Showing posts with label wedding ideas. Show all posts
Showing posts with label wedding ideas. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Ideas for table centerpiece

Dah lama dah aku duk google2, cari idea untuk buat table centerpiece. Walaupun aku sendiri pun tak pasti aku betul2 nak buat ke tak table centerpiece tu. -.-'






I love hydrangea. ;)





Kreatif! Maybe boleh pakai tin susu jer?
Tapi kena betul2 berkilat la. Baru cantek. ;)



Bunga tisu.
Sweet. Tapi aku tak pandai nak buat. :|







I love this idea.
Memang nak buat air biru macam ni untuk pelamin (tapi tak tahu jadi ke tak).
So, maybe akan buat macam ni jugak untuk table centerpice.





.

Monday, March 26, 2012

Buah tangan meja makan beradab. Perlu ke?

Hari Khamis lepas out station ke Batu Pahat. On the way balik, sempat singgah kat Ayer Hitam. Tak tahu nak beli ape pun sebenarnye. Just cuci mata. Then survey2 barang untuk buah tangan kat meja makan beradab. Pegang itu, pegang ini. Last2 tak beli pun. Sebab tak tahu nak beli apa.


Lagipun nak kena confirmkan betul2, berapa orang kat meja makan beradab tu. Untuk majlis kat Terengganu & majlis kat rumah Encik Tunang. Taknak la sampai lebih banyak sangat @ membazir. Sebab buah tangan kat meja makan beradab rasanya nak beli yang lain sikit dari cenderahati untuk tetamu lain & looks nice. ;)


Actually dah ada yang berkenan di hati. Tapi tak beli. Hold dulu. Hehee~


Biasanya ape yang orang letak kat meja makan beradab yer?



Cupcake.




I'm loving this idea! Tapi kena letak epal yang real punyer la. Hehee~
Salah satu buah tangan yang dalam pertimbangan.





Bekas telur pun ok jugak.
Yang ni pun salah satu buah tangan yang dalam pertimbangan. =)
Harga around RM2.50/pc. 



Atau maybe bekas macam ni? Cantik jugak.
Isi jer coklat kat dalam tu.
Dah survey2. Harga around RM2.50 - RM3.90/pc.



Atau idea yang paling murah kos-nya. Jar.
80sen - RM1 jer untuk 1 pc.
Boleh isi gula2/coklat/macaron.
Errr~ muat ke macaron nak masuk dalam jar kecik ni?




Ape lagi yer idea untuk buah tangan kat meja makan beradab ni?


Persoalan : perlu ke ada buah tangan kat meja makan beradab?



.

Sunday, December 25, 2011

DIY pelamin for your wedding day?

Have you ever think of DIY-ing your own pelamin for your big day? Mesti ramai jer yang nak DIY pelamin sendiri, kan. Dan ramai jugak B2B yang DIY pelamin sendiri. Tak kira la mini pelamin tunang ke, pelamin nikah, atau pelamin sanding.


Masa tunang dulu pun aku DIY jer mini pelamin. Even though buruk jer, tapi puas hati ngan hasil tangan sendiri. Dan boleh jimat beratus2 berbanding ambik kat butik.


Untuk wedding nanti, rasa macam nak DIY jugak lah pelamin. Erkk..macam tak serik jer ngan kisah pelamin tunang dulu? Kehkehh~


Takpe, kalini aku dah belajar dari kesilapan. Akan ku gagahkan diri dah kuatkan azam, dan settlekan semua awal2. ;)



Pelamin sekarang mahal tahap gaban. Paling murah RM1500. Tu pun pelamin yang biasa2 jer. Kalo nak yang grand, confirm RM2K, RM3K, RM4K. Sanggup ke korang berhabis beribuan ringgit semata2 untuk pelamin yang korang akan duduk tak sampai setengah jam tu? Lebih baik duit tu korang buat makan untuk tetamu, atau simpan untuk pegi honeymoon.


