh? ;p 
Siap ngan name tag lagi. Hahahh~ 
Sebab kitorang baru jer lepas buat aktiviti untuk team building tu. 
Lupa plak nak tanggalkan name tag tu. ;D



Harga bilik ni boleh tengok kat website Lotus Desaru. Lebih kurang RM2++ satu malam. Depends on weekend/weekdays/peak season camtu la. Tapi my office book banyak bilik, maybe dapat murah kot. Rasanya office book 30 bilik kot utk team building ni. Tapi kalau dah campur ngan lunch, dinner.....ntah ler brape diorang spend utk 1 bilik.   -.-

So far, aku rasa bilik kat sini best. Sesuai la untuk honeymoon. eh? Tapi kalau nak duk ngan roomate/colleague, aku rasa macam membazir jer. Lagipun kitorang duk sini satu malam jer. Kalau duk lama ok kot. Tak faham kenapa office buat team building kat sini.

Lagipun tempat ni kalau datang untuk berehat2 sesuai la. Bilik cantik, tapi not much activity to do. Kalau niat nak buat macam2 aktiviti......ntah ler. Nak buat ape ek. Water sport jer kot yang menarik. Sebab memang takde apa2 kot kat sini. Eh, water sport pun mahaiiiiii~

Maybe one day akan pujuk Encik Suami datang sini. InsyaAllah one day. Tapi tak boleh duk lama2. Sehari dua ok la kot. Coz memang nothing much to do. Datang rehat2 sajo boleh la.

Ok bye. 

Tunggu Part 2 pulak yer. ;p



P/S : Salam Maulidur Rasul. 




.