Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

makan2 durian kat kebun durian Gelang Patah

*AMARAN : BERSIAP SEDIA UNTUK BERSEMUKA DENGAN 
ENTRI YANG PENUH DENGAN GAMBAR*


Assalamualaikum dan selamat hujung minggu~

Semalam aku pegi makan2 durian kat kebun kat Gelang Patah. Kalo tak silap, Kampung Tiram Duku nama tempat tu. Disebabkan semalam aku keje, so bertolak dari office jerla. Konvoi dengan office mates. Nasib baik jugak la konvoi ngan diorang. Kalo harapkan aku pergi sendiri, harrraaam lah kan. Confirm sesat tak tau nak ikut jalan mana.

Oh, lupa nak cakap. Program makan2 durian ni dianjurkan oleh office kitorang. Setiap tahun akan ada program makan2 durian macam ni. Tapi tak semua la yang join. Ada yang tak boleh makan durian (sebab kesihatan), ada yang memang tak makan durian, ada yang tak boleh join sebab ada plan lain, ada jugak yang taknak join sebab jauh sangat. Dalam 70 orang lebih staff kat office tu, hanya 20 jer kot yang join semalam. 




Tengah tunggu kawan2 yang lain kat tol Perling. 


Disebabkan kitorang hanya berpandukan kepada peta, so beberapa kali jugak la stop kat tepi jalan, sebab tak tau nak ikut jalan mana. Ada yang tau jalan. Tapi agak confuse. Kitorang ikut highway ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Aku cakap kat kawan2 dalam kereta tu : Betul tak jalan nih? Aku memang tak tau jalan. Aku ikut diorang jer. Kang sampai jugak ke PTP.


Haaa~ kan betul aku cakap. 
Terus sampai ke pintu utama PTP dah. 
Kahkahkah~ kitorang tergelak2 dalam kereta. So, kena buat U-turn.
* kacau betul sticker P tu. Mengganggu pemandangan. Oh, pedulikan roadtax yang hampir terkopek tu.



Akhirnya sampai jugak ke kebun durian ni. 
Duriieeennnn (ala-ala mat saleh)....here i comeeeeee!!!!



Y U M M M E E E E E E H H H H H H H H H H H~~~



Sesi meminum air dalam kulit durian. 
Petua untuk mengelakkan badan panas selepas makan durian. 


Eh2, takkan dah selesai makan durian? Dah cukup ke? Oh, diorang jer yang dah stop. Aku blom cukup, dan terus melantak sepuas2nya. Bestnyer makan durian kat kebun. Durian yang fresh segar bugar dari kebun. Ada orang tolong kopek pulak tu. Lagi la laju jer makan. 



 Oh, rambutan pun ada. 
*aiii~ takkan dah rilek kot? Kopek la lagi durian untuk kami.


Segar dari ladang kebun.


Masing-masing dah FULL.



Takdak keje diorang nih. 
Kang terkeluar balik isi durian dan rambutan dalam perut tu baru tau. 
Kahkahkahh~ ;DD


Kebun durian tepi jalan raya, dan tepi Highway Second Link. Kahkahkahh~
Tak rasa macam kat kebun ponnnn~


See~ pondok okeh, you ols~
Bukan main pondok2. 
*adakah pelik aku bertudung?


Yang ni lagi takdak keje. Seram sejuk yang nak kena pancung. 
Parang real tu. Tajam lagi. Maunyer tak seram.


Memang tak sopan budak nih. Ternganga-nganga. ;DD



Giler berlambak kulit durian. Agak tak bersih (sangat tak bersih). 
Kebun yang kitorang pegi tahun lepas lagi bersih. 
Langsung takde sampah dan kulit durian bersepah2 macam nih.



Ada rumah yang ditinggalkan plak kat kebun nih. 
Masa aku ambik gambar ni, diorang cakap : nanti ada hantu dalam gambar tu. 
Err~ lepuk kang!


