Assalam dear readers.
*dah lama tak update blog ni tetiba muncul ngan entri raya, kan.*
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya nih. Raya kan sebulan! hehee~
So di kesempatan ni iols nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua readers blog ni (macam ramai sangat jer baca blog ni kan. kikikii).
Ni jer gambar yang dapat aku upload kat sini. Sebab tak banyak mana pun ambik gambar.
Raya pertama.
Tema tahun ni : merahnya makngah!
Sebenarnya tak plan pun nak tema apa tahun ni. Baju pun beli yang dah siap jer. Sebelum beli, dah tanya Encik Suami, nak kaler ape. Tapi dua2 laki bini tak decide. Last minute plan, nak royal blue. Pegi kedai survey2, takde design yang berkenan. Last2 jumpa baju merah ni yang ada saiz aku. Sebelum tu ada berkenan baju kaler merah jugak tapi lace mint green. Baju kurung moden. Tapi saiz tak ngam! Maklum la diri ini dah macam belon dah sekarang. Susah bebenau nak cari saiz. Hahahaha~
So ambik jerlah baju ni. Murah pun murah. *tahun ni konsep raya : berjimat cermat*
Anddd...nasib baik baju Rabbani pun ada saiz. Heee...Cuma sampin jer mak tak dapat cari kaler grey. Ada kaler black-gold ni jer. Songkok pun nasib baik saiz yang paling kecik tu ngam2 jer ngan Rabbani. Actually besar sikit, tapi still ok lagi.
Segala persiapan raya (baju raya, kuih raya), beli last minute, iaitu 2 hari sebelum raya. Huhuu~ Serius takde mood nak raya. Sampin Rabbani plak malam raya tu baru beli. Itu pun sebab pegi merayap kat Plaza Angsana.
Segala persiapan raya (baju raya, kuih raya), beli last minute, iaitu 2 hari sebelum raya. Huhuu~ Serius takde mood nak raya. Sampin Rabbani plak malam raya tu baru beli. Itu pun sebab pegi merayap kat Plaza Angsana.
Selamat hari raya!
Pakcik nak collect duit raya ni!
*sampin longgar, asyik ternaik ke atas jer*
Ni dia mengamuk sebab orang pakaikan songkok & rampas mainan dia. Kikikii...
Drama sangat nak pakaikan songkok kat dia.
Bagi balik mainan dia, pastu pakaikan songkok.
Baru la tak mengamok.
Tapi pakai sekejap, dia campak. Pakaikan lagi, dia tolak. Haihh la anak...
Rimas agaknya apa benda lah atas kepala, kan.
Raya ke-2.
Baju recycle tahun lepas punyer.
Kan dah cakap tadi, tema raya tahun ni : jimat cermat. Kikikii~
Lagipun baju tu baru pakai 3,4kali kot.
Daripada terbiar jer, baik recycle.
Baju anak jer beli yang baru.
Itu pun dah lama beli.
Beli kat Mom & Baby Expo, masa Rabbani baru umur beberapa bulan.
Nasib baik dah ok saiz dia & dah boleh pakai.
Raya tahun ni beraya kat kampung suami, kat Kota Tinggi, Johor. Ikut giliran la kan. Tahun lepas dah raya kat Terengganu. Macam ni la bila dah kawen dengan orang jauh. Maksudnya, kawen dengan pasangan berlainan negeri. Sorang kampung kat Terengganu, sorang lagi kat Johor. Kalau dapat cuti lama & budget pun banyak, boleh la balik dua2 kampung. Tahun ni Encik Suami cuti 2 hari jer, i.e. raya pertama dengan raya kedua. Itu pun memang kebetulan off day dia. Malam raya (actually awal pagi raya, around pukul 2pagi) baru sampai kampung. Sebab Encik Suami keje sampai malam raya. Raya ketiga Encik Suami dah kerja.
InsyaAllah tahun depan raya kat Terengganu pulak & harap2 Encik Suami dapat la cuti lama sikit. Baru best balik kampung. Dah la jauh, kan. Kena la cuti lama2 sikit. Heee~
Raya ni tak pegi beraya sangat pun. Duk rumah jer. Pastu ada la pegi beraya kat rumah saudara Encik Suami kat Gelang Patah. Boring jgak la raya camni. Tu yang malas dah nak beli baju raya banyak2. Akhirnya tak pakai pun. Buat pakai time ada majlis lain jer.
Raya ni tak pegi beraya sangat pun. Duk rumah jer. Pastu ada la pegi beraya kat rumah saudara Encik Suami kat Gelang Patah. Boring jgak la raya camni. Tu yang malas dah nak beli baju raya banyak2. Akhirnya tak pakai pun. Buat pakai time ada majlis lain jer.
So raya kat Johor ni asyik makan lontong ngan kuah lemak jer. Rinduuuuuu nak makan ketupat palas, nasi himpit, sambal nasi himpit, kuah kacang. Aduhh...kecur dah nih. Biasanya tiap2 tahun kat kampung (kat rumah kita la), raya pertama mesti masak nasi minyak & gulai (gulai ayam kampung @ ayam bandar @ gulai itik). Uishhh....lagi la kecur. Huaaaa.....
Nampaknya kalau nak makan, kena la buat sendiri.
Andd...tahun ni kali pertama iols try masak rendang dengan kuah lontong. Itu pun masak kat rumah sendiri, bagi makan kat family sendiri (Encik Suami la). And ada bagi kat kawan2 Encik Suami kat tempat keje. Banyak lagi nak kena improvise rendang ngan kuah lontong tu. Heee~
Ok la awak2 semua, thanks for reading. :)
.
Tweet
4 comments:
selamat hari raya..
takpe recycle pun.. yang penting kita seronok...
Dh besar anak nini.. lama tk singgah sini😊
@cik hani kann...alhamdulillah at least ada jugak baju yg blh dipakai. :)
@Hanys Jehari dah setahun sebulan lebih dah. kita pun dah lama x update blog. hee~
Post a Comment