Monday, October 7, 2013

Balik kampung : Ramadhan 2013

As-salam dear readers. 

Yes, anda tak silap baca tajuk tu. Ni entry Ramadhan tempoh hari. Baru sekarang nak update kan. Hihii~ 

Tu belum lagi nak update pasal raya puasa haritu. Hahahah~ :D 

Tahun ni raya kat kampung suami, kat Kota Tinggi, Johor. Tahun lepas kan dah beraya kampung aku. Disebabkan raya tahun ni beraya kat Johor, tapi hati ni teringinnnn jugak nak balik kampung. 

Maka, aku ambik keputusan untuk balik jugak kampung time puasa. Kalau tak dapat balik beraya, dapat balik berpuasa pun jadi la kan. Lagipun dah lama aku tak balik kampung. Kali terakhir balik, raya tahun lepas. So dah setahun la tak balik. Hahaha..apedaa.... 

Kalau tak balik bulan puasa ni, ntah bila pulak kami nak balik. Takkan raya tahun depan? Dua tahun sekali ke baru nak balik kampung? Apeke kejam sangat aku ni. So, pujuk la Encik Suami untuk balik kampung aku nun jauh kat Terengganu.

So, 3 Ogos 2013, bertolak la kami ke kampung halaman aku. Balik 3 hari jer.


Ni kat Pahang. Singgah rehat sekejap. 
Tapi sempat lagi la laki aku nih mancing kat sini. 
Takde ape2 hasil pun. Port tak bagus.


Lebih kurang pukul 5petang, sampai la kami ke Kuala Terengganu.


Kampung aku bukan kat sini. Singgah sini sebab akak aku ajak kami berbuka puasa kat rumah dia. Ok la, lagipun raya nanti kami takkan jumpa. Lagipun aku ada nak bagi barang yang aku beli kat Vietnam haritu. & barang yang aku beli untuk anak2 dia. And, nak jumpa anak saudara yang aku tak pernah jumpa sejak dia lahir. Kan dah lama tak balik kampung. Huhuu~ 

Macam biasa, aku bukannya ingat 100% jalan nak ke rumah dia. Mesti tersesat masuk ke bandar Kuala Terengganu dulu.


Pastu mesti masuk Kampung Cina ni. 
Memang tiap2 kali pun kami mesti akan ter-masuk jalan ni. 
Tapi ok la, bila dah masuk jalan ni, memang aku ingat jalan nak ke rumah akak aku tu.


Kampung Cina ni memang unik. 
Kalau musim raya cina, lagi la meriaahhhh.


Pintu gerbang. 


Ni la anak saudara aku yang pertama kali aku jumpa. 
Zaim namanya. Nama penuh, aku tak ingat. Haha..
Masa ni Zaim dah 10 bulan. 


Masa kami mula2 sampai, Zaim asyik tengokkkk jer kat kami. Dia tengok kat aku, tengok kat Encik Suami, tengok aku, tengok Encik Suami. Mungkin pelik sebab first time tengok kami. Tak berkelip mata dia, ok. Dah la mata tu bulat. Geram iols. Bila kami nak dukung dia, taknak pulak. 

Bila dah lama sikit, baru la boleh ambik & boleh dukung. Itu pun dukung sekejap jer. Huu~ 


 Kau tengok tu. 
Aku dukung dia pun dia asyik duk tenung muka aku jer. 
Heheeh~


Yang kat riba aku tu abang dia, Adam. Si abang ni memang dengki sikit ngan adik dia. Aku ambik gambar adik dia, dia pun nak interframe. Kalau duk puji2 adik dia & bagi attention pada adik dia jer, nanti dia merajuk. Tapi kalau aku saje jer usik dia, konon2 nak ambik adik dia bawak balik, dia marah ok. Sayang tuu kat adik dia, walaupun asyik jeles jer. Hehee..


 Adam ni memang ceria. Asyik senyum & sengih jer.


Btw, nampak tak Spiderman kat belakang tu? Aku beli Spiderman tu untuk Adam, dah lama dah. Setahun lebih kot? Tapi still...haritu bila aku tanya sape yang beli Spiderman tu, dia cakap : "niiii..... (sambil tunjuk kat aku) ... ciksu....." . sambil sengih2. Hehee

Memori budak2 ni kadang2 tak terjangka. 

