Showing posts with label Johor Bar Annual Dinner and Dance. Show all posts
Showing posts with label Johor Bar Annual Dinner and Dance. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Johore Bar Annual Dinner & Dance

Salam dear readers! 

Last week ada Johore Bar Annual Dinner and Dance. Actually aku macam malas nak pegi. Tapi sebab bulan lepas ada dinner anjuran Mahkamah Tinggi Johor Bahru, dan aku tak pegi pun dinner tu. So takkan kalini taknak pegi lagi. Lagipun office yang bayar. Ape pulak kata bos ku nanti. Asyik tak pegi jer. -.- 
 
Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa. ;)


 Bertempat di Hotel Grand Paragon, JB.


 Menu. 
Chinese course.


Aku sampai kat dinner ni dah lambat. Bertolak dari rumah memang dah agak lambat (sebab masak dulu untuk Encik Suami + terhegeh2 bersiap). Pastu pegi ambik my colleague pulak kat Tampoi, then baru bertolak ke Grand Paragon.

Masa kitorang sampai, diorang tengah buat "food presentation". Good! Boleh terus makan. ;p

So, kita layan gambar makanan dulu la yer ===>>>>


 Five Seasons Platter.


 Sze Chuan Soup.


Crispy Roasted Chicken.


Steamed Sea Bass in Nyonya Style.


 Pan Fried Prawn with Cereal. 


 Braised Black Mushroom with Seasonal Vegetables.


Fried Rice with Silver Anchovies. 


Tak ingat pulak nama comedian ni. 
Kelakar jugak la dia buat lawak. 


 Persembahan dari The Runaways.




Last but not least.......................


Tuan punya badan. ;p
Simple jer aku pakai malam tu.

Actually, memang pening duk fikir nak pakai baju apa. Tema dinner ni formal jer. Tapi aku tak tahu nak pakai ape. Nak pakai dress, dah takde dress dah. Ada yang dah pakai pegi dinner. Pastu teringat kat baju tunang. Sebab baju tu pun ala-ala dress/jubah camtu.

Eh, muat lagi ke yer? Sebab berat badan naik dengan mendadaknya selepas kahwin. Tapi lega lepas try baju tu. Sebab masih buat. Malah, sedang2 elok sahaja. Sebab masa tunang dulu, aku masih chubby. ;p Masa kawen jer berat badan turun, sebab diet.

Kalau baju nikah? Baju sanding? Baju bertandang? Sah2 tak muat. Lebih2 lagi baju sanding warna biru tu. Blerghh~  -______-

Bila aku cakap kat Encik Suami yang aku nak pakai baju tunang, tahu tak soalan dia apa?

"Muat lagi ke?"

Ceh. -.-

So malam tu aku pakai baju soft pink with fuschia pink beads. Tudung tu aku pakai half moon shawl. Plain jer, takde beading2 bagai. Kasut pakai kasut masa bertandang haritu. Recyle. Tak perlu membazir. Kasut ngan clutch berlainan warna. Takpe lah. Redha.

So, DnD tahun ni agak boring. Makan, speech, performance, cabutan bertuah, performace lagi, speech lagi, cabutan bertuah lagi, and so on... Agak boring. Tak seperti tahun lepas. Ballroom ni pun tak best. Rasa macam sempit + syiling rendah. *eh, itu pun aku kesah jugak? ;p

Dan bertambah boring sebab aku tak bertuah untuk dapat cabuta bertuah tu. Grand prize Ipad Mini ok. Tapi setiap tahun pun aku tak pernah bertuah. Camno? -.-
Thanks for reading. ;)
.

Monday, March 28, 2011

Johor Bar Annual Dinner and Dance

Ini adalah entri yang tersangat basi bekulat kulat berulat ulat. Setelah 2 bulan lebih kejadian berlaku, baru la ni nak hupdate kat blog nih. Huahuaa~

Dan entri ini juga dipenuhi gambar yang sangat banyak. 

Baek lah, tanpa membuang masa mari kita menuju ke isi kandungan sebenar kepada tajuk entri ini *ayat tak boleh blah. ;D

Johore Bar Annual Dinner & Dance. 
Saturday, 26.02.2011 
Venue : Mutiara Hotel, Johor Bahru



Perghh~ bulat tak boleh blah. 

Ramai yang tak percaya bila aku cakap aku dah gemok. Sebab diorang tak pernah tengok aku time dulu2. Cuba bandingkan gambar ni ngan gambar dalam ENTRI NI. Jauh berbeza. Wuwuuwuuuu~~  T_T 



Baju ni aku beli last minute. Malam tu dinner, petang nyer baru aku pegi cari baju. Nasib baik ada baju yang aku berkenan dan "sedang elok" jer ngan ketinggian kependekan aku nih. Happy giler bila dapat jumpa dress yang berlengan panjang (sebab tak perlu susah2 pening2 pikir pasal nak match dengan cardingan mana), dan yang penting sesuai dengan kependekan aku nih. Yerlah, kebanyakan dress yang aku jumpa mesti labuh giler. Susah betol jadik orang yangpendek nih. T_T

Actually aku nak cari baju kaler merah. Tapi takde plak yang berkenan di hati. Yang jenis aku pakai ni pun takde kaler merah. 

