Showing posts with label Muhammad Arif Rabbani. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Arif Rabbani. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Lombok Day 2 : Berbasikal mengelilingi Gili Trawangan

Assalamualaikum dear readers.

Salam hari Merdeka! (semalam Merdeka, hari ni baru nak wish. heh)

Sambungan dari entri sebelum ini : Lombok Day 2 : Snorkeling.

Lepas berehat2 kat hotel, lebih kurang pukul 5petang kami keluar jalan2. Plannya nak sewa basikal untuk pusing2 pulau. Andd....nak tengok sunset. :)


 
Dekat dengan hotel yang kami stay ni ada macam pasar (mini la kot?).
Ada jual sayur, buah, ayam.



Kat belakang ni ada warung.



Pusing2 survey harga sewa basikal.
Pakej fishing pun ada ni ha.



Ni depan jeti bot awam.


Ada beberapa kedai yang kami survey. Tapi diorang takde sewakan basikal yang ada tempat duduk budak. Dah tu, macam mana nak bawak Rabbani, kan. Then ada orang kat kedai tu bagitahu kat kedai dekat dengan CIMB ada sewakan basikal yang ada tempat duduk budak.


CIMB Bank. So kalau rasa duit tak cukup tu boleh la keluarkan kat sini.
Tapi pastikan korang aktifkan dulu pengeluaran luar negara.
Aku dah siap2 aktifkan. Just in case duit tak cukup.
Tapi tak keluarkan duit pun kat sana.



 So ini la kedai sewa basikal tu. Betul2 sebelah CIMB.
Ada jugak perkhidmatan sewa buku & peralatan snorkeling.



 Harga sewa basikal. Agak mahal la bagi aku.


Kami sewa petang, nak pulangkan tengahari esoknya. Sewa dua buah basikal. Satu basikal yang ada tempat duduk budak. Satu lagi basikal biasa. Dia bagi harga IDR150,000. Maheeeiiiiii.....

Pastikan korang test dulu yer basikal tu. Kang tak pasal2 rosak tengah jalan. Kalau dekat2 dengan area kedai ni takpe jugak. Kot la korang keliling pulau macam kami ni, tak ke jenuh nak tolak basikal tu balik ke centre nih. Fuhh~ *terbayang2 betapa penatnya kayuh basikal keliling pulau*



Banyak jugak buku untuk disewa kat sini.
Korang yang minat membaca & banyak masa nak baca buku tu boleh la sewa buku kat sini.
Tapi aku ni takde masa nak baca2 buku. Nak explore kawasan sini jer. Hukhukk~



Kau tengok tu.
Duk main handle basikal sambil meleleh2 air liur dia.
Syok sangat ke, nak. Hihii~


Rabbani kena naik basikal ngan ayah. Sebab ibu dah lama tak naik basikal. Dah macam orang mabuk daa...Masa test tu banyak kali jugak aku try baru boleh kayuh betul2. Asyik nak terbalik terbabas jer. Tapi wajib cuba jugak tanpa putus asa! Kalau tak, macam mana nak pusing2 satu Gili Trawangan nih. Berapa kali ntah aku hampir2 langgar mat saleh & kedai. Mau taknyer, dah 18 tahun (kot?) tak naik basikal. Bahahahahaa~ giler lama...

Bila dah lama sikit kayuh basikal tu, baru la ok. Tapi ok sikit jerla. Lawak betul kalau ingat balik. Huhuu~

Yang lawaknya, sebelum tu Encik Suami dah tanya, kau reti tak bawak basikal. Dengan confidentnya aku jawab "eh please. mesti la boleh!" bahahahahahahaa

Memang aku reti bawak basikal. Tapi sebab dah lama, tu yang tak boleh balance. Kali terakhir aku kayuh basikal ni, masa darjah 6 kot.



