Thursday, March 24, 2011

eh eh pakcik nih. boleh HOII HOII kat kite pulakk~

Went to Muar High Court yesterday. Driving from JB to Muar and from Muar to JB was so tiring. Itu baru JB-Muar-JB. Kalau drive balik kampung sorang2 nun jauh ke Terengganu camane pulakk?

Untuk raya puasa tahun ni, aku dah siap berazam : akan tetap balik drive kete sorang2 kalo takde sape yang boleh teman atau cuti raya tak sama ngan kakak @ abang. Aku rasa tambang bas balik kampung sama jer ngan minyak kete untuk balik kampung. Cuma yang tak sama - penat tahap melampau drive 10 - 12 jam. 

Tahun ni insyaAllah ada "something" untuk raya, dan raya itu akan lebih bermakna. So, insyaAllah akan balik drive sendiri walaupun terpaksa berseorangan. Masa Chinese New Year haritu, balik kampung ngan Encik Kuneng. Sebab kakak dan abang tak bagi drive sorang2. Sebab katanya sangat bahaya perempuan drive jauh2 sorang2. Lagipun jalan balik ke Terengganu hampir semua jalan adalah hutan kiri kanan. Dan katanya lagi - memang la kete baru, tapi tak semestinya kete baru tak rosak. Kalo rosak @ pancit, camane. 

Ok fine. Lagipun masa tu aku baru jer dapat lesen dan baru jer start drive.

Lepasni tak tau camane. Boleh drive sendiri balik kampung ke tak.




PLUS. JB-Muar

Plaza Tol Pagoh.

pictures of the day. 




By the way nih nak cite peristiwa masa drive kat Muar semalam. Kebanyakan penunggang motosikal suka bawak motor tengah2 jalan (yg ni bukan kat Muar je, kat mana2 pun sama jer). Tak reti duk tepi2 sikit ke? Tak tau ke sangat bahaya kalo motor duk (di bawa) kat tengah2 jalan?

Ada sorang pakcik ni berhenti kat sebelah aku masa traffic light merah. Lepas lampu hijau, dia boleh bawak moto tak tengok kiri kanan. Tak alert ngan kete kiri kanan. Dah la bawak tengah2 jalan. Aku ni bawak kete sambil tengok motor dia, sebab takut berselisih @ langgar dia. Nak ke kanan sikit, tak boleh plak sebab jalan bertentangan banyak kete. Eh2 pakcik nih, tak tengok ke kat sebelah dia ada kete.

Pastu motor pakcik tu hampir berselisih ngan kete aku, dia boleh menjerit : HOIII..!!!!

Eh2 pakcik nih. Dia yang bawak motor tengah2 jalan, tak tengok kiri kanan. Boleh nak marah aku pulakk?? Kuat pulak tu. Aku tutup cermin kete pun boleh dengar dengan jelas. Nasib baik aku nih bukan jenis yang kurang ajar.

Tengok. Ni yang paling aku menyampah ngan sikap penunggang motor. Tau tak penunggang motor yang paling berisiko untuk accident? Kalo accident sorang2 takpe jugak, jangan sampai melibatkan orang (pengguna jalanraya) lain. *dan tak lupa juga kepada keluarga @ orang tersayang.

Aku bukan nak kutuk @ anti ngan penunggang moto. Aku pun selalu jadi pembonceng motor. Dulu boleh dikatakan hampir setiap hari Encik Kuneng hantar aku pegi keje ngan motor. Memang tau la camane perasaan jadi orang yang berada atas motor tu kan. Dan aku pernah tengok motor accident depan mata aku. Pheww~~ seram.

Kalo silap sikit jer, terus dot dot dot (takmau lah cakap). So, sebab tu penunggang motor ni kena sangat sangat berhati2.

So, penunggang motor kat luar sana, tolong berhati2 tahap maksima bila menunggang motor. Selalu tengok  side mirror kiri kanan & alert ngan kenderaan lain. Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Ingatlah orang yang tersayang. *pesanan ini ditujukan kepada Encik Kuneng juga.



Ok bye!


.

3 comments:

ardinihumaira said...

dni pun tak suka penunggang yang bawak tetengah. eee geram

zOeY zAu YaH said...

sebut raya lak..rindu nk raya terus haha

Nini Mohd said...

Dini : tau takpe. bahaya lah bawak motor camtu.

Zoey : waaaa~~ jauh lagi nak raya. sebe;um raya, kena puasa dulu. kena ganti puasa tahun lepas dulu. ;D