Wednesday, August 17, 2011

Berbuka puasa @ Starhill Golf & Country Club

Ini cerita minggu lepas. Hari Khamis, 11.08.2011. Actually ni Majlis Berbuka Puasa anjuran beberapa licensed auctioneers. Wakil dari firm kitorang just 3 orang jer. 2 lawyer (termasuk aku) ngan sorang chambering student. Yang lain taknak pegi coz agak jauh (kat Kempas) & nak berbuka puasa ngan family. So, kitorang yang bujang ni kena la menghadirkan diri kat Majlis Berbuka Puasa nih. 


So, minggu lepas 3 hari berturut-turut la berbuka kat luar. Fine lah, bukannya rugi ape2. Datang makan jer. Walaupun agak penat asyik balik lambat jer. -.-


Berbuka puasa kat sini ok jugak la. Lauk pauk best. Tapi tak banyak pilihan macam Cafe Para-Para, The Paragon Hotel. Ntah la, aku rasa lauk agak banyak jugak. Tapi Cafe Para-Para lagi best kot. Lagi2 kat Cafe Para-Para tu ada durian goreng kan. Oh, tetiba teringat, jadik terliur pulakk~ [x_O]


Kitorang bertolak dari office around 5.45 pm, lepas abes keje. Ok, orang lain semua pakai cantik2 pegi kat situ. Aku pakai the-so-boring-black-and-white. Urghhh~~ Nak buat camane, coz pagi tu pegi Mahkamah. Kena la pakai hitam putih. Tapi, nape la aku sengal sangat tak bawak baju extra & just tukar je baju sebelum pegi sana? Ahhh~ ape kesah. Kan nak pegi makan jer. Kan? *ok, cuba sedapkan hati.


Masa nak pegi kat Starhill Golf & Country Club nih, agak confuse jugak la nak nak mencari tempat tu. Sebab agak jauh dari office dan takde langsung sign board yang boleh dijadikan petunjuk untuk pegi tempat tu. Ingatkan dah tak jumpa dah. Nasib baik ada kain rentang "Majlis Berbuka Puasa 2011" kat luar Starhill Golf & Country Club nih. Terus la kitorang masuk jer.



Aku punyer. Nasi beriani + macam2 ada.





Otak2 goreng + samosa + sushi + ikan bakar + sotong bakar + kerang bakar + bubur lambuk.
Sushi pon ade kaww~
Kerang bakar tu best jugak. Tapi susahnyer nak makan. Sebab susah nak bukak.
Last2, makan 3 bijik jer yg dah sedia terbukak. sedihhh~ T_T
Errr...btw, ni 3 orang makan ke brape orang yg makan nih? ;p





Btw, masa majlis berbuka puasa ni, ada sumbangan untuk anak2 yatim jugak. Kiranya untuk charity jugak la majlis berbuka puasa nih. 




Kain rentang ni la yang ada kat luar pintu masuk Starhill Golf & Country Club tu.
Tapi ini yang kat pintu masuk dewan dia.




So, itu jerla gambar yang dapat di-reveal kat sini. Tak boleh upload banyak2. Hahahh~


Ok bye~



.

No comments: