Tuesday, November 17, 2009

Muar High Court : Bomb Threat!

Ini first time aku pegi Mahkamah out station - Mahkamah Tinggi Muar. Ade hearing kat sane. Tapi aku ikut senior lawyer jer. Just untk tengok camane lawyer conduct kes, untuk menimba pengalaman. Yang handle kes tu, of course la senior lawyer aku. Hehee~

Kitorang bertolak dari JB hari Ahad, hearing hari Isnin. Kat sane kitorang stay kat rumah kawan senior lawyer aku tu. Kawan dia pun lawyer jgak. Mase nak pegi sane, aku ingat umah kawan dia tu biase jer, sebab aku pikir, maybe orang bujang, so duk umah bujang la kan. Tapi bile sampai je kat umah tu, aku macam..WOWW...punyer lah besar umah dia. Aku jadik jakun kjap. Tapi takde la nampak cam jakun sangat. Of course la kena control kan. Hehe~

Toilet pun dah macam hotel. Ishh..bile la aku boleh buat umah camtu kan. Haha~ berangan jap. ;p

Mak kawan senior lawyer aku tu punyer la baek. Aku ni jenis yang segan, lebih2 lagi kalo ngan orang yang baru kenal. So aku tak banyak cakap la. Makcik tu plak jenis orang baik2. Rajin plak tu. Sangat particular dan suke masak. Masakan dia best. Tapi aku tak makan banyak. Sebab semua orang makan sikit jer. Segan la beb. Kalo nak tau, aku ni kalo kena ngan selera, memang makan banyak (sebab tu aku makin gemok!).

Rumah dia sangat dekat ngan Mahkamah Tinggi Muar. Drive tak sampai 5 minit! Wahh..kalo aku duk dekat ngan Mahkamah @ tempat keje camni, sangat bahagia lah hidup aku. Tak perlu bangun awal giler, tak perlu menempuh perjalanan yang jauh dan tak perlu berhadapan dengan jalan jem setiap hari!

Next day, kitorang pegi court. Masa tu kes depan Timbalan Pendaftar je. Lahh..aku ingatkan hearing. Masa kat dalam Mahkamah tu, tiba2 jer ade orang (kerani mahkamah kot) masuk & bagitau something kat Timbalan Pendaftar. Pastu Timbalan Pendaftar tu buat pengumuman, dia mintak semua orang keluar dan kosongkan mahkamah sebab ade ancaman bom!

Aku macam.. Hah?

Semua orang kemas2 fail diorang dan terus keluar. Tapi aku tengok semua orang tak serius. Ade yang gelak2. Ade yang cakap, ni dah kali ke-empat ade ancaman bom kat Mahkamah Tinggi Muar nih. Betul la, baru jer beberapa bulan lepas (sebulan, dua bulan lepas kot) aku tengok berita, pasal ancaman bom kat Mahkamah Tinggi Muar nih. Haishh..sape la yang bangang sangat buat panggilan telefon bodoh nih.

Bila kitorang keluar, dah ade polis kat Mahkamah tu. Semua lawyer & staf Mahkamah dah berkumpul kat luar. Tak lame lepas tu, ade lawyer cakap, Judges ade kat seberang jalan depan mahkamah tu. Haa..first time aku dapat tengok Judges Mahkamah Tinggi Muar. Dua2 plak tu. Tapi nape la tak duk dalam kete? Macam bahaye plak kan Judge berdiri kat tepi jalan camtu. Hee..macam concern plak aku nih.

Mase berkumpul kat luar tu, memang semua orang tak serius. Takde langsung yang takot2 atau risau ngan ancaman bom tu. Diorang siap bergambar lagi. Haha..sengal, kan.

Lepastu one of that Judges bagitau, semua kes postpone ke pukul 2petang. Coz polis tengah buat pemeriksaan kat Mahkamah tu. So, maybe lambat agi. Buat penat jer kalo tunggu, kan. Better balik jer. Kalo yang umah dekat la. Kalo yang datang dari jauh cam kitorang ni? tak ke naya kena tunggu sampai pukul 2 petang? Naseb baek kitorang stay kat umah kawan senior lawyer aku.

Aduhh..frust gak mase tu. Yerlah, mase Timbalan Pendaftar suruh kitorang keluar, kes kitorang dah dekat dah. Lagi 2 kes je, lepas tu kes kitorang. Kalo takde ancaman bom camni, pukul 10.00 atau 10.30 pagi pun dah boleh settle dah kes kitorang. Pastu boleh terus balik JB. Nak buat camane, kan.