Motor yang ada kat depan rumah tokey durian tu. 


Canggih manggih lah motor nih.
Tengok part lampu ngan tangki minyak. Meletop kang baru tau.


Durian 1. Kau hadoo??



Nature.


Tokey durian.



Tengah pilih durian untuk big boss yang tak dapat join kitorang.



Last picture sebelum balik.


Rasanya makan durian kat kebun yang kitorang pegi tahun lepas tu lagi best dari semalam. Durian dia lagi best, dan lagi banyak dari yang ni. Semalam rasa macam tak puas melantak durian. Harga durian yang nak dibeli untuk bawak balik pun murah jer. RM2 sekilo. Semalam punyer kebun jual RM5 sekilo! Perghhh~ mahal giler. Tokey dia pun macam tak mesra alam, berbanding ngan tokey kebun tahun lepas, si Jason.

Lepas ke kebun nih, kitorang pegi Taman Pulai Jaya pulak. Tapi 2 buah kereta jer. Coz yang lain dah balik dah. Actually plan nak pegi kebun rambutan kat Ulu Choh, kebun akak staff office kitorang. Tapi sebab dah agak lambat (dan agak confuse, tak tau kat mana kebun tu), kitorang terus pegi Taman Pulai Jaya. Sebab akak tu dah balik dah pun. So, pegi ambik rambutan kat rumah dia jer. Pehhh~ giler banyak rambutan. Confirm tak abes kalo aku makan sorang. Nanti la aku bagi kat sape2. 

Aku ingatkan lepas ambik rambutan kat Pulai Jaya tu, diorang nak terus balik. Rupa-rupanya ada lagi plan nak pegi makan seafood kat Gelang Patah. Meaning, kena patah balik kat tempat tadi. Pastu tukar plan plak nak pegi makan steambot kat Senibong. 

Pehh~ giler kentang lah. heran betol ngan diorang nih. Tadi dah makan durian, pastu nak pegi makan steambot lagi. Dah la masa tu dah pukul 6.00petang. Tak reti penat ke? 

Aku dah penat giler masa tu. Perut pun dah FULL giler. Kat mana lagi nak isi steambot tu? So, aku tak lah join diorang. Dah tak larat giler lah. Baik aku balik rumah dan rehat. Eh, dan tidak lupa juga blog tersayang nih. Baik aku update blog, kan. Jimat minyak + jimat duit + boleh rehat + boleh tidoww~ Kan?

Ok bye!



* p/s : harap2 lepas ni ada lagi la program makan2 durian camni. kan boss? kan big boss?? kehkehhh~ ;DD


.

Saturday, April 2, 2011

Laksa Penang pasar malam pun best jugakk~

Selamat pagi semua~ 

Harini hari Sabtu. Jadi, selamat ber-hujung minggu diucapkan kepada semua *ntah hape2 jer ayat haku nih

Malangnyer tak boleh nak memanjakan diri dengan tidur dan berehat sepuas-puasnya pagi ni. Sebab harini perlu kerja. Aku sepatutnya kerja minggu depan. Tapi ada hal pulakk~ So, tukar ngan lawyer lain. Aku kerja harini, dia kerja minggu depan. Hahaa~ perancangan untuk plan minggu depan kena ada. ;D 






Hari Khamis aku pegi ke pasar malam kat area rumah aku nih. Dah dua minggu kot teringin nak makan Laksa Penang yang best hingga menjilat sudu kat satu gerai ni. Dulu aku pernah beli kat gerai pakcik tu. Memang lazat sungguh. Murah pulak tu. RM1.50 jer sebungkus. Takde la banyak sangat. Padan la ngan harga dia. Aku beli sebungkus jer. Tapi bila dah makan tu, rasa tak cukup la pulakk~ Sebab memang best giler wa cakap lu. Memang cukup semua rasa. Kuah pun pekat. 

