Sunday, November 7, 2010

pegi mam***??

Orang tua2 cakap, setiap perkataan yang kita ucapkan adalah doa. Jika diucapkan banyak kali (40 kali kot.orang cakap la), maka akan betul2 terjadi. Jadi, tolonglah jaga tutur kata anda. Jangan diucapkan kata-kata yang tidak elok, apatah lagi kata2 yang sangat kurang ajar.

Berfikirlah dengan waras sebelum mengeluarkan kata2. Jangan mengeluarkan kata-kata dalam keadaan amarah. Jika anda tengah marah, cuba bertenang. Istigfar banyak2. Cuba bersabar. Fikir dengan munasabah. Kerana semua yang anda ucapkan itu ada akibatnya, ada kesannya. Mungkin akibat buruk, dan mungkin meninggalkan kesan di hati orang, meninggalkan kesan dalam hidup orang yang ditujukan kata2 itu.

Cuba berfikir dengan waras, cuba ingat2kan dan renung2kan siapakah orang yang anda ingin tujukan kata2 itu. Apa perasaan orang itu jka anda mengeluarkan kata2 tersebut. Apa akibatnya jika kata2 yang kurang sopan itu diucapkan kepada orang tersebut. Apa yang akan berlaku di kemudian hari. Renung2kan. Dengan waras.

Contohnya, tajuk entri ni. Apa itu "pegi mam***??"? Anda semua boleh agak kot. Itu salah satu ayat yang tak elok untuk diucapkan kepada orang2 di sekeliling kita. Tak kira lah siapa orang tu. Kawan ke, musuh ke, kekasih ke, atau family. NO NO NO. Jangan diucapkan kata2 itu.

Kalau sudah diucapkan banyak2 kali bagaimana pula? Apa niat anda sebenarnya? Adakah anda betul2 mahu dia pegi mam***??? Kalau masin mulut anda tu bagaimana? Suka kah anda? Puas hati kah anda? Mahu kah anda melihat dia mam*** depan mata anda?

Ingat lah, kata2 kita ibarat satu doa. Jika diucapkan banyak kali, umpama berdoa supaya benda itu benar2 berlaku.

Oh. Saya faham. Jika benar2 berlaku, sudah pasti anda akan bergembira, bertepuk tangan dan bergelak ketawa berdekah-dekah tanpa ada sebarang penyesalan. Kerana memang itu yang anda mahukan.


benar, kan?


Banyak2kan lah bersabar. Pasti kamu akan bahagia. Bahagia dalam perhubungan, dalam persahabatan, dalam keluarga dan bahagia dalam kehidupan kamu.





p/s* tolong jaga tutur kata dan tolong ubah sikap anda yang suka cakap main lepas jer (bagi yang ada sikap sedemikian). terima kasih.



.

No comments: