Tuesday, October 2, 2012

4th month.

01.10.2012.

Semalam genap 4 bulan menjadi isteri Encik Suami.

Dan semalam juga genap 6 tahun arwah mak pergi. Dulu mak lah segala2nya bagi aku. Ayah dah meninggal masa aku umur 13 tahun lagi. Semua yang aku buat untuk mak. Belajar, masuk universiti. Apa yang mak tak suka, memang aku takkan buat. Cita2 aku memang nak bahagiakan mak. Tapi baru setahun aku kat U, mak dah pergi untuk selama2nya. Rasa terkilan sebab tak sempat tatap wajah mak untuk kali terakhir. Rasa sangat terkilan sebab tak sempat balas jasa mak. Maklumlah kami orang susah.

Bila mak pergi, aku rasa macam dah hilang tempat bergantung, hilang tempat untuk berkasih sayang. Rasa macam dah hilang tujuan hidup.

Oh itu 6 tahun lepas. Mungkin terlalu sedih. Tak dapat terima kenyataan. Sebab mak pegi pun secara tiba2.

Harini rasa bersyukur sebab dikurniakan seorang suami. Seolah2 suami dikurniakan untuk ganti kasih sayang mak. Itu yang aku rasa. Kami bercinta beberapa bulan (i think 6 bulan kot) lepas arwah mak meninggal.

Walaupun kasih sayang ibu tiada galang ganti, tapi kini aku dah ada tempat untuk berlindung, tempat mengadu, tempat berkasih sayang. Alhamdulillah, walaupun suami dan aku sendiri tak sesempurna mana, tapi aku bersyukur dengan jodoh dan kehidupan yang Allah S.W.T kurniakan. :')

Sekarang masih dalam proses untuk mendalami diri pasangan, walaupun dah 5 tahun lebih bercinta. & masih lagi dalam proses untuk memperbaiki diri masing2.



 Alhamdulillah...



Semoga dipermudahkan jalan hidup kami. Amin...





Al-fatihah untuk arwah ayah & mak.




.

6 comments:

Syu, Syuhada said...

semoga arwah mak & ayah nini tenang di sana..
teruskan hidup dgn positif ye ;)

Hanys Jehari said...

Amin. Semoga kekal hingga akhur hayat...

Nini Mohd said...

@ciksusuv
thanks. :)

Nini Mohd said...

@Hanys Jehari
Amin..tq. ;)

..::..aRe-Na..::.. said...

Al-fatihah buat arwah mak & ayah nini...smg mereka ditmptkan dikalangan org2 yang beriman..amin
dan tahniah jgk buat nini,sbb dh 4 bln pon mjadi isteri org kan..pasni gelaran ibu la plak kan hehehe:-)

Nini Mohd said...

@..::..aRe-Na..::..
amin..doa2kan la yer. buat masa ni belum ada rezeki lagi. ;)