Sunday, April 3, 2011

makan2 durian kat kebun durian Gelang Patah

*AMARAN : BERSIAP SEDIA UNTUK BERSEMUKA DENGAN 
ENTRI YANG PENUH DENGAN GAMBAR*


Assalamualaikum dan selamat hujung minggu~

Semalam aku pegi makan2 durian kat kebun kat Gelang Patah. Kalo tak silap, Kampung Tiram Duku nama tempat tu. Disebabkan semalam aku keje, so bertolak dari office jerla. Konvoi dengan office mates. Nasib baik jugak la konvoi ngan diorang. Kalo harapkan aku pergi sendiri, harrraaam lah kan. Confirm sesat tak tau nak ikut jalan mana.

Oh, lupa nak cakap. Program makan2 durian ni dianjurkan oleh office kitorang. Setiap tahun akan ada program makan2 durian macam ni. Tapi tak semua la yang join. Ada yang tak boleh makan durian (sebab kesihatan), ada yang memang tak makan durian, ada yang tak boleh join sebab ada plan lain, ada jugak yang taknak join sebab jauh sangat. Dalam 70 orang lebih staff kat office tu, hanya 20 jer kot yang join semalam. 




Tengah tunggu kawan2 yang lain kat tol Perling. 


Disebabkan kitorang hanya berpandukan kepada peta, so beberapa kali jugak la stop kat tepi jalan, sebab tak tau nak ikut jalan mana. Ada yang tau jalan. Tapi agak confuse. Kitorang ikut highway ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Aku cakap kat kawan2 dalam kereta tu : Betul tak jalan nih? Aku memang tak tau jalan. Aku ikut diorang jer. Kang sampai jugak ke PTP.


Haaa~ kan betul aku cakap. 
Terus sampai ke pintu utama PTP dah. 
Kahkahkah~ kitorang tergelak2 dalam kereta. So, kena buat U-turn.
* kacau betul sticker P tu. Mengganggu pemandangan. Oh, pedulikan roadtax yang hampir terkopek tu.



Akhirnya sampai jugak ke kebun durian ni. 
Duriieeennnn (ala-ala mat saleh)....here i comeeeeee!!!!



Y U M M M E E E E E E H H H H H H H H H H H~~~



Sesi meminum air dalam kulit durian. 
Petua untuk mengelakkan badan panas selepas makan durian. 


Eh2, takkan dah selesai makan durian? Dah cukup ke? Oh, diorang jer yang dah stop. Aku blom cukup, dan terus melantak sepuas2nya. Bestnyer makan durian kat kebun. Durian yang fresh segar bugar dari kebun. Ada orang tolong kopek pulak tu. Lagi la laju jer makan. 



 Oh, rambutan pun ada. 
*aiii~ takkan dah rilek kot? Kopek la lagi durian untuk kami.


Segar dari ladang kebun.


Masing-masing dah FULL.



Takdak keje diorang nih. 
Kang terkeluar balik isi durian dan rambutan dalam perut tu baru tau. 
Kahkahkahh~ ;DD


Kebun durian tepi jalan raya, dan tepi Highway Second Link. Kahkahkahh~
Tak rasa macam kat kebun ponnnn~


See~ pondok okeh, you ols~
Bukan main pondok2. 
*adakah pelik aku bertudung?


Yang ni lagi takdak keje. Seram sejuk yang nak kena pancung. 
Parang real tu. Tajam lagi. Maunyer tak seram.


Memang tak sopan budak nih. Ternganga-nganga. ;DD



Giler berlambak kulit durian. Agak tak bersih (sangat tak bersih). 
Kebun yang kitorang pegi tahun lepas lagi bersih. 
Langsung takde sampah dan kulit durian bersepah2 macam nih.



Ada rumah yang ditinggalkan plak kat kebun nih. 
Masa aku ambik gambar ni, diorang cakap : nanti ada hantu dalam gambar tu. 
Err~ lepuk kang!


Motor yang ada kat depan rumah tokey durian tu. 


Canggih manggih lah motor nih.
Tengok part lampu ngan tangki minyak. Meletop kang baru tau.


Durian 1. Kau hadoo??



Nature.


Tokey durian.



Tengah pilih durian untuk big boss yang tak dapat join kitorang.



Last picture sebelum balik.


Rasanya makan durian kat kebun yang kitorang pegi tahun lepas tu lagi best dari semalam. Durian dia lagi best, dan lagi banyak dari yang ni. Semalam rasa macam tak puas melantak durian. Harga durian yang nak dibeli untuk bawak balik pun murah jer. RM2 sekilo. Semalam punyer kebun jual RM5 sekilo! Perghhh~ mahal giler. Tokey dia pun macam tak mesra alam, berbanding ngan tokey kebun tahun lepas, si Jason.

Lepas ke kebun nih, kitorang pegi Taman Pulai Jaya pulak. Tapi 2 buah kereta jer. Coz yang lain dah balik dah. Actually plan nak pegi kebun rambutan kat Ulu Choh, kebun akak staff office kitorang. Tapi sebab dah agak lambat (dan agak confuse, tak tau kat mana kebun tu), kitorang terus pegi Taman Pulai Jaya. Sebab akak tu dah balik dah pun. So, pegi ambik rambutan kat rumah dia jer. Pehhh~ giler banyak rambutan. Confirm tak abes kalo aku makan sorang. Nanti la aku bagi kat sape2. 

Aku ingatkan lepas ambik rambutan kat Pulai Jaya tu, diorang nak terus balik. Rupa-rupanya ada lagi plan nak pegi makan seafood kat Gelang Patah. Meaning, kena patah balik kat tempat tadi. Pastu tukar plan plak nak pegi makan steambot kat Senibong. 

Pehh~ giler kentang lah. heran betol ngan diorang nih. Tadi dah makan durian, pastu nak pegi makan steambot lagi. Dah la masa tu dah pukul 6.00petang. Tak reti penat ke? 

Aku dah penat giler masa tu. Perut pun dah FULL giler. Kat mana lagi nak isi steambot tu? So, aku tak lah join diorang. Dah tak larat giler lah. Baik aku balik rumah dan rehat. Eh, dan tidak lupa juga blog tersayang nih. Baik aku update blog, kan. Jimat minyak + jimat duit + boleh rehat + boleh tidoww~ Kan?

Ok bye!



* p/s : harap2 lepas ni ada lagi la program makan2 durian camni. kan boss? kan big boss?? kehkehhh~ ;DD


.

2 comments:

Noriz said...

amboi meriah nyeeee.... nak le sket doyan tu...huhu...brp kena caj sekepala mkn kat kebun?

Nini Mohd said...

huhuu~
ntah la brape ringgit. tau makan jer. huahuaa~ ;D