Encik Suami asyik kena tunggu isteri dia ni jer.
Selalu ketinggalan kat belakang.
Asyik terbabas jer. Hehee~



Gambar2 di sekitar perjalanan kami tak dapat la aku ambik. Dah bawak basikal pun tak stabil. Macam mana nak pegang kamera sambil kayuh basikal. Kalau nak ambik gambar, kena stop dulu kayuh basikal. Tak boleh nak multi-tasking.

Tapi kan...bila dah ok sikit bawak basikal tu, aku tak boleh kayuh slow2. Sebab tak boleh balance. Kena kayuh laju2. Semput mak nakkk...hahahahaa~



Sampai kat depan satu hotel ni, dah takde jalan.
Kena tolak basikal untuk ke jalan depan sana.


Sampai kat sini, kitorang pelik. Eh, jalan mati? Then macam mana nak keliling pulau ni? Mana jalan yang bersambung? Ke kitorang silap jalan? So kitorang tanya kat staff hotel ni. Staff tu bagitahu kena tolak basikal ke depan lagi, baru ada jalan lain.

Lepas tanya tu, baru nampak kat situ dah ada notis yang bagitahu kena tolak basikal melalui jalan berpasir tu. Malu ai. Hahahaa~


Notis depan hotel ni.
Agaknya dah boring kot hari2 ntah berapa ramai yang bertanya macam kami ni.
Kikikii~



Ni la jalan berpasir tu.




Ambik gambar dulu sekeping dua.



Cepat2 tolak basikal! Nak kejar sunset ni.



Syoknya lepak2 tengok sunset.



Tengok sunset dengan ibu. :)




Cantik, kan.



Sunset.



Oh ya, sebenarnya aku plan nak ambik gambar kat buaian yang famous kat Ombak Sunset Hotel tu. Tapi....bila sampai kat depan hotel Ombak Sunset tu, rasa macam takut plak nak pegi pantai dia. Yerlah, hotel exclusive, kot2 la pantai dia private ke, kan. Terus tak jadi. Pastu sekarang dah menyesal. Ishhh...nape lah tak pegi jer ambik gambar kat situ. lol.



So ni la buaian kat Ombak Sunset Hotel.
Ambik gambar time sunset camni lagi cantik.
Sumber gambar : thehoneycombers.com


So korang yang nak pegi Gili Trawangan ni, wajib ambik gambar kat sini ok.



Cidomo.
Ramai jer mat saleh yang jalan kaki.



Then kami stop kat satu hotel ni. Ada fire show tepi pantai. Jangan tanya hotel apa. Aku tak tahu. Tak tengok plak nama hotel tu.







Ralit Rabbani tengok fire show ni.
*ampun...kualiti gambar tak berapa ok. maklum ler, kamera cabuk jer.








Fuhh....punya la penat kayuh basikal pusing satu pulai Gili Trawangan nih. Berpeluh2 ketiak.  Dengan aku yang bawak basikal terhuyung hayang. Kikikii~

Sambil2 kayuh tu sambil duk ulang2 ayat yang sama :

Bila nak sampai ni.

Penatnyerrr.....

I'm dying~


Bahahaa~

Bila nampak jer centre Gili Trawangan tu dari jauh, lagi la tak sabar nak sampai.

Oh ya, kalau yang bawak anak kecik macam kami ni, aku bagitahu awal2 ea. Jalan yang kitorang lalu mengelilingi Gili Trawangan ni bukan jalan proper macam jalan raya kat tempat kita ni. Bukan jalan tar. Jalannya berlubang2. Lampu jalan pun takde. Ada sesetengah tempat tu sangat la gelap. So kalau korang nak bawak anak kecik naik basikal macam kami, pusing2 pulau waktu maghrib (sebab nak tengok sunset), agak tak sesuai la. Tapi tu semua terpulang la pada pilihan masing2. Anak kita, pandai2 la kita jaga. Betul tak?

Dah selesai keliling pulau, kami ke pasar malam pulak. Nak beli makanan untuk makan malam.