Lain la kalo pengantin yang ada budget tinggi. Aku pengantin budget jer. Sebab semua duit perbelanjaan untuk kawen nanti, semua datang dari poket sendiri. Sayang woooo nak habiskan duit titik peluh aku camtu jer. Tak kisah lah kalo ada yang cakap aku kedekut, aku peduli ape?


Eh, aku bukan kedekut, ok. Tapi taknak membazir. Membazir tu kan amalan setan.



Pelamin yang aku nak simple jer. Cukup la yang simple2 jer, kan.


Mungkin se-simple ini?




Dan aku akan meneruskan angan2 yang tak tercapai masa E-day haritu....  --->>>

Backdrop ikat tepi! ;D 






Dan yang penting, mesti ada karpet bulu2 tebal macam nih!  --->>>




Owh my, jatuh cinta giler ngan karpet bulu tebal macam ni. 



Aku rasa yang paling penting untuk pelamin ni, is LIGHTING. Kalo ada pencahayaan jer, like chandelier and spot light, confirm naik seri pelamin kau. Even if pelamin tu biasa2 jer, dan tak se-grand pelamin oleh famous bridal boutique, kalo ada lighting confirm berseri2. Kan?

If ada chandelier satu pun dah ok la kan.




Oh, tak tau la kuat tak keazaman dan kegigihan aku nak DIY pelamin nih. Larat ke? Sempat ke? Ada masa ke? Menjadi ke pelamin tu nanti? Cantik ke? [x_O]



.

Saturday, December 24, 2011

Pasu bunga kaca for pelamin

Sekarang ni aku sangat2 jatuh cinta ngan pelamin yang guna pasu kaca macam kat bawah ni :- 

















Fokus pada pasu kaca sahaja, ok.



Berkenan sungguh! Nak pasu kaca macam ni for my pelamin, boleh? ;)


Eh, memang boleh lah. Dah siap beli pun 2bijik pasu kaca tinggi macam ni! Yeehhhooooooo....!!!!! ;D



.

Monday, December 19, 2011

DIY goodie bag from white paper bag.

Sejak beberapa bulan lepas duk meng-Google untuk cari idea for wedding, banyak jugak terjumpa bride to be yang guna brown paper bag or white paper bag untuk isi doorgift. Oh my, its sooooo pretty, cute, and could save your cost as well. 


And i'm so inspired by it. 


So here i am. Dah cuba DIY goodie bag. Guna white paper bag + doiley paper. Oh, did i mention i'm soooo in love with doiley paper? Well...who doesnt? 




Here is my goodie bag.



Kat tengah tu boleh cop jer nama pengantin & thank you.
Atau mungkin boleh lekatkan sticker "thank you" bulat.
Doiley as thank you tag. =)




Riben satin tu beli kat Nilai 3 haritu. RM2.50 per roll. Aku beli 8 roll. Mula2 buat reben, dapat 34 reben setiap roll. Tapi bila dah lekatkan kat goodie bag, rasa macam panjang @ besar sangat reben tu. So, untuk roll seterusnya, aku kecikkan sikit reben tu. Dapat la around 43 riben per roll. 


Kertas biru tu plak is a crepe paper. Crepe paper tu agak mahal jugak la kalo nak tempek besar tu kat setiap goodie bag. Satu gulung crepe paper RM6.50. Dapat brape goodie bag jer kalo guna crepe paper nih. Ntah, blom kira lagi. 


Sebenarnya aku nak letak pink polka dot paper kat situ (that blue crepe paper). Or maybe stripes. So, jadi blue + pink goodie bags, Amboih...semua nak pink ajer. Tapi terpaksa cekalkan dan tabahkan hati untuk guna kaler biru jer. Ingat tema, ok. Sila fokus pada tema yer Cik Nini! Jangan nak pink sangat! -.-'


Oh, ini testing sahaja. Belum decide lagi nak buat goodie bag macam ni ke atau macam mana untuk our wedding. Hanya nak tengok menjadi ke tak & still tengah mencari idea.