Dua minggu lepas ada jugak pegi cari Laksa Penang tu. Tapi tak jumpa la pulak gerai pakcik tu. Mana pakcik tu? Mungkin sebab time tu dah pukul 9lebih, so pakcik tu dah tutup gerai kot. Tu la, balik keje pun dah lambat. Ada hati nak pegi pasar malam yang tak beroperasi sampai tengah malam. T_T  

Hari Khamis balik keje agak awal, so sempat la menyinggah kat pasar malam dan........YAYY!! jumpa jgak gerai pakcik tu.


Perghhh~ Tak agak2.
Dua bungkus sekali aku bedal. Memang kuat melantak aku nih. 
Pastu ada hati nak kurus?



Penuh satu mangkuk!
Pagi2 buta ni saje aku nak meng-kriuk-kriuk-kan perut korang, buat buat perut korang menyanyi2, buat korang berasa lapar. 
Ngehngehh~

.

Pehh~ memang mantap lazat berkrim disukai ramai lah. Tapi macam banyak la pulak. Tu la, orang tua2 cakap, orang tamak selalu rugi. Akibat terlalu banyak, sampai ke tengah malam jugak baru habis aku makan laksa nih. Jenuh nak habiskan laksa tu. Walaupun dah mengantuk tahap gaban, tak baik membazir. T_T

Laksa Penang pasar malam pun best jugakk, kan. Tak payah susah2 nak mencari kat tempat yang class2 dan yang mahal2. Kat pasar malam pun berlambak makanan yang best2. Murah lagi you ols~


Bercakap pasal makan2 nih, petang ni nak pegi melantak buah durian kat kebun durian kat Gelang Patah pulakk~ Oh dah terbayang2 keenakan buah durian itu. Yummeehhhh~~


Ok bye!



.

Friday, April 1, 2011

musim durian tiba lagi. jom masuk kebun durian esok!

Entri ringkas untuk harini. 
Mari menaip laju2 sebelum men-tidur-kan diri dan merehatkan badan. 


Musim durian tiba lagi. Dan tiba lagi waktunya untuk berpesta makan durian seperti tahun2 sebelum ni. Ngehngehh~ 

Esok kami (office) akan ke kebun durian kat Gelang Patah. Best wooo makan durian fresh dari kebun kat kebun! Memang segar terbaik dari kebun lah! Ishkk~ tak sabar dah nih. Aku nih dah la "hantu" durian. Memang pantang nampak durian.

Tahun lepas ada jugak masuk kebun kat Gelang Patah. Esok tak tau la masuk kebun yang sama ke tak. Jangan nanti esok aku takde selera macam tahun lepas dah la. Pernah makan durian sampai rasa mual2 dan perut tak hadam untuk beberapa hari. Haha~ memang selekeh giler. 

Pernah jugak pegi makan2 durian kat perkarangan Mahkamah Tinggi Johor Bahru. By the way, pihak Mahkamah tak buat ke pesta makan2 durian macam tahun lepas?

Oh sudah terbayang2 keenakan dan "kesegaran" durian yang segar dari kebun dan dinikmati di kebun juga. Ishhh~ sudah2 la tu. Tunggu jer esok hari. Pastu melantak la puas2. 




* p/s : macam tak percaya jer dah setahun berlalu. kejap jer rasanya. 


.

Thursday, July 8, 2010

Durian : Perkarangan Mahkamah Tinggi JB

Arini makan2 durian (free) lagi. Kali ni makan di perkarangan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pula. Ini Mahkamah yang anjurkan. Bayar RM10, eat all you can. Semua boleh pegi (asalkan bayar), lawyer, kakitangan Mahkamah dan orang awam, termasuklah Yang Arif Hakim2.