Beli makanan kat luar pasar malam dulu.
Dari hari sebelumnya lagi duk plan nak beli makanan kat sini.
Sebab ramai jugak yang beli (termasuk mat saleh). So nak try jugak la.



Gerai ni sebelah kaunter ejen yang kitorang beli pakej snorkeling.



Beratur kat gerai Green Cafe, kat pasar malam.
Serius, ramai foreigner yang beli makanan kat sini.
Sampai kena beratur bagai.





Nasi & lauk yang diorang jual.
 
 
 
Aku just beli lauk jer. Sebab dah beli nasik + lauk kat gerai kat luar tadi. Kitorang tapau jer makanan. Makan kat hotel. Sebab Rabbani dah yakyak & dah mengantok. Kikikii~
 


Suasana pasar malam.
Pasar malam kat sini tiap2 malam pun ada.
Lokasinya, dekat jer dengan jeti bot awam.
Kalau rasa nak berjimat cermat, boleh la beli makanan kat sini.
Kalau rasa banyak duit, masuk ler restoran/cafe kat luar tu. Hee~




Kuih muih, donut, kek.
Macam nakkkk jer beli. Kuih puteri tu favourite aku tu.
Tapi dah banyak sangat dah ni beli lauk.
Takut tak abes jer. So tak jadi beli.



Ni Green Cafe yang aku beli lauk tadi.
Agak famous jugak cafe ni.
Dah selesai beli makanan, kami balik ke hotel. Makan2 & rehat untuk hari esok.
 
Oh ya, nasib baik aku beli lauk & seafood lain kat Green Cafe tu. Sebab lauk yang kitorang beli kat gerai kat luar pasar malam tu sangat la sikit. Nasik dah ok, tapi lauk sikit. Tak balance. Huhuu~
 
Esoknya, kami check out hotel ni & menuju ke Senggigi.
 
Nanti aku sambung lagi yer.
 
Thanks for reading. :)
 
 
 
.

Monday, August 17, 2015

Lombok Day 1 : Johor Bahru - Lombok

Assalam dear readers.

Seperti yang dijanjikan, ni entri review percutian ke Lombok bulan Jun lepas.

Hari Pertama.
Selasa, 02.06.2015

Sehari selepas hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3. Dan 2 minggu sebelum hari lahir Rabbani yang ke-1. Kiranya ni holiday untuk anniversary kami dan pre-birthday celebration untuk Rabbani la. Gituuu....

Penerbangan kami dari Senai International Airport. Nasib baik ada direct flight dari Senai ke Lombok. So tak perlu la kami travel jauh ke Kuala Lumpur untuk naik flight kat sana.

Flight pukul 6.50am. Agak kelam kabut jugak la pagi tu. Maklum la, bawak anak kecik ni banyak barang nak kena packing. Malam tu aku tidur lambat. Takut jugak terbabas tidur. Kang terlepas flight, naya ooooo.....nasib baik airport dekat jer dengan rumah. Bertolak lambat sikit dari rumah pun masih ok. Heee~



 Superman nak naik flight.
 
 
 
 Si kecik ni pukul 5am dah bangun.
Ni duk bergurau2 sebelum take off. Lepas take off, aku terus tidurkan dia. 
Lena dia tidur. Maklum la, awal2 pagi dah bangun.


Flight full. Kebanyakannya orang Lombok. Maybe ramai yang balik untuk sambut puasa. Masa kami pegi ni, lagi 2 minggu nak puasa. Sebelah Encik Suami tu orang Lombok. Rancak berbual dengan Encik Suami & duk agah2 Rabbani. Katanya dia kerja kat restoran kat JB. Baru kerja tak sampai setahun. Ni balik Lombok untuk sambut puasa. Lepas raya baru balik JB. Waaa....lamanya cuti balik kampung. Syok la. Kalau kita pun boleh cuti lama camtu kan best. Huhuuu~ Tapi kebanyakan diorang memang macam tu. Kerja straight setahun takde cuti. Lepas tu cuti lama. Fuhh~

Masa penerbangan lebih kurang 2jam 50minit. Sampai kat airport, kami survey2 harga teksi kat kaunter untuk ke Bangsal Harbour. Sebab kami stay kat Gili Trawangan dulu selama 2 malam. Lepas tu baru stay kat Senggigi pulak 2 malam.

