Sunday, February 10, 2013

Tukar tayar botak | Banting - JB

Lepas makan kat Restoran Nasi Kerabu Ketereh tu, kitorang pegi tukar tayar kereta pulak. Sebab tayar depan tu dah terlampau botak. Seram ok aku tengok. Lagi nak jalan jauh ni, better kitorang tukar jer dua2 tayar depan. Utamakan keselamatan orang kata. Tayar belakang masih ok lagi. Lagipun salah satu tayar belakang tu baru jer tukar dua bulan lepas kot.

  Tengah tunggu tayar ditukar.

 Ok, jakun jap tengok benda alah ni. 
First time tengok la katakan. ;p

Encik Suami tengah check tayar baru.

Kitorang tukar tayar kat kedai tayar depan Dataran Nilai. 
Tokey dia perempuan. Peramah & selalu tersenyum. Pandai layan customer. 
Kalau macam ni, customer pun suka & boleh recommend kat orang lain.

Bila dah tukar tayar depan tu, baru la rasa confident nak drive kereta. Sebelum ni aku drive dengan penuh hati2. Nak pecut pun fikir sejuta kali *tapi tetap pecut jugak*. Lagi2 kalau drive time hujan atau time jalan basah. Seram. Pastu aku ni selalu outstation, ke sana ke mari. So agak risky di situ.

Oh ya, lepas tukar tayar belakang tempoh hari, ada bunyi lain pulak muncul kalau drive kereta. Bunyi tu datang dari belakang. Aku rasa macam dari tayar yang baru tukar tu. Aku dah agak, ni mesti sebab tak balance. Sebab tayar belakang yang satu tu baru tukar. Tayar depan pulak botak kemain. Dan bila dah tukar tayar depan ni, terus bunyi tu dah takde. -.- 

Sebelum bertolak balik JB, aku sebenarnya nak singgah ke Nilai 3, nak cuci mata sambil window shopping la kunun. Tapi sebab dah terbang beberapa ratus kat tayar ni, cancel jerlah niat nak cuci mata tu. Sebab walaupun niat sekadar nak "cuci mata", errrr.....korang faham2 lah sendiri kan nanti end up jadi camane. ;p 

Lagipun masa tu dah lambat sangat dah. Dah nak maghrib. Rasanya kebanyakan kedai tutup awal kalau weekdays. 

Lepas dah tukar tayar ni, kami terus bertolak balik JB. Encik Suami drive sampai ke Hentian Seremban. Sebab aku nak drive dulu. Nak bagi dia tidur dulu. Maklumlah, dia keje shif malam, dan baru balik keje pagi tu. Aku faham la dia penat. So better la aku drive dulu. Bila dah sampai separuh jalan nanti, baru dia drive. Macam tu la plan asal. 

Tapi...................sampai ke sudah aku yang drive. Dari Seremban sampai JB. Aku nak kejutkan dia pun tak sampai hati. Sebab tengok dia syok sangat tidur. Masa kat Muar kot, ada jugak dia sedar dan tanya aku "sayang tak penat ke?". Aku jawab "tak". Pastu dia terus sambung Zzzzz....... -.-

Tak penat la kunun? Ceh, padahal....memang penat giler time tu. Malam sebelum tu aku gerak pukul 4.30pagi dari JB ke Putrajaya. Memang tak cukup tidur. Tapi masa drive balik ni tak rasa mengantuk plak. Cuma rasa penat jer. 

So, aku teruskan jerlah. Sampai Kulai, Encik Suami sedar lagi dan cakap "nanti berhenti la kat hentian mana2, biar orang drive". Aku cakap "takpe la, dah nak sampai pun. Hentian Kulai pun dah lepas, dah takde hentian dah."

Bila dah sampai rumah, perghhh...... Sakit2 satu badan aku ni ha. Berlagak rajin sangat kan. Hahah. ;p

.

6 comments:

Myra Anne said...

hahahahh.kte pon slalu camtu. bila hencik lebah offer kata takpe2. pastu dah balik umah, sakit badan sorang2.

btw, jom visit blog kte. =)
http://myraanneba.blogspot.com/2013/02/kenapa-omega-sangat-penting-untuk-kita.html

KBC said...

Selalu drive sorang2 long distance tu. Hati2 extra careful.next time sblm jln jauh makesure kereta dlm keadaan ok.akak plk risau baca psl drive sorang jauh dan sunyi.lg2 dlm condition tayar x berapa bagus bahaya dik sayang.antara tips kalau drive sorang especially awal pagi dan malam, pakai cap,pakai tudung pun blh pakai cap.akak dulu camtu,pastu pakai sweater ada hoodie tu serkop kepalasupaya dari jauh org x blh cam lady driver, dlm kereta standby apa mcm cota dulu cota ada je dlm kete,jgn stanby pisau walaupun ltk bawah seat.kalau polis check blh kena thn hehe n hp makesure jgn duduk dlm handbag.nanti susah nak cari time nak guna bukan utk sms or bergayut waktu drive sesorang tp standby kat tempat senang dicapai for emergency.kalau ada yg mencurigakan terus buat call n bagi info cpt2.n stanby spray non flammable dlm kete.emergency blh guna spay mata penjahat hehe,jgn amik ati bukan membebel concerned je kat nini. .

Nini Mohd said...

@KBC
camtu ea kak.
sy kalo handphone tu memang selalu letak kat tempat senang capai.
tp kalo hoodie & topi tu x pernah buat.
betol jugak tu kan. biasanya org yg suka ambik kesempatan ni memang aim kat kaum hawa.
so kena la menyamar kan.
thanks for the tips yer kak. ;)

Nini Mohd said...

@Myra Anne
takpe, pastu wajib mintak upah urut.
sbb dah sakit2 pinggang kan. ;p

AYuNG said...

usha tgk tayar kat sini..
=)

bpa rm tukar?