Office aku hantar 10 orang pegi makan durian, termasuk lah aku (ishh..selalu jer tersenarai nama aku. Dah tau aku memang suke durian, kan. ;p ) Office yang bayar, kitorang pegi makan jer. Sape yang nak menolak kan. ;p

Durian dia takde la best sangat. Patut la RM10 jer kan. Tapi takpe, dah nama hantu durian. Durian best ke, tak best ke, tetap melantak. ;D

Kitorang sampai kat situ dalam pukul 5 petang (makan2 durian start pukul 4.30 petang). Wahh...siap ade khemah lagi kat perkarangan Mahkamah tu.

Kitorang makan sampai pukul 5.50 petang. Ade yang makan sikit jer, pastu stop. Coz diorang tak boleh makan banyak. Ade yang ade penyakit (darah tinggi), ade yang memang tak boleh makan banyak.

Seperti biasa, aku memang makan banyak. Tapi malangnye bukan aku yang "juara" (walaupun ini bukan pertandingan). Sorang kerani kitorang yang menjadi "juara" makan durian harini. Aku sekadar no. 2 jer. Kihkihh~~

Dia berterima kasih pada aku, sebab aku yang suruh dia makan banyak. Yer, memang aku yang paksa dia habiskan durian2 tu, sebab aku dah tak larat nak abeskan. Dan durian tu plak dah kopek. Takkan nak buang plak. Membazir itu amalan syaitan. Jadi, walaupun dia dah tak larat nak makan lagi dan telah menolak "suruhan" aku untuk habiskan semua durian2 tu, dia tetap makan lagi. Hahahaaa~~ jahatnyer aku. ;p

Aku memang nak abeskan durian2 tu, tapi aku memang betul2 dah kenyang. Aku takut jadi cam 3 ari lepas jer, yang pegi makan durian kat Taman Pelangi. Makan sampai kenyang, sampai nak muntah. Huhuu~~

Lagipun perut aku masih lagi terasa lain macam. Sejak beberapa hari yang lepas (sejak makan durian kat Taman Pekangi). Sembelit kot. Sampai Encik Kuneng membebel, dan (beberapa kali) cuba nak belikan aku ubat Poh Chai (camni ke nama dia?). Tapi aku taknak & tak bagi dia beli. Coz aku rasa lagi menyeksakan kalo makan ubat. Takpe2, lama2 nanti ok la tu perut saya. Hee~~ ;p



.

Tuesday, July 6, 2010

Yummy Durian + Ayam Penyet Benafee

Semalam makan durian lagi. Yang ni aku tak berapa pasti sape yang belanja (office kot). Makan kat Jalan Kerambit 2, Taman Pelangi. Aku pegi ngan bos2, lawyer2 & kerani kat office tu.

Durian dia...pehhhhhhh~~~

Memang best, wa cakap lu. Kulit nipis, isi tebal, biji kecik. Isi kuning2, lemak2 plak tu. Ini lagi best dari makan kat kebun 2 minggu lepas. Peh, ape lagi. Melantak sakan la aku aritu. Free laktu, sape yang taknak kan.

Yang aku tau, durian tu jenis D24 (seingat aku la). Harga pun boleh tahan mahal. Tak kesah lah, yang penting aku takpayah bayar.

Aku makan tak boleh stop. Sampai ade yang cakap; wahh..banyak ea makan durian, lawan ngan your bos.

Sorang lagi bos cakap; dia tu (aku) memang hantu durian.

Bos aku pun suke makan durian jgak. Tapi aku makan lagi banyak dari dia. yerlah, dia cuba kontrol, coz nak jaga badan. Durian kan banyak kolestrol. Tapi aku? Ade aku kesah banyak kolestrol ke ape? Setahun sekali jer beb.

Bila orang tu cakap camtu, aku macam...ishh..tetiba jer rasa cam segan. Pastu aku pikir, ahh..lantak lah. Makan jerlah.

Lepas makan durian, kitorang (4 orang) pegi kat Benafee Village coz dua orang pose. Diorang nak bukak pose kat situ. Mulanye aku taknak makan, dan tak terfikir pun nak makan. Coz dah kenyang sangat, perut penuh ngan durian.

