Saturday, March 12, 2011

gempa 8.9 skala ritcher kat Jepun. paling kuat dalam tempoh 140 tahun

Selamat pagi semua... 

Petang semalam baru aku tau pasal gempa bumi dan tsunami kat Jepun. Tu pun sebab staff2 kat office tu duk kecoh2 pasal tu. Aku ingatkan ape benda lah yang diorang kecoh2 tu kan. Masa tu rasa pelik jgak. Bila masa gempa bumi ni? Sebab pagi ngan tengahari tu masa on the way pegi Batu Pahat ngan masa on the way balik JB, memang aku pasang jer radio. Takde la plak dengar berita kat radio pasal tu. Pelik gak. Pastu baru la tau earthquake tu jadi lepas aku balik dari Batu pahat tu. Patot la takde dalam berita kat radio.

Kebetulan kat office tadi ada client Japanese. Dia pun sibuk jgak la bercerita pasal kawan dia (kot) yang duk kawasan tu. 

Semalam pun balik keje dah lambat. Sampai umah jer berita dah start. Tak dapat nak tengok berita pasal earthquake nih. Sempat tengok kejap jer. Takpe, pagi ni beli paper jer. Confirm berita ni kat muka depan.

Tapi aku confuse sket ngan skala ritcher. Ada berita cakap 8.8. Ada berita cakap 8.9. Mana satu yang betul? Tapi whatever skala ritcher pun, ini earthquake yang paling kuat pernah melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun nih.

Amaran tsunami pun dah dikeluarkan untuk beberapa negara : New Zealand, Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii dan beberapa negara lagi.


Click : BBC News




Kita ni dekat jer ngan Indonesia, lebih2 lagi kat Sabah dan Sarawak. Ade kesan ke tak?


MasyaAllah...dahsyatnyer tsunami ni. 
Seolah2 semua rumah, bangunan, kereta dan manusia tu kotoran yang dibasuh dan disapu macam tu jer. *washed away.


Kuasa Tuhan. Bersyukur lah kita berada di Malaysia.



*p/s : actually entri ni aku taip semalam lagi. tapi boleh la pulakkk takde letrik. terbantut hasrat aku nak berblogging.


.

2 comments:

fiq said...

banyak nye owg post saltsunami ni..x kisah la..sumeaqbace..

follow my blog k..

sayangcoco.blogspot.com

thanx

✿ milly molly ✿ said...

Moga mereka semua mendapat perlindungan-Nya :)