Yang kelakarnya, Spiderman tu dah siap jahit2 dah. Gigih akak aku jahit Spiderman tu setiap kali koyak. Mana taknya..Spiderman tu Adam buat macam2. Mandikan la, syampukan, gosok gigi. Masa aku pegi umah dia ni, Spiderman tu duk dalam walker adik dia. hahaha...aduilaaa...macam2....

And, dia tak panggil Spiderman tau. Dia panggil Superman. Tapi dia sebut "komeng". :D 



Tengok ni. Sayang betul kat adik dia. 
Suruh cium, dia cium. Suruh peluk, dia peluk.


Zaim baru nak belajar berjalan. Berdiri pun tak kukuh lagi tu. Chayok2!
Gambar yang last tu Encik Suami yang suruh dia pose camni. 
Melayan pulak tu. -.-


Lepas berbuka puasa, terus bertolak balik ke kampung. Dah malam baru sampai. Lepas angkut barang dari kereta, laki bini terus pengsan. Penat ok! Haha..

Misi balik kampung ni, macam biasa la, mesti kena makan kuih muih dan makanan yang takde kat Johor. Encik Suami pun sama jugak. Bila pegi bazar ramadhan, pantang nampak kuih yang dia tak pernah tengok, terus nak beli. 

Tapi masa tu aku still tengah berpantang. Pantang makan jer. So tak boleh la nak makan macam2. Saboorrr jerlah. Dugaan sungguh berpantang di bulan pose nih.


 Ni namanya Asam Gumpal.


 Kat dalam tu inti kacang hijau. 
Bahagian luar dia rasanya sagu.


Memang sedap yang amat! Dah lama tak makan asam gumpal nih. Jarang kot orang jual. Serius, sekarang ni pun dah cukup terliur dah ni. Balik kampung nanti mesti cari nih! 


Akok.


Akok ni banyak telur. Orang cakap kalau tengah berpantang, tak boleh makan telur. Tapi rasanya tu kalau ada luka jer. Aku ni takde la sampai luka berjahit bagai macam orang bersalin, kan. So, balun jerlah akok nih.

Akok ni tak semua yang orang jual tu sedap. Kena yang betul2 banyak telur, baru sedap. Ada satu gerai kat kampung aku yang agak femes la jual akok ni. Kau pegi tengahari pun belum tentu dapat order. Sebab memang orang dah order awal2 lagi. Ada yang pegi harini tak dapat, so diorang pegi esok plak. Tapi serius, memang akok kat tempat tu sedap giler. 

Aku pegi beli masa dah hari terakhir kat kampung. Aku pegi dah pukul 4 kot. Nasib baik la dapat jugak. Itu pun dapat beli sikit jer. Takpe la, sikit pun sikit la. Yang penting dapat jugak rasa. Hari2 sebelum tu ada jugak beli akok kat bazar ramadhan. Tapi rasa dia so so jer. Jadi, bila dapat makan akok yang ni, memang puas hati. Tahun2 sebelum ni teringin jugak nak makan akok kat sini, tapi malas nak menunggu lama2. Hewhew~

Oh ya, gerai tu jual akok masa bulan puasa jer. Harga agak mahal sikit la berbanding tempat lain. Tapi ok la, berbaloi ngan apa yang kita dapat.



Good morning! 
Morning view dari rumahku.


Gambar tak banyak pulak balik kampung kalini. Sebab tak bawak balik charger camera. So, malas nak ambik gambar banyak2. Huhuu~

Thanks for reading. ;)



.

3 comments:

SarahSyafiq said...

morning view dah mcm dalam poskad.nice, cantik!

nurul harnani said...

mula2 baca tajuk entry ingat awk silap, rupa2nya memang cerita dolu2.. tp takpe janji kenangan tercatat dlm entry kan.

wiwiwiwi

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

aah...sama ngan nurul harnani..ingatkn silap topik...or dah lama tak update blog, hehe...kesilapan sudaaa ai...hehe.kampung cina tu mmg unik, melambangkan kepelbagaian kita kat malaysia ni kan?btw, thanks ke blog YM.;) done following your cute blog!;)