Tapi mase diorang tengah nak order, aku teringin plak nak makan Nasi Ayam Penyet kat situ. Coz diorang cakap Nasi Ayam Penyet kat situ memang best. So, aku order jerla + Teh Limau Ais. Dalam hati aku terdetik; boleh abes ke aku makan nanti.

Ayam penyet dia memang best dan rangup. Teh Limau Ais pun best. Tapi disebabkab aku dah terlampau kenyang, memang aku tak termampu nak abeskan semua tu. Ayam tak abes, air pun tak boleh nak abeskan. Aku dah agak dah. Rugi jer, kan.

Kesudahannya, aku sangat kekenyangan sampai perut aku macam nak pecah. Masa dalam kete nak balik umah, aku rasa cam nak muntah, dan kepala aku pun pening jer.

Sampai jer kat umah, aku terus baring, dan baring (dan tido) sampai esok pagi (pagi tadi). Dan sampai sekarang pun aku rasa masih kenyang. Perut aku pun rasa keras semacam jer nih. Macam tak proses jer ape yang aku makan semalam. Huhuu~~ xP

Selekeh seyh!



.

Saturday, June 26, 2010

Ke Kebun Durian!


Arini masuk kebun durian kat Gelang Patah, dekat2 ngan Pekan Nenas. Watpe? Makan durian la, ape lagi. Ni office aku yang "organize" untuk budak2 office makan durian. Tahun lepas makan durian kat bandar. Tahun ni makan durian kat kebun plak.

Masa diorang announce nak makan durian beberapa hari yang lepas, aku dah terbayang2 keenakan makan durian di kebun. Fresh beb! Sebelum ni beli kat kedai jer. Kali ni dapat makan yang segar dari ladang! Hehee~

Masa tu aku dah set, nak makan banyak2 macam tahun lepas. Maklumlah aku nih hantu durian. Tahun lepas aku rasa aku yang makan paling banyak. Sebab aku antara yang terawal sampai kat tempat makan durian tu, dan aku lah orang terakhir yang berhenti makan. Orang dah kemas2 pun aku masih melantak lagi. Haha~~Pedulik hape.

Ade yang macam tak percaya bile aku melantak camtu, dan ade yang tanye ; tak panas ke? Emm..takde la plak panas giler. Biase jer la.

Tapi tahun ni..tak dapat makan banyak. Masa sampai kat kebun tu, perut aku dah rasa lain macam. Aduhh~~ hilang selera nak makan. So, makan sket jerla (tapi kenyang la jgak. alhamdulillah). Ishh~~rugi betol!

Yerlah, bile lagi nak merasa makan durian kat kebun, siap ade orang kopekkan lagi. Kalo nak harapkan aku pegi sendiri kat kebun tu, memang tak la. Tunggu orang bawak jer. ;p

Takpe. Disebabkan tokey kebun tu ade gak jual durian, dan harganye agak murah (RM2 sekilo), aku beli 10 kilo durian tu untuk bawak balik. 10 kilo? Ishhh..bertenang. Bukan aku nak makan sorang. 5 kilo aku hantar kat umah akak aku, bagi anak2 buah makan. 5 kilo lagi aku bawak balik umah aku. Aku ambik 2 bijik (tak cukup aku makan 2 bijik nih), dan yang lain aku bagi kat Encik Kuneng. Dia pun hantu durian macam aku jugak.

Rugi dia tak dapat ikut aku masuk kebun. Sebab dia kena keje arini. Kalo tak...tak dapat aku bayangkan camane dia melantak. Haha~ ;D

Rugi..rugi..coz kitorang budak2 office boleh bawak family pegi kebun tu. Kena bayar RM15 jer (budak2 office free je). Ade la dua, tiga orang yang bawak adik, suami & anak2.

Takpe, lain kali kita makan durian (banyak2) berdua jer ea. :)


.