Monday, August 10, 2015

Throwback Raya

Assalam dear readers.
 
Saja nak buat throwback raya. Harini dah Syawal ke-25. Baru nak buat throwback raya, kan. Hehee~
 
 
 
 2013.
 
 
Tahun ke-2 sebagai suami isteri. Raya kat Johor. Time ni tengah pantang sebab baru lepas keguguran. Ambik gambar ni sebelum pegi hospital untuk ambik darah. Orang lain pagi2 pegi beraya. Kitorang pegi hospital, jadi penunggu. Penunggu result blood test. Huhuu~ kena ambik darah sebab aku demam teruk, menggigil2,  sampai tak boleh bangun. Takde selera makan, makan sesuap dua pun paksa diri, sebab nak makan ubat.
 
Aku syak aku kena bentan. Maybe sebab lalui perjalanan jauh dari Terengganu-JB. Balik Terengganu masa bulan puasa tu. Sampai JB dah malam. Pagi esoknya terus demam seram sejuk menggigil2 sampai tak boleh bangun. Ya Allah teruk betul masa tu aku rasa.
 
 
 
 2014.
 
 
Alhamdulillah, dah raya bertiga. Raya kat Terengganu. Raya tahun 2014 ni pun tengah dalam pantang jugak. Tapi bezanya, berpantang ada baby. :) Masa ni Rabbani baru umur 40hari. Tak pegi beraya pun. Duk rumah jer. Dah nama pun dalam pantang. Pakai baju raya buat cukup syarat jer. Hehee~
 
 
2015
 
 
Masih bertiga. Dah tu takkan dah berempat? Kikikiii~ Rabbani umur 1 tahun 28hari. Raya kat Johor.
 
Oh ya, tahun pertama kami sebagai suami isteri, tahun 2012. Beraya kat Terengganu. Tapi jenuh aku duk cari gambar dalam laptop, dalam Facebook. Tapi takde pulak. Tak ambik gambar ke ek. Lupa plak.
 
Oh ya, perasan tak dalam gambar dari tahun ke tahun tu ibu Rabbani ni makin kembang macam belon? Hahahahh~ Masa dalam pantang tu dah dapat balik berat badan macam sebelum pregnant. Tapi sebelum pregnant pun aku dah gemuk. Lepas pantang, berat badan tak turun. Lepastu makin naik. Sampai sekarang pun kembang jugak. Redhoo jerlah. Kalau cakap nak kuruskan badan nanti kang, azam tinggal azam. :p
 
 
 
Thanks for reading. :)
 
 
 
 
 
.

4 comments:

IMaH said...

selamat hari raya Nini! samala kita. start beraya dengan suami masa tahun 2012. Sekarang pun masih bertiga. hihi..

Nini Mohd said...

@IMaH selamat hari raya Imah! dah lama tak jenguk blog Imah. nnti nak skodeng la. hee~ :)

nurul harnani kasmari said...

SELAMAT HARI RAYA. takpe tembam2 pon masih comel. btw lama nanie x singgah :)

Nini Mohd said...

@nurul harnani kasmari Selamat Hari Raya, nanie. kita pun dah lama x blogging. :)