Wednesday, March 7, 2012

Baju family. Beli kain lagi.

Sebelum ni aku dah beli 8 pasang kain untuk family. Ni untuk diorang buat baju untuk majlis sanding aku nanti. Then beberapa hari lepas tu, my sister yang kat Terengganu sana ada timbulkan satu isu pasal baju family ni. Lepas bincang2 discuss ngan dia, kitorang decide kena beli lagi beberapa pasang untuk beberapa ahli keluarga yang lain.


Hmmm...sebelum ni aku tak beli untuk diorang sebab aku tak tahu pun diorang nak balik ke tak time wedding aku nanti. Then aku pun tak sempat dah nak fikir. Banyak benda lain yang aku duk fikir time tu. So, untuk mengelakkan ada yang terasa hati atau tak puas hati, better belikan jerlah. Walaupun terasa pedih mengalirkan lagi beberapa ratus dari purse yang memang tak tebal pun. T_T


So, lepas confirmkan berapa orang lagi yang kena belikan kain, hari Sabtu lepas lepas balik dari keje (half day), terus pegi Jakel kat Tampoi.


Masa nak pegi Jakel tu punyerlah jalan jem teruk. Tak bergerak langsung! Korang bayangkan (orang yang tahu jalan kat JB), dari depan Plaza Angsana nak ke Jakel Tampoi tu ambik masa 40 minit! Biasanya kalo jalan tak jem, tak sampai 30 saat kot. Tensen kepala otak.


Rupa2nya ada accident kat Taman Kobena, depan Pulai View Kondominium. Dah agak dah. Kereta tu terbalik, minyak kereta bocor kat atas jalan. Perghh~ seram pulak aku tengok. Jangan meletup time kitorang lalu sudah lah. Nauzubillah...mintak dijauhkan.



Ok, berbalik pada cerita.



Kain letak kat lantai jer.
Sedihhh~




Masa ni Jakel tengah ada sale. Memang bersepah lah kain sana sini. And tahu tak harga kain yang aku beli haritu murah RM10 berbanding dengan harga 3 minggu lepas? Perghh~ kalo tak, dah boleh jimat RM80! Kau tahu tak nilai 80 hengget tu kat B2B yang budget macam aku nihh?? T_T


Actually kain yang aku beli haritu dah habis. Aku dah tensen dah time tu. Nak beli yang mana? Takkan nak beli yang tak sama plak. Nasib baik ada kain yang corak sama, warna sama, tapi tone lain sikit dari kain haritu. Aku pilih yang tu jer.


Aku nak beli lagi 6 pasang. Tapi too bad, hanya cukup 5 pasang jer. Dah takde stok. Satu pasang lagi kena pilih yang lain. Pilih punyer pilih, nasib baik ada kain yang warna dan corak lebih kurang sama jer. Cuma harga mahal sikit. So, aku pilih yang tu untuk sepasang lagi.


Haritu dah beli 8 pasang. Jadi, total 14 pasang semuanya. Melayang beberapa ratus dari purse yang semakin menipis dan akaun yang semakin berkurang digitnya. T_T


Takpe, asalkan semua orang puas hati.



.

4 comments:

Super Ummi said...

baju untuk family kita haritu... family kita bayar sendiri... bukan kita tak nak sponsor... tapi family murah hati nak bayar.. hehe. ^_^

Nini Mohd said...

Miss Sunshine : family ada yg nak beli sendiri. tp sy rasa better sy yg beli. then diorang jahit sendiri. hehee~ ;)

Nini Mohd said...

Miss Sunshine : family ada yg nak beli sendiri. tp sy rasa better sy yg beli. then diorang jahit sendiri. hehee~ ;)

Nini Mohd said...

eh silap. i mean diorang hantar jahit, bukan jahit sendiri. huhuu~