Kes dah kena postpone, kitorang balik la ke umah kawan senior lawyer aku tu. Ingatkan tadi dah tak balik umah dia dah, coz kitorang nak balik JB terus lepas settle kes tu.

Hargggghhhhh~~~ aku tak puas hati betol ngan makhluk yang buat ancaman bom bodoh nih. Sape yang bodoh sangat tuh? Ade yang cakap, pasal ade satu kes lelong. Owner rumah tu (Defendan) taknak umah dia kena lelong. So, dia buat panggilan telefon dan cakap, ade bom kat Mahkamah. Ape dia ingat kalo buat panggilan bom camtu, umah dia takkan dilelong lah? Kes tangguh sampai petang jer, ok. Bukan selama-lamanya. Petang nanti, kena lelong lah umah kau tu. Bangang punya makhluk. Tu lah, dah pinjam duit ngan bank, taknak bayar. Bila umah dah nak kena lelong, baru kelam kabut.

Petang tu kitorang pegi lagi ke Mahkamah, untuk kes kitorang. Dan semua kes berjalan seperti biasa. Mane ade bom. Memang ancaman palsu jer. Saje nak takut2kan orang.

Ni first time aku pegi Muar, pastu ade ancaman bom plak. Memang aku takkan lupa pengalaman ni sampai bila2. Hahah~~ ;D




16.11.2009.
Mane bomnyer?





*p/s : KALO ADE HUTANG, BAYAR LA WOIIII...!!! JANGAN MENYUSAHKAN ORANG NGAN LAWAK BODOH KAU TU!!


.

Saturday, October 10, 2009

Deepavali 2009

Lepas balik keje tadi pegi jalan2 jap. Terpandang lah ini. Ape ntah namanye nih. Lupa daa..




Cantik, bukan?

Location : City Square.


Agaknye brape lama la masa yang diambil untuk buat benda ni, kan? Kena banyak bersabar & teliti. Dibuat menggunakan bersa yang telah diwarnakan. Memang kena teliti. Besar plaktu hasilnye. Mesti la rumit.

Aku tak tau bila masa benda ni dibuat. Tau2 jer dah siap. Ishh..keje kat sini, tapi tak tau ape yang jadi kat CS nih. apedaa~~

Btw, Happy Deepavali to those who are celebrating! :)


.

Wednesday, August 19, 2009

My Convocation

Saturday, 15th August 2009. This is my convocation. At last, after 4 years (struggling) to get a piece of Law Degree, this is the day. My graduation day! Oh gosh, how relief i am.

I'm so sooo happy. But actually deep inside my heart, i'm crying. I wish my late mom were here. I've done all this for her. I remember the day she & my elder sister sent me to this university on my registration day. I remember all the pain we (especially my mom's) have to get through to sent me here. From that day, I'm determine to make her happy after i graduate, to get a great job and to give her a better life. But Allah love her more than i did.

And only Allah knows my feeling on my graduation day, how i wish she were here. :'(





Him ♥

First of all, thanks to him for accompanying me here.
At least i have you on this day. i ♥ you. ^^
My other siblings cant come to my convocation. sigh.



Before the Convocation started.


UKM's 37th Convocation


Graduan masuk ke dewan.
Can you spot me? ;p



Thats me on the stage! And my picture on the screen!
*okay, okay, i know its too tiny & u cant see me. hahh~






Myself

candid by him. ♥


Flower : him
Thank you, love. =)



posing tengah panas!


Okay, this is way to HOT! *i mean, the weather.
But still, i'm trying to give you a peace! hahaa~ whatever. ;p



Friends




Finally, i got the chance to do this! weeee~~~~ ^_^

.

Friday, July 17, 2009

.................

Hidup Baru

Dah sebulan setengah aku mulakan hidup baru.hidup sebagai chambering student.bukan lagi “university student”.dah masuk alam pekerjaan ni,agak busy la sket.dah lama tak update blog.

Sekarang ni dah filing Borang 1, 2 dan 3, 4, 5.rasa lega sket.dulu sebelum filing,rase macam tak senang duduk.sekarang dah agak lega kot.so sekarang cuma tunggu dapat tarikh short-call jerlah.