So kat airport ni korang boleh survey teksi kat kaunter dulu. Ada beberapa kaunter. Lepas dah bayar kat kaunter, baru korang di bawa untuk naik teksi. Ada siap dengan pakej sekali dengan boat ke Gili Trawangan. Ke tempat lain pun ada.

Kebanyakan kaunter teksi charge IDR280,000. Tengah kami duk survey2 tu, ada sorang lelaki datang offer teksi. Aku rasa "ulat" kot. Lepas tawar menawar, dia charge IDR250,000. Ok la, murah la dari kaunter2 tadi. Kalau tak silap, bas awam pun ada jugak ke Bangsal Harbour. Tapi kami ni bawak anak kecik, dengan luggage yang banyak ni. Ambik teksi jerlah.




 Pak supir tengah bawak salah satu luggage kami. 
Teksi kami yang bonet terbukak tu, warna hitam. Jenis MPV.


Masa on the way ke  Bangsal Harbour, pak supir tu ada tanya kami, nak singgah tengok pembuatan tenun tak. Aku ok jer. Sebab memang nak singgah pun. Tapi dinasihatkan, kalau hari lain korang ada ambik pakej lain contohnya tour sasak village atau macam kami ni, ambik tour pegi Pantai Kuta (hari ke-4 kat sini), tak payah la singgah kat tempat buat tenunan masa on the way dari airport ni. Sebab dalam pakej tu pun nanti ada singgah tempat buat tenunan ni jugak. Lagipun singgah2 ni ambik masa. Dah la jauh airport tu dengan Bangsal Harbour. Nak singgah makan tengahari lagi. Aduhh....



 So pak supir tu bawak kami ke sini. 
Industri Kerajinan Patuh.


Ni diorang tengah tenun kain songket. 





Satu kain songket boleh ambik masa sampai sebulan untuk siap. Bergantung pada corak kain. Lagi complicated & banyak corak, lagi lambat siap. Sebab tu harga kain tenun @ songket dia mahal. Katanya, gadis2 kaum Sasak kena pandai menenun. Kalau tak, tak boleh kawen. gituu....



 Ni boleh buat table runner. Kain tebal.
Cantik2. Tempting sungguh aku tengok. 
Berkenan sungguh dengan yang warna hitam benang emas tu. 
Tapi harga dia......telan air liur. Mampu tengok jer. 
Kalau tak silap aku, lebih kurang IDR700,000 kot (ingat2 lupa).



 Yang ni kain 2 meter kot. Ke 4 meter. Lupa daa...


 Yang ni pun cantik.


 Yang panjang tu aku tak tahu apa namanya. 
Harga IDR150,000.
 

 Kopiah pun ada.


Kami beli beberapa kain kat sini. Kain pelikat untuk ayah mertua, kain songket (untuk buat sampin) untuk Encik Suami dengan sehelai kain 2 meter untuk aku. Boleh buat kain untuk baju kurung ke, baju kurung moden ke, kebaya ke. Nanti la fikir, kan.

Kat sini pun dah habis hampir IDR1juta. T_T

Tapi puas hati sebab dapat beli tenunan dari sana. Memang dah plan nak beli tenunan dari Lombok. :)


 Kat luar pusat tenunan ni ada rumah padi. 
So ape lagi, ambik gambo la. Hee...
Rumah padi ni memang simbol untuk Lombok.


Oh ya, kalau nak try pakaian tradisional kaum Sasak pun ada kat pusat tenunan ni. Ramai yang try pakaian tradisional tu dan ambik gambar kat rumah padi ni. Tapi tak tahu la kena bayar ke tak. Kami tak try pun.


