Last two weeks aku kena ganti boss pegi KL. Ada review ngan bank. *neves tahap babun*
Nasib baik review tu habis awal, around tengahari. So lepas review tu sempat lagi la aku menjelajah Jalan Melayu. Actually takde la menjelajah sangat. Pusing2 cari tudung ngan shawl jer. Itu la matlamat sebenar aku ke situ. Kan sana kan murah gilos, berbanding ngan kat JB nih.
Sebenarnya niat hati nak menjelajah sampai ke Jalan Masjid India. Tapi tak larat aihh nak pusing sampai ke hujung jalan sampai ke jalan Jalan Masjid India nun. Ngan office attire, ngan high heels, beg yang terpampang jelas nama firm aku, ngan hujan lagi, ngan aku yang tak bawak payung lagi. Memang tak lah aku nak menjelajah bagai, walaupun niat hati memang nak bershopping. -.-
Sudahnya, sampai separuh Jalan Melayu jer aku pusing2. Beli2 barang, terus balik.
Lagipun Encik Suami tetiba jer call ajak pegi Bagan Lalang. Aduhai...hasben aku ni memang camni. Suka sangat plan tetiba, plan last minute. Sudahnya, banyak ler pesanan aku kat dia. Bawak baju ni, tudung tu, seluar ni, gosok dulu baju tu (of coz la aku kena tukar baju), bawak spek, bawak bekas contact lens, bawak kamera, bla bla bla...
Kehkehh..nasib baik suami ku tak bertukar hijau jadi Hulk. ;D
Hasil rembatan kat Jalan Melayu.
Tudung, selendang. Murah2 sajo.
Kalau ikutkan hati, mahu rembat lagi banyak & macam2.
Tapi takot ada orang membebel pula kalau shopping tak ingat dunia. -.-'
Kenapa lah tudung2 & shawl kat JB tak murah2 macam kat KL nih. Oh, kalau murah2 macam ni jugak, memang tak boleh menyimpan & menabung la gamaknyer iols. -.-'
.
1 comment:
yeah mmg murah2..rambang mata kalau pg jalan TAR tu
Post a Comment