Monday, September 9, 2013

Air Asia ke Maldives

Assalam dear readers! 

Genap sebulan sejak dari last update. Entah kenapa lah dalam sebulan dua nih memang takde mood langsung nak ber-blogging. Maybe haritu masih dalam mood raya? Hewheww~ 

Sejak dari keguguran haritu la takde masa nak update blog. Busy berpantang konon kan. Pastu balik Terengganu, pastu tak sihat sampai tak boleh bangun, pastu raya, pastu busy cari rumah sewa lain, pastu ..... ? Banyak betul pastu. -.-'

Pastu (ada lagi?) busy dengan kehidupan sebagai seorang isteri la. Sibuk menguruskan rumah tangga. Haha~ ok, dah dah la merepek tu.

Semalam ternampak ada orang share gambar ni kat Facebook :






 Aku macam....hah, serious? AirAsia ke Maldives??? 

Iols sangat excited. Dah lama duk teringin nak ke Maldives. Dulu kemain berangan nak honeymoon ke Maldives lepas kawen. Walaupun aku tahu angan-angan tu hanyalah akan tinggal angan2. Tapi tak salah berangan, kan. Huhuu~ 

Mau tak berangannyer. Kalau takde berpuluh ribu, jangan mimpi lah nak ke Maldives. Mahal kot kos nak ke sana. Ticket flight dah berapa. Hotel dah tentu beriban. Belum masuk makan minum, beli belah dan sebagainya.

So bila dapat tahu yang AirAsia dah tambah route ke Maldives, memang lah sangat excited. Terus aku bagitahu Encik Suami & terus klik ke website AirAsia. Saje jer nak cek berapa harga tiket. 



 Lebih kurang la ni. Erk.."boleh tahan" harga dia. Ni harga untuk seorang.
Kalau guna eCoupon Encik Suami, maybe few hundreds jer. 
Tapi semalam tak boleh cek plak berapa harga tiket kalau pakai eCoupon.
Flight Air Asia ke Maldives start 28 September 2013.



Kuala Lumpur ke Male. Tapi ada layover kat Colombo. 
Penerbangan dengan AirAsia X.



Takde lah aku nak pegi Maldives dalam masa terdekat nih. Tahun ni memang takde nak holiday bagai. Tahun depan pun tak pasti lagi. Ada matlamat lain untuk kami. Dua tahun lagi? Entah.

By the way baru aku sedar, agak banyak jugak entry yang tertangguh dan terhutang : 
  • - trip ke Vietnam 
  • - cuti2 di Koh Samui 
  • - entry raya! oh my. raya dah habis dah pun. 


Bila nak start taip entri2 tu, aku pun tak tahu. -.-

Oh ya. Header blog dah ditukar. Sebab heading tu dah agak lama. Tukar dari heading ini :-




Kepada ini :- 



Simple jer. Masih lagi gambar wedding. Kalau nak letak gambar bertiga, tak tahu la bila kan. Hehee~ 

Till then, thanks for reading. :) 




.

5 comments:

nurul harnani said...

ya rabbi. alhamdulillah terima kash for this entry.

tp x faham sangt bab ke colombo tu?

maksudnye dia mcm transit kejap ke?

Linda Yusoff said...

I tau AA ke Maldive ms dia buat contest kat IG. dpt free tix okkkk! tp tak join. huhu

Nini Mohd said...

@nurul harnani
yg i faham, dia stop kejap jer kat Colombo. dlm sejam lebih.
pastu terus ke Maldives, ngan flight yg sama.

Nini Mohd said...

@Linda Yusoff
laa..nape u x join. mana la tahu ada rezeki, dpt tiket free. memang honeymoon sakan la. hehe~

ibnu marzuki al firdaus said...

@Linda Yusoff

ig tuh apa? ;)