By the way, kaler baju yang aku pkai ni boleh pulak sama warna ngan tema kat majlis tu. Ok, Dinner ni memang takde tema warna. Cuma mungkin dari segi hiasan kat majlis tu jerla kot. Dan committe pun kebanyakannye pakai baju warna biru muda macam aku. Kiranye aku ni dah boleh geng ngan committee la. Hahaa~ ;D



Kad jemputan. 
Bukan kad jemputan ke majlis kahwin aku. Muahahaa~ ;D



Stage. 
Ape ntah nama performer nih. Pelik sangat, susah nak sebut dan susah nak ingat.



 Menu. 
7 Chinese Course kot. 
Ke 8 Chinese Course? Dah lupa dah.
Sehari sebelum Dinner ni dah makan 10 Chinese Course kat Dinner @ Ming Court
So, dua hari berturut2 makan makanan cina. Takpe2, itu namanya rezeki. Alhamdulillah~
 



Sebahagian dari makanan yang aku sempat snap. Yang lain dah selamat masuk dalam perut kitorang yang tengah lapar tahap cipan ni dengan lahapnyer tanpa sempat di-snap gambarnyer.


Szechuan Prawns with Cashewnuts & Dries Chili. 
Steamed Sea Bass Hong Kong Style. 
Tinggal tulang jer Steamed Sea Bass tu kitorang kerjakan. Muahahaa~ ;DD 


Braised Black Mushroom with Beancurd Skin, Broccoli & Carrot. 
Perghh~ punyerlah panjang nama dia. Ntah betul ke tak lah aku eja tu.
Sedap la jugak rasa mende alah ni.


Dessert yang tak berapa mengghairahkan. 
Dan rasa juga tak berapa menggiurkan. Macam jelly biase jer yang HEK ELEH AKU PON BOLEH BUAT dan HEK ELEH AKU BUAT LAGI SEDAP.


 See...memang tema biru. 


See..see...blue rose. 
Bunga ros biru yang masih segar bugar sebelum di-jahanamkan oleh kami ibarat kera mendapat bunga. ;D


Blue rose ring. ngee~ ;p
[necklace juga berwarna biru. ;) ]


Konon2 sweet lah ngan rose biru.


Sebahagian dari kami.



Errr~ ni Bollywood night ke? 
Dah la lagu yang performer tu nyanyi banyak lagu Bollywood. 
Tambah lagi ngan tarian ni.



Pastu tetiba ada surprise pulakk~ siap nyanyi lagu Happy Birthday lagi. Birthday sape nih? 

Ini lah dia...


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






Surprise! 
It's Yang Arif Tan Sri James Foong's birthday.
Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. 


Yang Arif Tan Sri James Foong Cheng Yuen sedang memberikan ucapan.
*ayat aku kena skema.


To the dance floor! 
Dah namanyer Dinner and Dance. Lepas dinner mesti la ade dance. 
Tapi aku tak join pun. Aku mane la reti nak menari nari nih. 
Dan tak ramai yang join. Masing2 dah mem-blah-kan diri.





Nak balik dah. Jom snap2 dulu kat luar. 


Saya dan Amira yang pada masa itu masih bujang. 
Kini baru sahaja selamat bergelar isteri orang kat SINI.


*oh aku sangat gedik dalam gambar ini.
Cabutan bertuah. Wahh...sungguh2 bertuah dia dapat SAMSUNG LCD tv 32 inci. 
Tv tu di-sponsor oleh office kitorang, dan yang dapat pun lawyer dari office kitorang jugak. 
Hahaa~
Ishkk~ nape la tak dapat kat haku. 
Aku memang tak bertuah, kan. :[


.

Ok lah, bye!


.

Wednesday, February 23, 2011

senang hati dapat balik kerja awal. ;)

Assalamualaikum semua.

Waktu macam ni dah balik keje dan dah sampai kat rumah. Senang hati toksah cakap lah. 

Harini office tutup pukul 4.00 pm, sebab kat kawasan bandar JB ada perarakan Ching Ge (tak tau la betul ke tak aku eja nih).  Ape tu ching ge? Ntah la. Aku pon tak tau. Aku try search kat Google pon tak dapat.Yang aku tau, itu adalah perarakan kaum cina.Dan kat Malaysia ni hanya beberapa negeri yang buat perarakan ni.

Jalan kat bandar dan beberapa jalan di kawasan JB akan ditutup. So, bos kitorang dengan baik hatinya membenarkan office ditutup pukul 4.00pm. Yerlah, untuk elakkan kitorang terperangkap dalam jem kat sini. Kalo tak balik awal, confirm akan stuck sampai malam. 

Pengalaman tahun lepas memang buat aku stress. Tapi tahun lepas punye perarakan buat hari Sabtu. So, tak effect waktu keje. Tapi masa tu kitorang ada Johor Bar Annual Dinner and Dance. Bayangkan lah masa balik dinner tu dah lebih kurang pukul 12am, tapi jalan masih jem. Sampai rumah lebih kurang pukul 1am, almost 2am. Pehh~~ Dah la penat meronggeng kat dinner. [x_0] 

Nasib baik masa tu bukan aku yang drive. Menumpang kete orang jer. *yerlah, masa tu aku mana tau drive, lesen pon takde. 

Harini pukul 4 sharrpp!! aku scan keluar dari office. muahahaa~ ;DD 


Ok bye!

.