 Sambung perjalanan ke Bangsal Harbour. 
Suap makanan kat Rabbani sikit2. 
Cous cous + ikan bilis jer.
Ni salah satu sebab aku pilih untuk naik teksi.
Sebab nak ruang yang luas & supaya senang nak suap Rabbani makan.
*tu Rabbani duk gigit kain tenun yang ibu dia beli tadi.



Dah tengahari, perut pun dah lapar. So kami singgah makan kat Lesehan Taliwang Nada. Ni pak supir yang bawak kami ke sini. Kalau korang nak cepat sampai ke Bangsal Harbour, tak payah la singgah2 ni. Boleh makan kat Gili Trawangan. Tapi sebab kami dah lapar & perjalanan nak ke Bangsal Harbour pun jauh lagi, kami makan jerla dulu.


 Budak botak tertidur kepenatan.
Dari dalam teksi, Encik Suami dukung sampai ke restoran ni pun dia masih tido.
Tapi tak lama pun. Makanan sampai jer, dia bangun.


Kalau datang Lombok ni, wajib makan Ayam Taliwang.
Kami belanja sekali pak supir makan. 
Tapi dia tak makan sekali ngan kitorang la.
Total hangus : IDR202,000, termasuk makanan pak supir.


 Restoran ni tempat makan dia kat wakaf camni. 
Boleh ambik angin sepoi2 gitu.


 Dah siap makan.
Dah siap lap2 badan Rabbani & tukar baju dia.
 

 Teruskan perjalanan ke Bangsal Harbour.


 
 Bandar Mataram.


 Senggigi.



 Sampai kat Bangsal Harbour. Jeti kat sebelah kiri tu.


 Kaunter tiket.


Untuk ke Gili Trawangan, kena naik bot awam kat Bangsal Harbour ni. Lebih kurang 20minit untuk sampai ke Gili Trawangan. Kalau nak naik speed boat pun boleh. Lagi cepat & selesa. Jeti dia kat tempat lain. Not sure apa nama jeti dia, tapi dekat jer dengan Bangsal Harbour. Untuk yang bajet ciput macam kami ni, naik bot awam pun ok.  Harga tiket IDR15,000 seorang. Untuk Rabbani takde bayaran.

Oh ya, masa nak naik bot tu, biasanya ada orang offer untuk angkat beg naik bot @ terus angkat beg korang naik bot. Tu bukan free service yer. Diorang bukannya pekerja jeti @ pekerja bot awam tu. Kalau diorang angkat beg, kena bagi upah. Kadang2 diorang main angkat jer, so kita akan ingat diorang ni pekerja kat situ. Tapi lepastu diorang mintak upah. Itu la yang terjadi kat kitorang. Dia angkat jer, tak cakap apa2. Lepas dah settle, mintak upah. Terpaksa la bagi.

Masa tu kitorang takde duit kecik. Yerlah, kan baru sampai. Duit yang paling kecik IDR2,000. Itu pun balance yang aku pegi Bali 2 tahun lepas. Hasben aku bagi IDR2,000 tu. Hahaa~ Harus la dia taknak. Dia mintak IDR20,000. Tapi kitorang takde. Ada IDR50,000 jer. Terpaksa la bagi. Sakit jugak hati aku. Kalau dari awal diorang cakap kena bayar, takde la sakit hati sangat. Ini tak, diorang main angkat jer. Takde cakap apa2 pun. Alih2 mintak upah. Rasa tipah tertipu betul.

Sebenarnya masa aku duk google2 info pasal Lombok ni, aku dah baca dah kat blog mana ntah, yang bagitau pasal benda ni. Tapi sampai sana aku boleh lupa pulak. Kan dah terkena. So korang hati2 la yer kalau kat sana. Kalau beg korang betul2 berat atau korang memang tak larat nak angkat beg tu naik bot, atau memang saja2 taknak angkat, boleh jer nak guna khidmat diorang ni. Tapi kalau boleh angkat sendiri, baik angkat sendiri jer.