Konvo

Beberapa hari lepas aku check tarikh konvo.wahh,,,tak sangka dah nak konvo.cepat sungguh masa berlalu.kalo dulu tak sabar2 nak abes study,sekarang rasa macam tak percaya plak aku dah nak konvo.

weee~~

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

semua orang mempunyai ibu. tidak kira lah sama ada dia memang dibesarkan oleh ibunya, atau tidak pernah langsung mengenali ibunya. kita tetap lahir dari perut ibu, kan.

sungguh bertuah kita mempunyai ibu. dan teramat lah bertuah mereka yang masih mempunyai ibu di sisi mereka. tapi ada juga yang tak menghargai apa yang mereka ada. mungkin memang sifat dan lumrah manusia. susah (atau mungkin juga tidak pernah) nak menghargai apa yang mereka ada.

bila dah kehilangan sesuatu atau seseorang yang mereka sayang, baru lah terasa kekosongan dalam hati kita.masa tu baru kita rasa, betapa ruginya kita kerana telah mensia-siakan peluang yang kita ada. peluang untuk menghargai sesuatu yang kita sepatutnya hargai. betul...percayalah....




percaya atau tidak, aku tidak ada satu pun gambar bersama-samanya. tidak ada satu pun yang boleh dibuat kenangan. yang ada, hanyalah kenangan dalam kotak memori aku. itu sudah cukup memadai, namun ada sedikit perasaan kesal. hanya gambar candid ini yang aku simpan sejak 3 tahun lepas.

mungkin aku ini suka berlengah2. aku fikir, lain kali boleh buat. tapi takkan mungkin aku ada "lain kali" untuk selama-lamanya. ayat ini bukan bermaksud aku tak menghargai insan yang paling aku sayang ni. tapi ada banyak perkara yang aku nak buat utk dia, nak buat bersamanya, dan nak bagitau dia. terlalu banyak. tapi tiada lagi masa untuk aku buat semua tu.



hargai lah apa yang kita ada, sebelum kita kehilangannya.




"syurga terletak di bawah tapak kaki ibu".
ramai (atau mungkin semua) yang tahu pepatah ni. tapi berapa ramai kah yang mengambil pepatah ini secara serius? fikir-fikir kan lah.







kepada IBU2, Selamat Hari Ibu.
kepada ANAK2, hargai lah apa yang korang ada.


bestnyer dapat sambut hari ibu, kan?










SELAMAT HARI IBU. 10th May 2009.



.

Sunday, May 3, 2009

destinasi idaman akan tenggelam


semua orang ade tempat (destinasi) percutian idaman,kan? mungkin kita ingin pergi melawat, melancong atau mungkin hanya sekadar jalan2 kat sesuatu destinasi.

dulu aku teringin nak pegi Bali. tapi tu dulu (sekarang aku rase Bali cam tak besh ;p). sekarang teringin nak pegi Maldives. gosh~ aku jatuh cinta ngan kecantikan dan keindahan pulau2 di Maldives. aku suke pantai (walaupun aku sememangnya asal dari kawasan tepi pantai, memang boleh nampak pantai dari rumah aku), dan aku suka pulau (dah lama tak pegi pulau,walaupun rumah aku dekat jer ngan Pulau Perhentian). dan minat aku ni sama dengan seseorang :). & op koz la nak bercuti ke sana dengan seseorang itu. ngee~ ;p

tapi Maldives akan tenggelam dalam masa 41 tahun lagi (tahun 2050). yeah, pemanasan global memang kejam! gimana ya? kena pegi sebelum tahun 2050 la ek.


Honey, I Sunk the Maldives

Maldive Islands

Country
: Republic of Maldives
At stake
: $490 million
On the Ground
: This chain of islands in the Indian Ocean is about three feet above sea level, and scientists fear it could be submerged by 2050. A $63 million buffer built in the 1990s hasn’t solved the problem, so the government is in talks to relocate all 386,000 of its residents to either Sri Lanka, Australia, or India. That would end the Maldives’ tourism industry—more than 600,000 people visit annually—which accounts for 30 percent of the country’s gross domestic product.
By the numbers: The Maldives could be completely submerged as early as 2050.



baca LAGI.











semua ni akan tenggelam sepenuhnya dalam masa 41 tahun lagi?


.

Tuesday, April 28, 2009

Dua

Final Exam - paper ke-dua.
27.04.2009. UUUK 4063 Tatacara Sivil. Lega dah lepas paper nih. tapi aku rase aku ade tersilap faham soalan. kalo dah silap faham soalan, jawapan pun mesti la salah kan. whatever lah. benda dah lepas. adehh~ xP
dua paper dah lepas. ade dua lagi menunggu.


