Monday, March 21, 2011

IT ROO CAFE : "the best Chicken Chop in JB"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


*pehh~ mukaddimah dah macam nak baca berita.




Minggu lepas pegi jalan2 kat "butik B" kat Jalan Dhoby. "Butik B" adalah ringkasan atau nama panggilan yang agak class untuk kedai bundle. muehehee~ Ntah sape la yang start dulu ngan panggilan "butik B" nih. Either my boss, atau budak mokk (i.e. Roza yang memperkenalkan "butik B" kat Jalan Dhoby nih kat aku) yang bagi nama tu. 

Disebabkan masa pegi jalan2 kat "butik B" tu dah tengah bulan, so hanya dapat window shopping jerla kat "butik B" tu. wuwuwwuuu~~ T_T 

Dah puas menyeksa mata dan hati ngan pakaian2 yang cantek dan yang aku berkenan (especially skirt2 yang sangat vintage), si Roza nih ajak ler aku menternak lemak kat kedai makan kat depan "butik B" tu. Aku on jerla walaupun takde la lapar sangat. Katanya, kat situ makanan best. Chicken Chop dia "the best Chicken Chop in JB". 

Yeke? Kena try nih.




IT ROO CAFE.


Chicken Chop.
Perghh~ Perghh~ Perghh~~
Tak tau camane nak describe.
Memang the best Chicken Chop lah. 
Sos mushroom pun memang terasa. 
Kentang juga sangat lazat.
Roza ade mintak sos lebih. Cantek lah!


Bandung Soda.


Sape2 yang datang JB, memang kena try Chicken Chop nih. Rugi woooo kalo tak try. Sampai sekarang pun masih terasa kelazatan Chicken Chop tu. Yumyumyum~~ 

Kalo taknak try Chicken Chop ni pon takpe, ade banyak lagi menu2 lain. Tapi aku tak sempat try. Harga pun ok la, tak mahal sangat. Lepasni confirm aku pegi melantak kat situ lagi, dan menambahkan lemak2 yang dah sedia banyak kat badan aku nih.

Oh sorry, gambar2 diambil menggunakan kamera henfon yang tak seberapa ni. Suasana kat cafe ni plak "romantik" jer. So, gambar memang la tak clear. Chicken Chop yang lazat tu pun tak nampak menggiurkan. 

Sape yang nak pegi melantak kat sini? Jom aku bawak. Tapi korang belanja lah. Muahahaa~ ;DD *keji nyer aku nih. -.-

By the way masa nak parking kete kat Jalan Dhoby tu, ada sorang lelaki India datang kat kete aku mintak duit. Untuk upah jaga kete kat parking tu la kot. Sukeati dia jer nak mintak duit. Apa dia ingat parking tu dia punye ke? Itu parking MPJB, bukan parking kepunyaan dia. Aku buat bodo jer. Tapi dalam hati...punyer la cuak nak keluar dari kete. Masa kat dalam "butik B" dan masa tengah makan pun risau jer, takot lelaki tu "apa-apakan" kete sebab tak bagi duit parking. Huhuu~ 

Senang jer orang camtu cari duit. Kalo satu kete dia dapat RM2, dan kalo satu hari ada 20 bijik kete yang bagi dia duit, dah RM40 dah. Itu baru satu hari. Ambik untung cenggitu jer. Tak payah keluar modal. Ntah pape lah orang camni. Memang takde keje dan takde life. Dan sangat mengganggu orang ramai yang nak parking kat situ. Takde cara lain ke nak cari rezeki? Ni bukan kali pertama aku di-minta duit untuk parking - dari orang yang sama. Masa tu kat area Bazar JB. Terus aku blah pegi parking kat tempat lain. Dah la time tu aku sorang2 jer. Mane tak cuak. -.-'

Pihak berkuasa. Di mana anda?

Ok bye~ 

.

5 comments:

aien.. said...

hye..im from jb..stuju sangat..chicken chop dieorang memang best

aien.. said...

hye..im from jb..stuju sangat..chicken chop dieorang memang best

Noriz said...

kat mana it ROo ni? heheh teruk tul...org jb pun tak tau ek... brp RM? dan apa butik B tu?

Nini Mohd said...

aien : tau takpe. memang best sangat2!

Nini Mohd said...

noriz : It Roo ni kat Jalan Dhoby, dekat ngan area Bazaar JB. Chicken Chop tu RM14. ok jugak la harga dia, tak mahal sangat. biase la, tak semua tempat kita tau & kenal walaupun dekat jer ngan kita. ;)

Butik B = bundle. hehee~ ;D