Monday, January 28, 2013

Team Building at Lotus Desaru Beach Resort : Part 2

Selamat pagi Isnin!


1st Day. Sabtu, 12 Januari 2013.

Sambungan dari Part 1.

Kami bertolak ke Lotus Desaru pagi2. Pukul 6pagi aku dah keluar rumah. Hoihh, ENAMPAGI ok. Kena ambik beberapa orang lawyer & staff. Berkumpul kat Shell Tampoi, then terus gerak ke Desaru. 4 biji kereta jugak berkonvoi. Tak termasuk lawyer2 dan staff2 lain yang gerak asing2.

Bayangkan la betapa megantuknya aku. Penat ke Langkawi pun belum hilang lagi. Then malam sebelum ke Desaru ni pun aku just tido 2 jam jer. Sebab basuh baju yang pegi Langkawi haritu dan kemas2 baju yang nak bawak ke team building ni. Pastu, aku plak yang drive dari Skudai ke Desaru. Kalau bukan aku yang drive, takpe la. Boleh jugak tido on the way ke sana, kan. -.- 

Sebelum sampai Lotus, kami sempat breakfast kat Medan Selera kat Bandar Penawar. Aku makan nasi lemak + teh tarik. Ni memang 'ubat' mengantuk untuk team building kejap nanti. Hahahh~ ;D 

Sampai ke Lotus Desaru lebih kurang pukul 8.40pagi. Tapi belum dapat check in lagi. Kami teruskan ngan aktiviti team building dulu.



Ada shuttle service.


Kat sini kalau nak ke satu2 tempat/blok tu agak jauh.
So, harus la naik shuttle service ni.


Dalam training room.
I love this. Colourful sangat. ;)


Beraktiviti selama 2 jam, ada minum pagi. So, makan lagi. Then masuk balik kat training room. And then........its lunch time! Bersemangat sungguh nak makan, walaupun takde la lapar sangat. Masih kenyang ngan breakfast dan minum pagi. Tapi still......aku makan dengan teramat banyak. -.-



Ini sajork lah gambar yang ada. 
Buah & salad. Sebab empunya badan sibuk nak makan jer. -.-


Swimming pool! 
Eh? tapi aku tak mandi manda pun kat sini. 
Takde masa. -.- 


Lepas lunch, masuk balik ke training room. Buat macam2 aktiviti. Seronok. Hilang rasa mengantuk. Dah petang sikit, baru dapat check in & tengok bilik. Sempat rehat sekejap, pastu kena turun ke padang. Buat aktiviti outdoor pulak. 


Outdoor activities. 
We are having so much fun!


Selesai outdoor activities, selesai gelak2, berlari2, penat2, semput2, berpeluh2. 
Serius, aku ni cepat semput.
Then we decided untuk berseronok kat pantai pulak.


Let's go! 


Again, lalu kat swimming pool. 
Lalu sahaja. -.- 


Menuju ke pantai. 


Ombak sangat kuat. 
Tak boleh mandi pun. Diorang dah pacakkan bendera merah kat pantai ni. 


For me, aku rasa pantai kat sini takde la cantik pun. Air keruh. Hitam, kelabu. Atau mungkin sebab musim camni kot? Ntah ler. Nak mandi pun tak sanggup. Kalau water sport tu maybe ok la kot.




Bermain dengan ombak. 


Then, balik ke bilik, dan bersiap2 dengan sangat lajunya. Sebab lunch pukul 7.30malam, dan kena masuk training room balik pukul 8.30malam. Hoiii~ semput aku nak habiskan makanan dengan keadaan tergesa2.

Oh ya, dinner kat sini tersangat lah marvelous! Ada kambing panggang, ABC, errrr.......macam2 la kot. Tak ingat dah nak senaraikan satu2. Yang pasti, sekali lagi aku makan dengan banyaknya. -.-



Dan.....masuk ke training room dengan mata yang hampir terpejam. -.- 
Aktiviti habis pukul 11malam kot. 



2nd Day. Ahad, 13 Januari 2013. 

Bangun pagi dengan keadaan mengantuk. Pukul 7.40pagi breakfast, pukul 8.30 pagi kena masuk training room.


Good morning! ;) 

 
Ni lepas lunch.
Macam biasa, makan tak hengat.
Pastu nak ambik gambar pun kena cover tang perut tu. -.-'


Team building habis lebih kurang pukul 3petang. Lega sangat bila dah habis team building ni. Hilang terus rasa penat dan mengantuk. Hahaa~ ;p


Dapat sijil! 
*dah kenapa mata aku dah nak terpejam tu. buruk bebenor.  -.-


And now, its time to have fun! Kami terus ke water park plak. Tapi water park nyer......alahai........kecik jer. Mini water park la kiranya.



Pool.



Surrounding. 


Ni untuk budak2 yer. Mak budak jangan nak gatal2.


Yang paling seronok, main kat gelungsur air. Seronok main ramai2. Kena rempuh la, kelam kabut nak lari dari orang belakang, and macam2 lah. 2, 3 kali jugak la duk ulang naik gelungsur air ni. Tak sempat plak nak snap gambar gelungsur air tu. So aku google jer ===>>>


Sumber gambar : takemeholidays


Kalau main gelungsur air tu, nanti keluar ikut sini. 
Sila abaikan pekerja yang duk tengah2 tu.


Let's swim! *ceh


Wowweee~ 


"Beware of falling coconuts"


This is fun!
Tapi agak sakit jugak la kalau betul2 kena kat kepala.



Dah selesai mandi manda.



Ini gajah. ;p 


Posing lagi....


Dan lagi............. 
Ok, sila jangan muntah, ;p


Dapat mandi manda sekejap jer. Tak boleh lama2, sebab perjalanan masih jauh. Nak balik JB bukannya dekat. Takmo la dah malam baru gerak. Nak lalu ikut highway Senai pulak tu. erk? Faham2 lah yer.

Nanti nak ajak Encik Suami datang sini la. InsyaAllah one day. Walaupun not much activities to do, tapi bilik cantik & makanan best. Especially dinner. Hoihh, makan aje yang aku fikirkan. -.-

Anyway, sempat beli beberapa fridge magnet untuk kenang-kenangan. Oh, aku memang suka kumpul fridge magnet ni. Walaupun aku rasa fridge magnet kat sini agak mahal, tapi takpe la, aku beli jugak beberapa bijik.





Oh ya, ini harga2 water sport kat sana. Aku rasa mahal. Sebab kat Langkawi pun tak mahal camni. Korang rasa?


Flyer ni boleh dapat kat tepi pantai tu. 
Flyer yang aku dapat tertinggal kat bilik hotel. 
So kena la google. hihii~ 
Sumber gambar : tripzilla



Thanks for reading. ;)


.

2 comments:

cha said...

hari tu baru je ada surfing comp u sane ombak memang tgh besar. memang takpe pun kalau tak mandi baik main kt mini waterpark tu haha selamat pun selamat ye tak :P

Nini Mohd said...

@cha
hehee~
tu la. mandi kat mini waterpark tu pun dah ok.
walaupun mini jer, ok la dari takde.
blh jgak enjoy2 gitu. ;)