His 22nd Birthday.
26.04.2009. si dia dah tua setahun. dah 22. walaupun aku sebenarnye lagi tua. hahaa~ ;p
Happy birthday! Sori tak dapat celebrate & tak dapat bagi present lagi. lambat sket lah. aku di sini, kau di sana. xP


2 Years.
25.04.2009. cehh,,yang nih kecoh sket. so what? setiap orang ade sesuatu yang bermakna, walaupun bagi orang lain, bende tu biase jer. kan kan? :D

Tuesday, April 21, 2009

Final Exam - paper pertama


UUUK 4122 Undang2 Keterangan & Acara Mahkamah Syariah II (SCEP).

selesai sudah satu paper. takde la pening sangat tadi. alhamdulillah..
tapi tak tau la camane nnti kan. wallahualam.

ade tiga lagi paper menunggu.


Friday, April 17, 2009

Azam Terakhir


minggu depan start final exam. final exam yang benar2 terakhir. final exam yang terakhir utk semester terakhir, dan final exam yang terakhir utk tahun terakhir. semester ni hanya empat paper yang ade exam (aku ambik 7 paper). nasib baik gak lah. takde la berat sangat nak study untuk final exam, eventhough semester ni agak banyak assignment & banyak keje yang nak dibuat.

jarak antara satu paper dengan paper lain pun agak jauh. ni macam nak bagi peluang untuk orang yang suke study last minute jer (macam aku ke?). hahaahh~ ;p


Tiga paper yang takde final exam;
1. UUUK 4223 Amalan Profesional IIA (Kemahiran Perundingan & Kaedah Penyelesaian Alternatif)
2. UUUK 4233 Amalan Profesional IIB (Advokasi & Litigasi)
3. UUUK 4253 Remedi

Empat paper ade final exam;
4. UUUK 4122 Undang2 Keterangan & Acara Mahkamah Syariah II Selasa, 21.04.2009, 8.30 am
5. UUUK 4063 Tatacara Sivil II Isnin, 27.04.2009, 3.00 pm
6. UUUK 4043 Tatacara Jenayah II Khamis, 30.04.2009, 8.30 am
7. UUUK 4083 Undang2 Keterangan II Selasa, 05.05.2009, 3.00 pm



so sekarang aku ade azam baru, azam jangka pendek (untuk 3minggu ni jer) dan juga azam terakhir. bukan terakhir dalam hidup, tapi azam terakhir sebagai pelajar. hehee~ ;p

ape azamnye?


"NAK BUAT YANG TERBAIK UNTUK FINAL EXAM".



ek eleh...poyo jer kan. ntah buat ke tidak. hahaa~ ;p

ntah ler buat ke tak. tapi ni kan dah final exam yang terakhir untuk aku. selama ni mane ade serius sangat pasal exam (ape punye student daa..). bukan tak serius, tapi tak cukup usaha jer. so, kena la serius dan bersemangat untuk kali terakhir. (kuatkanlah hati aku untuk berusaha dengan sedaya upaya).

sekarang kena meng-away-kan diri dari dunia siber, termasuk Myspace, Friendster, Facebook or ape2 jerlah yang boleh "melalaikan" aku. dan ini perlu bermula dari BLOGSPOT ini. hehe~


status sekarang;
AWAY.



p/s* good luck kepada diri sendiri, dan juga utk rakan2 seperjuangan. chaiyok2..!! :)

Thursday, April 16, 2009

assignment terakhir, sepetang di KL

tengahari semalam aku pegi fakulti, untuk settlekan assignment Undang2 Keterangan & Prosedur Mahkamah Syariah II (SCEP). akhirnya aku berjaya menyiapkan assignment yang terakhir untuk semester ini. so, bolehlah aku concentrate kat final exam plak.



yes, akhirnya dapat gak snap gambar kat fac yg nmpak word "Fakulti Undang-undang". haha~ :D

sebelum ni dah banyak kali nk snap, tp ade jer halangan. skrg rase hepi sket. yerlah, lepas ni tak tau bile lagi nak pegi fac. suke tengok pic ni. FUU tercinta. hehe~ :)

lepas hantar assignment & lunch, membe aku ajak pegi tengok rumah kat Gurney Height. rumah tu diorang nak sewa, coz diorang nak stay kat sane lepas abes blaja. aku teringin gak nak ikut, coz nak tengok camane diorang deal. yerlah, satu hari nanti aku pun akan sewa rumah gak. tengok2 la camane diorang deal, boleh buat rujukan di masa depan. huhuu~

boleh tengok2 rumah diorang skali. wah2..ade view KLCC lagi.