Dalam bot awam. 
Budak botak ni dah mengantuk dah ni.
P/S : untuk keselamatan, sila la pakai life jacket. ni camane ntah ibu dia tak terfikir nak pakaikan life jacket. padahal bawak jer life jacket sendiri untuk Rabbani. tapi aku tak pasti la bot ni ada sediakan life jacket tak untuk passengers.





Pemandangan dari atas bot.



Parasailing.


Menghampiri jeti bot awam. 
Kat sana tu jeti speed boat.


Air kat jeti/pantai ni pun dah cantik menghijau~ 
(kat gambar ni lagi jelas nampak jeti untuk speed boat, kat hujung sana tu) 


Kau tengok, kat jeti ni pun ada mat saleh dengan minah saleh duk berjemur.


Ni la rupa jeti bot awam kat Gili Trawangan ni. 


Jeti kat Bangsal Harbour pun sama jer macam ni. Kena masuk dalam air untuk naik bot/turun dari bot. Memang basah la seluar aku. Kalau nak jeti yang proper yang tak perlu masuk air, naik la speed boat. 

Dari Malaysia, memang kitorang pakai kasut. So masa nak naik bot tu kena tanggalkan kasut. Dah leceh nak kena pegang kasut tu, dengan barang yg banyak, nak bawak anak lagi. Pastu dah sampai Gili Trawangan, kaki dah basah tak boleh pakai kasut dah. Takkan nak jalan kaki ayam pegi hotel. So kat jeti tu kena la bukak luggage ambik selipar. Kan dah leceh. So dinasihatkan, pakai jerlah selipar dari rumah (i.e. dari Malaysia) atau kalau nak pakai kasut jugak naik flight, korang tukar jer selipar masa kat airport Lombok @ bila dah sampai kat Bangsal Harbour.

Dari jeti/pantai ni, kitorang jalan kaki jer ke hotel. Orang kat pantai ni peramah. Nampak kitorang jalan jer, diorang tanya hotel kat mana. Terus dia bagi direction pegi sana. Tak sempat nak bertanya. 

Jalan kaki tak sampai 5minit jer, tapi sebab kitorang jalan sambil usha kiri kanan, lebih la 5minit tu. Hehee~ 

Sampai hotel jer, terus rehat hilangkan penat seharian travel dari JB ke Gili Trawangan ni. Fuhh...jauh perjalanan nak sampai Gili Trawangan nih. Sebab penat sangat, gambar hotel pun tak sempat nak ambik. Kat sini, kami stay kat Permata Bungalow. IDR700,000 untuk 2 malam, termasuk breakfast (lebih kurang RM205.00). Hotel bajet jer pun. Asalkan boleh rehat. gituu.... 

Sebenarnya aku berkenan kat hotel lain. Lagi selesa dari hotel ni. Cuma mahal sikit la, tapi still can afford. Ada beberapa hotel yang aku berkenan. Tapiiii....lokasi plak jauh. Nanti susah pulak nak jalan kat area pantai ni untuk cari makan malam & souvenir. Kalau naik basikal, banyak aku baca review, jalan kat sini sangat gelap waktu malam. Kalau kitorang berdua takpe. Ni bawak anak kecik lagi. Kalau naik cidomo tiap2 kali pegi balik, dah tambah kos lagi. Gituu cara orang fikir nak jimat budget. Kikiki....so aku book hotel ni jerlah. Tak payah fikir2 lagi.

Hotel kat Gili Trawangan ni agak mahal berbanding dengan hotel kat Senggigi. Biasa la kalau pulau camni. Tapi kalau dekat2 dengan area jeti & pasar malam, banyak hotel budget. So pandai2 la korang pilih kalau nak jimat budget.

Ok, nanti aku sambung lagi entri untuk malamnya pulak yer.

Thanks for reading! :)


** untuk itinerary dan bajet kos percutian kat Lombok ni, korang boleh klik entri ni : Itinerary dan Bajet Percutian di Lombok.
 
.