Ok bye~ 




.

Monday, December 12, 2011

Inspirasi : Wedding Theme

Its 5 months and 3 weeks until our wedding day. Yeah, jauh lagi. Lambat lagi. Tapi bila difikirkan semua preparation yang nak kena siapkan tu....errghhhh~ 


Memang banyak yang aku belum buat. In fact, banyak benda yang masih belum start lagi. -.-'








Whatever. Lupakan pasal faktor masa, kesempitan masa, kekurangan masa. Just go with the flow. 


Now lets talk about wedding theme. Aku ni dah pilih tema untuk majlis ke? Err...dah kot. Ke belum? Ntah la. Tapi wedding theme ni kena la pilih awal2. Senang nak buat preparation, including beli barang hantaran, bunga telur, goodie bags, tempah pelamin, e.t.c.


Setakat ni, warna2 yang aku berkenan & Encik Tunang pun dah setuju adalah seperti di bawah :-



For solemnization. 
White + with a pinch of red.



Of coz la white kan. With a pinch of red. Bunga tangan mesti merah-menyala-nyer-mak ngah. Tapi satu persoalan. Kalo samping si pengantin lelaki tu kaler merah ok ke? Tak pelik ke? Maybe tak merah menyala la, kan. Just merah sikit2 jer. Ok ke tak ek? 


Baju akad nikah untuk aku dah ada. High heels dah ada. Baju melayu untuk Encik Tunang pun dah ada. Bunga ros merah merah-menyala-nyer-mak ngah pun dah ada, cuma nak kena DIY hand bouquet jer. Samping ada, tapi kaler hitam la. Yang aku bagi untuk hantaran tunang haritu. Tapi tak tau nak kena beli yang baru ke tak. Sebab nak sama kan ngan tema la, kan.



Reception (bride). 
Blue + white. 


Actually Encik Tunang yang nak warna biru untuk sanding. Masa nak pujuk Encik Tunang untuk pakai baju melayu pink for our engagement (yerlah, dia bukannya suka sangat pakai baju pink), dia cakap ok. Asalkan masa sanding nanti ikut kaler yang dia nak pulak. Sebab untuk tunang, dah ikut kaler yang aku suka, kan. Hehee~ Boleh plak kautim macam tu, kan.


Aku ok jer. Sebab kaler biru pun cantik jugak. Tapi mesti biru muda @ baby blue @ turquoise. =)


Tapi....kaler ni macam tak sesuai untuk yang berkulit agak gelap macam kitorang nih. Dua2 pun kulit tak cerah. Huhuu~ 




Reception (groom).
Purple + white + pink.



Untuk majlis reception sebelah lelaki, kaler purple putih pun cantik jugak. Kaler ni aku plak yang pilih. Sebenarnya nak kaler purple untuk majlis sebelah perempuan. Tapi since dah setuju ngan Encik Tunang, kena la ikut. Mesti la kena ada tolak ansur. Win win situation la kan. Ni majlis untuk kitorang berdua, bukan majlis aku sorang2. Kalo ni majlis aku jer, confirm la aku buat ikut suka hati aku jer, kan. Err...tapi ada ke pengantin sanding sorang2 jer? Hahahh~


Tapi untuk majlis sebelah lelaki ni, mesti ada kaler pink sikit2. Ishhh...kalo boleh, semua nak ada kaler pink, kan. 


Dan sebenarnya kalo boleh, tema sanding untuk sebelah perempuan pun nak campur ngan pink. Maksudnya, baby blue + pink. Tapi takkan la semua nak pink, kan. Nanti tak kena plak ngan tema kitorang. So, terpaksa la tabahkan hati untuk stick ngan tema biru + putih untuk majlis sanding sebelah perempuan. -.-'





* P/S : the colour palette was combined and edited by me. thats why it has my blog's url. jenuh aku nak meng-Google semua gambar tu. [x_O] 
.