sebenarnye banyak lagi gambar yang kitorang snap haritu. gambar yang macam drug addict pun ade. hahaahahh~ klaka. tapi bukan guna kamera aku. blom ambik lagi ngan diorang. ambik lain kali lah.

ingatkan pegi tengok umah ni kjap jer. rupe2nye lama gak. sepetang di Kuala Lumpur. sampai ke malam. macam round satu KL (memang round pun). pukul 8 malam baru balik. penat~ tapi aku rase yang drive tu mesti lagi penat kn. hahh~

lepas balik, dapat nota2 untuk exam hari Selasa ni. pehh,,,banyak gak nota yang kitorang fotostat. dah mula rasa macam tak sempat nak baca semua tu. sebelum ni macam blurr2, coz takde material or bahan yang nak dibaca. tak tau nak baca ape. sekarang..nak baca semua tu sebelum hari selasa ni? waaaa.............. xP

sampai bilik, dah penat giler. rase macam nak tidow jer terus. tapi bila dah bukak laptop, terus hilang niat nak tidur. biase la tu kn. hahaaaa~~~

tapi malam tadi cam bengang sket, coz wireless tak ok. dah la tengah ngantok. tapi aku masih lagi try on9, dan akhirnya wireless tiba2 jadi laju la plak. hehe~

so semalam aku edit skit layout blog ni. coz layout ni tak berapa "menjadi". kat laptop aku ok jer. tapi bila aku bukak blog ni kat pc lain, background dia jadi besar. so, aku buat teknik lain plak. background masih corak yang sama. cuma saiz jer lain.

content-wrapper aku buat background hitam, body blog plak aku letak background polka dot pink-hitam. huuhh~ settle problem aku.

pukul 4.30pagi baru tidow. beberapa hari ni waktu tidow dah berubah. siang hari tidow, malam jadi burung hantu.

weh2,,,cik kak..SCEP dah bace ke blom? duk on9 aje.

blom?

bestu bile nak start bace?

aiyarrkkk...!! xP

Tuesday, April 14, 2009

polka polka

akhirnya background blogspot aku dah tak boring macam sebelum ni. coz dah ade background. sebelum ni takde background. nampak dull sangat. boring.

comel jer kan polka dot ni (haha..puji diri sdiri.takpe la walaupun bg korg biase jer ;p) . puas hati jugak la, walau pun polka dot ni buruk dan comot jer (maklumlah buat sdiri jer). tapi mungkin polka dot ni utk sementara jer kot. pasni maybe akan berubah lg.

dari tadi tak tido, duk mengadap benda alah ni. buat background, & edit layout. layout skrg ni ade nampak cam kemas sket. dulu agak berserabut.

COMELLL....!!! (aku puji diri sdiri jer lah. hahahh~) aku suke sangat2. hitam + pink, menyerlah tul warna dia. dah jadi macam Myspace aku dah. hehee~ ade polka dot lagi. feveret aku. :)

best edit2 layout nih. aku sukakan kecomelan layout. selagi tak puas hati, selagi tu la aku edit. tak kira la template blogspot, layout Myspace or Friendster. tp malangnya Facebook takboleh edit2 layout. :(

kat Myspace, aku suke edit layout DIV. best. boleh letak macam2 box dan blh letak kat position mana yang kita nak. Friendster lak, aku suke edit yg ringkas2 jer. tp dah lme dah tak edit layout Friendster. dah agak pelupa lah pasal code2 kat Friendster. hehe~

template blog ni pun aku edit dari template "TicTac Blue" (iaitu template blogspot lah), jadi lah macam sekarang nih. agak pening gak lah edit2 code nih. kne tumpukan perhatian dan perlukan ketelitian. naseb baek dah biasa edit2 layout kat Myspace & Friendster. lebih kurang jer code2 dia. dah 2, 3 hari kot aku "bermain-main" dengan coding kat blogspot ni. harini baru rasa agak puas hati. dah tambah widget2 yang nak ditambah, dah edit apa2 yg patut di-edit. & dah disable right click skali. hehee~

emmmm....ape lg yg aku nk edit. macam ade lg jer nih.
pasti di-edit lg lps ni. :)

ishh..rase tak puas menatap blog nih (cewahh..). tp mata ni dah tak tertahan dah. tak boleh bukak dah..tulunnn....



haihh..aku pun tak tau ape yg aku taip.yg aku tau,aku MENGANTOokkk... & nk tidOowwww....

Earth Hour


Earth Hour kn dh dua minggu (lebih) yg lepas?

a'a, memang. 28/03/2009. kn?

tapi aku saje je nak post entri pasal ni, nak jugak walaupun dah lepas. sebenarnye aku tengok gambar2 mock trial, tiba2 teringat pasal Earth Hour. sebabnya, masa tu aku dan kawan2 yg bijaksana (hehee~) tgh sibuk buat persediaan terakhir utk mock.

masa tu aku kat umah mei na. dlm pukul 8.30 mlm, Encik Kuneng call.

tutup lampu tak?

tutup lampu? owh, a'a la. sekarang Earth Hour kn.

kitorg tgh buat keje. sejam tu sgt berharga. takde maknanye (ade makna,tp msa tak sesuai) nk switch off lampu sejam. camane nk buat keje?

aku sayang bumi (kenyataan yg sgt poyo,tp amat ikhlas). bumi ini sangat penting. tapi mock trial lagi penting. hehe~

yerlah, sbb keesokan harinya (29/03/2009) adalah hari mock trial kitorg.
aku ade gak plan nk join Earth Hour ni. tp tak terdaya. cehh~

ape yg aku buat mase Earth Hour? ini...



akhir kata, sayangi lah bumi. hee~ :)


.

Monday, April 13, 2009

Meniti Hari-hari Terakhir Bergelar Pelajar


agak sedih. hati tersentuh.
memang tak sangka, masa berlalu sebegini cepat.
sekarang rasa berat hati nk tinggalkan UKM,
berat hati nak tinggalkan Fakulti tersayang.
sangat2 berat hati (tapi takde la sampai nak extend or taknak blah langsung).
kolej pun aku ade rase berat hati gak nak tinggalkan.
tapi takde la berat hati sangat berbanding FUU. ;p

sekarang aku ada azam jangka pendek; nak snap pic banyak2 untuk buat kenangan. :D
bile lagi nak snap pic kat sni, ngan kawan2.
kn dah nak meninggalkan FUU dan jugak UKM.
kan kan..?

ni gambar2 yg di ambil masa 2 hari terakhir di minggu yang terakhir.
sebenarnye banyak lagi (takde la byk sgt) gambar yg snap haritu.
cuma malas nak upload.
internet lak cam bangang jer nih.
naseb baek aku rajin jugak post entri. hehee~ :D











lepas final exam boleh lagi snap pic ngan kawan2, kn? :)

Sunday, April 12, 2009

wireless oh wireless



arrggggghhhhhhhhhh................!!!!!!!!!!!!!!!

harini wireless connection tak ok.
bukan setakat tak ok. memang teruk sangat2.
dari tadi aku duk pening2 ngan benda alah ni. (mmg saket kepala otak)
tak dapek nak post entri.
connection macam ni, buang ,mase jer. kne tunggu lme.
re-connect, fail, re-connect, fail, re-connect, fail.
kjap ok. kjap tak ok.
membazir masa jer.

so, post entri ni jerlah.
sebagai ketidak-puasan hati. huh!
.

Saturday, April 11, 2009

Kenangan Mock Trial (video)



video


video


gambar sudah. sekarang, video plak.

ni antara video mock trial kami.
upload 2 jerlah. yg lain jd simpanan peribadi. hehee~
video ni masa sesi pemeriksaan utama saksi pendakwaan pertama (SP1).

Friday, April 10, 2009

Kenangan Mock Trial.


aku baru dapt gambar2 mock trial dari zira & farihah semalam. tadi pun mei na ada bagi beberapa gambar. ni sebahagian dari gambar2 mock trial kitorang.

tapi yang sedih, aku tak sempat bergambar pkai robe (gambar sorang2) sebagai kenang-kenangan. coz masa tak mengizinkan. ingatkan lepas habis mock, nak gak snap2 picture ngan kawan2 dalam Moot Court tu. tapi malangnya tak sempat plak.


PRE-MOCK TRIAL













DURING MOCK TRIAL

























POST-MOCK TRIAL














pehh,,penat nak upload & susun gambar2 ni. ape2 pun, puas hati gak la sebab dah dapat semua gambar mock trial.terima kasih untuk semua jurugambar kami. hehee~ :)

thanks fer d memories. i love you all. :s